Talak

Talak adalah satu perbuatan yang dibolehkan di dalam Islam namun ia adalah merupakan perkara yang tidak disukai oleh Allah. Ini kerana talak akan menyebabkan institusi kekeluargaan yang dimetrai selama ini akan rosak dan musnah sejurus sahaja talak dilafazkan.

Walaubagaimanapun, hukum talak akan berubah kepada hukum yang lima berdasarkan keadaan yang berlaku kepada satu-satu kekeluargaan.

Oleh itu pasangan suami isteri perlu berhati-hati dalam setiap tindakan yang dilakukan agar kekeluargaan dapat dijaga dan dapat dipelihara demi masa depan pasangan suami isteri dan anak-anak yang lahir daripada perkongsian hidup suami isteri.

1- Pengertian Talak:

Menurut kitab-kitab feqh, talak diertikan dengan:

وَالطَّلَاقُ فِي عُرْفِ الْفُقَهَاءِ هُوَ : رَفْعُ قَيْدِ النِّكَاحِ فِي الْحَالِ أَوْ الْمَآلِ بِلَفْظٍ مَخْصُوصٍ أَوْ مَا يَقُومُ مَقَامَهُ . وَالْمُرَادُ بِالنِّكَاحِ هُنَا : النِّكَاحُ الصَّحِيحُ خَاصَّةً ، فَلَوْ كَانَ فَاسِدًا لَمْ يَصِحَّ فِيهِ الطَّلَاقُ ، وَلَكِنْ يَكُونُ مُتَارَكَةً أَوْ فَسْخًا

Yang bermaksud:

Merungkaikan ikatan perkahwinan yang sah pada masa dilafazkan talak atau pada masa hadapan dengan menggunakan lafaz yang khusus atau apa sahaja yang menggantikan peranan lafaz talak tersebut.

Kesimpulan yang boleh dibuat daripada pengertian di atas adalah: talak boleh berlaku dengan lafaz talak ataupun isyarat ataupun dengan tulisan yang disertai dengan niat untuk menjatuhkan talak. Oleh itu seandainya seseorang suami berniat untuk menjatuhkan talak kepada isterinya namun suami tersebut tidak melafazkan talak ataupun tidak melakukan sebarang isyarat perbuatan ataupun tidak menuliskan lafaz talak tersebut, maka talak tersebut tidak akan berlaku.

2- Talak hanya berlaku apabila suami sedar akan ucapan talaknya:

Talak tidak akan berlaku melainkan apabila sang suami memang betul-betul sedar dengan tindakan yang diambil olehnya. Oleh itu apabila seseoang suami berada dalam keadaan tidak sedar seperti tidur, gila, pitam ataupun separa sedar seperti berada dalam keadaan mamai ataupun sebagaimana yang dinyatakan di dalam soalan, maka talak tidak akan berlaku.

Namun apabila lafaz talak dinyatakan dengan niat bergurau seperti apabila seseorang suami berkata kepada isterinya:”saya jatuhkan talak satu ke atas kamu” dalam keadaan si suami bergurau, maka talak tetap jatuh dan berlaku sekalipun si suami beniat hanya sekadar satu gurauan. Ini kerana talak merupakan satu perbuatan yang sangat bahaya dan tidak boleh untuk dipandang mudah dan enteng. Rasulullah bersabda yang diriwayatkan oleh Imam Tarmizi dan Ibnu Majah:

ثَلَاثٌ جِدُّهُنَّ جِدٌّ ، وَهَزْلُهُنَّ جِدٌّ النِّكَاحُ وَالطَّلاَقُ وَالرَّجْعَةُ

Yang bermaksud:

Tiga perkara yang apabila seseorang bersungguh-sungguh dalam melakukannya maka natiahnya ialah berlaku apa yang diingininya dan apabila dia bergurau dalam tiga perkara ini, maka dia akan dihukum dengan dijadikan gurauannya sebagai satu kenyataan. Tiga perkara itu adalah perkahwinan, talak dan rujuk daripada talak.

