7 CARA MELEMBUTKAN ANAK / SUAMI / ISTERI YANG DEGIL

at Khamis, 14 Mac 2013 [ 8:10 PTG ]

ASSALAMUALAIKUM .......
Tips ini bukan sahaja untuk anak , tetapi juga untuk kaum keluarga terutamanya yang mempunyai hubungan rapat dengan kita , tak kira sama ada anak , isteri atau suami.
1. Semasa anak/isteri/suami sedang tidur , inilah waktu yang paling sesuai terutamanya 2/3 malam, kerana ketika itu pemikiran berada di bawah sedar (sub conscius mind) adalah paling optimum ketika ini . Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).
2. Baca YA LATIFF 100 x dan hembuskan di ubun - ubun anak/suami/isteri ketika mereka tidur.
3. Seru nama penuhnya dan berbintikan ibunya.
4. Sentuhkan Ibu jari anda ke langit - langit dan kemudian sentuh dengan lembut ibu jari anda ke ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.
5. Semasa ibu jari di atas ubun - ubun , selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhammad dan bacalah suran al - Fatihah . Kemudian terus dengan berzikir dalam hati dan jangan putuskan zikir anda.
6. Angkat ibu jari anda , kalau boleh jangan putuskan zikir di dalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkannya . Beritahu apa yang ingin anda beritahunya seperti tidak selalu melewatkan solat , jangan melawan ibu bapa , berbincang jika ada masalah , bertolak ansur dengan isteri dan sebagainya.
Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat . Jangan putus zikir supaya zikir itu ' masuk ' bersama - sama nasihat anda .
7. Anda akan dapat melihat reaksinya sedang ' menerima ' nasihat anda apabila kelopak matanya bergerak - gerak.
Insya - Allah usaha anda berkesan jika diamalkan .

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
Komen
Kongsi
Recomendations

Dikuasakan oleh Blogger.

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.