Hias Laman
The only thing that can make me happy is my house..Serious..Sekarang ni memang mood Zaila agak swing sket, kejap rajin kejap malas tapi bila berfikir pasal deko rumah rase agak kurang sket stress kat dalam dada ni. Mungkin ramai yang tak tahu bakat terendam yang Zaila ada ni;D Mungkin juga ramai yang meluat sebab asal ada entry je mesti berkisah tentang rumah *tahulah baru masuk rumah kan* tapi nak buat macamana, dah ini yang menjadi kesukaanku di kala ini. Nak bercerita pasal biz pon rase macam orang meluat nak baca juga so baiklah Zaila buat entry yang boleh kurangkan stress di dada ni;
Kali ni nak bercerita tentang laman. Actually lama dah dok terfikir sorang-sorang untuk bina satu landskap kat depan rumah Zaila ni. Haritu borak-borak kosong dengan hubby (maklumlah kalau takde fulus suka berborak kosong dulu, dah ada duit nanti boleh tunaikan ye dak?) so terbagitahulah tentang idea Zaila untuk membuat pengubahsuaian sedikit ke bahagian depan rumah kami ni. Maklumlah rumah yang kami beli ni sudah sedia bersimen di bahagian porchnya tapi dah mengalami kepecahan yang tahap melampau. Baru Zaila perasan yang rumah kami ni agak tinggi so lantai simen memang agak tak tahan r, bagi mereka yang parking kereta kat dalam porch rumah mesti lantai simen retak-retak & paling worst ada yang macam tergantung je *susah nak describe tapi pada yang dah berkunjung ke rumah Zaila pasti faham*
So Zaila dok beranganlah *berangan dulu* kalau ada rezeki kami nak pecahkan bahagian lantai porch kami tu, pastu nak ratakan lantai supaya senang kereta mewah kami parking kat bawah tu & pastu akan diadakan beberapa anak tangga (konsep masih belum dikenal pasti lagi tapi insya Allah caca marba kot). Lepas tu sebelah tepi pula nak bina kolam ikan *syoknya berangan* & akan ditambah pergola, takpon fountain..isy..seronoknya berangan kan;) Entah bilalah tu akan terlaksana..Harap-harap dalam masa terdekatlah;
Jom layan gambar-gambar yang Zaila ambil dari internet. Terjumpa blog ni, memang kagum dengan semangat saudara ni membuat sendiri landskap rumah dia..Memang cantik!! Kalau Zaila ada laman secantik ini, dan-dan tu juga mak berhenti kerja duduk rumah siram pokok bunga sahaja;D
dapat kolam macam ni dah cukup bagus kan;)
kalau laman rumah luas boleh buat macam ni
wakaf macam ni tak muat kot, rumah kami kecik je;
nak buat laluan pintu pagar kayu
seronoknya kalau laman rumah hijau..sejuk mata memandang
wakaf untuk mnum petang sambil hirup teh, boleh dipertimbangkan;)
Tapi kan, pokok hiasan yang Zaila beli di Ikea tempoh hari dah mati dah..camno tu?? Nampak sangat tangan panas kan??;
Bagi sesiapa yang ada pengalaman upah kontraktor atau bina sendiri bolehlah berkongsi pengalaman. Zaila nak tahu berapa budget yang perlu ada untuk membuat sekurang-kurangnya kolam ikan, dek, pegola & other accessories termasuk pokok-pokok & pasu bunga sekali..Agak-agak berapa ya???