Tanam Ganja Semata-Mata Untuk Biaya Membesarkan Payu Daranya

at Khamis, 4 April 2013 [ 1:14 PG ]

BRISTOL : Seorang ibu dua anak, ditangkap selepas menjadikan bilik tidurnya sebagai kebun ganja untuk membiayai pembedahan payu daranya.
Kirsty Hartley, 23, membenarkan pengedar dadah ‘membuka’ kilang dadah di rumahnya selepas dijanjikan bayaran 8,000 pound (RM39,276) untuk membiayai pembedahan itu.
Kirsty ditahan selepas polis menyerbu rumahnya di Bristol dan menemui 32 pokok ganja ditanam di situ.
Mahkamah di Bristol semalam mendengar pengakuan Kirsty bahawa dia dijanjikan wang oleh pengedar dadah sekiranya dibenarkan menanam pokok ganja yang boleh menghasilkan dadah bernilai RM78,573.
Kirsty yang menyiram pokok ganja itu sekali sekala, turut mengaku menghasilkan ganja.
Pendakwa raya, May Li memberitahu mahkamah: “Dalam soal siasat dengan polis, Kirsty mengaku dijanjikan RM39,276 sekiranya membenarkan pokok ganja ditanam di bilik tidurnya. Pada mulanya dia menolak tetapi akhirnya menerima tawaran itu.
“Katanya dia tidak sukakan tubuhnya dan mahu membesarkan payu dara.”
Kirsty pernah melakukan kesalahan sebelum ini. Dia pernah diberi amaran kerana mabuk dan berkelakuan buruk ketika berusia 16 tahun.
Peguam Kirsty, Dianne Heys berkata, anak guamnya seorang pesalah yang tidak matang dan mengalami kemurungan, Katanya, Kirsty didesak untuk melakukan kesalahan itu.
Dianne berkata: “Dia menyiram pokok ganja hanya sebanyak dua kali saja dan jelas dia melakukannya kerana terpaksa.”
Kirsty dijatuhkan hukuman 18 bulan kerja kemasyarakatan dan diletakkan di bawah pengawasan polis selama setahun.

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
Komen
Kongsi
Recomendations

Dikuasakan oleh Blogger.

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.