PRU-13: Khas untuk Penjawat awam

at Khamis, 4 April 2013 [ 8:56 PTG ]

Anda kakitangan Kerajaan Pusat? Kakitangan Kerajaan Negeri? Serba salah untuk memilih parti mana yang nak diundi? Takut? Ada unsur2 hasutan dan ugutan dari pihak2 tertentu? Jom kenal SIAPA KORANG dan APA HAK KORANG mengikut konteks Perlembagaan Malaysia.. Anda selalu kena kelentong dengan macai yang berkata makan gaji dengan kerajaan MESTI sokong BN?. Belajar di sekolah kerajaan, berubat di hospital kerajaan Mesti sokong BN?
Jangan termakan dakyah bengong macai yang tak habis belajar. Kalau dia habis belajar pun dia suka putar belit fakta... BACA seterusnya agar anda tahu hak anda.
APA ITU KERAJAAN
Kerajaan adalah badan yang berkuasa dilantik oleh rakyat untuk mengurus tadbir negara. Kerajaan dibentuk dari sistem Pilihanraya yang mewajibkan setiap rakyatnya mengundi dan memilih tampuk pemerintahan setiap maksimum 5 tahun.
SIAPAKAH KAKITANGAN KERAJAAN
Kakitangan Kerajaan terdiri dari Rakyat Malaysia pelbagai kaum dan agama serta menyokong pelbagai ideologi politik yang mewakili parti UMNO, MCA, MIC, PKR, PAS, DAp dan parti parti lain diMalaysia.
APAKAH ITU BARISAN NASIONAL ATAU PAKATAN RAKYAT
Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat atau mana mana parti di Malaysia yang terlibat dalam pemerintahan BUKAN bermakna kerajaan tetapi hanya ENTITI POLITIK yang membentuk kerajaan. UNDIAN DARI KAKITANGAN KERAJAAN PEMERINTAH.
Sebagai rakyat malaysia, kakitangan kerajaan yg memerintah negara dan negeri negeri di Malaysia boleh mengundi mana mana parti pilihan mereka tanpa apa apa sekatan. Ini kerana gaji kakitangan kerajaan dibayar oleh kerajaan yang mendapat hasil cukai dari rakyat, bukan duit simpanan sesebuah parti. Artikel 10 menjamin hak rakyat Malaysia bersuara memilih tampuk pemerintahan sebagai pengundi. Adalah satu kesalahan jenayah jika mana mana parti x kira mewakili kerajaan atau pembangkang menghalang kakitangan kerajaan mengundi parti yang mereka pilih. Termaktub didalam Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan.
OK? Dah jelas?
Kalau belum jelas, diringkaskan untuk lebih jelas dan senang faham… Sebenarnya KAMULAH kerajaan. Pemimpin/Parti yang dipilih itu adalah bagi mewakili kamu… memperjuangkan hak kamu.. tidak kira dari pihak mana sekalipun… Apa yang mereka perjuangkan adalah dari kamu… mereka itu sebenarnya tidak langsung ada kuasa… sama ada kuasa mengikut perlembagaan atau apa-apa perintah sekalipun kerana ianya adalah kuasa kita.

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
Komen
Kongsi
Recomendations

Dikuasakan oleh Blogger.

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.