Tips Menghadapi Peperiksaan Yang Berkesan
-
Persediaan Fizikal – Anda memerlukan kesihatan yang baik bermula dari ketika membuat persedian mengulangkaji hinggalah ke dewan peperiksaan. Keadaan kesihatan yang buruk akan mengganggu persediaan diri untuk peperiksaan. Sekiranya masih banyak yang anda perlu ulangkaji, maka pastinya anda rasa bimbang. Gangguan kesihatan pasti tidak mengizinkan anda mengulangkaji dan ini akan membawa kepada tekanan emosi. Pastikan anda menjaga perkara yang berikut:
-
Tidur Yang Cukup – Tidur yang cukup ialah di antara 6 – 7 jam sehari. Kurang tidur menyebabkan anda rasa mengantuk, letih dan boleh jatuh sakit. Tidur yang berlebihan juga tidak baik untuk kesihatan. Justeru pastikan anda latih diri anda dengan masa tidur yang optimum ini dari sekarang.
-
Jaga Pemakanan – Allah s.w.t telah berfirman yang mafhumnya “Makanlah dari makanan yang baik yang telah Kami berikan” (Al-Baqarah : 57). Yang dimaksudkan sebagai yang baik disini ialah baik dari segi sumbernya (halal), kualitinya (zat), rasanya (enak dan lazat) dan bersih (tidak membawa penyakit dan kemudaratan). Kepada ibu bapa pastikan anak-anak anda diberi makan makanan dari sumber yang halal. Makanan yang haram akan menghitamkan dan menggelapkan hati mereka.
-
Riadah – Jangan beriadah sehingga meletihkan badan. Ramai pelajar yang bermain hingga penat dan akibatnya anda akan rasa mengantuk untuk mengulangkaji pelajaran. Anda hanya perlu beriadah selama 20 minit dan sebanyak tiga kali seminggu. Lakukanlah senaman ringan yang mengeluarkan sedikit peluh. Di saat-saat akhir sebegini, lupakanlah soal bolasepak, takraw, badminton dan sebagainya. Anda boleh tangguhkan semua aktiviti yanganda minati ini setelah tamat peperiksaan penting nanti.
-
Keselamatan – Anda perlu menjaga keselamatan diri anda sebaiknya. Jauhkan diri anda dari aktiviti lasak yang boleh membawa kepada kecelakaan. Elakkan diri dari sebarang kecederaan. Memanglah kecelakaan tidak pernah diundang, tetapi kalau anda tidak berhati-hati anda sebenarnya mendedahkan diri kepada pelbagai kemungkinan. Dalam musim menjelangnya peperiksaan, lebihkan masa anda untuk berada dirumah.
Posted on Isnin, 20 Mei 2013 |
Filed under InfoPendidikan
|
Read More »
PERHATIAN KEPADA SEMUA BAKAL PELAJAR KOLEJ MATRIKULASI ALIRAN TEKNIKAL
Pelajar boleh mendaftar secara atas talian mulai 8 hingga 18 Mei 2013.
Pendaftaran secara manual juga boleh dilakukan di kolej matrikulasi yang ditawarkan mengikut tarikh pendaftaran dalam surat tawaran.
Sila klik pautan di bawah mengikut kolej masing-masing.
1. Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah - http://register.kmtk.matrik.edu.my/
2. Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang - http://register.kmtph.matrik.edu.my/
3 Kolej Matrikulasi Teknikal Johor - http://register.kmtj.matrik.edu.my/
Posted on Ahad, 12 Mei 2013 |
Filed under InfoPendidikan
|
Read More »
Permohonan kemasukan program diploma vokasional Malaysia 2013 di Industri Latihan Perindustrian (ILP). Menerusi laman rasmi KPM, Sukacita dimaklumkan bahawa Aplikasi Permohonan ke Program Diploma Vokasional Malaysia di Institut Latihan Perindustrian boleh dibuat di Laman Web Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia bermula 13 Mei 2013 (Isnin) sehingga 29 Mei 2013 (Rabu).
