MASYARAKAT di Malaysia, terutamanya kaum Melayu terkenal dengan penggunaan pelbagai rempah ratus dalam masakan mereka. Antara rempah ratus yang sering digunakan ialah jintan. Terdapat empat jenis yang biasa digunakan, iaitu jintan, jintan hitam, jintan putih dan jintan manis.

Jintan penambah perisa makanan dan mampu mengatasi masalah mulut berbau.
Jintan atau nama saintifiknya Carum carvi L. merupakan sejenis pokok herba yang tumbuh liar di tanah tinggi. Pokok ini merupakan tumbuhan asli di Eropah dan Asia. Biji jintan secara tradisionalnya digunakan untuk merawat demam panas, masalah pembuangan air besar, kembung angin, sakit kepala, diuretik, sawan dan selesema. Bijinya dikunyah untuk mengubati nafas berbau busuk. Minyak daripada biji ini pula digunakan sebagai tonik perut bagi mengeluarkan angin daripada perut dan usus. Jintan juga dapat merawat perut kembung.
Menurut kajian Nicola, Pietro, Francesco, dan Felice (2005) menerusi “Antibacterial Activity of Cuminum cyminum L. and Carum carvi L. Essential Oils” menunjukkan minyak pati biji jintan terdiri daripada komponen utama, seperti karvon, linonena, germakrena D dan trans-dihidrokarvon. Mereka turut menjalankan kajian antibakteria terhadap minyak pati ini dan hasil kajian menunjukkan bahawa minyak pati ini menunjukkan aktiviti yang tinggi terhadap genera Clavibacter, Curtobacterium, Rhodococcus, Erwinia, Xanthomonas, Ralstonia, dan Agrobacterium yang merupakan pembawa penyakit pokok atau tanaman cendawan di seluruh dunia. Hal ini menunjukkan bahawa minyak pati ini berpotensi mengawal bakteria penyakit.
Rencana ini dipetik daripada Dewan Kosmik Mac 2012.
Posted on Selasa, 25 Jun 2013 |
Filed under Ingredients
,Kesihatan
|
Read More »
Manfaat bawang putih atau nama botaninya Allium Sativum terhadap kesihatan telah diperakui sejak berabad-abad lamanya, tetapi kini para penyelidik mungkin telah menemui sekurang-kurangnya satu sebab mengapa.Satu kajian baru menunjukkan sebatian yang diproses sel-sel darah merah dari bawang putih dihadamkan dan bertukar sebagai sel hidrogen sulfida (H2S), yang melegakan saluran darah dan meningkatkan aliran darah. Oleh itu, pengambilan bawang putih boleh meningkatkan bekalan semula jadi kimia penting dan berperanan dalam mengurangkan risiko penyakit jantung.
Dalam kajian yang pernah dibuat sebelum ini menunjukkan pelbagai keputusan yang berbeza mengenai khasiat bawang putih. Sebagai contoh, beberapa kajian telah menemui beberapa manfaat, tetapi dalam satu kajian berasingan pula menunjukkan khasiatnya untuk mengurangkan risiko penyakit jantung.
Tetapi para penyelidik menyatakan jika kajian selanjutnya mengesahkan penemuan bahawa bawang putih berupaya untuk menghasilkan hydrogen sulfida yang boleh memberi manfaat kesihatan untuk tubuh badan.
Dalam kajian itu, penyelidik Benavides Gloria dari Universiti Alabama di Birmingham, dan rakan-rakannya menganalisis kesan jus yang diekstrak daripada bawang putih pada sel darah merah manusia di dalam makmal.
Mereka mendapati sel-sel darah merah dengan serta-merta mula menghasilkan hidrogen sulfida selepas mendapat dos kecil bawang putih.
Jumlah bawang putih yang diuji di makmal adalah lebih kurang sama dengan dua ulas bawang putih untuk orang dewasa biasa.
Ujian selanjutnya menunjukkan tindak balas kimia utama yang berlaku pada membran sel-sel darah merah, tetapi sejumlah kecil hidrogen sulfida juga dihasilkan dalam sel.
Beberapa tumbuhan selain daripada bawang putih mengandungi blok binaan hidrogen sulfida untuk memberi manfaat kesihatan, dan para penyelidik mengatakan bawang putih adalah satu-satunya bahan yang biasa digunakan dalam diet manusia.
Ini menunjukkan bahawa khasiat bawang putih mampu mengurangkan risiko penyakit jantung. Melancarkan aliran darah dalam badan serta memberikan kecergasan kepada tubuh badan.
Mungkin ada di antara kita tidak gemar memakan makanan yang mempunyai bawang putih, jika ada pun pasti diasingkan. Mungkin sekarang anda boleh mula memakan bawang putih setelah mengetahui apa itu khasiat bawang putih di atas.
Posted on Selasa, 21 Mei 2013 |
Filed under Ingredients
,Kesihatan
|
Read More »
Limau nipis sememangnya sudah terkenal dengan khasiatnya terhadap rawatan kecantikan kulit . Ia juga sering digunakan sebagai bahan asas untuk produk-produk kecantikan yang berada dipasaran. Antara khasiat limau nipis terhadap kecantikan kulit adalah…………(1) Menyingkirkan sel kulit mati – Apabila anda menggosokkan kulit denganmenggunakan limau nipis, iasebenarnya dapat membantu untuk menanggalkan sel kulit mati yang masih melekat pada tubuh.
(2) Mengurangkan kedutan – Khasiat limau nipis juga dapat membantu sebagai bahan awet muda terhadap kulit.
(3) Melembapkan kulit -Sekiranya anda mempunyai masalah kulit kering , cubalah rawatan yang menggunakan limau nipis pula. Ini kerana khasiatnya mampu untuk membantu melembapkan lagi kulit anda.
(4) Menghilangkan masalah kelemumur – Limau nipis bukan sahaja baik untuk kulit biasa sahaja, tetapi ia juga berkhasiat terhadap kulit kepala anda. Khasiat yang berada didalamnya dapat membantu untuk menghilangkan masalah kelemumur.
(5) Menyegarkan lagi kesihatan kuku – Sekiranya kuku anda direndam didalam jus limau nipis, ia dapat membantu untuk menyinarkan lagi kilauan kuku anda. Selain daripada itu, khasiat yang berada didalam jus limau nipis juga dapat membantu untuk rawatan kuku seperti masalah cekam dan sebagainya.
Posted on |
Filed under Ingredients
,Kesihatan
|
Read More »