SBPA - Satu Konspirasi

at Isnin, 16 Januari 2012 [ 8:31 PTG ]

SBPA – satu sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam, satu sistem yang diperkenalkan kepada umum oleh YAB Perdana Menteri pada pembentangan Belanjawan Tahun 2012. Sejak dari itu SBPA mendapat pelbagai tanggapan dan merupakan satu harapan menggunung penjawat awam di seluruh negara dan yang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia. Dalam pembentangan Belajawan 2012 oleh YAB PM itu mengatakan

“FOKUS KEEMPAT: MEMPERKEJAP PERKHIDMATAN AWAM

Bajet 2012 akan memperkenalkan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam atau SBPA yang akan menggantikan Sistem Saraan Malaysia atau SSM. Sesungguhnya, SBPA digubal dengan matlamat mentransformasikan Perkhidmatan Awam Malaysia supaya menjadi organisasi yang lebih dinamik, responsif dan berorientasikan prestasi. SBPA akan memperkenalkan prinsip perubahan radikal dalam pengambilan dan pengisian jawatan serta pembangunan kerjaya dengan teras pengekalan atau penamatan perkhidmatan penjawat awam berasaskan prestasi kerja. SBPA ini mempunyai elemen-elemen berikut:

Keempat: Kenaikan Gaji Tahunan tidak pernah disemak sejak 1991. Mulai tahun 2012, Kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara 80 hingga 320 ringgit mengikut gred. Di samping itu, bagi penjawat awam yang menerima opsyen ke SBPA, akan mendapat faedah kenaikan gaji, di antara 7 hingga 13 peratus…”

Walaubagaimanapun, setelah SBPA secara rasmi di beritahu kepada umum melalui Pekeling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2011, semua tanggapn dan harapan menggunung para penjawat awam jauh meleset daripada apa yang pernah diimpikan dan dimimpikan oleh penjawat awam di seluruh negara.

Setelah SBPA menjadi satu kegagalan yang amat memalukan kepada JPA sebuah agensi pusat yang bertanggungjawab merangka dasar pembangunan dan pengurusan sumber manusia. SBPA merupakan satu titik hitam kepada sebuah agenti pusat yang berprestij. SBPA ditolak, dikritik dan pelbagai lagi penentangan terhadapnya berlaku. Dan disaat-saat akhir pelaksanaannya Perdana Menteri menjadi penyelamat kepada satu keadaan yang genting dengan menangguhkan pelaksanaan SBPA dengan mengkebelakangkan tarikh kuat kuasa dan KSN diarahkan untuk menubuhkan satu mekanisma untuk mengkaji semula SBPA dalam masa 3 bulan sehingga ianya mampu menyelesaikan masalah penerimaan SBPA dan memuaskan hati penjawat awam.

Dari pembentangan SBPA dalam pembentangan Belanjawan 2012, umumnya telah tahu atau tidak tahu bahawa PM sememangnya telah tahu akan gaji yang bakal diterima oleh penjawat awam di Malaysia…

... Kedua: Menambah baik struktur gaji penjawat awam melalui pembentukan gaji sebaris dengan mewujudkan lebih banyak mata gaji supaya penjawat awam terus mendapat kenaikan tahunan bagi tempoh yang lebih lama. Dengan itu, gaji maksimum bagi sesuatu gred adalah lebih tinggi daripada sekarang. Contohnya, jika di bawah SSM, bagi seorang guru pada gred DG48, gaji maksimum adalah 6,325 ringgit dan 39 sen, kelak, di bawah SBPA, gaji maksimum beliau akan meningkat 37.7 peratus kepada 8,710 ringgit. Bagi guru bukan siswazah pula, jika di bawah SSM kini, yang berada pada gred DG34, gaji maksimum adalah 3,860 ringgit dan 52 sen, kelak nanti, di bawah SBPA ia akan meningkat 39 peratus kepada 5,370 ringgit;…

Menurut perlembagaan Malaysia, pentadbiran Malaysia merangkumi tiga badan yang diketuai oleh YDP Agong iaitu Badan Eksekutif, Badan Perundangan dan Badan Kehakiman. Oleh itu sebagai ketua kepada Badan Eksekutif beliau merupakan ketua kepada perkhidmatan awam Malaysia.

