Kenaikan Gaji Penjawat Awam.

at Selasa, 11 Oktober 2011 [ 12:57 PG ]

Salam semua, terima kasih terlebih dahulu diucapkan kepada Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak sempena pembentangan Belanjawan 2012. Bersama dengan pembentangan Belanjawan itu juga PM telah mengumumkan SBPA untuk menggantikan SSM yang telah digunapakai dari tahun 2002 melalui Pekeliling Perkhidmatan bilangan 4 tahun 2002.
Terima Kasih juga diucapkan kepada Mantan Perdana Menteri ke 5 Pak Lah di atas pelarasan gaji pada Julai 2007. Sehubungan itu terima kasih kepada semua Perdana Menteri yang pernah dan sedang berkhidmat kepada Rakyat selama ini. Dalam pembentangan Belanjawan 2012, PM nejelaskan kenaikan gaji tahunan sebanyak RM80-320 setahun dan pelarasan sebanyak gaji 7-13% mengikut Gred.
Syukur diucapkan kerana mamahami akan permasalahan yang dihadapi dimana penjawat awam yang telah lama berkhidmat dan telah sampai ke gaji mati dimana tiada lagi kenaikan gaji mula berasa gembira kerana telah lama mereka tidak merasakan pergerakan gaji tahunan. Dengan pengumuman ini juga, akan meningkatkan motovasi untuk terus berkhidmat. Namun apa yang menjadi persoalan adalah kenaikan ini akan turut mengundang kenaikan harga barangan dan kos sara hidup kepada rakyat Malaysia.
Kepa kementerian dan agensi yang bertanggungjawab, agar memantau keadaan ini. Tiada gunanya sekiranya pemberian/ pelarasan gaji cuma 7-13% namun harga barangan keperluan mendadak ke 50-200%. Ini adalah satu yang sentiasa berlaku seperti mana pelarasan gaji tahun 2007. Dimana penjawat awam menerima kenaikan paling maksimun 30%, tetapi harga barangan keperluan mendadak sehingga ke 100%.

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
Komen
Kongsi
Recomendations

Dikuasakan oleh Blogger.

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.