3- Talak dengan menggunakan kalimah lain selain daripada lafaz talak atau cerai:

Apabila seseoang suami menggunakan lafaz-lafaz yang selain daripada lafaz cerai ataupun talak yang boleh dijadikan sebagai kiasan kepada talak, contohnya dengan dia mengatakan ”kamu boleh keluar daripada rumah aku” atau ”hari ini kamu bebas”, maka lafaz seperti ini tidak akan menyebabkan berlakunya talak melainkan apabila si suami berniat untuk menjatuhkan talak ketika dia melafazkan kalimah-kalimah tersebut.

Ini kerana niat untuk menjatuhkan talak adalah syarat untuk berlakunya penceraian apabila lafaz yang digunakan oleh suami adalah lafaz-lafaz yang digunakan oleh masyarakat sebagai kiasan kepada makna talak dan cerai.

Akan tetapi seandainya si suami menggunakan lafaz ”talak” atau ”cerai” maka talak akan tetap berlaku sekalipun si suami tidak bermaksud untuk menjatuhkan talak kepada isterinya. Oleh itu seandainya seseorang suami melafazkan cerai atau talak kepada isterinya dengan niat bergurau, maka talak tersebut akan berlaku lantas isterinya akan tertalak.

Adapun tindakan suami yang bergurau dengan isterinya untuk menghantar isterinya pulang sama ada ke rumah ibu si isteri ataupun ke mana-mana tempat sekalipun, talak tidak akan berlaku melainkan hanya apabila si suami berniat untuk menjatuhkan talak kepada isterinya ketika dia bekata contohnya: ”saya hantar kamu pulang ke rumah”. Ketika itu, talak akan belaku.

Rujukan:

Al-mausu`ah Al-Kuwaitiyyah jilid 29,

Untuk itu diingatkan kepada kaum hawa (perempuan yang bersuami) agar mengerti walau setinggi mana pendidikan kamu, jawatan kamu, pangkat kamu; kamu tidak mempunyai kuasa untuk menjatuhkan talak. Talak itu adalah hak mutlak lelaki kerana akal dan statusnya sebagai pemimpin. Mungkin kamu boleh menebus talak iaitu dengan membayar dengan wang ataupun harta untuk talak tetapi yang menjatuhkan talak tetap lelaki.

| | Read More »

Pembantu Rumah Indonesia

Gaji minimum RM700.00 dan satu kerja khusus untuk setiap pembantu rumah dari Indonesia. Itulah apa yang diminta oleh kerajaan Indonesia untuk setiap pembantu rumah yang dihantar ke Malaysia. Sungguh munasabah permintaan itu.

Kami rakyat Malaysia selaku majikan boleh menerima syarat yang ditetapkan tetapi Pembantu rumah terpaksa berbelanja untuk kos-kos selebihnya iaitu tempat tinggal dan makan serta kos-kos lain sepertimana yang di tanggung oleh pekerja di Malaysia.

Apakah mereka sanggup menerima apa yang diminta oleh rakyat Malaysia di atas. Sekiranya mereka sanggup, maka kami rakyat Malaysia menerima permintaan mereka.

Sebenarnya isu ini bukannya kerana penderaan tetapi kerana mereka Pembantu Rumah Indonesia kini boleh mendapatkan pendapatan yang lebih lumayan dari UAE dan negara arab yang lain. Kerana itulah mereka meminta agar pendapatan mereka lebih untuk berkhidmat di Malaysia

| | Read More »

SubhanAllah. Tanda Kiamat Kecil Sudah Lengkap Sempurna

Harus diingat, kita sudah pun ‘embrace’ kepada tanda-tanda kiamat besar secara tidak rasmi iaitu keluarnya Dajjal dan Yakjuj & Ma’juj.

