Memaparkan artikel dengan label Perhubungan

Ibu bapa halang hasrat berkahwin

Saya sudah bertunang selama dua tahun. Tunang mengajak saya berkahwin kerana khuatir terjerumus ke dalam maksiat kerana kami selalu berjumpa dan ia dibenarkan oleh bapa saya sendiri. Masalahnya sekarang perkara itu ditentang oleh ibu dan bapa saya kerana bagi mereka saya masih muda dan harus fokus pada pelajaran. Mereka juga suka mendengar nasihat orang lain dalam masalah ini.

Syarat untuk saya berkahwin adalah perlu menghabiskan pengajian ijazah terlebih dahulu dan mengikut kata mereka supaya menjadi guru. Untuk pengetahuan Dr, saya baru berusia 22 tahun dan berada di semester akhir pengajian diploma. Ini bermakna saya dan tunang perlu menunggu untuk tiga tahun lagi sebelum kami boleh bernikah.

Saya dan tunang ada merancang untuk menggunakan khidmat wali enggan (wali hakim) kerana ini adalah kali keempat hasrat kami ditentang. Kami memaklumkan kepada ibu bapa sebab ingin bernikah, namun mereka masih tidak dapat menerimanya.

Saya faham ibu dan bapa risau masa depan saya, namun melihat kesungguhan tunang dan apa yang dia korbankan untuk saya seperti membayar yuran semester, memberi duit untuk makan dan kos membeli keperluan belajar, saya berasakan dia sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami.

Dulu, saya amat sosial, selalu ke kelab malam, minum minuman haram. Namun, selepas dia merubah saya, Alhamdulillah saya menjadi Muslimah yang bertudung dan berpakaian labuh.  Ibu bapa saya amat suka dengan perubahan saya. Namun, mengapa mereka masih ingin mendengar cakap orang lain dan tidak memahami hasrat kami?

Adakah saya wajar untuk menggunakan khidmat wali enggan dalam hal ini? Kami hanya mahukan cara yang baik, namun semuanya ditentang oleh ibu bapa dan ahli keluarga yang lain.

Runsing,
Selangor

Setiap masalah ada penyelesaiannya dalam Islam. Begitu juga dengan kes anda di atas berikutan keengganan ibu bapa membenarkan anda berdua melangsungkan perkahwinan walaupun sudah lama bertunang dan menyatakan hasrat untuk berkahwin segera.

Saya juga berasakan pelik dengan tabiat ibu bapa sedemikian apabila masih lagi menghalang perkahwinan anda sedangkan semua keperluan diuruskan tunang. Pada hal semua keperluan anda di bawah tanggungjawab ibu bapa.

Dengan sebab itu, saya berpandangan anda berdua boleh mengemukakan permohonan untuk berkahwin melalui perpindahan wali dari wali nasab kepada wali raja di mahkamah syariah tempat anda tinggal.
Asasnya ialah keengganan wali nasab memberi persetujuannya tanpa sebab yang mencukupi. Mahkamah akan menyiasat terlebih dahulu perkara ini dan akan memberi persetujuan apabila ia sudah berpuas hati.

Bagaimanapun, lebih baik perkara ini diselesaikan secara musyawarah (berbincang) sesama keluarga.

Dengan itu tiada pihak akan berkecil hati atau sebagainya dengan tindakan anda nanti. Lagipun penyelesaian sesama sendiri menjimatkan kos dan masa.

Saya berasakan perkahwinan anda tidak boleh ditangguhkan lagi dan banyakkan berdoa semoga ibu bapa anda terbuka hati untuk meneruskan akad pernikahan secepat mungkin.

| | Read More »

Cinta Itu Hak Ilahi

cintailahiAssalamualaikum wbt. Saya bukanlah penulis tegar,saya hanyalah manusia biasa yang masih mencari lampu yang terang di atas muka bumi ini. Saya juga bukanlah pencerita, cukuplah sekadar disini saya ingin memuitiskan bibit jatuhnya hati seorang mujahadah terhadap sang mujahid dalam bumi Allah ini. Nama diberi ana, seorang yang periang, tegas dalam kata-kata dan seorang yang sukakan dunia teknologi. Alunan muzik dari Liyana Jasmay , Cinta Bersatu bermain di gegendang telinga menaikkan semangat lagi untuk saya menulis coretan ini.

Ceritanya bermula sekitar September 2011, dek semua pelajar berebut mahu digelar mahasiswa atau mahasiswi hati terasa hambar bila kali pertama menjejakkan kaki ke IPTA di Shah Alam. Hati bergelora tidak mahu menyambung pelajaran di peringkat sarjana muda, atas desakan keluarga yang mahu saya menjadi contoh kepada adik-adik yang lain. Akhirnya saya akui juga. Pasrah dengan keadaan yang sedia ada, saya memulakan hidup saya di universiti awam dalam bidang teknologi maklumat. Seminggu selepas semua pelajar baru memulakan sesi, kami(pelajar baru) diarahkan oleh ahli Seketariat Mahasiswa Fakulti (SMF) untuk menjalankan sesi perkenalan atau lebih dikenali sebagai Program Pemantapan Wawasan. Program itu dijalankan selama dua hari, penat entah kepalang kami dibuatnya. Tetapi, peristiwa yang paling saya tidak akan lupakan adalah ketika saya mahu mengambil makanan bersama rakan baik saya, Anis.

“Aik makanan habis ke bang?”, tanya saya kepada salah seorang SMF disitu.
“Haah la awak habis. Maaf banyak-banyak”, balas SMF tersebut dalam nada yang sangat berbudi bahasa.
“Takkan tak kira berapa student yang hadir kot?”, tanya saya dalam nada yang kurang berbudi.
“Maaf awak saya gurau saja, ada lagi la”, jawab SMF tersebut sambil tersenyum.

Untuk pertama kali dalam hari yang membosankan itu, saya tersenyum dan malu-malu sehingga kawan saya pun tegur senyum kambing saya itu.

Selepas tamat program saya menjalankan hidup seperti biasa, pergi ke kelas, balik ke kelas, makan, tidur dan itulah lazimnya yang saya lakukan seharian. Tetapi bayangan lelaki yang bergurau dengan saya semasa program tersebut masih segar dalam ingatan. Teringin juga meminta maaf dengan lelaki SMF itu angkara berkasar dengannya tempoh hari hal makanan sahaja. Tapi sebabkan malu dan ego saya biarkan sahaja peristiwa itu dilekatkan dalam ingatan dan masa berlalu detik demi detik sehinggalah suatu hari.

Allah itu Maha kuasa, sebulan selepas Program Pemantapan Wawasan, semasa itu saya ingat lagi di dalam kafe fakulti, saya ingin mencari tempat duduk untuk makan.

“Awak!”. Terdengar suara seorang lelaki memanggil. Saya terus menoleh. Dan rupanya lelaki SMF itu yang memanggil sambil tersenyum. Saya terkejut dan kaget melihat dirinya. Saya membalas senyuman si dia dan cepat-cepat saya mencari kerusi untuk duduk dan saya membelakangi si dia kerana saya tidak mahu berjumpa dengan si dia kalau boleh. Malu teramat sangat sebenarnya angkara peristiwa tempoh hari.

Pulang dari kafe, saya terbayangkan wajahnya. Rasa mahu berjumpa dengan dirinya tetapi apakan daya, mungkin siapalah saya untuk dihiraukan. Di bilik kolej saya, saya log in ke akaun mukabuku saya, dan saya terlihat ada satu “friend request”. Oh dia rupanya!

Hati gembira bukan kepalang mahu melompat-lompat sahaja rasa, tambahan lagi bila si dia memulaikan konversasi kami di inbox mukabuku. Kami berbalas-balas idea dan pendapat serta saya tanyakan sedikit hal ehwal fakulti hal ini kerana si dia juga merupakan seorang leader dalam sebuah kelab dalam fakulti. Dan yang paling saya kagumi, si dia mampu memberikan nasihat-nasihat yang berguna ala ustaz gitu.

