Dimanakah rakyat pada hatimu ?
Seorang sahabat yg al marhum ayahandanya ketika berjuang dulu pernah ditawarkan oleh pengikut, untuk dapat bungalow, jawapannya berilah pd jemaah, ramai yg miskin, tukarkan nilainya pd harta yg lebih luas faedahnya pd mereka ..
ana tak mmerlukan...
Ditawarkan kereta mewah, jawapnnya, dengan rendah hati, berilah pada jemaah agar dibeli dengannya kenderaan jenazah bagi ahli jemaah atau apa jua yg dapat memanfaatkan ahli, kerana apa yg Allah berikan pd ana sudah memadai..
Beginilah gelagat pemimpin no 1 jemaah Islam paling berpengaruh ini..
Malah hingga hari matinya jam omega yg pernah dihajati belum lagi dapat dipakai.. Hari matinya tokoh Islam ini tak miliki apa2, melainkan sebuah rumah kampung dan jam tangan tak melebihi rm 100 di tangan..
Demikianlah seperti yg dikisahkan oleh anak al marhum yg kami para ustaz pun maklum sangat, bhw anak2 yg ditinggalkan pun tidak memiliki apa2 harta dunia peninggalan al marhum..
Di pihak yg lain pula para pemimpin parti yg satu lagi,yg lepas dan selama2nya,keluarga, anak2 dan isteri hidup penuh kemewahan, berbahagi harta hingga sebahagiannya mmiliki pesawat di angkasa raya..
Samada dengan komision atau mngusahakan secara kronisme..
Inilah masa, jika tak, orang lain datang, mereka juga akan lakukan perkara ini..
Alasannya jika aku mampu kumpul harta, apa salah nya?
Bila dekat dgn pilihanraya, modalnya utk mnyerang musuh adalah dgn segala media yg ada, fokusnya biasanya mengaibkan orang dgn isu2 seksual ,
... kerana itu tepat sekali pepatah alah bisa tegal biasa, sbb da terbiasa sgt dgn kebejatan sosial yg menjadi permainan harian dalaman parti, lalu menganggap orang lain pun sama lifestyle & kesukaan mcm mereka.
Para tamu tentu faham maksudnya..
Selamat mngundi .. Pilihlah yg tak ambil kesempatan pd orang2 lain..
Pilih Yang menganggap manusia punya kehormatan diri ..
Jangan pilih Yang menganggap harta rakyat macam milik peribadi utk dibahagi sama sendiri..
Akhir, cuba ambil masa utk lihat kajian dari university terkemuka dunia ini :
Harvard group takes complexity out of video face replacement (w/ video) - http://m.phys.org/news/2011-12-harvard-group-complexity-video.html
Hasil tulisan di atas milik Ustaz Zahazan Mohamed