Memaparkan artikel dengan label Kesihatan

Rawatan Mata dengan Khasiat Pati Beri

Masalah saya adalah berkaitan dengan mata yang pedih dan lebab disebabkan kurang tidur dan banyak bekerja, belajar dan berhibur menggunakan internet and Astro hihi....itulah penyakit zaman cyber sekarang ini...akibatnya...sendiri mau jaga...mata oh mata...

kadang2 saya cuba menaip tampa melihat pada skrin dan memandang pada arah yang jauh dan kalau boleh sesuatu yang berwarna hijau...tapi teknik ini memerlukan kepakaran menaip tampa melihat skrin....cuba praktikkan untuk menyelamatkan mata anda daripada terkena radiasi, radang dan kebengkakan mata.

Khasiat dan perlindungan kepada mata anda dengan kebaikan Pati Beri. Ia diperbuat daripada campuran khas buah-buahan beri premium dari Eropah seperti blueberry, blackcurrant,cranberry, chokeberry, strawberi, acai berry dan elder berry yang kaya dengan Anthocyanins, Vitamin A, C, E, Zink dan pelbagai nutrien untuk mengekalkan mata anda kelihatan segar dan bersinar sepanjang hari.

*  Pati Beri kaya dengan Vitamin A dan Zink. Khasiat ini adalah penting terhadap kanta mata, yang berperanan sebagai lapisan yang melindungi mata.
* Pati Beri membantu mengekalkan kelembapan mata di samping dapat mengurangkan kelesuan mata anda.
* Pati Beri kaya dengan Vitamin A dan Zink. Khasiat ini adalah penting terhadap kanta mata, yang berperanan sebagai lapisan yang melindungi mata.
* Pati Beri membantu mengekalkan kelembapan mata di samping dapat mengurangkan kelesuan mata anda.

Flavonoids dalam Pati Beri meningkatkan kelancaran saluran darah untuk mengangkut oksigen dan nutrien ke mata anda dengan berkesan.

# Bahagian retina berperanan seperti filem di dalam kamera dan menghantar imej ke bahagian otak anda. Zink boleh didapati dengan banyaknya di dalam retina, dan ini membuktikan kepentingannya di dalam fungsi daya penglihatan.

# Pati Beri kaya dengan Zink dan Vitamin A bagi membekalkan khasiat untuk retina, supaya anda terus dapat melihat imej yang jelas dalam warna yang lebih terang.

# Vitamin A juga membantu membina ‘rhodopsin’ yang bertanggungjawab bagi daya penglihatan di waktu malam. Kekurangannya boleh menyebabkan rabun malam dan buta warna.

Overall...pati ini tak dapat nak ubat mata aku yang ada tompok merah2 ....so aku stop ambil selepas minum 3 kotak....aku dah dapat rasa macam tak boleh bila try satu kotak, tapi aku beli lagi sebab sedap...kikikiki

| | Read More »

Cara Memilih Makanan Sihat

Disebabkan sekarang ini terlalu banyak pilihan makanan membuat rancangan diet menjadi tak teratur. Untuk memudahkan anda memilih makanan dan menyokong pola makanan sihat, penulis Food Rules: An Eater s Manual, Michael Pollan meringkaskan isi bukunya untuk membantu anda memilih makanan sihat.

1. Tambah hidangan daun-daunan.
Makan sayur selalu menjadi cadangan untuk pola makan yang sihat. Namun sayuran seperti apa yang sebaiknya dipilih? Pollan menyarankan tambah hidangan makanan berasaskan tanaman terutama daun-daunan dalam pola makan harian.

2. Protein haiwan dari sumber terbaik.
Jika ingin makan daging, seafood, ayam pilih produk yang diternak di persekitaran sihat. Dengan kata lain, hanya pengambilan makanan yang berasal dari sumber terbaik. Anda boleh menemuinya dengan panduan dari berbagai media.

3. Sayur-sayuran aneka warna.
Variasi makanan bukan hanya membuat waktu makan lebih menyenangkan. Anda boleh menambah variasi makanan dari ragam pilihan warna sayur. Selain kelihatan lebih cantik dan memancing selera makan, sayur-sayuran aneka warna dalam satu hidangan menu harian mengandungi lebih banyak antioksidan yang perlu untuk melawan penyakit kronik.

4. Junk food buatan sendiri.
Kalau anda ingin makan junk food, tak perlu menahan keinginan ini. Anda masih boleh menikmatinya asalkan memasak sendiri di rumah.