Hari demi hari kami berkawan, dari chatting di mukabuku kami saling bertukar-tukar nombor telefon. Dan sehinggalah lingkungan akhir Februari 2012 ketika itu cuti semester pertama saya sebagai seorang pelajar sarjana muda. Cuti semester kali ini memberikan 1001 makna dalam hidup saya, terbuka hati saya ini untuk lebih mendekatkan diri dengan Allah SWT dan saya bertekad untuk kelihatan lebih sopan dan mantap dari segi agama asasnya.Apalah yang mahu dikejar dalam dunia ini selain ibadah yang dilakukan hari-hari. Hati merintih memohon pada Allah supaya dipandang olehNya manusia seperti saya yang sering tidak bersyukur dengan apa yang diberikan selama ini. Ujub, takbur dan riak menjadi pegangan hidup hari-hari. Tudung dilabuhkan, stokin tangan dan kaki disarungkan, baju dilonggarkan potongannya dan Alhamdullilah hati ini tenang hanya Allah sahaja tahu. Tidak berturban, tidak berpakaian menarik perhatian (warna-warni), tidak jua berpakaian seperti bertelanjang kerana dunia ini hanyalah semantara, tidak perlu mencari perhatian mata manusia, tetapi Allah. Itulah yang saya pegang sehingga kini.

Saya semakin asyik mendengar ceramah-ceramah agama di youtube dan melayari laman sesawang yang menulis perihal agama untuk lebih mendalami ilmu Allah ini. Dan dalam banyak-banyak ceramah yang didengar, saya amat tertarik dengan bab “kahwin awal”. Betapa besar sungguh pahala seorang wanita yang hanya perlu mentaati suaminya. Dan dalam video tersebut ada juga diceritakan bahawa pahala dapat dikumpul dengan berkahwin diusia muda. Tatkala saya semasa itu pula menggila ingin “topup” pahala, saya amat teruja mendengarnya! Dan atas sebab itu juga, saya bertekad untuk berkahwin awal, dan mencari seorang lelaki yang mampu memimpin saya ke jalan yang lebih baik. Bidadari syurga menjadi pilihan, itulah azam saya ketika itu!

Tatkala semua pelajar sarjana muda sibuk menunggu masa untuk kembali ke semester baru, saya telah dilantik menjadi seorang SMF 2012/2013 bagi fakulti, tetapi dikirakan si dia sudahpun menjadi mantan SMF pada ketika itu. Saya terpaksa datang ke fakulti saya kembali di Shah Alam, untuk majlis lantikan dan angkat ikrar. Saya teringatkan yang si dia juga merupakan SMF semasa Program Pemantapan Wawasan dulu lalu saya terus menghantar SMS kepada si dia. SMS tidak berbalas tetapi tiba-tiba si dia muncul dihadapan meja tempat saya makan selepas majlis selesai.

“Awak nampak lain la hari ni”, ujar si dia.
“Cantik eh?”, jawab saya bergurau.

Si dia hanya mengangguk tanda setuju. Saya pula tersipu-sipu malu dibuatnya. Si dia duduk dan keadaannya seperti cacing kepanasan sahaja.

“Awak kenapa?”, tanya saya.

Dia diam dan tunduk. Dan cuba memulakan bicaranya.

“Awak sudi tak kalau awak jadi isteri untuk saya, ibu untuk anak-anak saya?”, tanya si dia dengan muka merah.

Saya terkejut dengan lamaran si dia dan berkata.

“Saya setuju”, jawab saya tersenyum malu.

Ramai rakan-rakan saya yang terkejut mendengar perkhabaran saya akan bertunang dengan si dia pada hari raya nanti. Ramai yang berkata saya tidak rasional menerima si dia dalam masa yang singkat. Dari kami berkenalan sehinggalah kini, kami amat menjaga batas kami sebagai pasangan tunang. Tunang bukan alasan untuk kita berdua-duaan, bermesra-mesraan dan sebagainya. Alhamdullilah menerima si dia adalah kerana ketulusan seorang lelaki yang betul-betul mencari seorang isteri. Nampak di sinar matanya dia bersungguh mencari seorang isteri dan bukanlah seorang “awek” yang dipimpin kesana kemari.

Sedangkan lidah lagi tergigit apa lagi pasangan tunang, saya memperbaiki diri saya dari semasa ke semasa kerana kadangkala perangai dan sikap saya yang agak melampaui. Tetapi saya jua masih belajar dan proses pertunangan ini merupakan satu titik permulaan saya untuk menjadi seorang isteri yang solehah. Selalu mendengar nasihat si dia dan sentiasa menyokong dengan apa yang si dia lakukan. Ya Allah , ya tuhanku betapa bersyukurnya saya kerana mengurnai hamba seorang lelaki yang soleh dan tabah. Kini terbuktinya setiap apa yang dilakukan itu ada hikmahnya jua.

Tahukah kau wahai bakal suamiku,
Allah sangat itu sangat mencintai diri ini dengan mengurniai kamu disisi?
Disini aku sedang belajar untuk menjadi dewasa dan siap untuk mendampingimu kelak.
Walaupun resah dan putus asa kadangkala menguasai diri tetapi kau singkap semuanya dengan kelembutanmu dan nasihatmu. Kadangkala jua aku tertanya kenapa Allah selalu menguji aku tepat pada hati ini? Kini ku tahu jawapannya.
Allah jua tahu dimana tempat paling tepat agar aku sentiasa mengingatiNya dan sekaligus kembali mencintaiNya.
Ujian demi ujian, dugaan demi dugaan membuatkan aku lebih teguh dan kuat, yang akan membuatkan kau pasti bangga memilikiku suatu hari kelak.
Aku yakin Allah juga mencintaimu sebagaimana Dia mencintai diriku, aku yakin Allah sedang melatih dirimu menjadi seorang mujahid yang teguh dan kuat yang pasti akan membuatkan aku jua merasa bangga memilikimu suatu hari nanti insyaallah :)

| | Read More »

Peluk Tanda Penghargaan

SUDAHKAH anda berdakapan dengan pasangan anda hari ini? Dalam sehari berapa kali sebenarnya anda berdakapan dengan pasangan? Atau langsung tidak pernah. Memberikan dakapan kepada pasangan sama ada secara spontan atau berbentuk penghargaan sebenarnya memberikan satu sentuhan fizikal yang paling rapat di antara anda berdua.

Pakar terapi kekeluargaan, Virginia Satir dalam artikel yang ditulis oleh Parveen Chopra berkata, setiap pasangan memerlukan sekurang-kurangnya empat dakapan sehari untuk meneruskan kelangsungan hidup, lapan dakapan sehari untuk memperbaiki rasa kejiwaan dalam diri dan 12 dakapan sehari untuk cinta terus mekar.

"Dua belas dakapan sehari?" Mungkin itu terlalu banyak tetapi sebenarnya amalan untuk memeluk pasangan bukanlah sesuatu yang sukar - semudah memakai tali pinggang keledar, tidak sampai pun lima saat.

Anda hanya perlu lingkarkan tangan kepada tubuh pasangan anda, erat dan mesra dan rasailah perbezaan perasaan ketika anda berdua sedang berdakapan. Bukanlah satu yang keterlaluan sekiranya anda mengamalkan tatacara berdakapan dengan pasangan. Cuma lakukan dengan tertib, jangan pula keterlaluan ketika di khalayak awam.

Mungkin boleh lakukannya pada waktu pagi sebelum anda berpisah ke tempat kerja, ketika bertemu pada waktu makan tengah hari, pada minum petang, sebelum makan malam atau selepas makan malam (menyatakan keterujaan anda memakan makanan hasil masakan isteri anda).

Anda juga boleh berdakapan seketika ketika sedang membasuh pinggan bersama-sama. Mungkin ketika menonton rancangan kegemaran anda berdua, sebelum waktu tidur dan ketika waktu pagi apabila bangun dari tidur.

Mungkin ada yang mengatakan ini sudah keterlaluan. Pasangan tidak akan berdakapan terlalu banyak dalam sehari seperti mana pasangan pengantin yang baru berkahwin. Malah mungkin ada yang menggambarkan perbuatan itu akan menjadi satu rutin yang memenatkan. Kita mungkin setuju dengan pandangan ini, jadi kita kurangkan jumlah dakapan.

