Mati

at Ahad, 9 Oktober 2011 [ 11:03 PTG ]

Mati adalah penghujung kehidupan duniawi. Bermakna setiap amalan kita akan berakhir disini, tiada lagi tempat untuk mengumpul bekalan untuk dibawa kelam yang kekal abadi. Setiap perbuatan buruk dan baik kita selama hidup didunia akan dihitung dan dinilai olehNya menggunakan Al-Mizan, neraca yang paling adil tidak ada yang lebih adil darinya.

Mati bukannlah penamat kepada semua yang kita lalui, setelah mati kita akan menempuh alam kubur dan seterusnya alam baqa’ dimana setiap perbuatan kita akan dinilai samaada akan mendapat balasan syurga atau neraka Allah. Mudah-mudahan kita ditempatkan bersama orang-orang yang bertaqwa dan beramal Soleh.

Kehidupan manusia bermula sejak di Luh Mahfuz, dimana setiap skrip kehidupan telah dikarang dan ditulis cuma yang menjalankan watak dan cerita itu memilih untuk memilih jalan yang akan mereka lalui. Setelah menghabiskan masa di Luh mahfuz kita dimasukkan kedalam perut @ RAHIM ibu dimana, kita berada disana dalam lingkungan 9 bulan sepuluh hari. Ibu membawa kita kemana-mana mereka pergi, tidak pernah sedetik pun meninggalkan kita bersendirian.

Setelah lahir kedunia ini, sanggup kita menderhaka kepada ibu kita yang telah memberikan kita tempat berteduh selama 9 bulan di dalam rahimnya. Menjaga dan membesarkan kita dengan penuh kasih dan sayang serta tanggungjawab. Boleh katakan walaupun seekor nyamuk hendak menggigit pun dihaklang oleh ibu.

Ketahuilah kehidupan ini adalah pilihan dan kita yang memilih samada untuk memilih jalan kebaikan atau kemungkaran. Sekiranya kita memilih mengikut jalan kebaikan maka banyak pula dugaan dan rintangan yang dihadapi oleh kita.

Pilihan kita adalah penentu kepada apa yang akan kita hadapi dan lalui dimasa akan datang kelak. Hidup ini adalah pilihan walaupun tanpa kita sedar apakah pilihan kita.

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
Komen
Kongsi
Recomendations

Dikuasakan oleh Blogger.

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.