Pekeliling SBPA Di Portal/Laman Web JPA, MAMPU Dan Semua Kementerian Di Muat Naik Serentak

Sejak dari pengumuman Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak enjin carian di Malaysia dihangatkan dengan keyword SBPA. Berbangkit dari permasalahan berkenaan JPA – sebagai agensi pusat yang bertanggungjawab dalam menguruskan pembangunan sumber manusia perkhidmatan awam di Malaysia telah mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan berlakunya lebihan beban ke atas pelayan JPA, JPA telah membuat keputusan untuk memuat naik pekeliling SBPA Di Portal/Laman Web JPA, MAMPU Dan Semua Kementerian Di Muat Naik Serentak.

Langkah ini diambil bagi mengelakkan berlakukanya kesesakan (bottle neck) kepada pelayan akibat terlalu banyak bandwidth atau capaian secara serentak. Dengan berbuat demikian ia akan dapat mengurangkan bebanan kepada pelayan JPA untuk aktiviti atau transaksi yang lain.

sumber:

Pekeliling SBPA Di Portal/Laman Web JPA, MAMPU Dan Semua Kementerian Di Muat Naik Serentak

| | Read More »

NEW BLOG… WHO AM I, FAMILY.

Kepada semua pembaca dan pengunjung blog yang dihormati sekalian, saya akan memperkenalkan satu blog baru WHO AM I, FAMILY. sebuah blog yang berkisarkan kepada pembinaan sebuah keluarga yang berjaya dan bahagia. Dipohon kepada blogger-blogger diluar sana yang sudi untuk turut serta menyumbangkan idea dan buah fikiran serta berkongsi pengalaman untuk mendidik dan memberikan kesedaran kepada semua pembaca bagi mengelakkan keruntuhan akhlak dalam masyarakat pada hari ini.

Saya percaya setiap kaum, bangsa dan agama mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk mewujudkan sebuah keluarga yang berjaya dan bahagia yang mampu hidup secara harmoni dalam masyarakat berbilang agama, kaum dan keturunan.

Ini merupakan satu medium, untuk mendidik dan membimbing semua supaya hidup lebih harmoni dan saling menghormati. Mengurangkan lagi masalah sosial dalam negara yang menyumbangkan kepada aktiviti tidak bermoral dan merugikan agama, bangsa dan negara.

Jom bersama jayakan misi yang amat berat untuk dipikul oleh saya seorang. Bersamalah kita menyumbangkan apa yang kita fikirkan perlu demi menyelamatkan agama, bangsa dan negara yang kita Cintai… Kita harus memainkan peranan walaupun sedikit namun peranan kita adalah amat penting kepada agama, bangsa dan negara. Tiada sumbangan yang dianggap kecil, semuanya adalah penting kerana proses pembentukan masyarakat dan negara bermula dari individu seterusnya keluarga dan membesar menjadi satu kumpulan, komuniti, masyarakat dan negara.

| | Read More »

Rahsia di sebalik telefon Prabayar.

Telefon bimbit: Rata-rata hari ini setiap individu memiliki telefon bimbit tidak kiralah apa Syarikat yang membekalkan perkhidmatan dan juga pelan yang digunakan samada Postpaid ataupun Prepaid. Jika dilihat pada hari ini, budak sekolah pun memiliki telefon bimbit. Kenapa yea? Pada hari ini telefon bimbit adalah satu keperluan dalam kehidupan dalam era globalisasi dan milenium. Telefon bimbit pula telah menjadi barang keperluan berbanding 10 tahuni dahulu yang hanya menjadi kehendak.
Dulu siapa yang memiliki telefon bimbit adalah berasal dari golongan keluarga yang berada, kadang-kadang telefon rumahpun tidak mampu untuk dimiliki berbanding pada hari ini. Teringat kembali betapa susahnya komunikasi pada waktu itu. Terpaksa beratur panjang di pondok telefon awam semata-mata untuk bercakap dengan ibu, ayah dan juga ahli keluarga. Itupun panggilan disambut dari rumah jiran. Pertama sekali perlu telefon kerumah jiran untuk buat temujanji dan pada sebelah malam pula baru berpeluang untuk bercakap dengan ibu dan bapa serta ahli keluarga yang lain. Susahnya komunikasi pada waktu itu.
Pada hari ini, komunikasi menjadi senang bukan setakat telefon bimbit malahan dari jenis telefon pintar pun ada dijual dipasaran dengan harga yang berpatutan. Dengan penggunaan telefon pintar bukan setakat boleh mendengar suara malahan boleh lihat muka apabila berkomunikasi. Sungguh mudah dan senangnya hidup dalam era globalisasi inikan.
Apa yang ingin dikongsikan disini bukannya kehebatan telefon bimbit tetapi berapa yang dibelanjakan setiap bulan untuk mengaktifkan talian anda. Jika dihitung secara ringkas..
sebulan dibelanjakan RM30.00; setahun 12 x RM30.00 = RM360.00.
apa yang anda dapat? Ya tentulah anda mendapat pengaktifan talian dan juga berkomunikasi dengan sahabat, pasangan dan juga ibubapa masing-masing. Tidak terfikirkah anda untuk mendapat sedikit pendapatan dari jumlah yang telah dibelanjakan katakan 3%.. bersamaan 3% x RM 360.00 = RM10.80.. Mungkin RM10.80 itu sedikit jumlahnya, namun jika dikira kembali baik dapat sedikit dari tidak.
Jangan lepaskan peluang yang singkat dan terhad untuk menambah pendapatan. Anda juga boleh menjadi agen jualan top-up.. dan ini akan meningkatkan pendapatan anda. Anda tidak perlu membuka gerai ataupun kios untuk ini. Cukup sekadar untuk kegunaan sendiri, keluarga dan kawan-kawan terdekat anda.
Untuk maklumat lajut sila layari Perniagaan Top-Up.