Seorang doktor dari United Kingdom, Dr. Miriam Stoppard berkata, rahsia kebahagiaan rumah tangga adalah sekiranya anda mendakap pasangan sekurang-kurangnya empat kali sehari. Sebenarnya, berapa kali pun anda mendakap pasangan, dakapan sebenarnya merupakan satu penawar bagi mengubati hubungan suami isteri yang sedang 'sakit', menjadi penggalak kepada jiwa untuk meneruskan hubungan cinta antara suami dan isteri.

Pakar sains telah menggariskan, sejak berabad lalu sentuhan menerusi dakapan mengundang kepada kepercayaan dan kejujuran individu. Apabila anda mendakap pasangan secara tidak langsung anda sebenarnya sedang melakukan komunikasi tanpa suara sambil menyalurkan perasaan kepada si dia.

Antara perasaan yang anda ingin sampaikan - dialah insan yang paling penting dalam hidupnya, dialah insan yang paling istimewa dan sebagainya. Dakapan boleh mengembalikan pemikiran pasangan ke arah yang positif, mengurangkan stres, menstabilkan tekanan dan rasa kurang keyakinan.

Lagipun perbuatan ini percuma dan mudah dilakukan. Namun, jangan disalahertikan dakapan sebagai dorongan untuk melakukan seks. Sebagai contoh, jangan anda merasakan, kemahuan isteri anda untuk minta dipeluk atau didakap sebagai satu dorongan permintaan seks.

Golongan ini sebenarnya memerlukan dakapan di saat mereka merasakan kesedihan dan rasa tidak selamat dan perlukan jaminan anda sebagai seorang suami. Perasaan cinta sebenarnya tidak diukur sebanyak mana anda menyentuh pasangan anda, tetapi berapa kali anda cuba merapatkan diri anda dengan pasangan.

| | Read More »

Malu Dengan Orang Yang Disukai

"Jika kamu mencintai seseorang, jangan pernah malu untuk menyatakannya. Rasa malu akan lebih baik daripada penyesalan seumur hidup".

Pepatah cinta di atas memberikan sebuah nasehat kepada kita untuk berani menyatakan cinta. Tidak ada yang salah dengan jatuh cinta. Yang menjadi salah adalah apabila membiarkan cinta berlalu begitu saja tanpa kita sentuh.

Jika sudah begitu tepatlah pepatah cinta lain yang menyatakan bahawa cinta bukan sekadar sumber kebahagiaan, tapi juga sumber kesedihan. Cinta memang sukar ditafsirkan secara hakiki kerana pandangan seseorang terhadap perasaan berbeza-beza.

Laki-laki lebih mudah dan lebih berani menyatakan cinta daripada perempuan. Kerana laki-laki lebih siap menerima penolakan ataupun penerimaan dari perempuan. Lain halnya dengan perempuan yang cenderung pling plang, banyak pemikiran, dan menilai seseorang terlalu detail.

Perempuan tentu akan lebih berhati-hati dalam mengungkapkan perasaannya. Kerana hati perempuan lebih mudah hancur menerima penolakan dan akan terpendam lebih lama.

Apakah yang menyebabkan seseorang malu menyatakan perasaannya kepada orang yang disukai? Hal-hal berikut ini boleh jadi jawapannya.


• Malu kerana rendah diri
Perempuan pintar, kaya, baik mungkin saja jadi primadona bagi banyak laki-laki. Begitu juga dengan laki-laki kaya, kacak dan baik. Semua kelebihan yang hampir diinginkan oleh semua pasangan ada pada diri mereka.

Tidak heran banyak perempuan atau laki-laki yang merasa rendah diri untuk mendekati orang yang disukainya. Padahal tidak semua perempuan atau laki-laki yang mempunyai banyak kelebihan itu juga menginginkan pasangan yang setaraf dengannya.

Raihlah hatinya dengan menjalin hubungan baik. Jadilah diri sendiri dengan bersikap terbuka. Dengan begitu kita akan tahu jenis pasangan yang bagaimana yang dapat mengisi hatinya.

• Cinta yang lama terpendam akan tenggelam selamanya
Terkadang kita merasa selesa dekat dengan orang yang suka. Rasa takut kehilangan saat-saat bersama membuat kita terkadang menyembunyikan perasaan cinta yang mulai tumbuh.

Itulah sebabnya sebahagian perempuan lebih memilih memendam perasaannya sehinggalah orang yang disukainya merasakan perhatian yang dia berikan. Namun sikap seperti ini justru boleh menjadi bumerang, terutama jika orang yang kita cintai ternyata mencintai orang lain.

Mungkin orang yang kita cintai juga mempunyai perasaan yang sama hanya saja pendedahan rasa belum diutarakan. Hingga pada nantinya sebuah penyesalan akan menyelimuti perasaan pada diri sendiri.

• Takut sakit hati
Sebahagian besar perempuan beranggapan menyimpan perasaannya rapat-rapat akan lebih selamat daripada menyatakan perasaannya secara jujur ​​tapi langsung merasakan sakit hati.

Padahal dengan malu mengungkap perasaan, perempuan akan lebih merasakan sakit yang mendalam ketika di kemudian hari semua harapannya hancur. Misalnya orang yang disukai ternyata sudah punya kekasih.

| | Read More »

Kenapa Wanita LEBIH SUKA Suami Orang

Pada kali ini saya ingin berkongsi pendapat tentang kenapa wanita kini lebih suka kepada suami orang. Saya tidak kata semua tetapi segelintir. Berapa pun jumlah mereka itu tidak penting tetapi yang paling penting ialah "Kenapa?, Mengapa?".

Walaupun pihak lelaki memiliki kuota yang secukupnya untuk mengawini wanita sebanyak 4 orang tetapi perlu memenuhi segala keperluan sebelum layak mendapatkannya.

Mungkin ramai wanita berkata "Aku tidak akan tertarik kepada suami orang" atau "Buat apa suami orang, orang bujang kan ada". Betulkan? Tetapi hakikatnya ada segilintir wanita yang lebih menyukai seseorang yang sudah berumahtangga dan mempunyai isteri. Kenapa?

Disini ada beberapa sebab mengapa wanita lebih menyukai suami orang berbanding lelaki bujang. Setelah beberapa sebab yang banyak dan melalui beberapa "tapisan", hanya 10 sebab yang utama dipilih dan relevan tentang sebab wanita memilih suami orang.

Lebih Matang

Lelaki yang sudah berkahwin dan sudah melalui cabaran dan dugaan dalam alam perkahwinan sememangnya memiliki pengalaman dan pengajaran yang berguna untuk memikat hati gadis-gadis "perawan". Tidak ada perangai keanak-anakan, membuat keputusan melulu, merancang kehidupan dan banyak lagi membuat para gadis tertutup hati untuk mencari lelaki bujang. Dek kerana kematangannya, wanita lupa tentang status lelaki tersebut dan berpendirian status tidak membawa apa-apa makna dalam percintaan.

Berkerjaya

Kebanyakkan lelaki yang berstatus suami orang memiliki kerjaya yang stabil dan tetap berbanding lelaki bujang yang masih tercari-cari kerjaya yang mampu menjamin masa hadapan. Tidak kira apapun kerjaya lelaki tersebut, mereka telah memahami keperluan memiliki kerjaya untuk menyara keluarga. Sebab inilah juga membuatkan wanita berasa diri akan terjamin "dijamin" pada masa akan datang walaupun mereka sendiri sudah memiliki kerjaya.

Lebih romantis

Mungkin lelaki yang romantis tidak menjadi pilihan utama tetapi hakikatnya mereka ini lebih pandai bermain kata-kata untuk menyakinkan wanita memilihnya. Susunan kata-kata yang sering digunakan kepada isterinya boleh digunakan sebaiknya untuk membuatkan wanita terpaut dek kerana kata-katanya.

Lebih bertanggungjawab

Lelaki yang sudah berumahtangga juga mempunyai sifat lebih bertanggungjawab kerana pengalamannya dan kemampuannya berfikir tentang kehidupan alam percintaan dan perkahwinan melebihi lelaki bujang. Sifat semulajadi yang terbentuk melalui perkahwina terdahulu mampu membuatkan mereka ini lebih digemari oleh wanita. Setiap tindakan yang dibuat mempunyai sebab-sebab tertentu yang "masuk akal" bagi fikiran wanita.