Junk food copy

Junk food copy (Photo credit: Wikipedia)

5. Roti gandum.
Semakin putih warna roti semakin tinggi risiko kesihatannya. Jadi pilih roti gandum dan meminimumkan penggunaan produk berasaskan tepung putih.

6. Gunakan makanan segar.
Apabila membeli-belah di pasar raya, jangan tertipu dengan produk makanan yang telah diproses yang banyak terdapat di pasar-pasar raya. Sebaiknya beli makanan segar bukan makanan yang telah diproses.

7. Makan ikan sardin.
Ikan sardin boleh menjadi salah satu pilihan makanan kaya nutrisi. Kandungan omega-3 pada ikan sardin lebih tinggi berbanding salmon atau tuna.

8. Kembali ke tradisi.
Makan makanan dengan mengikuti tradisi kadang-kadang lebih sihat berbanding diet moden. Sejumlah negara punya tradisi makan yang lebih sihat seperti Perancis, Jepun, Itali atau Greece. Anda boleh meniru bagaimana masyarakat di negara-negara ini menjalankan tradisi makan mereka yang ternyata lebih menyihatkan berbanding diet moden sekali pun.

9. Gantikan makanan ringan dengan sayur dan buah.
Gantikan aneka makanan ringan yang banyak mengandung garam, lemak dan gula dengan sayur dan buah.

10. Berhati-hati memilih bahan mentah makanan.
Apabila membeli makanan olahan perhatikan kandungan bahan-bahan mentahnya. Perhalusi senarai kandungan bahan-bahan mentahnya terutama tiga bahan yang teratas. Jika terlalu banyak gula dalam makanan tersebut, sebaiknya batalkan niat anda untuk membeli apalagi memakannya.

| | Read More »

Telinga capang boleh dibaiki

SEORANG penilai harta untuk firma lelongan Bonhams di York, England pernah diejek oleh rakan-rakannya kerana dia mempunyai telinga yang lebih besar daripada manusia biasa. Penilai harta itu, Jeremy Wood pernah mengaku dia berasa malu dengan ejekan daripada rakan-rakan sekolahnya.

Rakan-rakan sekolahnya itu memembuat ejekan dengan memberikan gelaran kepadannya sebagai pemilik telinga kelawar. Gelaran itu diberikan kerana dia mempunyai telinga capang. Bagaimanapun, Wood kini tidak lagi mempunyai telinga yang panjang dan lebar itu.

Dia harus berterima kasih dengan teknologi perubatan yang menyebabkan telinga capangnya telah menjadi kisah silam. Teknologi baharu itu menggunakan implan yang diletakkan pada telinga capang milik seseorang individu supaya ia kelihatan seperti telinga normal.

Seramai 50 penduduk Britain sudah menjalani prosedur terbaharu itu.

"Saya mewarisi telinga capang itu daripada bapa. Saya digelar mempunyai telinga kelawar oleh rakan-rakan di sekolah," imbas beliau tentang zaman persekolahannya. Menurutnya, dia berasa malu kerana ejekan tersebut telah menghantui dirinya sehingga umurnya meningkat dewasa. Saya tidak pernah terfikir untuk menjalani pembedahan sehinggalah saya terdengar mengenai teknik implan pada telinga. Anak perempuan saya mempunyai telinga yang sama seperti saya dan menjalani pembedahan otoplasti konvensional semasa berumur 10 tahun. Dia mengalami trauma selepas menjalani pembedahan itu. Sehingga kini, dia masih terasa sensitif pada bahagian telinganya selepas empat tahun dia menjalani pembedahan," katanya.

Bagaimanapun, selepas menggunakan implan tersebut, Wood mengaku dia hanya berasa sakit selama dua minggu. Dia berasa terkejut kerana tiada rawatan susulan diperlukan selepas menjalani prosedur tersebut selama 15 minit. Disebabkan terdapat risiko dalam pembedahan otoplasti konvensional seperti yang dialami anak Wood itu, seorang pakar bedah plastik dari United Kingdom, Norbert Kang berusaha mencari kaedah terbaharu untuk memperbaiki rupa bentuk telinga capang.

Kang kemudian menemui idea untuk menggunakan kaedah implan. Menurutnya, dia sudah melakukan pembedahan bagi membetulkan telinga sejak lebih 15 tahun lalu. Kang berkata, menerusi pembedahan biasa , para pesakit terpaksa melalui proses pembedahan yang agak lama selain terdapat penggunaan ubat bius.

"Saya pasti terdapat kaedah lain yang lebih selamat. Kelebihan utama dalam kaedah tersebut ialah pesakit akan terlebih dahulu memberitahu saya apa yang mereka mahukan (bentuk telinga)," jelasnya.

