Memaparkan artikel dengan label Destinasi+Tips

Bercuti dengan Kos Minimum

Cuti pertengahan tahun 2013 sudahpun bermula. Mungkin ramai yang sudah merancang untuk pergi melancong ke luar negara, dalam negeri atau ke mana saja destinasi percutian. Di sini saya kongsikan sedikit maklumat yang boleh dijadikan sebagai panduan bercuti dengan kos yang minimum.

Ke mana destinasi percutian anda?

Jom lihat Destinasi Pelancongan di Malaysia

Buat perancangan awal

Rancang percutian keluarga lebih awal, sekurang-kurangnya tiga atau empat bulan lebih awal daripada tarikh ingin bercuti. Ia untuk memastikan anda cukup masa memilih destinasi, tempat penginapan dan pengangkutan yang sesuai dan menjimatkan.
Tentang kewangan, peruntukan sejumlah wang untuk aktiviti tersebut setiap bulan. Misalnya, ketepikan dua atau tiga ratus setiap bulan. Pasti bila tiba masanya, wang tidak lagi jadi masalah.

Tempat penginapan

Pilih tempat penginapan yang sesuai dengan kuantiti keluarga anda. Jika ahli keluarga kecil, bilik hotel atau chalet sangat sesuai. Tetapi untuk keluarga yang besar, pemilihan apartment mungkin dapat meminumkan kos.

Memasak sendiri makanan

Ini sungguh menjimatkan. Terutamanya bagi keluarga yang besar. Pilih apartment yang mempunyai dapur untuk memasak. Anda boleh membawa barangan keperluan memasak dari rumah. Jadi, tidak perlu membelinya di tempat percutian kerana harganya mungkin mahal sedikit.
Jika tinggal di hotel bawa sendiri makanan atau minuman ringan kerana apa yang disedikan dalam mini  bar akan dikenakan bayaran yang mahal dibandingkan dengan harga di luar.

Masak makanan yang ringkas

Jika memilih untuk memasak sendiri, tidak perlu menyusahkan diri memasak hidangan yang susah. Pilih sahaja masakan yang ringkas dan mudah.

Bawa bekal

Berjalan dengan kanak-kanak memang banyak kerenahnya. Apa yang dilihat pasti mereka hendak beli. Pastikan sebelum berjalan, anda sudah memberi mereka makan atau bawa sendiri makanan ringan yang menyihatkan dalam beg anda.

Beli yang perlu
Bila melancong pasti ada sahaja buah tangan yang hendak dibeli. Belilah barangan yang tidak ada di tempat kita ataupun yang setimpal dengan harganya. Jangan biarkan diri tertipu dengan pelbagai tawaran. Ingat! Berbelanja ikut keperluan bukan kemahuan.

* Sumber : Majalah Pa&Ma

Sumber http://www.ciklaili.com/2010/12/tip-bercuti-dengan-kos-minimum.html#ixzz2XIGMjamg
Under Creative Commons License: Attribution
Follow us: @ciklaili on Twitter | ciklailidotcom on Facebook

| | Read More »

Tip melancong: Jerebu bukan halangan

Jerebu yang melanda beberapa negara di rantau ini bukan saja menyebabkan pemandangan indah kota raya semakin kabur tetapi juga mengundang pelbagai gejala kepada kesihatan. Tidak kira di mana pun anda bercuti, masalah jerebu boleh memberi masalah.

Bagaimanapun, itu tidak bermakna aktiviti melancong perlu diketepikan kerana segala peranca­ngan, tiket penerbangan dan penginapan sudah ditempah. Justeru, tip melancong kali ini membantu anda yang akan bercuti ke destinasi idaman ketika berlaku jerebu.

Pilihan destinasi
Cuba cari destinasi percutian yang bebas daripada masalah jerebu. Bagi sesetengah anda yang belum melakukan pembayaran terutama untuk tempahan bilik hotel, pakej melancong dan sebagainya. Ia pastinya lebih mudah untuk menukar destinasi percutian. Tetapi bagi yang membuat pembayaran dan hanya perlu membawa diri, teruskanlah percutian anda.