| | Read More »

Whoamie Itismei

Whoamieitismei.blogspot.com merupakan satu blog tentang kehidupan dan semuanya adalah hidup. Who Am I? Anda sendiri akan menjawab persoalan yang di utarakan. Anda boleh menjadi siapa sahaja yang anda inginkan. Setiap perkara yang anda utarakan adalah mengenai kehidupan tidak kira samada politik, ekonomi ataupun agama. Anda adalah pakar dalam bidang anda kerana yang mati tidak akan membaca blog anda, Tidak akan mengikuti anda kerana setiap yang mati akan terputus dengan perkara yang berkaitan dengan hidup. Seseorang yang telah mati meninggalkan segalanya kepada mereka yang masih hidup dan yang tidak terputus adalah tiga perkara iaitu amalannya, anak soleh dan ilmu yang membawa kebaikan kepada yang masih hidup.

Oleh itu, Whoamieitismei.blogspot.com merupakan satu blog tentang kehidupan, tetapi mengingatkan tentang kematian kepada yang hidup. Hanya yang masih hidup perlu ingat akan mati kerana yang mati tetap mati dan kehidupan perlu diteruskan oleh mereka yang masih hidup.

| | Read More »

Sedia Pembantu Guru–Kerja 9 Jam

Dalam usaha untuk mencapai aspirasi negara sebagai sebuah negara maju mengikut acuannya sendiri pada tahun 2020. Tidak dinafikan Guru, Cikgu dan seangkatan dengannya merupakan kumpulan yang menyumbang kepada pembangunan modal insan bagi membolehkan aspirasi negara dicapai. Hanya melalui pembangunan modal insan yang mantap dan pengurusan yang cekap mampu merealisasikan aspirasi negara. Oleh itu tugas sebagai pendidik adalah satu tugas dan tanggungjawab yang amat berat untuk dipikul dan digalas di atas bahu para pendidik khasnya guru.
Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
Itulah senikata lagu Guru Malaysia yang merupakan sebuah akad iaitu ikrar yang dilafazkan oleh para guru di Malaysia. Berikut juga di paparkan Ikrar Guru
Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.
Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.
Adakah para guru semua telah lupa akan hasrat mereka untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Negara iaitu
" Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangankan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.  Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. "
Bagi memenuhi dan mencapai Ikrar Guru dan Falsafah Pendidikan Negara apa yang perlu para guru lakukan? Jadi kepada guru-guru sekalian tepuklah dada tanya diri, usah lagi kita berada ditakuk lama berpegang kepada tepuk dada tanya selera bukannya apa, apabila selera ditanya macam-macam yang hendak dimakan dan kadangkala tanpa disedari kita telah mengabaikan kesihatan diri sendiri dan dikemudian hari kita yang akan menanggung setiap apa yang telah dipertanggungjawabkan kepada kita.
Untuk mendidik dan memimpin putra putri negara kita bukannya satu tugasan yang mudah dan remeh, perlu diketahui minda putra putri negara kita telah berkembang bukannya lagi berada ditakuk lama seperti tahun-tahun 80an. Pemikiran mereka lebih hebat berbanding putra-putri satu masa dahulu. Mereka tidak lagi berpegang pada konsep pendidikan hanya dibilik darjah, malahan pendidikan mereka lebih luas dalam ertikata yang mereka fahami. Apa yang para guru ajarkan merupakan pendidikan formal dan pendidikan itu tidak tertumpu kepada pendidikan formal. Setiap perkara dan tindak tanduk guru, ibubapa, masyarakat adalah sumber ilmu bagi mereka.
