Memaparkan artikel dengan label PRU-13

Pilihanraya Kecil Pertama

KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Besut Dr A Rahman Mokhtar yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) sejak minggu lalu, meninggal dunia pagi ini.

Allahyarham, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dilaporkan menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 9.40 pagi ini. Beliau disahkan meninggal dunia akibat paru-paru berair.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu, Allahyarham menang terhadap calon PAS, Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi. Allahyarham mendapat 8,809 manakala Napisah mendapat 6,375 undi.

Kuala Besut mempunyai jumlah pengundi berdaftar seramai 17,713 orang dengan peratusan 97.9 peratus adalah Melayu, 1.6 Peratus Cina dan 0.1 peratus India.

PAS rakam takziah

Sementara itu, Yang Dipertua PAS Besut, Wan Azhar Wan Ahmad merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan berdoa agar keluarganya bersabar dengan ujian yang dihadapi ini.

"Saya berharap keluarga Allahyarham bersabar dan menerima hakikat setiap manusia akan berakhir dengan kematian, termasuk kita. Mudah-mudahan Allahyarham ditempatkan ditempatkan di kedudukan yang terbaik di sisi-Nya," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Dalam pada itu, beliau menyatakan PAS akan mengadakan ziarah, hari ini bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham yang disifatkan sebagai seorang yang agak 'friendly' dan tidak terlalu protokol dengan masyarakat.

"Ada kelebihan bagi batang tubuh Allahyarham, di mana tidak terlalu protokol dengan masyarakat dan memberikan khidmat yang terbaik kepada rakyat.  Moga-moga segala khidmat beliau itu mendapat ganjaran sebaiknya," kata beliau lagi.

Pilihan raya kecil

Sementara itu, selepas dimaklumkan secara rasmi oleh Dewan Undangan Negeri Terengganu, SPR perlu mengadakan pilihan raya kecil dalam masa 60 hari. Pilihan raya kecil ini amat kritikal untuk kerajaan negeri Terengganu kerana kini BN mempunyai 17 kerusi manakala Pakatan Rakyat 15 kerusi. Dengan kematian Dr Rahman, jumlah kerusi adalah BN 16 dan Pakatan 15.

Jika Pakatan menang dalam  pilihan raya kecil ini nanti bermakna DUN Terengganu akan mempunyai bilangan ahli yang sama antara BN dan Pakatan. Jika itu berlaku, apa akan berlaku kepada kerajaan negeri Terengganu tidak dapat diramalkan.

Sejarah telah dicatatkan dalam penggal lepas apabila pilihan raya kecil paling banyak diadakan selepas pilihan raya umum ke 12 iaitu enam kerusi Parlimen dan 10 lagi untuk kerusi DUN.

Kerusi-kerusi itu adalah Parlimen Kuala Terengganu (PAS menang), Permatang Pauh (PKR), Bukit Gantang (PAS), Hulu Selangor (BN), Sibu (DAP) dan Batu Sapi (BN). Kerusi DUN adalah Galas (PAS), Bukit Selambau (PKR), Batang Air (BN), Penanti (PKR),  Manek Urai (PAS), Permatang Pasir (PAS), Bagan Pinang (BN), Tenang (BN), Merlimau (BN), Kerdau (BN).

| | Read More »

Petisyen Pilihanraya Difailkan

PETALING JAYA – Malaysia akan dapat melihat rekod petisyen pilihan raya yang menghampiri jumlah 100 yang difailkan sebelum tarikh akhir pada 12 Jun ini. Dalam usaha terakhir ini, kedua-dua parti, Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat berharap untuk mengubah keputusan pilihan raya umum ke-13 melalui petisyen.

Pakatan Rakyat ketinggalan 23 kerusi untuk membentuk kerajaan manakala Barisan Nasional (BN) kekurangan 15 kerusi untuk mempunyai majoriti dua pertiga di Parlimen. BN memperoleh 133 daripada 222 kerusi Parlimen manakala DAP menang 38 kerusi, PKR 30 dan PAS 21.

PKR paling banyak mengemukakan petisyen pilihan raya dalam Pakatan Rakyat dengan hampir 20 kes manakala DAP optimis memfailkan lima kes. Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, parti itu akan memfailkan “empat atau lima” petisyen pilihan raya untuk kerusi negeri di Terengganu, di mana Pakatan Rakyat hanya kekurangan dua kerusi untuk membentuk kerajaan negeri. Parti itu dijangka memfailkan hampir 15 kes di seluruh negara.