Permohonan Online Diploma Vokasional Malaysia 2013
Untuk membuat permohonan, sila layari http://www.moe.gov.my dan talian akan dibuka mulai 13 Mei 2013
Posted on |
Filed under InfoPendidikan
|
Read More »
'Saya lebih berminat dengan kemahiran'
-kalau anda lebih berminat dengan aspek kemahiran berbanding teori teruskan minat itu. Jangan ingat menjadi engineer, doktor, peguam atau akauntan saja boleh berjaya. Tak perlu fikrkan sangat bab gaji atau pendapatan yang bakal diterima sewaktu bekerja nanti. Rezeki itu Allah yang tentukan, InsyaAllah selagi minat itu ada kita mampu survive dengan baik dalam bidang yang kita ceburi. Antara tempat untuk menyambung pelajaran yang melebihkan aspek kemahiran berbanding teori ialah Politeknik, IKBN, IKM dan KKTM(Kolej Kemahiran Tinggi MARA). Institusi-institusi ini menyediakan sijil serta diploma untuk pelajarnya yang telah menamatkan kursus mereka. Pelajar juga boleh menyambung pelajaran mereka ke peringkat ijazah selepas tamat peringkat diploma di IPTA atau IPTS.
'Tak boleh masuk dengan subjek sains dan matematik'
-Sekiranya anda mendapat gred yang kurang memuaskan dalam matapelajaran-matapelajaran sains dan matematik untuk peperiksaan spm janganlah pula kecewa atau merasakan diri itu kurang cerdik. Ini kerana banyak lagi jurusan lain yang tidak bergantung kepada subjek-subjek sains dan matematik ada untuk anda meneruskan pembelajaran diperingkat ketiga ini. Disarankan untuk pelajar meneliti kembali minat dan kebolehan masing-masing. Kalau rasa berminat dengan bidang penulisan dan bahasa samaada bahasa inggeris, bahasa melayu atau bahasa arab bolehlah memohon untuk menyambung pelajaran diinstitut perguruan(IPG) yang ada menawarkan kursus perguruan dalam bidang-bidang bahasa tersebut. Selain itu,bagi yang berminat dalam bahasa inggeris, juga boleh memohon di UITM dan UIA yang ada menawarkan program asasi TESL. Program-program lain yang boleh dipohon ialah seperti undang-undang, agama, sains kulinari, perhotelan dan banyak lagi.
Dibawah ini aku sertakan senarai-senarai program yang boleh dipohon lepasan spm samaada untuk matrikulasi,asasi,diploma dan ipg.
Matrikulasi
i-Sains
MODUL | Subjek yang ditawarkan |
Modul I | Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik |
Modul II | Fizik, Kimia dan Sians Komputer |
Modul II | Biologi, Kimia san Sains Komputer |
ii-perakaunan
Asasi
UiTM | UM | UIA | UNIMAS | USIM |
Asasi sains | Asasi Sains Hayat | Asasi Undang-undang | Asasi Sains Hayat | Tamhidi Perubatan |
Asasi Kejuruteraan | Asasi Sains Fizikal | Asasi Ekonomi dan Sains Pengurusan | Asasi Sains Fizikal | Tahmidi sains dan teknologi |
Asasi Tesl | Asasi Sains Alam Bina | Asasi Ilmu Pengetahuan Berteraswkan Wahyu | | Tahmidi Undang-undang dan syariah |
Asasi Undang-undang | Asasi penidikan Islam | Asasi Sains Kemanusian | | Tahmidi perakaunan dan muamalat |
| Asasi syariah | Asasi Bahasa Arab | | Tahmidi pergigian |
| Asasi Usuluddin | Asasi Bahasa Inggeris | | |
| Asasi Pengajian Islam dengan Sains | Asasi Kejuruteraan | | |
| | Asasi Sains Fizikal | | |
| | Asasi Perubatan | | |
| | Asasi Pergigian | | |
| | Asasi Sains Hayat | | |
| | Asasi Farmasi | | |
| | Asasi Kejururawatan | | |
| | Asasi Senibina dan Rekabentuk Alam Sekitar | | |
| | | | |
| | | | |
| | | | |
Diploma UITM
UPSI
UMP
UTM
UPM
UTEM
UTHM
UNISZA
UNIMAP
DARUL QURAN
POLITEKNIK
IPG
Senarai program
Posted on Selasa, 16 April 2013 |
Filed under InfoPendidikan
|
Read More »
Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua. SPM 2012 akan diumumkan beberapa hari lagi. Diam tak diam dah masuk tahun ke tiga aku meninnggalkan alam persekolahan.Sekejap je rasanya masa berlalu.Diploma aku ni pun semester depan dah masuk tahun akhir.Untuk pengetahuan yang membaca ,aku sekarang menyambung pelajaran dalam bidang kejuruteraan kimia di uitm.Jadi sesiapa yang berminat dengan course ni, bolehlah aku tolong sikit-sikit. Buat lepasan spm yang bakal mendapat result kelak, doa banyak-banyak agar Allah berikan yang terbaik untuk anda. Dan bila keputusan keluar jangan pula terlebih excited atau terlebih emo dengan result masing-masing,banyak lagi benda perlu difikirkan selepas ini.

