Kenapa Mesti Bertudung?

at Rabu, 4 April 2012 [ 1:50 PG ]

Assalamualaikum......
Wanita akan nampak ayu bila dia memakai tudung dan itu sudah pasti dan amat diakui dan dipersetujui oleh kebanyakkan lelaki. Seperti yang semua sedia maklum yang wanita wajib menutup auratnya dari hujung rambut sehinggalah ke hujung kaki kecuali pergelengan tangan dan muka. Jadi rambut adalah sebahagian dari aurat bagi wanita. So, kenapa yang banyak yang masih tak faham tentang perkara nie. Memakai tudung bukannya menjadi suatu kewajiban kepada wanita itu sendiri tapi yang menjadi kewajiban adalah menutup aurat.
Banyak kelebihan wanita yang memakai tudung nie. Antaranya, wanita akan nampak ayu dan cantik bila memakai tudung. Kedua, wanita itu akan lebih dihoramati oleh golongan lelaki. Ketiga, dapat mengelakkan rambut dari terkena panas terik matahari dan banyak lagi kelebihan-kelebihan yang ada. Salah satu kelebihan wanita itu memakai tudung adalah dapat menjaga tona kulit wanita itu sendiri. Sebab itulah wanita yang memakai tudung nie lebih manis dan cantik bila dipandang berbanding dengan wanita yang tak bertudung atau freehair. Memang terdapat fakta secara medical tentang wanita bertudung. Kalau tak percaya, meh baca fakta kat bawah nie lepas tu baru komen erk...
Tengkorak (human skull) manusia antara lelaki dan perempuan ada 10 perbezaan (setakat yang dikaji) , dan antara perbezaan yang paling ketara adalah pada MASTOID PROCESS..
Apa itu MASTOID PROCESS? Mastoid process ni adalah struktur tulang yang menonjol keluar sedikit di bahagian belakang telinga (cuba rasa, 0.5-1 cm dari belakang telinga) dan untuk lelaki dan perempuan, ianya sangat beza saiznya.. Untuk lelaki saiznya besar dan mudah untuk dirasa dan untuk perempuan saiznya kecil saja.
Allah S.W.T. ini sangat sayangkan hambanya, kerana itulah disyariatkan pemakaian tudung. Hal ini kerana, dalam mastoid process ini ada sekurang-kurang empat saraf yang penting antaranya ialah FACIAL nerve (C7). Dan apa pula fungsi facial nerve ni? Facial nerve ini berfungsi untuk muscle-muscle yang berada di muka kita, senyuman kita, gelak tawa kita dan riak muka kita semuanya.
Kerana saiznya mastoid process ini kecil berbanding lelaki, apabila sejuk, nerve ini akan MUDAH MENGECUT dan akan membuatkan fungsinya tidak begitu effective dan untuk jangka masa yang panjang, ianya akan memberi kesan kepada TONA MUKA.
Oleh hal yang demikian, pemakaian tudung kepada wanita adalah digalakkan demi untuk melindungi wanita , untuk diri wanita itu sendiri, dan untuk kecantikan dia juga. oleh sebab itulah siapa-siapa yang menjaga auratnya, tudungnya, wanita itu tampak lebih awet muda dan berseri-seri. Senyuman lebih manis, lebih menarik , lagi indah, lebih menawan..
"SESUNGGUHNYA ALLAH LEBIH TAHU APA YANG TERBAIK BUAT HAMBANYA."








Ikuti kami melalui RSS 2.0.
Komen
Kongsi
Recomendations

Dikuasakan oleh Blogger.

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.