Jika di Malaysia…

at Selasa, 30 Oktober 2012 [ 7:37 PTG ]

Ingatlah pangkat yang tinggi tak menjamin apa2..kalau dah berjawatan, hormatlah juga orang bawahan, dan Inilah contoh sikap sombong dan bongkak sesetengah manusia yang lupa diri! huh.
Kejadian ini berlaku di Bangkok Thailand,awal tahun 2012 yang lalu, dan akibatnya, Kastam Thailand telah menurunkan pangkat seorang pegawainya selepas dia didapati mencederakan seorang pengawal keselamatan lapangan terbang yang cuba memeriksa tubuhnya.
Insiden itu terdedah meluas apabila rakaman kamera litar tertutup mengenainya dimuat naik ke YouTube. Melalui rakaman itu, pegawai kastam terbabit dilihat enggan diperiksa ketika berada di Lapangan Terbang Suvarnabhumi.
Dia kemudian menampar telinga pengawal keselamatan itu sebelum menunjuk lencana dipakainya. Pengawal keselamatan terbabit kemudian membongkok meminta maaf.
Dimuat naik Isnin lalu, ia menarik lebih 5,000 komen orang ramai yang marah terhadap insiden berkenaan sehari kemudian. Kastam Thailand berkata, pegawai terbabit – dikenali hanya dengan nama Sombat – kini ditugaskan untuk melakukan kerja pejabat.

Sekiranya ini berlaku di Malaysia apa akan terjadi,
Akan ada suruhanjaya khas, ataupun suruhanjaya diraja dibentuk untuk menyelesaikan isu, akan ada persoalan ketulenan video, akan ada persoalan siapakah yang memuat naik video…
Pelbagai persoalan ini akan menjelaskan birokrasi yang wujud sedangkan buktinya dah ada disana. Peraturan dan undang-undang di adakan bukannya untuk menghukum tetapi mendidik tetapi pada hari ini cuba lihat penguatkuasa dari pelbagai agensi tidak kira PDRM, JPJ dan sebagainya menggunakan undang-undang yang ada untuk menghukum…

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
Komen
Kongsi
Recomendations

Dikuasakan oleh Blogger.

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.