Minta nasihat doktor
Sebelum berangkat ke destinasi percutian, dapatkanlah nasihat doktor me­ngenai masalah yang anda hadapi. Dengan meminta nasihat doktor, secara tidak langsung anda sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan yang berlaku atau boleh mengelaknya.

FotoBanyak minum air
Terasa gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk adalah salah satu gejala disebabkan jerebu. Keadaan ini akan menyebabkan anda tidak selesa, sekali gus membuatkan anda tidak gembira. Justeru, banyakkan minum air terutama air mineral atau air kosong supaya sepanjang bercuti terutama apabila anda ba­nyak menghabiskan masa di luar.

FotoMemakai topeng
Jika keadaan jerebu semakin teruk dan anda perlu untuk keluar, gunakanlah topeng penutup mulut yang bersesuaian untuk mengelak anda mendapat gejala jerebu. Keluar tanpa menggunakan topeng terutama ketika jerebu di tahap bahaya boleh menyebabkan mata terasa pedin dan berair, hidung berair dan kerap bersin serta banyak lagi.

FotoMembasuh muka dan bahagian kulit
Apabila terdedah kepada jerebu, sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit dengan air bersih. Ia perlu dilakukan bagi mengelak kulit anda terasa gatal.

FotoBawa ubatan
Dalam apa juga situasi, bekalan ubat-ubatan harus dibawa ke mana saja terutama ketika melancong. Sediakan ubat-ubatan asas seperti demam, batuk, selesema, sesak nafas dan sebagainya. Dengan meminta nasihat doktor, dia juga boleh memberikan ubat-ubatan yang bersesuaian dengan gejala yang akan dihadapi ketika jerebu.

Jadi, anda sudah bersedia dengan semua keadaan.

| | Read More »

Tips Kekal Menarik dalam Pesawat

Banyak keluhan sering muncul saat ladies travelers traveling dengan pesawat seperti, kulit dan bibir kering, flu, pusing dan sebagainya. Jika sudah begini, otomatis penampilan jadi kurang menarik. Padahal tampil cantik dan bugar kapanpun dimanapun sudah menjadi ‘keharusan’ bagi kebannyakan kaum hawa.

Nah, agar ladies travelers tetap sehat dan cantik selama di pesawat, simak 7 tips bermanfaat berikut ini.

1. Banyak minum.  Sebisa mungkin minumlah banyak air putih sebelum dan setelah berada dalam pesawat. Hal ini berguna untuk mencegah dehidrasi dan kulit kering. Hindari juga minum minuman yang mengandung kafein dan alkohol karena minuman ini justru bisa menguras cairan tubuh sehingga anda akan cepat mengalami dehidrasi.

2. Bawa makanan sendiri.  Terkadang makanan di pesawat kurang menggugah selera. Tidak ada salahnya bila travelers membawa bekal makanan sendiri yang tentunya menu dan rasanya sesuai dengan selera anda. Jangan lupa untuk menyelipkan sayuran dan buah-buahan segar dalam bekal anda.

3. Selalu gunakan lotion. Atasi kulit kering yang mungkin muncul karena suhu dingin dalam pesawat dengan lotion atau pelembab. Pastikan juga lotion yang digunakan tidak mengandung parfum berlebihan untuk kenyamanan penumpang lain.

4. Bawa vitamin.  Sebelum berangkat naik pesawat sebisa mungkin konsumsi makanan sehat yang mengandung banyak serat. Jika perlu, konsumsi vitamin untuk meningkatkan antibody tubuh, seperti vitamin C.

5. Gunakan juga lipbalm.  Bagian tubuh lain yang tidak kalah penting dan bisa mengalami kekeringan adalah bibir. Gunakan pelembab bibir atau lipbalm agar bibir anda lembab dan terhindar dari pecah-pecah. Jika ingin terlihat lebih segar, boleh saja kok memilih lipbal dengan warna-warna menarik.