“Kita tahu bahawa rekod dalam petisyen pilihan raya tidak begitu baik. Malah, kita tidak pernah memenangi apa-apa setakat ini, tetapi kita lihat pada kali ini,” kata Mustafa, Selasa. Sebanyak 29 petisyen pilihan raya difailkan selepas pilihan raya umum 2008 tetapi hanya satu yang berjaya.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dilaporkan berkata parti itu akan memfailkan petisyen pilihan raya di lebih daripada 50 kerusi parlimen dan negeri sebelum tarikh akhir, tetapi dia tidak menyatakan kerusi berkenaan. Beliau berkata Umno juga telah mengkaji sama ada untuk memfailkan petisyen di 37 kerusi yang lain. Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata petisyen pilihan raya parti itu adalah di semua di kerusi di mana mereka kalah tipis, seperti Bentong (379 undi), Cameron Highlands (462 undi), Labis (353 undi) dan kerusi DUN Paloh di Johor (103 undi).

Beliau mengakui ia akan menjadi satu perjuangan yang sengit untuk memenangi pilihan raya kecil jika keputusan pilihan raya telah dibatalkan.

“Menyediakan bukti dan dokumentasi tidak mudah, tetapi pilihan raya umum ini adalah berbeza. Permintaan daripada pengundi dan tekanan awam begitu besar dan menjadi tanggungjawab kita untuk menggunakan setiap saluran yang boleh,” kata Loke.

Dilaporkan bahawa Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria telah memberi jaminan bahawa petisyen boleh diselesaikan dalam tempoh setahun jika segala-galanya berjalan dengan lancar. - mStar Online

| | Read More »

Gelisah petisyen PRU13

PASCA PRU

MASUK minggu kedua tempoh memfail petisyen atau bantahan yang diberikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bermula 23 Mei lalu, sudah wujud bunga-bunga kegelisahan dalam hati pelbagai pihak, baik dari pimpinan BN mahupun PR.

Kebimbangan krisis politik Perak pada 2008 lalu akan berulang tetap ada berikutan keputusan kedua-dua pihak yang berhasrat menfailkan petisyen di beberapa kerusi yang dikatakan berupaya untuk dicabar keputusannnya.

Bagi PR Perak, mereka sudah pun mengesahkan akan memfailkan petisyen di sembilan kerusi, termasuk satu kerusi Parlimen. Lapan kerusi Dun terlibat adalah kawasan Lubuk Merbau, Manjoi, Manong, Pasir Panjang, Selama, Rungkup, Chenderiang dan Tualang Sekah manakala kerusi Parlimen yang dituntut ialah Kuala Kangsar.

Pengumuman yang dibuat Pengerusi PR negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin itu menjelaskan, tuntutan berkenaan melibatkan tujuh kerusi ditandingi Pas sementara dua lagi oleh PKR.

Keputusan itu katanya, diputuskan setelah kepimpinan tertinggi PR Perak bersidang tiga kali dengan mengambil kira kriteria utama lokasi yang kalah tipis.

Meskipun tiada sebarang pengumuman lanjut dibuat Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, namun kenyataannya yang menyebut BN Perak sedang mengkaji dan meneliti beberapa kawasan di Dun negeri ini untuk memfailkan petisyen, boleh dianggap satu kenyataan serius.

Sepertimana yang digariskan PR, Zambry turut menyatakan faktor utama penyenaraian lokasi bagi membantah keputusan PRU13 yang diadakan, 5 Mei lalu itu adalah kawasan di mana BN mengalami kekalahan tipis kepada pembangkang.

Bagaimanapun di sebalik kemeriahan petisyen ini, individu yang paling merasakan debaran berkenaan pastinya calon-calon yang bertanding..menang atau kalah semua bergantung kepada keputusan petisyen yang dijamin Ketua Hakim Negara akan selesai dalam tempoh setahun.

Bagi Adun Lubuk Merbau, Datuk Siti Salmah Mat Jusak, pihaknya sedikit pun tidak berdepan masalah meskipun kerusi berkenaan sering disebut-sebut bakal beralih arah kepada PR berikutan jumlah majoriti yang paling sedikit, 53 undi.