Lebih memahami

Tentunya suami orang lebih memahami keperluan wanita dan perasaannya. Masakan tidak kerana mereka telah mendalami wanita serapat mungkin di bilik tidur. Segala hal-hal berkenaan wanita pasti "dikuasai" oleh mereka. Wanita mempunyai sifat yang sama dan apabila mereka berjaya "mematahkan" sifat tersirat kelembutan wanita, maka layulah wanita kepada mereka.

Bijak mengambil hati

Mereka lebih memahami dan mereka lebih mengetahui sifat wanita. Pandai menangani sifat merajuk, keanak-anakan, marah, sedih, ego dan sebagainya membuat lelaki yang bergelar suami orang mampu melembutkan hati wanita untuk menerimanya.

Lebih menghormati wanita

Wanita ingin dirinya sentiasa dipuji, dihargai dan dibelai dengan kasih sayang dan bukannya sentuhan berahi jika hati belum benar-benar "diserahkan" kepada lelaki. Mereka tidak akan akan teragak-agak menolak suami orang yang tidak pandai menghormati mereka apatah lagi dengan permintaan keterlaluan yang pastinya membuatkan hatinya tertutup. Suami orang pandai bermain masa dan sanggup menunggu lebih lama untuk mendapatkan apa yang diinginkan.

Berasa Selesa

Sebab utama yang membuatkan wanita terpaut kepada suami orang adalah kerana berasa selesa dengan lelaki itu. Sebagai tempat meluahkan perasaan, merungkai persoalan, mendapatkan pendapat bernas, komunikasi berkualiti, pendorong hidup, kemesraan bertempat dan lain-lain mampu membuatkan wanita berasa selesa berkawan dengan suami orang.

Lebih Stabil

Lelaki yang "mahu" menambahkan cawangannya pasti mempunyai kemampuan kewangan yang kukuh kerana selain daripada perbelanjaan rumahtangga bersama isteri, mereka juga mampu mengeluarkan modal untuk memikat wanita lain. Jika setiap kali keluar wanita itu yang akan mengeluarkan duit, pastinya lelaki itu bukan pilihan utamanya mengisi kekosongan hatinya. Suami orang yang lebih stabil dari segi kewangannya dilihat mempunyai potensi memiliki lebih daripada 1 bidadari dunianya.

Lebih hebat diranjang

Perkara yang terakhir adalah sebab yang subjektif. Sama ada wanita telah mendahului langkah memperolehinya atau sekadar imaginasi tidurnya, tanggapan positif mengesahkan bahawa anggapan wanita terhadap perkara ini adalah tepat. Selain daripada berpengalaman mereka pandai menggunakan pelbagai cara untuk memuaskan hati wanita kecuali mereka "mati pucuk".

Walau apapun sebabnya kebanyakkan wanita tidak mahu berkongsi kasih dengan orang lain dan jika itu berlaku kepada isteri pertama, tidak mustahil isteri kedua akan mendapat "skandal" yang baru untuk menjadi isteri ketiga lelaki tersebut. Dunia umpama roda yang berputar.

| | Read More »

Zaman Sekarang Perigi Kena Cari Timba

“Sekarang lepas habis degree, nak buat apa pula? Nak kerja atau sambung lagi buat master?,” saya bertanya.

Pada malam itu, alhamdulillah, diizinkan oleh Allah s.w.t. sempat bertukar khabar, bertanya berita kepada seorang kenalan yang berstatus kakak, yang saya kenal hampir 15 tahun silam. Beliau juga antara insan yang saya amat kagumi dan hormati. Akhlaknya baik dan dalam bidang akademik, mendapat anugerah dekan itu biasa. Mantap pokoknya.

“Akak rasa nak jadi pensyarah. Kebetulan habis degree, pihak universiti tawar sambung master. InsyaAllah kakak rasa nak sambung master,” jawab beliau. Dengan keputusan yang cemerlang, bukan satu hal yang sukar untuk mendapat tawaran ini. Walaupun dengan usia yang muda, seawal 25 tahun.

“Ngomong-ngomong, sekarang sudah masuk umur 25. Sudah ada calon belum kak?” saya cuba mencuit dengan nada bercanda.

“Erm, itu yang akak nak cerita dan minta pendapat Ami ni.”

“Owh… beres. Ceritalah… kalau boleh saya bagi pandangan, ya saya bagi. Jika tak boleh, sekurang-kurangnya menjadi pendengar yang baik,” jelas saya.

“Ada seorang yang suka pada akak, tapi akak tak berapa berminat kerana akhlaknya tak bagus. Jadi akak tolaklah.”

“Bagus, seharusnya macam itulah,” komentar saya. Menambah rancak perbualan.

“Itu tak apa lagi. Akak tak kisah pun. Cuma sekarang, bimbang juga, dengan umur sudah masuk 25, tambah pula nak sambung master. Tak ramai lelaki yang berani,” jelas beliau.

Sudah menjadi polemik dalam kalangan masyarakat apabila kita bercerita tentang dua kutub insan ini, faktor akademik dan taraf hidup menjadi permasalahan. Wanita ramai di pusat pengajian awam, lelaki ramai di pusat serenti. Wanita ramai mencari ijazah, lelaki ramai berusaha menjadi jenazah di jalan raya yang “lurus”. Itu baru dibuka cerita hal kelayakan duniawi, belum bersembang bab kelayakan akhirat. Susut, paras kritikal.

Lantas kebimbangan yang dikongsi itu, sebenarnya wajar dan tidak dapat tidak, kita harus mengakuinya. Ralit masyarakat kita, umur 25 tahun, adalah umur yang paling “cun” untuk melangkah ke alam sana. Menghampiri ke umur itu, cukup mendebarkan buat si gadis. Saya mengerti.

“Jadi sampai sekarang, tak ada lagi lah lelaki yang masuk merisik khabar?” Tanya saya.

“Erm, belum ada. Cuma macam ni, akak ada berkenan dengan seorang lelaki ini. Baik perangai dan insyaAllah soleh. Cuma itu di peringkat akak, jika dia, akak belum tahulah bagaimana.”

“Jadi nak minta pandangan Ami, macam mana nak buat?” tanya beliau.

Mainstream Masyarakat
Selalunya, setiap hubungan itu dimulai oleh si jejaka. Mendekati si gadis, merisik si gadis, sehingga meminang si gadis. Caranya pelbagai. Bagi lelaki yang faham apa itu Islam, apa itu hukum syarak, si jejaka akan menguruskan dengan panduan tersebut. Tapi tidak kurang juga, lelaki mengambil panduan bukan dari Al-Quran dan sunnah.

Apabila lampu hijau diberikan oleh si gadis, biasanya selepas itu akan menyusullah ijab dan kabul. Lelaki meminang wanita, itu biasa dan lumrah bagi masyarakat.

“Apa kata, akak yang mulakan dulu. Maksud saya akak yang merisik lelaki tu?” Cadangan “ganjil” saya.

“Ish Ami… seganlah. Tak buat dek orang,” pintas beliau.

Ya… perempuan meminang lelaki itu aneh bagi masyarakat kita. Tetapi jika kita menyemak kembali helaian sejarah gemilang, yang dicontohkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat, hubungan membina keluarga Muslim lagi mukmin itu bukan dengan cara satu hala.

Ada sirah mentafsirkan hubungan itu dimulai oleh jejaka meminang wanita. Dalam pada masa yang sama, ada sirah mencatatkan hubungan itu dimulai oleh wanita itu sendiri.

Lupakah kita dengan kisah cinta Murabbi Cinta kita, Rasulullah s.a.w. dengan wanita syurga, Siti Khadijah. Dalam kisah cinta, cinta terbaik yang harus kita umat akhir zaman contohi sudah semestinya baginda. Ini membuktikan, pinangan itu bukan satu talian kehidupan yang bersifat satu hala, tetapi boleh bertukar menjadi dua hala. Tergantung keadaan dan masa.

Seganlah!
Ya segan, kerana tidak dibuat dek orang kita. Sedangkan syariat begitu luar melebar dalam menata hidup umat Islam. Cukup cantik dan cukup sempurna, berbanding keterikatan adat yang menyempit.
Menyusahkan.