6. Hindari obat tidur.  Ada sebagian orang yang ingin mendapat tidur yang nyenyak atau untuk menghindari mabuk udara selama di pesawat memilih mengkonsumsi obat tidur sebagai jalan tercepat. Sebaiknya hal ini urung travelers lakukan karena selain harus dengan resep dokter, anda akan mendapat efek lemas setelah terbangun.

7. Tetap bergerak di dalam pesawat.  Terlalu banyak duduk bisa membuat sirkulasi darah tidak lancar, terutama penerbangan jarak jauh. Jadi, meski dalam pesawat, sebisa mungkin tetaplah bergerak seperti berjalan di lorong pesawat misalnya.

| | Read More »

Conquer a Fear of Flying

How to Conquer a Fear of Flying

For millions of Americans the idea of getting on a plane and flying is one of the most scary imaginable. People all over the world struggle with this fear, which recent studies ranked number three on the list of the top ten phobias.

Statistically speaking, flying is 29 times safer than traveling in a car. Thousands of flights safely and routinely take off and land at airports around the globe every day. Yet fear of flying still strikes millions.

There are many homemade remedies that frightened travelers have concocted to help them survive a flight.

Most include either alcohol or over the counter sleep aids that allow the traveler to sleep their way through the anxiety of a trip. There is a better way to conquer your fear of flying.  Psychologists have identified the four most common thought patterns in people who fear flying, and provided some techniques to combat them:

Rumination: This is when you obsess about how bad the situation is, dwelling on your fears. Psychologists say the best way to combat this type of thinking is to find something positive about the experience, no matter how small, and refocus your thinking on that thing. It could be the nice view out your window or the movie being shown. Whatever it is, moving your thoughts outside the situation can help calm your anxiety.

Self-blame: This is when the person focuses on their failures and allows them to feed into their fear. In this case, it might involve chastising one's self for being afraid of flying. The best way to combat self-blame? Remind yourself that you are achieving an incredible breakthrough by taking the trip, and that progress is a slow and steady process.

Resignation: This is when a person allows themselves to feel hopelessly out of control of the environment around them. This creates a mindset where the person can feel paralyzed with fear, unable to relax. The best way to combat this type of fear is to re-affirm that you do have control of the situation. You can control things like your breathing and use muscular relaxation techniques to relieve stress.

Catastrophizing: This term refers to fear that causes a person to envision how bad the situation is or could become. Those who are afraid to fly often say this is the most common type of thought, imagining a disaster that is statistically almost impossible. The best way to combat this type of fear is acknowledge your fear and challenge it. Remind yourself of another time where you faced up to something that scared you or stood tall in the face of a problem.  Challenge yourself to conquer this fear just as you did another before it.

Flying is statistically the safest means of travel, so don't let your fears stand in the way of your life and getting where you want to go.

| | Read More »

Bekerja Sambil Melancong

Hati berbunga riang saat ditugaskan untuk menghadiri mesyuarat di destinasi percutian yang diidam-idamkan selama ini. Disebabkan jadual mesyuarat yang padat, kunjungan itu hanya untuk tugasan semata-mata. Ia pasti sesuatu yang rugi bukan? Lebih merugikan jika di hadapan hotel penginapan terbentang luas lautan yang cukup popular tetapi tetap tidak sempat menghabiskan masa terbuang di sana. Asal bijak mengatur masa, anda pasti punya masa untuk melancong walaupun ketika itu jadual anda pahat.

Tip berikut mungkin dapat menjadi panduan untuk anda merancang percutian ketika bekerja di luar kawasan. Bak kata pepatah, menyelam sambil minum air.

Ketahui jadual

Mengetahui jadual sepanjang berada di luar kawasan amat penting bagi merancang ‘percutian’ peribadi anda . Teliti jadual anda dan pilih aktiviti yang sesuai dengan masa terluang yang ada. Ketika pagi, makan tengah hari, petang atau malam selepas semua urusan kerja selesai pada hari itu mungkin masa yang tepat untuk anda manfaatkan.

