Whoamie Itismei

Whoamieitismei.blogspot.com merupakan satu blog tentang kehidupan dan semuanya adalah hidup. Who Am I? Anda sendiri akan menjawab persoalan yang di utarakan. Anda boleh menjadi siapa sahaja yang anda inginkan. Setiap perkara yang anda utarakan adalah mengenai kehidupan tidak kira samada politik, ekonomi ataupun agama. Anda adalah pakar dalam bidang anda kerana yang mati tidak akan membaca blog anda, Tidak akan mengikuti anda kerana setiap yang mati akan terputus dengan perkara yang berkaitan dengan hidup. Seseorang yang telah mati meninggalkan segalanya kepada mereka yang masih hidup dan yang tidak terputus adalah tiga perkara iaitu amalannya, anak soleh dan ilmu yang membawa kebaikan kepada yang masih hidup.

Oleh itu, Whoamieitismei.blogspot.com merupakan satu blog tentang kehidupan, tetapi mengingatkan tentang kematian kepada yang hidup. Hanya yang masih hidup perlu ingat akan mati kerana yang mati tetap mati dan kehidupan perlu diteruskan oleh mereka yang masih hidup.

| | Read More »

Sedia Pembantu Guru–Kerja 9 Jam

Dalam usaha untuk mencapai aspirasi negara sebagai sebuah negara maju mengikut acuannya sendiri pada tahun 2020. Tidak dinafikan Guru, Cikgu dan seangkatan dengannya merupakan kumpulan yang menyumbang kepada pembangunan modal insan bagi membolehkan aspirasi negara dicapai. Hanya melalui pembangunan modal insan yang mantap dan pengurusan yang cekap mampu merealisasikan aspirasi negara. Oleh itu tugas sebagai pendidik adalah satu tugas dan tanggungjawab yang amat berat untuk dipikul dan digalas di atas bahu para pendidik khasnya guru.
Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
Itulah senikata lagu Guru Malaysia yang merupakan sebuah akad iaitu ikrar yang dilafazkan oleh para guru di Malaysia. Berikut juga di paparkan Ikrar Guru
Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.
Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.
Adakah para guru semua telah lupa akan hasrat mereka untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Negara iaitu
" Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangankan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.  Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. "
Bagi memenuhi dan mencapai Ikrar Guru dan Falsafah Pendidikan Negara apa yang perlu para guru lakukan? Jadi kepada guru-guru sekalian tepuklah dada tanya diri, usah lagi kita berada ditakuk lama berpegang kepada tepuk dada tanya selera bukannya apa, apabila selera ditanya macam-macam yang hendak dimakan dan kadangkala tanpa disedari kita telah mengabaikan kesihatan diri sendiri dan dikemudian hari kita yang akan menanggung setiap apa yang telah dipertanggungjawabkan kepada kita.
Untuk mendidik dan memimpin putra putri negara kita bukannya satu tugasan yang mudah dan remeh, perlu diketahui minda putra putri negara kita telah berkembang bukannya lagi berada ditakuk lama seperti tahun-tahun 80an. Pemikiran mereka lebih hebat berbanding putra-putri satu masa dahulu. Mereka tidak lagi berpegang pada konsep pendidikan hanya dibilik darjah, malahan pendidikan mereka lebih luas dalam ertikata yang mereka fahami. Apa yang para guru ajarkan merupakan pendidikan formal dan pendidikan itu tidak tertumpu kepada pendidikan formal. Setiap perkara dan tindak tanduk guru, ibubapa, masyarakat adalah sumber ilmu bagi mereka.
Kadangkala bila kita lihat kembali, guru-guru yang ada di Malaysia ini sememangnya hebat dalam bidang mereka namun dari sahsiah dan kehidupan peribadi mereka hancur tidak layak dijadikan tauladan. Pembelajaran melalui tauladan. Oleh itu tidak hairan setiap hari kita melihat di akhbar remaja/ pelajar ditangkap melakukan aktiviti tidak berfaedah dan merugikan diri sendiri. Dari manakah mereka belajar sudah tentulah dari individu yang mereka percaya.
Maafkanlah kiranya bebelan ini membuatkan sesetengah individu atau kumpulan atau pihak terasa hati, bukannya untuk memandang rendah kepada profesion perguruan.
Jika mengambilkira akan tanggungjawab dan ikrar guru maka Pelaksanaan Sistem Kerja Sembilan Jam tidak sepatutnya dijadikan satu isu oleh Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) dan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP). Usahlah dipolitikkan sesuatu yang telah kamu ikrarkan, hasrat murni guru untuk medidik dan membimbing. Penjawat Awam dari sektor lain juga sudah lama bekerja sembila jam sehari.  Manakala para guru diperuntukkan cuti semester setiap tahun ditambah lagi dengan cuti-cuti yang sama diperuntukkan kepada penjawat awam yang lain.
Apa yang penting? Kerjasama.. itulah yang akan kita dengar bila menonton animasi Wonderpet. Tetapi pada hakikatnya itulah yang harus dilakukan oleh guru-guru Malaysia… didahului dengan keikhlasan dihati. Sekiranya ilmu (semua ilmu adalah milik ALLAH SWT) disampaikan secara tidak ikhlas, ilmu tidak dapat diterima oleh para pelajar sepenuhnya.

