Nilai Pengundi Kelantan cuma cukai bakul.

at Ahad, 4 Disember 2011 [ 10:38 PTG ]

Itulah yang boleh ditafsirkan melalui apa yang dikatakan oleh Awang Adek mengenai Kelantan. Apa yang boleh dijanjikan oleh UMNO Negeri Kelantan melalui petikan dari berita tempatan semalam:

UMNO Kelantan janji hapus cukai bakul jika berkuasa
2011/12/04

BACHOK: Badan Perhubungan UMNO Kelantan berjanji akan menghapuskan cukai bakul yang menjadi masalah baru kepada peniaga kecil jika rakyat negeri itu memberi kepercayaan kepada Barisan Nasional (BN) mentadbir negeri pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 kelak.
Timbalan Pengerusinya, Datuk Dr Awang Adek Hussin, berkata ini kerana ribuan peniaga kecil di negeri itu kini menghadapi masalah berikutan hasil jualan yang kurang memuaskan.

"Pendapatan mereka hanya cukup makan sahaja menyukarkan mereka untuk membayar hasil bakul kepada kerajaan negeri," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, hari ini.

Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata, ia sebagai ulangan apa yang terdapat dalam manifesto BN pada PRU ke-12 yang lalu.
Katanya, disebabkan kegagalan kerajaan negeri mencari punca pendapatan baru terutama menarik pelabur asing melabur di negeri ini, mereka terus mengharapkan kepada sumber pendapatan lama terutamanya hasil balak dan cukai bakul daripada peniaga termasuk penjaja kecil.
"Ini menunjukkan Kelantan tidak mampu mentadbir walaupun diberi peluang lebih 21 tahun memerintah Kelantan dan masalah itu tidak seharusnya berulang," katanya. – BERNAMA

Daripada kata-kata yang diucapkan itu menunjukkan bahawa UMNO begitu terdesak untuk mengambil alih pentadbiran negeri Kelantan pada Pilihanraya Umum ke 13 yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Kenapa UMNO begitu beria-ia untuk mengambil alih pentadbiran Kelantan dari PAS yang sememangnya diakui pentadbirannya memerintah Kelantan sejak mengambil tampuk kepimpinan negeri itu. Apakah matlamat yang sebenarnya yang diinginkan oleh UMNO. Itulah persoalan yang sepatutnya dijelaskan ole UMNO sekiranya ingin mengambil kelantan dari Pas.

Mengikut beberapa sumber yang boleh dipercayai, ianya adalah disebabkan oleh jumlah simpanan petroleum dipesisir pantai Kelantan yang begitu banyak. Oleh kerana penipuan yang diadakan selama sebelum ini yang mendorong UMNO untuk mendapatkan hasil Petroleum yang tidak pernah dikecapi oleh Kelantan yang diperintah oleh kerajaan PAS. Oleh kerana terlampau banyak perbelanjaan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan untuk mendapatkan/ mengekalkan pemerintahan maka satu usaha untuk mendapatkan dana perlu bagi menampung segala kos yang telah dikeluarkan termasuk beberapa insiatif yang telah diberikan kepada rakyat.

Mengikut konsep pelaburan setiap pelabur hanya akan melakukan pelaburan sekiranya difikirkan melalui analisa-analisa yang telah dijalankan akan mendatangkan hasil. Begitu jugalah apa yang berlaku dalam dunia politik. Setiap sen perbelanjaan yang dikeluarkan mestilah mendapat hasil seperti yang dirancang.

Betulkan sekiranya apa yang saya tulis ini tidak ada kesahihannya…

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
Komen
Kongsi
Recomendations

Dikuasakan oleh Blogger.

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.