Menurutnya, dalam hal ini, kemenangan BN sudah cukup membuktikan rakyat menerima kehadirannya sebagai wakil rakyat meskipun pada PRU13 ini terpaksa beralih kerusi daripada Dun Chenderoh ke Lubuk Merbau.

“Sebaik diumumkan calon yang menang, saya sudah berazam  untuk menjalankan tugas sebaik mungkin, penduduk juga menerima kehadiran saya di sini,” katanya.

Beliau berkata, soal majoriti sedikit tidak seharusnya dijadikan pokok persoalan kerana sebelum ini, BN juga pernah tewas dengan majoriti 72 undi di kerusi sama.

“Pada PRU 2008, kawasan ini juga mencatatkan majoriti yang sedikit, tidak pula BN buat petisyen dan sebagainya, sebaiknya kita teruskan kerja seperti biasa,” katanya.

Pandangan sama turut disuarakan Adun Pasir Panjang, Rashidi Ibrahim yang menganggap kejayaannya merampas kerusi berkenaan adalah melalui ketelusan yang dilaksanakan SPR.

Di sebalik keghairahan PR untuk mengambil kerusi itu, Rashidi yang juga merupakan calon baru BN sedikit pun tidak merasa gentar atau takut dengan kedudukan itu.

“Jika tidak berlaku ketelusan kenapa mereka boleh menerima kemenangan pihak mereka dan ini seolah-olah berlaku ‘double standard’. PRU13 yang lalu juga sudah banyak diubah suai ke arah yang lebih baik, tetapi ianya masih dipertikai, saya kira rakyat sudah muak dengan semua ini,” katanya.

Sementara itu, Adun Tualang Sekah, Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata, dia tidak mengerti apakah alasan yang digunakan PR untuk membuat petisyen terhadap kawasannya sedangkan majoriti undi diperolehi lebih 2,000.

Baginya selepas menerima mandat daripada rakyat, kerja perlu terus dilakukan dan menganggap ianya seperti biasa malah akan melaksanakan yang terbaik untuk rakyat di Tualang Sekah.

“Ia langsung tidak mengganggu saya. Tiada tekanan yang dihadapi, apa yang penting rakyat tahu siapa yang mereka pilih dalam PRU Mei lalu,” katanya.

Bagi Adun Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya pula, PR berhak membuat petisyen berkenaan selagi masih dalam tempoh yang ditetapkan dan ia hanyalah prosedur biasa selepas PRU. Shahrul berkata, dalam sistem demokrasi, sewajarnya menghormati hak masing-masing.

“Biarlah pihak yang terbabit melaksanakan tugas untuk memastikan keadilan kepada semua, kita juga berpegang kepada konsep telus dan saksama. Kita yakin dan percaya telah mengikut prosedur yang betul sepanjang PRU lalu,” katanya.

Beliau berkata, walaupun petisyen dibuat ia tidak langsung mengganggu tugasnya untuk turun padang bertemu rakyat.

Katanya, selepas dipilih rakyat maka tanggungjawab itu harus dipikul sebaik mungkin untuk meneruskan kecemerlangan BN di kawasannya.

Penyandang kerusi Lubuk Merbau sebelum ini, Mohd Zainudin Mohd Yusof berkata, dalam menghadapi BN pada PRU lalu, mereka mempunyai pasukan yang hebat sehingga berjaya memperolehi undi sebanyak 6,207.

Katanya, peningkatan ini menunjukkan rakyat masih menyokong Pas sehingga mereka kalah tipis kepada calon BN.

“Dalam hal petisyen ini, kita sedang semak banyak peraturan termasuk undang-undang hakiki dan undang-undang prosedur. Jika undang-undang prosedur  tidak diikuti sudah tentu mencacatkan undang-undang hakiki. Sekarang kita akan ketengahkan perkara-perkara yang kurang diberi perhatian,” katanya.

Calon Pas di Dun Selama, Mohd Akmal Kamaruddin pula berkata, mereka telah melakukan ikhtiar walaupun di dalam kertas nampak agak sukar. Menurutnya, bantahan yang dilakukan memang kuat, bagaimanapun ia bergantung kepada keputusan mahkamah namun mereka berharap keputusan itu nanti akan memberi keadilan kepada semua.

“Banyak benda yang meragukan berlaku sepanjang PRU lalu,  sekiranya mahkamah adil sudah tentu kami boleh menang. Tunjukkanlah keadilan kepada rakyat. Itu sahaja harapan kami,” katanya.