| | Read More »

Tudung..

image
Alhamdulillah dipanjatkan syukur kepada yang Maha Kuasa kerana masih diberikan umur dan kudrat untuk menulis dan mencoretkan apa yang terlintas dibenak fikiran ini mengenai kita semua, ummat manusia. Kehidupan manusia yang singkat ini, akan digunakan sepenuhnya untuk berkongsi ilmu Allah sesama manusia.
Alhamdulillah pada hari ini, kesedaran untuk menutup aurat telah berkembang dengan begitu ketara di negara Malaysia yang kita sayangi. Ramai para pelakon telah terbuka hatinya untuk mengenakan tudung dalam kehidupan mereka. Tidak diketahui samada mereka bertudung hanya untuk berdepan dengan masyarakat, peminat atau pun siapa namun kita mengharapkan mereka yang berkenaan bertudung keranya syariat yang diajarkan oleh Allah melalui Islam.
Semoga dengan kesedaran dikalangan para artis ini akan menjadi ikutan peminat yang menyokong mereka. Dan diharapkan juga agar pemakaian tudung ini akan berkekalan selama hayat mereka bukannya seperti hangat-hangat tahi ayam, sekejap bertudung sekejap tidak kerana tudung dijadika fesyen bukannya cara hidup.
Kepada mereka di luar sana jadikan pemakaian tudung ini sebagai tuntutan syariat Islamiah, bukannya peredaran fesyen kerana sekiranya menjadikan tudung sebagai peredaran fesyen tidak akan membawa kita kemana-mana akhirnya tudung yang dibeli akan lusuh dan reput dalam gobok (almari) jua.

| | Read More »

Gaji PM dipotong.

Gaji PM dipotong. Itulah satu usul dalam Dewan Rakyat di Parlimen. Usul yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Batu yang meminta Gaji PM dipotong sebulan berjumlah RM22,826.25. Isu ini dicadangkan kerana alasannya PM gagal melaksanakan dengan jayanya beberapa isu yang berkaitan kepentingan rakyat.

Usul dicadangkan sewaktu PM menunaikan ibadah Haji.

Sekiranya usul ini diterima, maka ini akan menguatkan lagi konsep perjuangan 1 Malaysia yang dicanangkan oleh YAB PM. 1 Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan. Sekiranya usul diterima PM tetap berupaya melaksanakan fungsinya sebagai PM kerana ini tidak menjejaskan perbelanjaan dan pelaksanaan projek oleh kerajaan.

| | Read More »

Pendapatan Dari Blog

Duit, bila sebut pasal duit mesti semua orang akan kata duit tak pernah cukup. Dapat jer gaji setiap bulan tak sampaipun seminggu dah habis dibelanjakan. Macam-macam nak dibuat dan dibayar gunakan duit. Antaranya:-

1. Bayar sewa rumah/ ansuran rumah.
2. Bayar ansuran kereta.
3. Taska anak/ Pengasuh.
4. Barang Dapur.
5. Susu dan Lampin (jika ada anak kecil)
6. Bil-bil utiliti (elektrik, air)
7. Bil-bil sampingan (astro, telefon, broadband/internet)

dan macam-macam lagi nak kena bayar. Bila dikira balik memang tak cukup, tak pernah cukup dan tak akan cukup. Pepatah ada mengatakan semakin besar periuk semakin banyak keraknya. Begitulah lumrahnya dunia dan kehidupan. Kalau nak buat baju kenalah ukur badan sendiri – apa tidaknya kalau diukurkan dengan badan orang memang tak akan selesalah baju yang hendak dipakai itu nanti.

