Malam Pertama yang terlampau

at Ahad, 17 Jun 2012 [ 8:59 PTG ]

Malam pertama, adalah waktu yang amat menegangkan bagi pasangan pengantin. Bagi wanita, ketegangan itu kadangkala berlipat kali ganda. Berikut ada beberapa tips yang boleh dikongsi bersama.
Bau badan - Ingat, sebelum memasuki malam pertama, anda dan suami seharian bergerak, melayan tetamu serta saudara mara yang hadir, berulangkali menukar pakaian berpeluh dan penat. Untuk itu sebelum tidur, cubalah untuk mandi. Pakailah wangian yang lembut supaya rasa ghairah tidak padam apabila mencium bau badan anda.
Bau mulut - Cuba anda bayangkan, apa yang akan anda lakukan, ketika ingin mencium bibir pasangan anda, anda dapati udara yang anda sedut ‘berbau’ petai. Tentu ghairah anda hilang bukan..? Kerana itu hindarilah kemungkinan ini dengan mempersiapkan diri. Penyelesaiannya, pastikan anda memberus gigi sebelum ke kamar dan kalau boleh selalu menyediakan pepermint di tempat tidur.
Tergesa-gesa - Tergesa-gesa merupakan ‘penyakit’ paling umum. Ingin cepat sehingga langsung ke acara kemuncak. Maklumlah makanan baru, halal lagi! Tapi ingat anda harus bersabar. Sebaik-baiknya kedua-dua bertenang kerana seks dengan dengan tenang itu lebih nikmat. Tergesa-gesa kadangkala boleh mendatangkan mudarat, rasa nikmat ‘kerjasama’ mungkin payah untuk dicapai dan juga ia mungkin boleh menyakitkan. Misalnya anda belum begitu terangsang dan suami ingin terus ‘menembak’ hasilnya boleh mengecewakan.
SETELAH tiga tips kecil menghadapi saat ‘pemanasan’ di malam pertama. Berikut adalah beberapa tips saat ‘bertempur’. Bacalah dengan teliti agar malam pertama anda menjadi kenangan yang tak dapat dilupakan.
  1. Padamkan kekasaran - Jangan hanya berserah. Sekiranya anda rasa disakiti berterus teranglah dengan suami tetapi gunakan nada yang lembut supaya dia tidak tersinggung. Sekiranya ingin sama-sama menikmati keseronokan, bimbinglah suami anda ke ‘daerah-daerah’ yang boleh menambahkan ghairah. Anda juga boleh memainkan peranan dengan lebih aktif, dengan cara menuntun tangannya mengarahkan ke bahagian yang anda sukai.
  2. Singkirkan rasa sakit - Kebanyakan wanita sering merasa sakit pada organ seksnya ketika berhubungan intim buat pertama kalinya. Hilangkan perasaan takut sebaliknya fikirkan perkara yang indah-indah ketika bersama suami. Perlu juga diketahui bahawa penyebab kurangnya cairan lubrikasi ialah stress, pengambilan ubat-ubatan dan penggunaan alat kontraseptif. Bila hal ini terjadi, minta suami supaya memanjangkan pemanasan sambil melihat apakah anda sudah bersedia untuk memulainya sekali kembali. Cara lain ialah dengan menggunakan cairan lubrikasi.
  3. Beri dorongan pada suami - Bukan semua suami berjaya melalui malam pertama mereka dengan jayanya. Sesetengah daripada mereka akan tewas sebelum waktunya. Tapi jangan bimbang, ia munkin kerana stress dan kurangnya pengalaman. Selain kurangnya pengalaman dan stress, minuman beralkohol serta ubat-ubatan juga boleh menjadikan lelaki kurang ‘perkasa’. Maka pujuklah suami agar dia hilang rasa kecewanya sambil mengelus tubuhnya terutama daerah sensitif untuk menunjukkan rasa sayang dan keinginan anda terhadapnya. Katakan padanya kita boleh cuba lagi malam berikutnya.
  4. Jangan pura-pura klimaks - Ramai wanita yang tidak ingin mengecewakan suaminya sering berpura-pura orgasme. Jangan lakukan hal itu kerana ia boleh membahayakan perhubungan anda. Memang ramai wanita yang agak sukar mencapai klimaks walaupun pasangannya sudah melakukan stimulasi sebaik mungkin pada daerah sensitifnya. Anda tak perlu malu untuk mengatakan padanya. Mungkin anda boleh memberi cadangan mengenai cara yang anda sukai dan memainkan peranan yang aktif juga. Jadikan aktiviti seks ini sebagai sesuatu yang menyenangkan bukannya membebankan anda.


Ikuti kami melalui RSS 2.0.
Komen
Kongsi
Recomendations

Dikuasakan oleh Blogger.

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.