Blogger Popular - Bagaimana Menjadi Popular

at Ahad, 20 Mei 2012 [ 6:53 PTG ]

Bagaimana untuk menjadi seorang blogger popular, apakah jenis blog yang mendapat hit/ kunjungan/ ikutan ramai pembaca atau pengunjung?
Antara blogger yang popular di Malaysia seperti Hanis Zalikha, Ben Ashaari, Fatin Liyana dan ramai lagi merupakan blogger yang popular di Malaysia. Rata-rata bila kita melihat blog-blog popular ataupun blogger-blogger yang popular di Malaysia adalah blog bersifatkan peribadi/ pengalaman dan perkongsian resepi serta tutorial. Blog-blog ini menjadi kegemaran para surfer yang suka blogwalking kerana mereka sukakan sesuatu yang boleh dijadikan panduan atau rujukan dalam melakukan sesuatu.
Jarang sekali kita lihat blog-blog yang bersifat ilmiah atau perkongsian ilmu kehidupan. Blog-blog ini kurang mendapat sambutan kerana ramai diantara surfer pada hari ini masih belum sedar akan kepentingan blog-blog yang mengajarkan sesuatu tentang kehidupan, falsafah kehidupan, perbincangan mengenai idealogi dan kepentingan dalam menentukan keputusan yang akan dibuat untuk kesinambungan masa hadapan.
Blog-blog mengenai kehidupan amat jarang dikunjungi oleh surfer kerana tahap kesedaran dikalangan surfer tentang kewujudan dan kepentingan blog-blog ini masih rendah. Blog-blog ini kebanyakan berkisar tentang kehidupan, nasihat, panduan, agama, nilai-nilai kehidupan, adab, kemasyarakatan, politik, ekonomi dan sebagainya asalkan ianya sebahagian daripada aspek kehidupan.
Semoga suatu masa nanti tahap kesedaran dikalangan surfer ini meningkat dan menjadi trend dalam kehidupan atau life of a blog walker. Mereka ini sedar bahawa setiap sesuatu yang berkaitan dengan diri mereka adalah kehidupan, dan dalam kehidupan ini bukannya lakonan. Setiap keputusan yang dibuat, diambil pada hari ini akan menentukan apakah yang akan berlaku pada hari esok, pada generasi akan datang dan juga hukuman dan balasan yang bakal diterima pada kehidupan yang akan datang.
Pada kehidupan ini (dunia) setiap apa yang kita lakukan, putuskan, ambil dan fikirkan merupakan permulaan kepada kehidupan akan datang.
Masih belum terlambat untuk kita melakukan perubahan untuk generasi akan datang, hari-hari yang mendatang dan kehidupan akan datang. Tidak ada istilah terlambat, sudah terlambat, terlewat ataupun tidak sempat, bermulalah sekarang untuk mengubah masa hadapan anda. Permulaan masa hadapan anda dimulakan oleh anda. Ketahuilah bahawa sekiranya anda tidak memulakan perubahan, anda akan kekal ditahap lama (statik). “Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan mereka menrubahnya sendiri.
Sekiranya hari ini sama seperti hari semalam, anda tergolong dalam kumpulan yang rugi, sekiranya hari ini lebih buruk dari hari semalam ada adalah termasuk kedalam golongan celaka. Hari ini mesti lebih baik dari hari semalam untuk menjadikan anda tergolong kedalam golongan mereka yang beruntung dan untuk menjadikan hari ini lebih baik dari hari semalam anda perlu berubah kepada yang lebih baik, perubahan tidak akan berlaku dengan sendirinya anda mesti berubah. Dan untuk berubah anda mesti memulakan langkah pertama dalam perubahan yang anda inginkan. Perubahan bermula dengan langkah pertama, usah gentar dengan pandangan, kritikan dan cemuhan orang lain terhadap apa yang kita lakukan kerana kerana perubahan kepada sesuatu yang lebih baik selalunya mendapat tentangan daripada mereka yang sukakan dan selesa dengan kehidupan yang ada.
Ramai pemimpin-pemimpin dunia yang unggul juga berubah, mereka tidak takut untuk berubah dan perubahan bukan lagi satu kemestian tetapi adalah satu perkara wajib bagi mereka untuk mencapai kejayaan dalam apa yang mereka impikan. Bacalah kisah dan coretan sejarah mengenai pemimpin-pemimpin dunia yang berjaya dan salah seorang daripada mereka ini adalah Nabi Muhammad SAW yang merupakan pemimpin terunggul didunia.
Ingatkah lagi kita terhadap perjuangan Rasulullah SAW sewaktu mula-mula menyebarkan Islam kepada sekalian alam. Seperti yang diketahui sebelum diangkat menjadi nabi dan rasul, Baginda merupakan seorang yang disegani oleh masyarakat Quraisy pada ketika itu, Baginda digelar sebgai Al-Amin kerana berjaya menyelesaikan pertelingkahan mengenai siapakah yang berhak meletakkan Hajar Aswad ditempat asalnya sewaktu Kaabah dibina semula akibat runtuh dalam banjir besar yang melanda pada ketika itu. Baginda aamat disegani dan dihormati oleh Arab Quraisy pada ketika itu.
Tetapi sewaktu kedatangan Islam dan sewaktu menyebarkan Islam baginda ditentang oleh Arab Quraisy yang merupakan bangsa/ kabilah Baginda sendiri, bukan kerana siapa Baginda tetapi perubahan yang dibawa oleh Baginda kerana menyebarkan agama Islam yang merupakan agama wahyu daripada Allah SWT. Mereka ini tidak sukakan perubahan yang berlaku dan selesa dengan keadaan dan kehidupan sedia ada. Tetapi Baginda tetap melakukan perubahan dalam masyarakat Quraisy pada ketika itu, walaupun Baginda diancam bunuh oleh Kaum Quraisy kerana menyebarkan Islam dan dituntut agar kembali kepada asal. Kerana keberanian untuk berubah itulah, yang menjadikan Baginda sebagai seorang yang paling unggul dalam dunia ini. Ini diakui oleh masyarakat moden pada hari ini.
Oleh itu, disimpulkan untuk berubah memang sukar dan akan mendapat tentangan. Berubah mesti dilakukan dan diteruskan untuk menjadikan anda seorang yang unggul, dikagumi, disegani dan diingati sepanjang zaman. Untuk berubah kita bukannya Dare To Fail (Berani Untuk Gagal) tetapi kita adalah Success To Fail (Berjaya Untuk Gagal)... mesti semua tertanya-tanya kenapa saya mengatakan perubahan sebagai berjaya untuk gagal kerana kita tidak tahu apakah yang bakal berlaku dengan perubahan yang kita ambil tetapi kita sebenarnya berjaya melakukan sesuatu yang tidak kita ketahui hasilnya.

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
Komen
Kongsi
Recomendations

Dikuasakan oleh Blogger.

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.