Jesteru, melihat matahari terbit pada pagi hari atau suasana malam cukup meriah di kawasan berhampiran pasti menyeronokkan, sekali gus dapat merehatkan minda yang sarat memikirkan urusan kerja.

Ketahui lokasi anda menginap

Satu lagi perkara yang penting dan perlu dititikberatkan jika mahu bekerja sambil melancong adalah mengetahui lokasi anda menginap sepanjang berada di destinasi. Dapatkan maklumat tempat menarik yang boleh anda kunjungi atau aktiviti menarik di kawasan berhampiran hotel penginapan. Jangan lupa juga maklumat sebanyak mungkin tempat makan yang popular dan sedap di kawasan sekitar hotel. Bagaimanapun, jika tidak punya sebarang tempat menarik di kawasan sekitar hotel, anda boleh memanfaatkan masa anda bersiar-siar dalam kawasan hotel dan melakukan aktiviti yang disediakan.

Makan tengah hari di luar

Setiap kali seminar atau mesyuarat, makan tengah hari sememangnya disediakan. Namun, ia bukan wajib untuk anda menyertainya. Oleh itu, ada mungkin boleh makan tengah hari di luar, sekali gus membolehkan anda untuk ‘mencuci mata’ sejenak. Namun, sebelum mengambil keputusan untuk makan tengah hari di luar, buatlah kajian atau tanya pihak hotel tempat makan yang disarankan selain menyajikan makanan sedap, halal bagi Muslim dan tempat yang menarik. Tidak perlu restoran mewah, restoran biasa atau warung sudah memadai.

Luangkan masa ketika malam

Malam adalah waktu anda melancong. Jika beruntung, anda boleh mengunjungi destinasi melancong yang meriah hingga tengah malam atau pagi. Jika tidak, carilah aktiviti yang boleh anda lakukan ketika malam. Jalan-jalan sekejap di luar hotel sudah memadai atau mungkin berjalan ditepi pantai yang berdekatan dengan hotel dan duduk menikmati minuman sambil ditemani deruan ombak. Namun, anda harus berhati-hati terutama jika anda berseorangan kerana berjalan ketika malam ada banyak risiko. Jangan lakukan aktiviti yang memenatkan atau lambat pulang ke bilik hotel kerana keesokan harinya anda masih ada seminar atau mesyuarat yang harus dihadiri.

Bersiar-siar

Pada waktu terluang, cuba tenangkan fikiran dengan bersiar-siar. Tidak perlu menaiki kenderaan kerana berjalan kaki saja anda pasti dapat menyenangkan fikiran. Caranya, mulakan hari pertama anda dengan menjelajah di hotel penginapan anda. Kemudian, keluar dari hotel dan berjalan-jalan di kawasan sekitar luar hotel. Pastinya sepanjang perjalanan pasti anda boleh menemui banyak perkara menarik seperti membeli cenderamata unik atau mencuba makanan tempatan di warung tepi jalan. Jika penat berjalan, pulanglah ke hotel dengan menaiki teksi atau pengangkutan awam yang tersedia di situ.

Tambah hari

Jika jadual mesyuarat atau seminar anda terlalu padat hingga langsung tidak memberi peluang untuk anda melancong, tambahan hari anda di destinasi adalah jalan terbaik Jika anda mahu menambah hari, banyak perkara yang harus dititikberatkan dan sebaiknya, keputusan itu di buat sebelum anda sampai ke destinasi. Ini kerana, anda perlu mengubah masa tiket penerbangan pulang anda, selain bilik hotel untuk menginap selepas habis urusan kerja dan pengangkutan anda sepanjang berada di situ. Jangan lupa pula membawa pakaian yang lebih santai dan sesuai untuk anda melancong. Ini bagi mengelakkan anda terpaksa memakai pakaian rasmi kerana tidak membawa baju lebih.

| | Read More »

Dikuasakan oleh Blogger.

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.