Apa yang perlu dilakukan selepas keputusan spm keluar?
Selepas keputusan keluar anda akan mempunyai beberapa peluang untuk menyambung pelajaran seperti Matrikulasi KPTM, Asasi IPTA, Diploma IPTA dan Politeknik, IPG, SPA, IKM dan lain-lain. Perlu diingat ketika ini tiada lagi istilah 'ikut kawan' seperti zaman sekolah dulu. Untuk tahap ini, menyambung pelajaran mengikut minat dan pilhan sendiri adalah disarankan. Pelajar juga harus peka dengan sebarang pengunguman permohonan dan rayuan ke institusi berkaitan kerana kebiasannya tempoh masa untuk pelajar membuat permohonan pada tahap ini adalah singkat..
Panduan Memilih Jurusan Selepas Spm
-"Saya minat subjek biologi dan kimia tapi bencikan fizik"
Kebiasaanya statement ini datangnya daripada pelajar-pelajar perempuan yang lebih gemar membaca dan mengingat. Jadi kalau dah tak sukakan sesuatu subjek itu janganlah membebankan diri untuk mengambilnya diperingkat yang lebih tinggi ini. Ambil course-course yang bersesuaian seperti perubatan, pergigian, farmasi, mikrobiologi, kimia perindustrian atau course yang berkaitan dengan kimia dan biologi. Bagi pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke matrikulasi mereka akan diberi pilihan modul nanti,pilih modul yang tidak berkaitan dengan subjek fizik. Satu lagi, buat yang tidak berminat dengan subjek fizik tetapi cenderung kepada subjek kimia sahaja, kejuruteraan kimia bukanlah bidang yang sesuai untuk anda kerana bidang ini akan lebih memfokuskan kepada proses-proses yang sudah tentunya akan melibatkan banyak pengiraan yang menjurus kepada fizik.
-"Saya sangat suka matematik dan fizik"
Bagi yang berminat untuk dua subjek ini, tidak lain tidak bukan bidang engineering sangat sesuai dengan prospek masa depan anda. Sekiranya anda berminat untuk menyambung ke peringkat diploma, anda seharusnya tahu cabang engineering manakah anda berminat untuk menyambung pelajaran. Ini kerana apabila anda telah menyambung pelajaran di peringkat diploma, pelajar tidak boleh lagi membuat penukaran jurusan. Fikirlah masak-masak sebelum membuat keputusan ye. Sekiranya masih ragu-ragu, anda bolehlah memilih peringkat matrikulasi atau asasi kerana kedua-kedua intitusi ini juga menyediakan peluang anda menyambung pelajaran diperingkat degree nanti. Antara universiti yang menyediakan asasi berkaitan engineering ini ialah asasi engineering UiTM, asasi engineering UIA, asasi sains fizikal UM(sila tambah kalau aku terkurang). Di peringkat matrikulasi juga mereka menyediakan modul untuk pelajarnya yang berminat dengan bidang engineering ini. Selain itu bidang-bidang lain yang berkaitan sekiranya berminat dengan subjek-subjek ini ialah seperti sains ukur bahan, sains komputer dan lain-lain...
bersambung..
Posted on |
Filed under InfoPendidikan
|
Read More »