Di Mana Cantiknya Seorang Wanita ?

at Isnin, 5 November 2012 [ 7:35 PTG ]

Mungkin pada sepasang matanya yang bening – yang selalu menjeling tajam atau yang kadangkala malu-malu memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di pipi. Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembutkan dan sekaligus menghangatkan perasaan! Sebenarnya sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan wanita. Seribu gurindam belum lengkap untuk mengambarkan keistimewaan Hawa.
Segala-galanya tentang tubuh seorang wanita adalah keindahan. Mata, bibir, hidung telinga, leher, dada, pinggang, pusat, punggung…… semuanya adalah keindahan.Pendek kata sekujur tubuh wanita, dari hujung rambut hingga hujung kaki, adalah keindahan. Setiap inci tubuhnya, termasuk sudut-sudut yang tersembunyi, adalah kecantikan penuh seni.
Sayangnya, kecantikan itu ada ketika-ketikanya, tidak dilihat dari sudut seni. Tubuh wanita dilihat lebih sebagai rangsangan untuk memenuhi naluri semulajadi manusia ; seks.
Dan sudut-sudut berseni ditubuh wanita pun tidak dinikmati atau dihayati secara seni, tetapi dieksploitasi untuk memenuhi dan memuaskan ego lelaki.
Tidak sahaja pada tubuh, apa sahaja yang dilakukan kaum Hawa adalah keindahan. Langkahnya yang longlai boleh menggetarkan jiwa lelaki, lenggang dan hayunan punggungnya boleh mendebarkan. Kenyitan matanya boleh terus menusuk kejantung hati.
Pendek kata, bagi wanita, kecantikan tubuh adalah segala-galanya. Dan mereka akan mempertahankan kecantikan itu. Tetapi, sekali lagi sayang, kecantikan itu tidak akan dapat dipertahankan. Mustahil, Kecantikan itu hanya sementara dan hanya menunggu masa untuk hilang. Bertapa pun dijaga dan dipelihara, bila tiba masanya, kulit akan berkedut, bibir akan kecut. Bila tiba masanya, wajah akan suram, mata akan cengkung.
Benarlah, tidak ada yang kekal untuk manusia biasa, tidak kira Adam atau Hawa. Kecantikan tubuh pasti akan hilang ditelan masa, dimakan usia. Hanya satu yang tidak dimakan usia dan kekal selamanya iaitu sopan santun dan budi bahasa. Inilah kecantikan sebenarnya!!!

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
Komen
Kongsi
Recomendations

Dikuasakan oleh Blogger.

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.