Yang wajib, tidak dibuat.
Yang sunat, dilihat wajib.
Yang haram, itu dipertahan!

Sebenarnya, ada sesetengah adat dan syariat yang boleh dicantumkan. Dan jika ada pertembungan, bagi kita yang mengaku beriman dengan Allah dan Rasul, syariat itu diletakkan di hadapan sekali hatta pedang di leher sekalipun.

Kebenaran itu di zaman ini dilihat asing dan janggal di mata masyarakat. Justeru menjadi “cicak yang pekak” amat dituntut biarpun dicop sebagai tidak tahu malu!

Cara Menghubung
“Habis tu macam mana akak nak buat? Takkan akak nak jumpa dia, tanya nombor telefon keluarga dia… aneh la dan malu lagi,” jelas beliau.

“Haa.. ada caranya dan malu itu tandanya ada iman,” pintas saya.

Sering kita, malu itu malu tidak bertempat. Ramai wanita ke pusat membeli-belah dengan menayang pusat, bertepuk tampar dengan lelaki bukan muhrim, keluar malam tak ingat dunia, berpeleseran di tempat awam tanpa segan dan malu. Buta hujung, buta pangkal.

Mahu meminang lelaki yang baik untuk diri sendiri? Ah… malu. Malu tidak bertempat.

Jika melamar lelaki itu dibenarkan syariat, kenapa tidak?

“Saya cadangkan, akak risik dia melalui orang tengah. Orang tengah ini bukan sebarang orang boleh jadi. Dia harus orang yang amanah dengan rahsia dan baik akhlaknya.Jika kita lihat Siti Khadijah itu sendiri dalam meminang lelaki terbaik di dunia, Rasulullah s.a.w. juga melalui orang tengah. Jadi, mengunakan orang tengah adalah jalan terbaik dan dan lebih mulia bagi seorang wanita,” terang saya.

“Biasanya, orang tengah itu siapa?”

“Biasa orang tengah itu, pasangan yang sudah bernikah. Dan pasangan ini baik antara akak dan lelaki itu. Jadi akak boleh sampaikan hasrat melalui isteri, dan akan disampaikan ke lelaki itu melalui si suami.”

“Menarik… tapi itulah segan juga tu. Macam tak laku pula.”

“Biar memilih, asal jangan salah pilih. Pernikahan, bukan untuk sehari dua. Kita cuba untuk selamanya. Tempat kita mencari ketenangan. Tak laku, low class atau segala macam title yang diberikan, semuanya sekadar kata manusia. Biar di pandangan manusia low class, tetapi Allah lihat kita hamba yang high class.”

“Hurmm…”

“Pandangan kita, gadis bertukar pasangan sekerap menukar lampin bayi, itu high class, hot stuff. Dibawa ke hilir jantan ini, dibawa ke hulu jantan ini. Itulah “gadis laku” di zaman kita. Jika begitulah, biar tak laku pun apa. Allah lebih mengetahui,” saya memberi semangat.

“Cuma satu lagi akak bimbang, macam mana kalau pinangan ditolak lelaki tu? Malulah.”

“Disini peranan orang tengah menjadi penghubung yang paling penting. Jika orang tengah itu amanah dan bijaksana dalam melaksanakan misinya, insyallah jika ditolak sekalipun kita masih santai kerana kerahsiaan amat terjaga. Apa-apa pun, doa, usaha dan tawakal itu kuncinya,” jawab saya.

Perigi mencari timba atau timba mencari perigi, masih dalam lingkungan kaedah. Dan jangan kita terlupa tugasan utama kita di dunia. Sudah solehkah kita? Sudah solehahkah kita? Dengan menyelesaikan persoalan tentang diri kita, urusan si dia, dengan izin Allah dipermudahkan.

Lelaki baik, untuk wanita baik. Wanita baik, untuk lelaki baik. Itu sifir Ilahi! Itu firman tertinggi! Mahu kita percaya? Tidak perlu dijawab, tanyalah iman!

“Wanita-wanita yang keji untuk lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji untuk wanita-wanita yang keji (pula) dan wanita-wanita yang baik diperuntukkan bagi lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi wanita yang baik (pula).” (Surah An-Nur:26)

Biar memilih asal jangan salah pilih.

Tak salah kalau kita sendiri yang pilih lelaki yang kita nak...tapi sebelum kita buat pilihan, pastikan lelaki itu ada perasaan pada kita. Bagi memulakan topik yang serius seperti perkahwinan kita yang akan mulakan dahulu. Jangan biarkan dia yang buat keputusan. Kalau tengok dia tak serius dalam perhubungan, hentikan perhubungan ini secepat mungkin. Ada ramai lagi lelaki yang serius dalam perhubungan. Jangan terkeliru dengan cinta dan perasaan. Perasaan cinta boleh dipupuk disemai dengan sendiri. Tahan perasaan itu, takut2 nanti kita yang terperangkap dengan cinta tergadai segala maruah, kalau tak pun menjadi andartu hingga ke tua sebab menanti dan mengharap pada cinta yang palsu.

| | Read More »

Panduan Buat Wanita

Khas Buat Wanita....21 Pedoman Untuk Wanita
Khas Buat Wanita....21 Pedoman Untuk Wanita | Kadang-Kadang dalam kehidupan harian kita sebagai wanita bermacam-macam sikap negatif kita membuat kaum lelaki terutamanya suami rasa rimas dan menganggap kita suka membebel walaupun kadang-kadang tu kita membebel ada sebabnya. Namun, asyik membebel juga, siapa nak tahankan...hehe
Apa-apa pun kita sebagai wanita terutama yang sudah bersuami haruslah mengubah sikap-sikap negatif yang ada dalam diri kita bagi kesejahteraan rumahtangga. Berikut disenaraikan 21 pedoman buat wanita sebagai panduan dalam meniti hidup berdua.

1. Terima Lelaki Agar Dia Menerima Anda.

Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain dari 'Terimalah lelaki sebagai sediakala". Terima dia sebagai lelaki. Yang penting untuk anda mengetahui ialah mengenai lelaki, bukan mengubah lelaki. Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih anda atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan yang lain, yang mungkin tidak anda sukai, dan tidak menyukai anda.
2. Fahamilah Lelaki Agar Dia Memahami Anda
Cuba memahami perangai sedia ada pada seorang lelaki dan menyesuaikan perangai itu dengan diri anda, adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya dengan diri anda.
3. Berubah Untuk Menikmati Perubahan
Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian. Kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu. Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya.
4. Sanggup Memberi Untuk Menerima
Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup memberi lebih banyak dari yang anda sanggup terima dari seorang lelaki. Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak dari yang sanggup anda beri.
5. Percaya Untuk Dipercayai
Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki, janganlah anda harapkan lelaki itu percaya kepada anda. Hidup ini meminta pada yang ada, merajuk pada yang sayang. Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah perkara mudah, bagi menyebabkan orang lain tidak percaya pada anda bukanlah payah. Apabila dia sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya.
6. Menangkan Lelaki Untuk Menang
Mengenal lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki., kerana dalam kehidupan suami isteri, sepatutnya sama-sama menang dalam semua aspek kehidupan. Dalam satu perkahwinan ada dua kuasa, pertama kuasa suami, kedua kuasa isteri. Kuasa suami adalah memulakan dan meyuarakan. Kuasa isteri adalah sama ada bersetuju atau tidak. Sekiranya kedua-duanya menyalahgunakan kuasa, maka rumahtangga akan menjadi porak-peranda. dari itu rujuklah kepada agama untuk menghalusi apakah yang boleh dilakukan dan apakah yang dilarang.
7. Sifat Negatif Membuahkan Kesan Negatif
Ramai wanita yang mencabar dan celupar terhadap suaminya. Ramai juga yang bersifat pendesak, terlalu banyak meminta, merendah-rendahkan suaminya, membandingkan suaminya dengan lelaki lain, dan memaki hamun suaminya. Sekiranya anda bersifat sedemikian, walaubagaimana kenalpun anda kepada suami anda, anda bukanlah seorang wanita yang bijak. Andalah yang mungkin menjadi sebab mengapa suami anda merasa tertekan, tidak selesa, banyak berdiam diri, selalu masam muka dan sebagainya lagi yang tidak menyenangkan diri anda. Andalah yang patut berubah.
8. Bertanggungjawab Akan Menikmati Kesan Tanggungjawab
Sebenarnya tanggungjawab wanita terhadap suaminya tidak akan berubah walaupun dunia ini menjadi semakin maju. Begitulah juga tanggungjawab suami kepada isterinya. Selagi anda menjalankan tanggungjawab anda dengan sempurna sebagaimana yang digariskan olah agama, anda tidak perlu risau apa pun. Allah akan menempatkan anda dipihak yang benar, dan anda tidak akan rugi apa-apa.
9. Kritikan Akan Membuahkan Kritikan
Kritikan merbahaya kerana ia menjadikan lelaki itu defensif dan sedaya upaya ingin mempertahankan dirinya. Ia bahaya kerana melukakan nilai diri lelaki., menjejaskan rasa kepentingan dirinya, dan menyebabkan dia rasa kecewa kepada anda dan mungkin akan mengkritik anda pula.