Kadangkala bila kita lihat kembali, guru-guru yang ada di Malaysia ini sememangnya hebat dalam bidang mereka namun dari sahsiah dan kehidupan peribadi mereka hancur tidak layak dijadikan tauladan. Pembelajaran melalui tauladan. Oleh itu tidak hairan setiap hari kita melihat di akhbar remaja/ pelajar ditangkap melakukan aktiviti tidak berfaedah dan merugikan diri sendiri. Dari manakah mereka belajar sudah tentulah dari individu yang mereka percaya.
Maafkanlah kiranya bebelan ini membuatkan sesetengah individu atau kumpulan atau pihak terasa hati, bukannya untuk memandang rendah kepada profesion perguruan.
Jika mengambilkira akan tanggungjawab dan ikrar guru maka Pelaksanaan Sistem Kerja Sembilan Jam tidak sepatutnya dijadikan satu isu oleh Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) dan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP). Usahlah dipolitikkan sesuatu yang telah kamu ikrarkan, hasrat murni guru untuk medidik dan membimbing. Penjawat Awam dari sektor lain juga sudah lama bekerja sembila jam sehari.  Manakala para guru diperuntukkan cuti semester setiap tahun ditambah lagi dengan cuti-cuti yang sama diperuntukkan kepada penjawat awam yang lain.
Apa yang penting? Kerjasama.. itulah yang akan kita dengar bila menonton animasi Wonderpet. Tetapi pada hakikatnya itulah yang harus dilakukan oleh guru-guru Malaysia… didahului dengan keikhlasan dihati. Sekiranya ilmu (semua ilmu adalah milik ALLAH SWT) disampaikan secara tidak ikhlas, ilmu tidak dapat diterima oleh para pelajar sepenuhnya.

| | Read More »

Tudung..

image
Alhamdulillah dipanjatkan syukur kepada yang Maha Kuasa kerana masih diberikan umur dan kudrat untuk menulis dan mencoretkan apa yang terlintas dibenak fikiran ini mengenai kita semua, ummat manusia. Kehidupan manusia yang singkat ini, akan digunakan sepenuhnya untuk berkongsi ilmu Allah sesama manusia.
Alhamdulillah pada hari ini, kesedaran untuk menutup aurat telah berkembang dengan begitu ketara di negara Malaysia yang kita sayangi. Ramai para pelakon telah terbuka hatinya untuk mengenakan tudung dalam kehidupan mereka. Tidak diketahui samada mereka bertudung hanya untuk berdepan dengan masyarakat, peminat atau pun siapa namun kita mengharapkan mereka yang berkenaan bertudung keranya syariat yang diajarkan oleh Allah melalui Islam.
Semoga dengan kesedaran dikalangan para artis ini akan menjadi ikutan peminat yang menyokong mereka. Dan diharapkan juga agar pemakaian tudung ini akan berkekalan selama hayat mereka bukannya seperti hangat-hangat tahi ayam, sekejap bertudung sekejap tidak kerana tudung dijadika fesyen bukannya cara hidup.
Kepada mereka di luar sana jadikan pemakaian tudung ini sebagai tuntutan syariat Islamiah, bukannya peredaran fesyen kerana sekiranya menjadikan tudung sebagai peredaran fesyen tidak akan membawa kita kemana-mana akhirnya tudung yang dibeli akan lusuh dan reput dalam gobok (almari) jua.

| | Read More »

Gaji PM dipotong.

Gaji PM dipotong. Itulah satu usul dalam Dewan Rakyat di Parlimen. Usul yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Batu yang meminta Gaji PM dipotong sebulan berjumlah RM22,826.25. Isu ini dicadangkan kerana alasannya PM gagal melaksanakan dengan jayanya beberapa isu yang berkaitan kepentingan rakyat.

Usul dicadangkan sewaktu PM menunaikan ibadah Haji.

Sekiranya usul ini diterima, maka ini akan menguatkan lagi konsep perjuangan 1 Malaysia yang dicanangkan oleh YAB PM. 1 Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan. Sekiranya usul diterima PM tetap berupaya melaksanakan fungsinya sebagai PM kerana ini tidak menjejaskan perbelanjaan dan pelaksanaan projek oleh kerajaan.

| | Read More »

Dikuasakan oleh Blogger.

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.