SSM vs SBPA

at Ahad, 11 Mac 2012 [ 8:30 PTG ]

Alhamdulillah, teka-teki samada SBPA ataupun SSM telah terjawab dengan pengumuman oleh YAB Perdana Menteri pada 8 Mac yang lalu. Persoalannya adakah semua berpuas hati dengan pembatalan SBPA yang diperkenalkan pada 1 Januari 2012? Rata-rata penjawat awam yang berada di Gred 1-54 berpuas hati dengan pembatalan SBPA, namun bagi pegawai awam yang berada di Gred Utama dan Ke atas begitu kecewa kerana dengan pembatalan SBPA oleh YAB PM, maka cita-cita mereka yang berada di Gred Utama dan Ke atas untuk menjadi bilionaire sektor awam musnah. Dengan demikian, jom kita semak kembali pro dan kontra SSM dan SBPA…

Bagi mereka yang baru memasuki perkhidmatan awam SBPA lebih menguntungkan kerana, gaji yang ditawarkan lebih tinggi berbanding SSM, tetapi bagi mereka yang telah lama berkhidmat mereka diibaratkan disamakan dengan mereka yang baru berkhidmat. Sebenarnya itu adalah rezeki mereka usahlah dipertikaikan rezeki orang lain.

Lagi satu bagi Skim Perkhidmatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) SBPA memberikan mereka ruang yang lebih besar untuk kemajuan kerjaya dengan menawarkan PSL ke 6 skim perkhidmatan yang lebih tinggi berbanding SSM yang menawarkan kemajuan kerjaya ke Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Tadbir Sahaja, sedangkan saiz Skim Perkhidmatan Pembantu Tadbir (P/O) telah berkembang dengan penjumudan berbagai skim perkhidmatan yang lebih rendah dan disandarkan ke Skim Perkhidmatan (P/O).

Bagi mereka yang dipindahkan ke T  yang sama pada SBPA pula beruntung kerana bagi mereka yang berada di T yang lebih tinggi diubah TPG mereka, diawalkan ke hadapan. Ini merupakan satu keuntungan bagi mereka, bagi mempertikaikan T sepatutnya ianya tidak wujud kerana, bukannya gaji atau emolumen anda dipotong untuk membayar emolumen mereka yang baru berkhidmat.

Sudah tentunya sekali lagi, jumlah kenaikan yang di perolehi melalui SSM 13% adalah lebih kecil berbanding SBPA…

Kita ambil contoh PT(P/O)

SSM P1T1: 820.38 ; SSM + 13% = 927.0294;

SBPA P1T1:955.00

Hanya itulah beberapa perbandingan secara langsung dan tidak langsung SSM dan SBPA, anda sendiri boleh membuat penilaiannya sendiri. Kirakan berapa banyak kelebihan dan kekurangan setian sistem saraan untuk diri anda sendiri.

Ada beberapa lagi kelebihan SBPA contohnya Exit Policy, dimana ianya membenarkan penjawat awam untuk keluar dan bertukar kemana-mana agensi/ skim perkhidmatan/ pihak berkuasa melantik ataupun swasta dengan hanya memaklumkan kepada ketua perkhidmatan atau ketuan jabatan, tanpa perlu mendapat kelulusan dan sekiranya ke mana mana perkhidmatan awam maka tempoh perkhidmatan akan diambil kira. Sekiranya keluar dari perkhidmatan ke sektor swasta, maka mereka layak untuk dibayar pencen sekiranya mereka adalah bersatus dan memilih skim pencen mengikut perkiraan tertentu berdasarkan tempoh perkhidmatan. Well inilah yang terbaik, setelah menamatkan perkhidmatan selama 10 ke 15 tahun, disahkan sebagai penerima pencen, maka keluarlah ke sektor swasta untuk mengumpul kekayaan duniawi… Dan satu lagi kelebihan boleh memasuki semula perkhidmatan awam tanpa perlu mendapatkan kelulusan suruhanjaya. Tentang penerimaa ketua perkhidmatan/ jabatan tentulah mereka ini tidak berada lagi disini ataupun telah bersara, namun sekiranya mereka masih ada dan tidak menerima anda ini menunjukkan mereka ini tidak layak berada di dalam Kumpulan Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional kerana ianya adalah sikap yang langsung tidak profesional… dan berbentuk keperibadian…

… don’t be too emosional to P&P.

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
Komen
Kongsi
Recomendations

Dikuasakan oleh Blogger.

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.