10. Beri Lelaki Apa Yang Dia Mahu
Dia akan melakukan apa sahaja untuk anda dan memberi apa yang anda mahu. Ada dua perkara besar yang dimahukan oelh manusia iaitu (1) Kehendak Seks dan (2) Kehendak untuk menjadi penting. Setiap orang dewasa mahukan kesihatan, makan, tidur, wang, kepuasan seks, anak-anak yang terjaga, rasa dipentingkan dan hidup yang bahagia dunia akhirat. Berilah lelaki apa yang dia mahu dan apa yang boleh anda berikan.
11. Tunjukkan Minat Tulen Terhadap Lelaki
Dia akan menunjukkan minat terhadap anda. Dengar apa yang ingin dikatakannya, walaupun ianya tentang dirinya sendiri atau mengenai kerjanya, ataupun kesukaannya. Lebih berminat anda padanya, maka lebih berminatlah dia kepada anda.
12. Senyuman Itu Tanda Kasih Yang Tidak Perlu Dibayar
Anda tidak perlu membayar apa-apa utnuk senyum pada lelaki yang anda kasihi. Dia akan senyum kembali pada anda. Betapa nikmatnya senyuman yang dilemparkan kepada anda itu, begitu jugalah nikmat yang dirasanya apabila anda senyum padanya. Senyuman menyebabkan lelaki suka pada anda.
13. Panggilah Lelaki Dengan Panggilan Manja
Sebagaimana anda mahukan lelaki memanggil anda dengan nama yang baik dan nada yang lembut, begitulah pula lelaki. Dia mahukan anda memanggilnya dengan lembut, merdu dan manja, sesuai dengan sifat anda sebagai wanita.
14. Hormati Dia Sebagai Lelaki
Dia akan menghormati anda sebagai wanita. Jika anda berusaha untuk memahami sikapnya dan bertolak-ansur dengannya, dia juga akan melakukan perkara yang sama terhadap anda. Wanita patut menghormati lelaki yang menjadi suaminya, dan memberi penghormatan tidak akan merendahkan kehormatan diri sendiri, malah menjadikan diri lebih terhormat.
15. Dengarlah Dengan Baik
Antara masalah besar dalam rumahtangga ialah apabila masing-masing suami isteri tidak mahu berbincang secara terbuka. Dengarlah dengan baik apa yang diperkatakan oleh lelaki, nescaya dia akan mendengar pula apa yang ingin anda katakan.
16. Bercakaplah Tentang Apa Yang Disukai Lelaki
Lelaki tidak suka mendengar celoteh wanita, mengenai hal-hal remeh-temeh yang biasanya diceritakan oleh wanita kepada wanita. Lebih baik bercakap perkara yang menjadi kesukaannya dan berkaitan dengan minat anda untuk membantu kerjayanya atau membantu mempertingkatkan ekonomi rumahtangga.
17. Katakanlah Bahawa Dia Penting Dalam Hidup Anda
Dia akan menganggap anda penting dalam hidupnya. Antara kesilapan wanita ialah suka merendah-rendahkan suaminya, atau menganggap bahawa sekiranya perceraian berlaku, ramai lelaki yang lebih baik sikapnya dan sifatnya yang sanggup menjadi suami. Mungkin begitu jugalah suami anda berfikir mengenai anda.
18. Jangan Katakan Penyesalan Mengahwininya
Apabila anda menyatakan penyesalan mengahwini suami, suami anda akan menyesal mengahwini anda, walaupun dia tidak menyatakannya. Menyatakan penyesalan berkahwin menunjukkan pendeknya akal anda dan lemahnya anda dalam menghadapi dugaan hidup. Sepatutnya anda berusaha untuk merasa gembira mengahwini suami anda.
19. Elakkan Pergaduhan
Ada wanita yang menunggu-nunggu saat suaminya menegurnya atau menasihatkannya, kerana dia sudah sedia dengan peluru-peluru tohmah dan kejian serta airmatanya. Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berkaitan rumahtangga, elakkan pergaduhan, dan janganlah anda pula yang memulakannya.
20. Jangan Menyalahkan, Minta Maaf Bila Bersalah
Sekiranya anda sukar meminta maaf atas kesalahan anda, dan sebaliknya amat suka mencari kesalahan lelaki, dia akan menganggap bahawa anda adalah seorang yang keras kepala dan keras hati, sukar dibentuk. Lebih buruk lagi dia mungkin merasa bahawa dia telah gagal membentuk diri anda sebagai isterinya, dan mungkin bersebab dari itu, dia cuba mencari jalan keluar.
21. Hidup Bukan Hanya Di Dunia
Banyak masalah timbul kerana manusia biasanya bertindak dengan akal yang sempit dan tindakannya berbentuk keduniaan. Kejayaan anda di akhirat adalah bergantung kepada betapa baiknya anda kepada suami anda dan betapa bereskah tanggungjawab anda terhadapnya.

| | Read More »

Jatuh Cinta

Pernahkah Anda Jatuh Cinta Pada Seseorang
Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam.
Bila bercinta, semuanya nampak indah, semuanya harum mewangi, semuanya nampak sempurna. Tatkala diuji sedikit mulalah goyah untuk mempertahankan keimanan cinta. Inilah barisan insan-insan bacul yang tidak yakin pada cinta mereka. Hanya pandai berjanji tapi tidak pernah menunaikannya.
Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan. Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat.
Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta. Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai.
Satu titis air mata tu menyapa air mata yang satu lagi, “Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.”
Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata. saya turut bahagia untukmu. Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.
Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati.
Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan. Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia, lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya.
Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.
Jangan melarikan diri dari ‘cinta’ apabila ia berada di hadapan kamu. Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.
Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.
Kata Hamka, Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.
Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping. Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.
Kaum lelaki sering mempersoalkan kelemahan wanita kerana sering mengalirkan airmata. Tetapi, segagah-gagah dan perwiranya lelaki, sedarlah bahawa suatu hari nanti mereka juga akan mengalirkan airmata syahdu kerana satu perkara kecil iaitu kerana CINTA. Alangkah misterinya cinta seorang wanita yang dianggap lemah sehingga boleh mengalirkan airmata seorang wira! Aneh, tetapi itulah hakikatnya.
Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.
Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi. Jangan kerana cinta, kita gugur dari perjuangan, dan jangan kerana cinta juga, prinsip kita menjadi larut dan cair.
Cinta tidak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada percintaan. Kesetiaan akan mengikat cinta, kecurangan akan meranapkan segala kemanisan cinta.
Sesebuah perkahwinan akan menjadi indah jika cinta terus bersama.Cinta sejati ialah kasih Tuhan kepada hambaNya. Kasih murni ialah kasih ibu bapa kepada anaknya. Kasih saudara masa berada. Kasih sahabat masa binasa. Kasih suami isteri sepenanggungan. Kasih orang menaruh harapan.
Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya. Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya.
Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati. rasa percintaan lebih pahit dari hempedu. Teman percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu.
Kata Raja Pedang Deir, hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu.
Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatianmu. Dari kalangan yang kamu pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau dimana sahaja kamu berada. Tak usah sebut pasal cinta jika kamu tidak sebenar-benarnya mengambil kisah. Tak usah bercakap tentang perasaan, jika ia tidak berada di hatimu.
Tak usahlah menunjuk ke dada, jika kamu berhasrat melukakan hati pasanganmu. Minat bukan bermaksud cinta, bangga bukan bererti cinta, kagum juga bukan bermaksud cinta, dan suka juga tidak serasi dengan cinta, malah sayang pun bukan cinta. Tetapi, cinta itu adalah cinta.
Cinta pada bunga, bunga akan layu, cinta pada Allah, itulah cinta yang kekal abadi. Biarlah kita menunggu cinta yang benar-benar ikhlas, yang benar-benar yakin dan yang benar-benar cinta!