Menurutnya, apabila pesakit sudah memberikan persetujuan untuk menjalani prosedur tersebut, lubang sepanjang lima hingga 10 milimeter (mm) akan ditebuk pada telinga. Dua implan sepanjang 15mm yang lebih nipis daripada rambut manusia akan dimasukkan ke dalam lubang yang telah ditebuk.

Menurut Kang, implan itu kemudian dilekatkan pada kulit dekat telinga itu. Dia berkata, implan itu yang diperbuat daripada bahan nitinol mudah dilentur. Walaupun terdapat kesakitan dan bengkak selama dua minggu, katanya, tiada rawatan susulan diperlukan.

"Pesakit-pesakit dinasihatkan untuk tidak bersukan dan mengambil langkah berjaga-jaga selama beberapa minggu bagi mengelakkan telinga mereka terkena objek lain. Pemakaian anting-anting juga perlu dielakkan," tambahnya.

Prosedur tersebut yang dikenali sebagai earFold boleh didapati di Hospital Royal Free di London untuk pesakit persendirian.

Implan earFold itu disalut dengan emas 24 karat bagi mengelak ia dapat dilihat oleh orang ramai. Sementara itu, Pakar Telinga, Hidung dan Tekak di Universiti Sains Malaysia, Dr. Irfan Mohamad menjelaskan, telinga capang terbentuk mengikut rawan yang berada di bawah kulit telinga.

"Bentuk telinga yang capang terhasil apabila rawan elastik (fibroelastik) terbentuk sedemikian rupa”. Menurutnya, kaedah menggunakan implan tersebut masih baharu dan ia belum digunakan secara meluas termasuk di Malaysia.

Dr. Irfan berkata, jika seseorang pesakit itu mempunyai indikasi untuk menggunakan implan tersebut, risikonya amat kurang berbanding dengan pembedahan konvensional. Bagaimanapun, katanya, kajian terperinci perlu dilakukan berhubung penggunaan implan tersebut.

"Prosedur itu memakan masa antara 15 hingga 20 minit. Ia dilakukan dengan menggunakan bius setempat setelah telinga dibersihkan melalui kaedah antiseptik ketika pesakit berada dalam keadaan sedar. Pembedahan otoplasti dilakukan dengan seluruh badan dibius. Ia memakan masa yang lebih panjang dan mungkin perlu dilakukan sekali lagi pada peringkat yang seterusnya. Penjagaan selepas pembedahan juga lebih rumit dalam kes otoplasti konvensional berbanding dengan menggunakan kaedah implan.”

Namun, katanya, telinga capang tidak mempunyai kesan secara langsung ke atas fungsi pendengaran.

"Telinga capang tidak mendatangkan masalah terhadap ramai individu. Cuma ia memberikan tekanan psikologi terutamanya kepada kanak-kanak," kata Dr. Irfan.

Justeru, tambahnya, pembedahan secara otoplasti atau menggunakan implan harus dilakukan bagi menghapuskan tekanan psikologi itu.

| | Read More »

Gastrik

Soalan:

ASSALAMUALAIKUM Tuan Haji Lokman. Saya menghadapi masalah gastrik kronik. Perut saya sering merasa sakit, rasa loya di tekak, muntah-muntah dan berat badan menurun sebanyak 10 kg dalam masa dua bulan. Saya sudah banyak kali berulang-alik hospital untuk rawatan gastrik, tetapi belum reda. Bolehkah Haji Lokman memberi ayat-ayat Al-Quran untuk menyembuhkan atau membantu meringankan penyakit saya ini?

n Haji Iskandar, Kulai.

Jawapan:

Penyakit Gastrik atau Gastritis merujuk kepada keradangan pada lapisan dinding perut. Di dalam perut, terdapat satu lapisan mukus semulajadi yang melindungi dinding perut daripada bahan kimia berasid semulajadi yang sangat diperlukan untuk proses penghadaman makanan di dalam perut. Keradangan dinding perut berlaku apabila terdapat bahan asing yang menghakis lapisan mukus pelindung di permukaan perut.

Penyakit gastrik merupakan penyakit yang kian berleluasa. Alhamdulillah dengan izin Allah, penyakit gastrik boleh dirawat dan tidak seharusnya menyebabkan anda risau. Sebelum rawatan dimulakan, punca penyakit gastrik harus disiasat supaya kita dapat mengambil langkah-langkah untuk mengelakkan kehilangan lapisan mukus pelindung perut.