Dalam suasana politik negara yang tidak begitu stabil, dimana sokongan pengundi secara keseluruhannya terbahagi kepada satu titik keseimbangan iaitu, bilamasa sahaja kerajaan yang memerintah boleh bertukar. Mustahil kepada Perdana Menteri tidak mengetahui akan perancangan dan maklumat sebenar mengenai SBPA, namun begitu SBPA tetap dilaksanakan oleh JPA. Namun setelah mendapat tentangan dari penjawat awam PM menjadi hero dengan menangguhkan pelaksanaan SBPA dan dikaji semula sehingga memuaskan hati penjawat awam.

Ini akan meningkatkan populariti PM sebagai seorang yang mendengar dan berupaya untuk mendapat sokongan di atas apa yang telah dilakukannya.

Jelas bahawa, SBPA merupakan satu conspirasi untuk menaikan nama DS Najib dimata penjawat awam seluruh negara. Kita semuanya tahu bahawa, penjawat awam adalah pengundi dan ia merupakan satu cagaran kepada mana-mana pemimpin dunia untuk mengadakan pilihanraya terutamanya Malaysia yang bakal mengadakan Pilihanraya Umum ke-13 dalam masa terdekat. Dengan ujudnya dan terciptanya keadaan ini, sokongan penjawat awam tang telah terbahagi dan meragui kepemimpinan PM menjadi semakin kuat dan ini akan menambahkan keyakinan PM untuk membubarkan Parlimen dan mengadakan Pilihanraya.

Janganlah kita tertipu dengan keadaan ini, sesungguhnya dengarlah kata hati anda.. usahlah dilihat dan dipandang apa yang dilakukan oleh PM ini sebagai satu usaha murni untuk menolong dan membantu menjernihkan suasana, fikirkanlah ini dari aspek DS Najib sebagai ahli politik…

Setiap usaha yang dilakukannya merupakan satu tanggungjawab yang perlu dan mesti dipikul olehnya, bukannya menjadi kelebihan bagi dirinya sebagai seseorang yang menyelamatkan keadaan bak kata pepatah sambil menyelam sambil minum air, tatapi penyelaman beliau adalah penyelaman yang terancang dan dirancang untuk meningkatkan tahap sokongan terhadapnya.

Tanamkan kefahaman ini juga dalam minda anda semua, seseorang jeneral atau panglima tidak akan mengistiharkan perang sekiranya keadaan dan situasi tidak menyebelahinya. Pelbagai persediaan dijalankan untuk memenangi peperangan. Strategi perang dibentuk, angkatan disusun, dan semua ini persediaan tidak akan lengkap tanpa propaganda dan penipuan untuk mengelirukan musuh dan rakyat sesebuah negara yang akan terlibat dalam peperangan. Inilah yang dipanggil sebagi pengalih tumpuan. Seperti mana yang dilakukan oleh angkatan bersekutu pada perang dunia ke 2 untuk mengalahkan Jerman. Dan juga perang teluk 1990.

Teknik ini dikenali sebagai serangan tepi, dimana musuh diumpan ketitik yang dicipta sebagai titik serangan sedangkan itu hanyalah umpan, musuh diumpan ketitik pembohongan dan pergerakan ketitik serangan sebenarnya dilakukan secara rahsia dan penuh berhemat untuk mengelakkan kebocoran teknik dan titik serangan sebenarnya. Setelah titik serangan ditumpaskan, serangan dilakukan secara asakan dari belakang dimana musuh akan kehilangan bantuan dan titik tumpuan perang kerana diserang dari pelbagai arah.

Syabas diucapkan kepada PM kerana berjaya memperbodohkan semua demi untuk memenuhi matlamat perjuangan karier politiknya. Inilah hakikat yang perlu difahami oleh semua.

Oleh kerana PRU adalah begitu hampir maka persediaan perlu dilakukan, dan inilah antaranya yang dilakukan untuk meraih sokongan pengundi.

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
Komen
Kongsi
Recomendations

Dikuasakan oleh Blogger.

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.