| | Read More »

Sekadar Suatu Pesanan

Pada suatu malam di depan panggung wayang.
Suri: Best tengok wayang dengan awak tadi. Kelakar je cerita tu.Tak bosan kan?
Adi: A’ah, tak bosan. Best!
Suri: Kalau best kenapa awak letakkan kepala awak kat bahu saya dan beritahu saya yang awak mengantuk?
Adi: Errr~ hehe...
Suri: Nasib baik kita pakai sweater kan awak? Kalau tak, mesti sejuk dalam tu tadi.
Adi: A’ah, betul3! Tak delah sejuk sangat tadi bila dah pakai sweater ni.
Suri : Kalau tak sejuk, kenapa awak pegang tangan saya dan beritahu yang awak sejuk?
Adi: Errr~ hehe...
Mereka pun menuju ke i-City...
Suri: Awak, saya cantik tak?
Adi: Awak kan sayang saya. Mestilah cantik.
Suri: Kalau saya ni betul-betul cantik bagi awak, kenapa bila saya pakai baju-baju tertentu baru awak akan puji saya cantik. Kalau saya pakai baju longgar, awak diam je. Kadang-kadang awak akan tanya saya kenapa pakai baju besar. Kalau saya pakai baju ketat, baru awak puji saya cantik. Kenapa ya?
Adi: Errr~ hehe...
Mereka pun tiba di i-City...
Suri: Jom snap pic wak. Saya nak tangkap gambar awak bawah lampu tu.
Adi: Kita tangkap gambar berdua la sayang. Meh sini, duduk sebelah saya. Rapat sikit, nanti tak masuk lak gambar awak.
Suri: Boleh ke rapat-rapat ni?
Adi: Takpe le. Awak kan awek saya.
Suri: Awek ja? Bukan isteri yang sah?
Adi : Errr~ huhu...
Suri : Nanti saya simpan gambar kita ni dalam laptop saya ya wak.
Adi : Alaa... Upload la terus dalam FB.
Suri : Eh...boleh ke?? Tak elok la wak. Gambar tu dah la awak dan saya ja. Yang ke-3 syaitan. Pastu nak pergi heboh 1 dunia tentang dosa yang kita buat. Tak malu ke?
Adi : Errr~ huhu...
Mereka pun pulang...
Suri : Awak, awak sayang saya tak?
Adi : Mestilah sayang. Sayang sangat-sangat tau. Haa.
Suri : Buktinya??
Adi : Eh... Macam ajak bergurau ja. Nak saya kiss pipi awak tu ke sayang? Hehe
Suri : Ish. Apa ni? Teruknya pemikiran awak.
Adi : Eh...Errr~ huhu...
Suri : Mak saya kata, kalau kita sayang sesuatu tu, kita akan jaga sebaik mungkin.
Adi : Eh. Mestilah! Hehe...
Suri : Tapi awak tipu saya!
Adi : Eh. Kenapa lak saya tipu awak??
Suri : Kalau awak sayang saya, mestilah awak jaga saya sebaik mungkin tapi awak tak jaga saya dengan baik pun. Awak sentuh-sentuh saya, pegang tangan saya, cuba nak kiss saya, ajar saya buat benda bukan-bukan yang saya tak pernah buat sebelum ni, selalu ajak saya keluar malam-malam.
Adi : Owh. Sekarang awak nak salahkan saya la ajak awak keluar malam?? Mak ayah awak yang bagi izin tau!
Suri : Memang diorang yang bagi izin tapi awak tau tak yang diorang jugak yang akan tanggung dosa saya dengan awak malam-malam macam ni sebab diorang bagi izin pada saya anak perempuan diorang untuk keluar dengan lelaki bukan mahram tanpa adik atau abang saya sebagai peneman pastu buat benda-benda tak senonoh! Pegang sana, pegang sini. Awak tau tak panggung wayang tu mungkin sejuk bagi awak sampai terpegang tangan saya dengan sengaja, tapi neraka tu teramat panas dan tangan awak yang memegang tangan saya tu akan dibakar dalam api neraka berulang kali. Awak sedar tak semua tu?? Tangkap gambar nak kepit-kepit, padahal boleh ja tangkap gambar sorang-sorang kan. Then, nak heboh kat 1 dunia. Pastu nanti orang 'like', awak pun suka sebab orang tau siapa awek awak dan hubungan awak dan saya kononnya bahagia tapi awak sedar tak yang malaikat sentiasa mencatat segala apa yang kita buat. Awak ada ilmu agama. Kalau takda ilmu agama pun, awak tau benda tu salah. Tapi kenapa masih buat? Awak sedar tak semua tu???
Suri : Ingat Allah SWT tak waktu awak buat semua tu?? Awak tu belum tentu jodoh saya, nak sentuh-sentuh saya. Kalau da awak nak sentuh-sentuh saya, apa yang suami saya boleh dapat special dari saya sebagai isterinya yang sah? Awak nak ke isteri awak dah macam sisa orang? Awak mesti akan cakap awak akan pastikan yang awak akan nikah dengan saya sebab tu awak boleh sentuh-sentuh saya. Tapi awak sedar tak yang awak tu siapa?? Hanya hamba Allah SWT. Awak bukan Tuhan untuk tahu siapa jodoh saya dan jodoh awak. Awak sedar tak semua tu??? Kalau betul awak sayang saya, awak jagalah saya baik-baik, beri sokongan saya jadi muslimah solehah. Dekatkan diri pada Allah SWT, mohon pada Allah SWT supaya izinkan kita dijodohkan bersama kerana saya ni milik Allah SWT. Ibu bapa hanya penjaga saya, mereka menjaga saya dengan penuh kasih sayang dan didikan yang baik sehingga sanggup memberi kepercayaan pada awak untuk menjaga saya tapi awak jaga saya tak?? Awak jaga saya tak?? Tak kan? Awak bawa saya ke arah keburukan. Awak sedar tak semua tu??? Banyak lagi yang awak buat kat saya, saya pun terlalu kurang pandai ikutkan ja kemahuan awak. Nanti kat neraka bila Allah soal saya dengan dosa-dosa maksiat yang kita buat, bukannya awak dapat backup saya depan Allah kan?? Tolonglah tahan diri tu sehingga kita dah sah dinikahkan.
Suasana bertukar menjadi suram. Sehinggalah Adi mula meluah perasaan.
Adi: Kenapa tak dari dulu awak cakap semua benda ni?? Kenapa bila kita dah lalui macam-macam baru awak nak luahkan semua ni???
Suri: Sebab sebelum awak nak couple dengan saya, awak janji yang awak akan jaga saya baik-baik. Awak suka dengan saya pun sebab bagi awak saya baik tapi semakin lama awak makin berubah. Perubahan awak turut merubah diri saya. Baru sekarang saya luah semua benda ni sebab selama ni saya sentiasa menanti agar Adi yang dulu kembali. Adi yang menjaga saya dengan baik. Saya tunggu Adi tu. Tunggu dan terus menunggu kerana saya sayangkan dia. Tapi semakin lama saya tunggu, semakin menjadi-jadi. Awak fikirlah baik-baik apa yang saya sampaikan. Kalau awak masih tak berubah, lepaskan saya kerana Allah SWT.
Adi: .......
Pesanan : Kepada pasangan yang hangat menyulam cinta & kasih sayang, jagalah batas anda! Ingat larangan Allah SWT. Cinta itu indah kerana Allah SWT yang menciptakannya tapi jangan sampai cinta untuk Allah SWT itu dinodai oleh cinta manusia. Menjadi kebiasaan, dalam berkasih ada kesalahan yang akan dilakukan. Seringlah muhasabah diri & beranikan diri untuk mula buat perubahan. Beranikan diri menegur pasangan sebelum Allah SWT menegur dengan pembalasan & azab. Wallahu’alam~

| | Read More »

Cantik Belum Tentu Menarik

ADAKAH pada zaman remaja anda sering dimomokkan dengan tanggapan tiada siapa yang akan 'berkenan' dengan anda dan apabila berada di kalangan khalayak, anda berprasangka tiada seorang pun perasan dengan kehadiran anda?