Apa-apa pun, dengan menjadi blogger, anda boleh menjana pendapatan sampingan antara RM1000.00 – RM 15000.00 sebulan. Tapi bagaimanakah caranya.

Banyak blog lain atau sumber lain menggunakan anda untuk menjana pendapatan untuk mereka, apa kata ambil peluang ini, disamping menjana pendapatan untuk mereka, jana pendapatan untuk diri anda sendiri…

| | Read More »

Aidiladha erti sebuah pengorbanan

Sebagai seorang muslim, setiap 10 Zulhijjah merupakan satu tarikh yang amat bermakna dalam kelender tahunan kita. Ianya adalah satu perayaan, perayaan meraikan kejayaan sebuah pengorbanan dalam kehidupan. Berkorban apa sahaja, harta ataupun nyawa. Apakah yang mesti dikorbankan untuk memahami erti sebuah pengorbanan. Adakah cukup dengan sekadar menunaikan Fardhu Haji – rukun Islam ke-5.

Sebelum kita kupaskan dengan lanjut, apa yang anda faham tentang korban, pengorbanan dan dikorbankan. Setiap tahun hampir 2.5 juta jemaah menunaikan Fardhu Haji. Daripada jumlah itu 1/3 merupakan jemaah yang menunaikan haji untuk kali ke-2 dan seterusnya. Jika dikira secara kasar, setiap tahun 1/3 jemaah yang menunaikan haji buat kali ke-2 dan seterusnya harus berkorban dengan membelanjakan wang mereka kepada mereka yang ingin menunaikan haji tetapi tidak memiliki wang ringgit. Itulah pengorbanan yang paling tinggi boleh dilakukan oleh seorang ummat islam terhadap saudaranya yang lain.

Pengorbanan bermula sejak dari zaman Nabi Adam a.s, dimana Habil dan Qabil dituntut untuk melakukan korban bagi memiliki saudara kembar Qabil. Pengorbanan yang ikhlas adalah pengorbanan yang diterima oleh ALLAH swt. Pengorbanan yang didasarkan kepada syariat dan ketetapan dalam Islam bukannya pengorbanan yang dilakukan untuk menunjuk-nunjuk dan sebagainya.

Pengorbanan adalah dituntut, apabila berkemampuan untuk melakukannya.

| | Read More »

Sejarah

“boleh dicipta tetapi tidak boleh diubah”, itulah sejarah. Setiap individu boleh mencipta sejarah tetapi tidak mungkin sama sekali mengubah sejarah. Setiap perkara yang berlaku dalam kehidupan kita adalah sejarah kepada kita. Bermakna kita telah mencipta sejarah tidak kiralah ianya perlakuan atau kejadian yang baik atau buruk, melibatkan kumpulan individu disekeliling kita atau hanya melibatkan kita sendiri. Semuanya adalah sejarah.
Sejarah adalah satu subjek atau mata pelajaran yang sungguh unik dan mudah, kerana ianya melibatkan timeline(garis masa), Kita tidak perlu membuat kira-kira atau menggunakan pelbagai formula yang sukar untuk difahami.
Tetapi rata-rata jika ditanya pendapat pelajar pada hari ini, ramai yang akan menjawab Sejarah adalah satu subjek yang sukar untuk diingati kerana melibatkan banyak fakta. Sebenarnya cara belajar sejarah yang melibatkan penghafalan fakta adalah SALAH. Jika kita menggunakan kaedah berkenaan sememangnya kita akan menjadi bosan apabila belajar sejarah.
Sejarah merupakan satu turutan/ rentetan kejadian yang berlaku, ini bermakna kenapa ia berlaku, dimana berlaku, bila berlaku, siapa yang terlibat, akibat dan kesannya. Itu sahaja yang akan membuatkan kita sukakan sejarah.
Ianya bagaikan satu skrip filem atau drama yang begitu hebat. Sememangnya kita sangat suka menonton filem dan berupaya untuk mengolah, menceritakan kembali setiap filem atau drama yang ditonton. Begitulah dengan sejarah. Jadikannya sebagai satu cerita yang berkaitan, berturutan antara satu sama lain. maka dengan itu kita mampu menghasilkan satu karya yang hebat. Sejarah adalah karya kehidupan yang sungguh hebat, kerana ianya adalah kejadian sebenar apa yang telah berlaku dan bakal berlaku. Tidak perlu mengolah minda untuk menghasilkan sejarah yang kreatif kerana ianya telah berlaku dan tidak boleh diolah kembali.

| | Read More »

Dikuasakan oleh Blogger.

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.