Calon PKR Dun Tualang Sekah, Baldip Singh berkata, secara keseluruhannya, PR mempunyai bukti yang kukuh untuk  dibawa ke mahkamah namun semuanya bergantung kepada hakim yang akan memutuskan keputusan.

“Kami harap hakim dapat mendengar kes ini sebaik-baiknya dengan bukti yang ada kerana ia penting dalam menentukan hala tuju kerajaan yang akan mentadbir negeri Perak,” katanya.

Untuk rekod, calon PR tewas majoriti 53 di Lubuk Merbau, Manjoi (132), Manong (231), Pasir Panjang (304), Rungkup (613), Selama (619), Tualang Sekah (2,046), Chenderiang (4,767) dan Parlimen Kuala Kangsar (1,082).

Sehingga artikel ini ditulis, belum ada sebarang maklumat lanjut, bila dan kerusi ketetapan mana yang akan dibariskan untuk difailkan melalui petisyen PRU13.

| | Read More »

Disebalik PRU13

Disebalik PRU-13 yang telah berlalu pada 5 Mei 2013, Walaupuan Pakatan Rakyat (PR) tidak dapat membentuk kerajaan persekutuan sebenarnya PR telah memenangi pilihanraya pada kali ini. Kenapa admin merumuskan demikian…

Saudara-saudari semua, hakikatnya kedudukan Pakatan Rakyat semakin kukuh:

    • Pertambahan 7 Kerusi Parlimen. [82 kerusi (2008) kepada 89 kerusi (2013)]  dan mengurangkan bilangan kerusi dimenangi oleh BN daripada 140 kepada 133 kerusi, menjatuhkan reputasi DS Najib lebih teruk daripada apa yang pernah dihadapi oleh mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

    • Pertambahan 71 Kerusi DUN.
    • Undi Popular berpihak kpd PR yg pertama kali dalam sejarah!
    • Peratus keluar mengundi tertinggi dlm sejarah Malaysia, iaitu sebanyak 80%-82%.
    • Rakyat Malaysia semakin celik politik dan tidak mudah diperbodohkan.
    • Pengundi muda adalah harapan perubahan di masa hadapan. TERUTAMA kpd anak2 yg lahir tahun 1996 dan ke atas. Anda semua adalah GENERASI PEMENANG utk PRU14 akan datang!
    • Terus bersama2 saya utk bekerja lebih keras. Bukan shj utk kemenangan PRU 14 yg akan datang tetapi yg LEBIH PENTING adalah utk membina masa hadapan yang lebih baik bagi zuriat kita semua.

| | Read More »

Datuk Kamilia Ibrahim Hilang Wang Deposit

IPOH: Terbukti benar apa yang dikatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa anggota Umno yang meninggalkan perjuangan dan parti akan 'dipinggirkan' rakyat, apabila bekas Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim kalah teruk bertanding kerusi parlimen Kuala Kangsar.

Kamilia, 61, hanya memperoleh 447 undi manakala calon Barisan Nasional (BN)Datuk Wan Mohammad Khair-Il Anuar Wan Ahmad memperoleh 14,218 undi dan calon PAS Khalil Idham Lim Abdullah (PAS) pula meraih 13,136 undi pada pilihan raya umum ke-13 semalam.

Presiden Umno itu berkata sejarah memperlihatkan bahawa perjuangan dalam parti lebih besar daripada kepentingan mana-mana individu.

"Sejarah membuktikan pengasas Umno Allahyarham Datuk Onn Jaafar meninggalkan Umno dan menubuhkan Parti Negara tapi akhirnya apa? Akhirnya rakyat menolak pemimpin yang mengasaskan Umno (itu) kerana mereka tahu kalau individu tiada, tapi parti ada dan berkuasa, perjuangan masih boleh diteruskan," katanya.

Pada hari penamaan calon bagi PRU13, Kamilia membuat kejutan apabila mengemukakan borang pencalonan sebagai calon Bebas di kawasan parlimen itu.

Sebelum itu Kamilia menolak tawaran menjadi calon bagi kerusi dewan undangan negeri (DUN) Perak kawasan Bukit Chandan yang ditawarkan oleh Najib.

Semasa tempoh berkempen, jentera pilihan raya Kamilia hanya dibantu oleh anggota keluarganya, sekaligus menunjukkan anggota akar umbi BN menolak tindakannya itu

| | Read More »

Dikuasakan oleh Blogger.

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.