Punca gastrik

Gastrik selalunya disebabkan oleh mengambil ubat-ubatan yang tertentu secara berlebihan. Ubat-ubatan tersebut adalah seperti ubat aspirin atau NSAID (non-steroidal anti-inflammatory). Selain itu, penyalahgunaan alkohol dan jangkitan bakteria Helicobacter pylori di dalam perut boleh menyebabkan proses keradangan dinding perut. Gastrik turut boleh disebabkan oleh anaemia, refluks hempedu, penyalahgunaan dadah, meminum racun, stres ekstrem dan jangkitan virus tertentu.

Simptom gastrik

Ramai pesakit gastrik tidak mengalami sebarang simptom. Namun, kewujudan penyakit gastrik akan tetap menyebabkan kerosakan kepada dinding perut dan seterusnya menyebabkan kesan-kesan buruk yang lebih serius seperti pendarahan di dinding perut.

Selalunya, pesakit gastrik akan mengalami simptom seperti sakit perut, hilang selera makan, rasa loya dan muntah-muntah. Jika penyakit gastrik bertambah sehingga berlakunya ulser perut dan pendarahan di dinding perut, pesakit boleh mengalami masalah najis berdarah yang berwarna hitam atau muntah darah.

Simptom tersebut menandakan penyakit gastrik itu sudah menjadi tahap yang sangat serius dan pesakit tersebut harus dibawa ke klinik atau hospital secepat mungkin.

Rawatan moden

Sebelum rawatan gastrik dapat dimulakan, siasatan dan diagnosis harus dilakukan terlebih dahulu. Ujian darah lengkap dilakukan untuk mengetahui sama ada pesakit kehilangan darah yang banyak atau anaemik.

Najis turut diperiksa untuk mengesan jika mempunyai sebarang kesan darah. Dalam sesetengah kes, kamera kecil perlu dimasukkan ke perut (endoscopy) untuk diagnosis yang tepat. Malah, ujian kultur bakteria di dinding perut dilakukan untuk mengesan kehadiran bakteria H. pylori yang boleh menyebabkan keradangan dinding perut.

Rawatan moden gastrik memerlukan pesakit untuk mengelak daripada punca-punca sakit gastrik. Sebagai contoh, jika penyakit gastrik berpunca daripada pengambilan ubat-ubatan tertentu, maka pesakit harus berhenti mengambil ubat tersebut.

Kemudian, ubat anti-asid seperti Omeprazole dan Famotidine akan diberi kepada pesakit untuk bertindak terhadap kandungan asid yang berlebihan.

Jika didapati bahawa kuman H.pylori adalah punca utama gastrik, rawatan akan melibatkan pemberian ubat antibiotik untuk melawan jangkitan kuman tersebut.

Komplikasi

Komplikasi penyakit gastrik timbul daripada kemusnahan sel dinding perut berterusan. Tanpa perlindungan daripada mukus semulajadi di permukaan dinding perut, asid perut semulajadi dihasilkan oleh perut akan menyerang sel-sel dinding perut dan menyebabkan kemusnahan dinding perut tersebut.

Kemusnahan yang berterusan akan menyebabkan ulser perut dan pendarahan di dinding perut. Pendarahan yang tidak terkawal di dinding perut akan menyebabkan anaemia, pening kepala dan pengsan akibat daripada kekurangan darah.

Apa yang merisaukan ialah selalunya pesakit gastrik tidak sedar masalah pendarahan dalaman tersebut sehingga masalah tersebut sudah mencapai ke tahap sangat serius. Maka, adalah sangat penting bagi pesakit untuk sentiasa berjaga-jaga dengan tanda awal pendarahan dalaman tersebut.

Malah, terdapat bukti klinikal terbaru menunjukkan gastrik kronik boleh menyebabkan penyakit kanser perut.

Rawatan Al-quran

Daripada pengalaman saya, ramai pesakit gastrik yang berubat di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah mengalami perubahan positif ketara selepas mempraktikkan rawatan menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran.

Amalan pembacaan al-Quran secara konsisten setiap hari memberi banyak manfaat dan ketenteraman hati kepada pesakit. Ramai pesakit Al-Hidayah berjaya membentuk banyak sifat terpuji seperti sabar, tekun dan sangka baik setelah membaca al-Quran setiap hari.

Rasulullah saw ada menyentuh tentang pembentukan sifat sabar dalam diri manusia. Rasulullah saw bersabda: "…barangsiapa yang berusaha untuk sabar, maka Allah akan menjadikannya seorang yang sabar…" (HR. Bukhari).

