Kenaikan Gaji Tahunan RM80 - RM320

at Isnin, 19 Mac 2012 [ 6:33 PTG ]

Kadar kenaikan gaji tahunan (KGT) di antara RM80 ke RM320, adalah lebih tinggi berbanding kenaikan gaji tahunan sedia ada. Ianya hampir 2 kali ganda berbanding KGT SSM. Oleh itu, akan berlaku pertindihan senioriti dan pariti dalam perkhidmatan (tempoh). Paling tidak akan ada 2 tanggagaji kepada satu tangga gaji. Maka apa yang CUEPACS perjuangkan? untuk kepentingan penjawat awam yang telah menghampiri penamat dalam perkhidmatan sepertimana Presiden dan ahli majlis tertinggi CUEPACS atau untuk semua penjawat awam. Ianya akan tetap seperti SBPA dari segi senioriti namun gaji yang ditawarkan dalam SBPA kepada mereka yang baru memasuki perkhidmatan awam lebih tinggi berbanding SSM + 13%.
Apakah motif disebalik perjuangan ini? Adakah CUEPACS memperjuangkan individu tertentu sahaja? Sepatutnya, perjuangan CUEPACS adalah lebih baik daripada tawaran dalam SBPA dari segi Gaji Permulaan, Terma Perkhidmatan, Syarat Lantikan, Laluan Kemajuan Kerjaya, Elaun-elaun tetap (ITP dan COLA), Kesihatan dan banyak lagi yang lebih penting daripada senioriti atau braketing (dua atau lebih tanggagaji ke satu tanggagaji) multitasking (penggabungan dan penjumudan skim perkhidmatan tertentu kepada 1 skim perkhidmatan yang melaksanakan tugas dan fungsi yang hampir sama dan memerlukan kemahiran sama). Seperti Pembantu Operasi, Pembantu Awam dan sebagainya.
Di Malaysia, ianya menjadi isu kerana kita telah lama mengikut dan cuma menambahbaik apa yang telah ditinggalkan oleh penjajah dalam pentadbiran negara bukannya satu sistem yang dibangunkan dari lakaran mengikut keperluan dan kesesuaian negara. Sepatutnya telah lama kita sedari akan hakikat ini dan membangunkan sebuah sistem saraan yang sesuai dengan rakyat dan keperluan negara.
Disesetengah negara, percayakah anda ada anggota perkhidmatan yang secara jelas dan nyata berbeza fungsinya menjalankan fungsi dan skop tugas yang berbeza seperti bomba yang membantu kastam dan imigresen menjalankan tugas jabatan berkenaan. Ini bukan kerana perkhidmatan bomba tidak diperlukan, tetapi jumlah kakitangan melebihi dari yang diperlukan dan lebihan anggota akan menjalankan tugas dimana agensi yang kekurangan anggota. Inilah multitasking yang sebenarnya yang boleh dilaksanakan dinegara kita. Apa yang diceritakan hanya sebagai contoh. Tetapi di Malaysia kita boleh memulakan dengan kajian keperluan anggota di setiap jabatan. Mereka ini tidak perlu ditukar lantik ke perkhidmatan berkenaan tetapi masih kekal dalam perkhidmatan sedia ada tetapi menjalankan tugas dan skop fungsi tugas di jabatan yang lebih memerlukan.
Ini adalah nilai tambah kepada penjawat awam berkenaan yang sepatutnya diakui dan diterima. Apalah gunanya berkhidmat selama 10 ke 30 tahun tetapi tiada nilai tambah kepada penjawat awam berkenaan.
CUEPACS juga seharusnya, memperjuangkan laluan kemajuan kerjaya yang lebih baik seperti peluang kenaikan pangkat tanpa kekosongan jawatan yang lebih baik berbanding KUP 15 tahun tahun 2009 (berdasarkan merit dan penilaian) kerana nilai tambah yang ada pada penjawat awam disamping itu akan menjamin penjawat awam untuk menerima pencen yang lebih baik apabila menamatkan perkhidmatannya. Mungkinkah seorang penjawat awam yang telah berkhidmat begitu lama tidak memiliki nilai tambah? atau sememangnya ianya adalah satu penganiayaan kepada penjawat awam yang berada dalam kumpulan perkhidmatan Sokongan. Selalu kita dengar seorang penjawat awam bersara pada gred yang sama sepertimana dilantik.
Rate for the job, ungkapan yang selalu didengari apabila tuntutan kenaikan gaji dibuat. Mari kita bincangkan dengan lebih lanjut. Memang wajar rate for the job dipraktikkan, namun beberapa penambahbaikan perlu sejajar dengan Knowledge Worker. Kenapa? Pada hari ini kebanyakan penjawat awam yang berada di dalam kumpulan sokongan memiliki kelayakan yang lebih tinggi daripada perbekalan syarat lantikan dalam skim perkhidmatan berkenaan. Ini sejajar dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan pekerja yang berpengetahuan dan berilmu. Cuma yang ada adalah mereka yang telah lama berkhidmat sahaja yang memiliki kelayakan sepertimana perbekalan. Cuba bandingkan kuantiti, mutu, komitmen dan hasil yang ditunjukkan oleh mereka yang memiliki kelayakan yang lebih tinggi daripada perbekalan. Sesetengah mereka yang berada di dalam kumpulan sokongan ini menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding penyelia mereka.
Apakah penjelasan CUEPACS dalam permasalahan yang timbul daripada Pembatalan SBPA, sepertimana yang dijanjikan bahawa penjawat awam akan menerima sesuatu yang tidak kurang baik berbanding SBPA… ini termasuklah gaji dan sebagainya.
Walaubagaimanapun, terima kasih kepada Perdana Menteri kerana berjaya menyelamatkan Malaysia daripada bankrupt akibat pembayaran gaji yang terlalu tinggi kepada pengurusan tertinggi. Syabas kepada PM…

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
Komen
Kongsi
Recomendations

Dikuasakan oleh Blogger.

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.