Mungkin juga anda sering berasa keseorangan dan berasa rendah diri disebabkan kekurangan dari segi fizikal berbanding rakan-rakan lain. Sebenarnya, bukan semua daripada kita dilahirkan istimewa dengan memiliki wajah yang mempesona.

Namun, sekiranya difikirkan lebih mendalam, mungkin bagus dilahirkan 'kurang sempurna' dari segi penampilan wajah agar tidak terasa riak dengan kecantikan yang dianugerah Tuhan. Siapa kata insan yang tidak dianugerahkan dengan raut wajah yang kurang sempurna tidak boleh menambat hati orang lain? Apa yang pasti, setiap insan di bumi ini memiliki keistimewaan masing-masing.

Sesungguhnya tarikan kecantikan itu satu perkara yang subjektif. Cantik pada mata anda, mungkin tidak pada mata orang lain.

Banyak kajian menunjukkan biarpun golongan lelaki dikatakan makhluk yang akan tertarik dengan kecantikan fizikal, namun bukan semata-mata itu saja yang memikat hati mereka. Ini dibuktikan apabila ramai pasangan yang berkahwin dengan pasangan mereka yang sama cantik tetapi akhirnya bercerai dan sebaliknya berlaku.

Percayalah, biarpun ramai di kalangan manusia yang cantik ini digemari dalam kehidupan mereka, namun mereka selalunya tidak bertuah dalam cinta. Rahsia di sebalik kata orang bijak dahulu kala ialah dalam setiap perhubungan, ia bukan bagaimana cara anda kelihatan (kecantikan) tapi bagaimana lelaki itu rasa terhadap anda, itu yang penting. Kecantikan sebenar lahir dari dalam diri biarpun seseorang itu hanya dilihat sebagai gadis biasa dan tidak glamor.

Panduan-panduan ini mungkin boleh menjadikan anda seorang wanita yang dapat menambat hati lelaki:

Beri perhatian penuh
Golongan lelaki sukakan wanita yang sering memberi perhatian penuh kepadanya, mendengar cita-cita dan impiannya, keraguannya, hatinya dan selalu memberinya keyakinan.

Anda penghibur yang baik
Ramai di kalangan wanita yang kehilangan cinta mereka kerana membawa terlalu banyak akses bagasi beremosi selain ada agenda yang tersembunyi dan perengus. Jadilah individu yang menyenangkan pandangan pasangan anda dan melembutkan jiwanya.

Boleh memasak biarpun sedikit
Memang benar, memikat lelaki menerusi perutnya. Ambil kelas memasak atau bertanyakan kepada ahli keluarga mengenai hidangan masakan kegemarannya.

Boleh masuk dalam semua keadaan
Sekiranya anda boleh menyesuaikan diri dalam setiap kegemarannya, mempunyai bakat dan boleh pula bergaul dengan semua orang termasuk rakan-rakan si dia tanpa masalah, ini lebih bagus. Menjadi seorang rakan kongsi kepada si dia bukannya seperti tunggul yang tiada berfungsi.

Jadi seorang yang 'pandai'
Lelaki sebenarnya sukakan wanita yang cerdik dan pandai menguruskan diri dan adakalanya mereka akan kagum dengan anda namun janganlah anda berlagak, meninggikan diri dan sering bercakap besar dengan kebolehan anda itu.

Jadi diri anda sendiri dan jangan jadi orang lain ketika bersama golongan ini serta anda perlu baik dengan semua insan penting bagi dirinya seperti ibunya, adiknya, kawan-kawan dan sebagainya. Sekiranya anda seorang perempuan, jadilah seorang perempuan yang feminin dan bukannya maskulin.

Cari persamaan
Persamaan itu menimbulkan tarikan. Apabila anda berjaya menampakkan diri anda sebagai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya, ini akan menjadikan si dia tertarik untuk mendekati dan mengenali anda dengan lebih mendalam.

Hampir dengannya
Orang yang paling hampir dengan kita, selalu berada dekat dengan kita, adakah kita mudah melupakannya? Mungkin tidak. Selain persamaan, ahli psikologi menjelaskan bahawa kita mudah tertarik dengan orang yang berada dekat atau hampir dengan kita. Jadi, usahakanlah agar anda selalu berada hampir dengannya.

Kecantikan sebenar seorang wanita itu lahir dari dalam diri. - Gambar hiasan

| | Read More »

Definisi C.I.N.T.A

Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu berdebar kencang dan suaramu tersekat di dadamu? Itu bukan Cinta, itu SUKA.
Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan mata darinya? Itu bukan Cinta, itu NAFSU.
Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu ia ada di sana? Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.
Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang? Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN.
Adakah kamu tetap mengatakan kamu menyintainya kerana kamu tidak ingin melukai hatinya?Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.
Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hatimu melompat? Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.
Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana kamu mengambil berat tentangnya? Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.
Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya dia yang kamu fikirkan? Itu bukan Cinta, itu DUSTA.
Adakah kamu rela memberikan semua perkara yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya?Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.
Tetapi, adakah kamu tetap bertahan kerana campuran antara kesakitan dan kegembiraan yang membutakan dan tak terfahami ... menarikmu mendekati dan tetap bersamanya? ITULAH CINTA.
Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu bahagian dirinya dan siapa dirinya? Jika demikian, ITULAH CINTA.
Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya tanpa penyesalan? Jika demikian, ITULAH CINTA.
Adakah kamu menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat? ITULAH CINTA.
Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia bersedih? ITULAH CINTA.
Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia? ITULAH CINTA.
Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh jiwamu begitu mendalam sehingga menusuk?Yang demikian itulah namanya CINTA

| | Read More »

Cinta, Sayang, Suka, Minat

Cinta – Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. Dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi, tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau.
Sayang – Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. Dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya.
Suka – Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu. Dan dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah.
Minat – Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya. Erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan.
Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu.

| | Read More »

10 Sikap Wanita Idaman Para Lelaki

10 Sikap Wanita Idaman Para Lelaki
Wanita merupakan anugerah Allah yang sangat berharga dikurniakan kepada insan bernama lelaki. Kehadirannya sangat mendamaikan dan menggembirakan hati Nabi Adam ketika di syurga. Sehinggalah ke dunia, dan sehinggalah ke waktu ini, sikap wanita masih tidak berubah. Tahukah apakah sikap wanita yang paling digemari oleh semua lelaki? Jom kita tatapi.
1. Sikap Keibuan – Banyak lelaki yang terpikat pada wanita yang bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yang keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas, gelisah dan senang.
2. Keanak-anakan – Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka terasa terhibur dengan keletah anda, tetapi tentulahbukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati. Tetapi sikap keanakan yang menyenangkan. Misalnya kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki, wanita ceria membuat lelaki lebih ghairah.
3. Penuh Pengertian – Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya.
4. Menghargai – Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka di perlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Pengharg­aan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.
5. Menjaga Penampilan – Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilan agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.
6. Pandai Berbicara – Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik.
7. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri – Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih dimata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi org yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar, malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah diajak kemana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.
8. Menghormati Diri Sendiri – Lelaki suka wanita yang menghargai dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yang baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya.
9. Simpati dan Prihatin – Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yang susah. Sayang pada kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah dan mempesona.
10. Sabar – Lelaki suka akan wanita yang bersabar dan tabah dengan segala ujian yang dilalui. Menjadi idaman setiap lelaki bergelar suami, jika sedang ditimpa kesusahan, datang seorang isterinya yang solehah dan penuh kesabaran, berkata, “La Tahzan! Inna Allaha ma’a na” (Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita). Nikmat mana lagi yang lelaki inginkan selain dari isteri yang solehah?

| | Read More »

Dikuasakan oleh Blogger.

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.