Setiap pesakit gastrik yang datang berubat, akan diperiksa terlebih dahulu jika ada sebarang gangguan makhluk halus.

Perawat Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah akan mengeluarkan gangguan jika ada dan seterusnya memberikan ayat berikut untuk diamalkan seterusnya disertai dengan doa kepada Allah untuk memohon penyembuhan.

Ayat-ayat tersebut adalah:

l Surah al-Buruuj ayat 1 hingga 22

l Surah Ghafir ayat 41 hingga 55

Cara amalan ayat-ayat Al-Quran tersebut ialah, pesakit hendaklah membaca surah pertama iaitu surah Al-Buruuj tiga kali pada waktu malam dan surah kedua iaitu surah Ghafir tiga kali pada waktu siang. Pembacaan hendaklah diamalkan setiap hari selama tiga hingga empat minggu. Selepas membaca tiga kali, pesakit perlu memohon doa kepada Allah untuk penyembuhan. Pesakit harus ingat bahawa apa-apa penyembuhan hanya dengan izin Allah. Oleh itu, kita jangan berputus asa dan sentiasa berdoa kepada Allah.

Seperti di dalam surah al-Mukminun ayat 111, Allah swt berfirman; “Sesungguhnya Aku membalas mereka pada hari ini disebabkan kesabaran mereka; sesungguhnya mereka itulah orang yang berjaya.“

Penutup

Kesimpulannya, jangan memandang remeh penyakit gastrik. Jika dibiarkan tanpa rawatan, dikhuatiri pesakit akan menghidapi gastrik kronik dengan simptom berbahaya. Jika merasa anda mempunyai simptom gastrik saya nasihatkan agar tuan atau puan cepat berjumpa pegawai perubatan atau perawat Al-Hidayah untuk pemeriksaan lanjut.

Jangan tunggu hingga gastrik menjadi kronik dan pendarahan dalaman berlaku. Jika anda adalah pesakit gastrik, tidak kira sama ada tahap awal atau kronik, jangan berputus asa berikhtiar dan berdoa sepenuh hati untuk penyembuhan penyakit gastrik.

Sesungguhnya, setiap penyakit merupakan satu ujian Allah dan turunnya sesuatu penyakit atau musibah bukannya bermakna Allah kejam atau membenci kita. Musibah merupakan ujian untuk hamba-hambaNya yang beriman. Jangan ingat bahawa kita sudah cukup beriman selagi kita belum diuji Allah dengan musibah atau ujian yang pasti mencabar iman dan kesabaran kita sebagai hambaNya yang hina.

Allah berfirman di dalam surah al-Furqan ayat 75 yang bermaksud; “Mereka itu akan dibalas dengan tempat yang tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka, dan mereka pula akan menerima di dalam syurga itu ucapan selamat di dalamnya."

| | Read More »

Jerebu

Apakah Jerebu?

Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.

Punca - Punca Jerebu

Punca utama jerebu adalah akibat daripada :

  • Pembakaran Secara Terbuka
  • Asap Dari Kilang
  • Asap Dari Kenderaan

HINDARI DARIPADA PERBUATAN YANG BOLEH MENYEBABKAN JEREBU.

Indeks Pencemaran Udara (IPU)

IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan seperti berikut :-


Anda perlu mengikuti perkembangan semasa melalui media massa (akhbar, televisyen dan radio) untuk mengetahui tahap jerebu semasa di tempat anda supaya dapat mengambil langkah - Iangkah pencegahan.

JEREBU MENGANCAM KESIHATAN ANDA

Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu :-

  1. Kanak-kanak
  2. Orang tua
  3. Mereka yang mengalami penyakit
    • asma 
    • bronkitis 
    • radang paru-paru 
    • penyakit paru-paru yang kronik 
    • jantung 
    • alahan
  4. Perokok
  5. Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.

Apakah Tanda dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan
Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:

• Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
• Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
• Mata terasa pedih dan berair.
• Hidung berair dan kerap bersin.
• Kulit badan terasa gatal-gatal.
• Terasa sakit dada.

Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.

CEGAHLAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU. IKUTI NASIHAT BERIKUT:-

  • Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
  • Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
  • Penutup hidung dan mulut ( mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dikenalpasti sebagai kumpulan berisiko tinggi.
  • Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
  • Kurangkan aktiviti-aktiviti di luar rumah seperti sukan.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
  • Gunakan kemudahan hawa dingin sekiranya menaiki  kenderaan anda.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak ( sekurang-kurangnya 8 gelas sehari)
  • Sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya ,mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan keluar  dari  kawasan tersebut.

| | Read More »

Dikuasakan oleh Blogger.

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.