Rejab Datang Lagi

at Isnin, 6 Mei 2013 [ 8:58 PTG ]

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Alhamdulillah… Segala puji dan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah Subhanallah Wa Ta’ala yang telah memberikan kita limpahan nikmat-Nya… Ya Allah, Ya Rabbi! Sesungguhnya Dikau Maha Penyayang terhadap hamba-hamba-Mu, walaupun hamba-hamba-Mu sentiasa lupa kepada-Mu dan sering mengingkari perintah-Mu serta melengahkan perintah-Mu tapi Dikau tidak pernah melupakan mereka, masih mengekalkan segala nikmat yang telah diberikan kepada mereka dan Dikau sentiasa membimbing serta memimpin mereka ke jalan yang Dikau redhai….
Kita telah dilahirkan di dunia ciptaan Allah Ta’ala yang serba indah ini sebagai hamba-Nya. Akan tetapi, adakah kita melakukan tugas dan amanah yang telah diberikan oleh Allah Subhanallah Wa Ta’ala kepada kita sebagai seorang hamba? Astaghfirullah. Kita perlu sering fikir dan risau tentang ibadah-ibadah dan amalan yang kita lakukan kepada Allah Subhanallah Wa Ta’ala semakin hari semakin berkurangan. Kita telah banyak melakukan dosa-dosa di atas muka bumi ciptaan Allah ini. Tidak kira ianya Dosa Besar ataupun Dosa Kecil. kita tetap berdosa. .
Bulan Rejab bakal tiba dalam beberapa hari lagi. Bila dah masuk Bulan Rejab maka masa akan berlalu begitu pantas untuk sampai ke Ramadhan. Oleh itu, ayuh kita istqamah beramal sepanjang Bulan Rejab ini dengan beristighfar, bertaubat dan berdoa kepada Allah Subhanallah Wa Ta’ala dengan harapan agar Allah memanjangkan usia kita untuk bertemu dengan Ramadhan dan mengampuni dosa-dosa yang telah kita lakukan selama ini. InsyaAllah. .
Sama-sama kita perbanyak doa dan zikir
Allah Subhanallah Wa Ta’ala telah memuliakan empat bulan dalam satu tahun. Tiga bulan berdekatan dan satu bulan berasingan. Bulan-bulan yang dimaksudkan itu ialah bulan Muharram, Rejab, Zulkaedah dan bulan Zulhijjah..
Rasulullah SAW juga bersabda:
اَللّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَب وَشَعْبَانَ، وَبَلِّغْنَا شَهْرَ رَمَضَانَ، واَعِنَّا عَلَى الصِّيَامِ وَالْقِيَامِ وَحِفْظِ اللِّسَانِ، وَغَضِّ الْبَصَرِ، وَلاَ تَجْعَلْ حَظَّـنَا مِنْهُ الْجُوعَ وَالْعَطَشَ
“Bulan Rejab adalah bulan Allah Yang Maha Agung, tidak ada bulan yang menandingi kemuliaan dan keutamaannya. Di dalamnya diharamkan berperang dengan orang-orang kafir, karena bulan Rejab adalah bulan Allah, Sya’ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan ummatku. Sesiapa yang berpuasa sehari di dalamnya wajib baginya memperoleh redha Allah, dijauhkan dari murkanya, dan diselamatkan dari semua pintu neraka.”
Allah telah memberikan kita pelbagai cara untuk kita beristighfar dan bertaubat atas segala kesalahan, kesilapan dan dosa-dosa tidak kira dosa besar mahupun dosa kecil yang telah kita lakukan sepanjang hayat kita di dunia ini. Di dalam bulan Rejab yang mulia ini, terdapat satu Doa Istighfar Bulan Rejab yang boleh kita amalkan untuk bertaubat atas segala kesalah yang telah kita lakukan.
Amalan terbaik di dalam Rejab ini ialah berpuasa. Maksud hadis Rasulullah mengenai kelebihan berpuasa pada Rejab adalah seperti berikut:
Puasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredaan Allah serta syurga tertinggi.
Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipat gandakan pahalanya.
Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka.
Puasa 4 hari - diselamatkan daripada seksaan akhirat kelak serta fitnah Dajal.
Puasa 5 hari - aman dari azab kubur.
Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.
Puasa 7 hari - Allah mengunci tujuh pintu neraka jahanam baginya.
Puasa 8 hari - Allah membuka lapan pintu syurga baginya.
Puasa 9 hari - keluardari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.
Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan dua sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.
Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawafadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.
Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawafadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.
Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.
Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
Puasa 19 hari - Di bina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam.
Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya lalu dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.
clip_image001 Sesiapa berpuasa tiga hari dalam bulan ini dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.
clip_image001[1] Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun. Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab dengan airnya lebih putih daripada susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin daripada salji.
clip_image001[2] Setiap umat Islam berpuasa pada Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribukali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribubilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.
clip_image001[3] Sedekah pada Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap helai bulu roma seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api neraka.
clip_image001[4] Orang yang lemah daripada berpuasa pada Rejab hendaklah bersedekah tiap hari, sekurang-kurangnyasebuku roti.
Nota: Sesiapa yang belum qadha puasa tu cepat-cepatlah ganti. Berdoalah semoga ditemukan kembali dengan Ramadhan dalam keadaan sihat dan dapat melaksanakan ibadah puasa, qiam dan yang seumpamanya dengan sempurna dan diterima oleh Allah SWT.

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
Komen
Kongsi
Recomendations

Dikuasakan oleh Blogger.

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.