Dajjal telah pun keluar dan kini berada dalam peringkat ‘sehari sama seperti sebulan’ iaitu diluar dimensi masa manusia.

Manakala Yakjuj & Ma’juj telah pun dibebaskan setelah Tembok Zulkarnain (dengan izin Allah) telah runtuh di Georgia. Golongan mereka pada hari ini telah menjadi Ashkenazi Jews & Zionist! Golongan mereka yang terakhir akan keluar ialah selepas Dajjal dibunuh oleh Isa a.s. Hanya 8 tanda-tanda besar kiamat yang masih tinggal. Allahu A’lam.

Disaat kita berada dalam lena yang panjang, ketika itulah kiamat akan datang, dan kalian kelihatan seperti keldai yang terpinga-pinga. Maka, ambillah peringatan, kerana peringatan itu amat berguna kepada mereka-mereka yang berfikir.

1) Penaklukan Baitulmuqaddis

Dari Auf b. Malik lah.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda:

“Saya menghitung 6 perkara menjelang – hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari

2) Zina bermaharajalela

“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim

3) Bermaharajalela alat muzik

“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. ” Ada yang bertanya kepada Rasulullah saw; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah

4) Menghias masjid & membanggakannya

“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat -Nasai.

5) Munculnya kekejian,

Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik. “Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim.

6) Ramai orang soleh meninggal dunia

“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat

“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia” - Riwayat Thabrani

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja

“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” – Riwayat Ahmad

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang

Diriwayatkan dari Abu Hurairah lah.a. “Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”.

10) Bulan sabit kelihatan besar

“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.” - Riwayat Thabrani

11) Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita

“Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu” – Sahih Muslim

12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar

“Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar.” – Riwayat Ahmad

13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai

“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai” – Sahih Muslim

14) Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda.

“Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti ‘bulu merpati’ yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga.” – Sahih Abu Daud & Nasai

15) Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam

“Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya).” – Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.

Kini, Kita hanya menuggu saat tibanya..

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”. (H.R Muslimi)

Keterangan :

Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah :-

1~ Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.

2~ Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.

3~ Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.

4~ Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.

5~ Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.

6~ Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.

7~ Gempa bumi di Timur.

8~ Gempa bumi di Barat.

9~ Gempa bumi di Semenanjung Arab.

10~ Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.

Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.

http://penyuxp.com

| | Read More »

Kenaikan Gaji Tahunan RM80 - RM320

Kadar kenaikan gaji tahunan (KGT) di antara RM80 ke RM320, adalah lebih tinggi berbanding kenaikan gaji tahunan sedia ada. Ianya hampir 2 kali ganda berbanding KGT SSM. Oleh itu, akan berlaku pertindihan senioriti dan pariti dalam perkhidmatan (tempoh). Paling tidak akan ada 2 tanggagaji kepada satu tangga gaji. Maka apa yang CUEPACS perjuangkan? untuk kepentingan penjawat awam yang telah menghampiri penamat dalam perkhidmatan sepertimana Presiden dan ahli majlis tertinggi CUEPACS atau untuk semua penjawat awam. Ianya akan tetap seperti SBPA dari segi senioriti namun gaji yang ditawarkan dalam SBPA kepada mereka yang baru memasuki perkhidmatan awam lebih tinggi berbanding SSM + 13%.
Apakah motif disebalik perjuangan ini? Adakah CUEPACS memperjuangkan individu tertentu sahaja? Sepatutnya, perjuangan CUEPACS adalah lebih baik daripada tawaran dalam SBPA dari segi Gaji Permulaan, Terma Perkhidmatan, Syarat Lantikan, Laluan Kemajuan Kerjaya, Elaun-elaun tetap (ITP dan COLA), Kesihatan dan banyak lagi yang lebih penting daripada senioriti atau braketing (dua atau lebih tanggagaji ke satu tanggagaji) multitasking (penggabungan dan penjumudan skim perkhidmatan tertentu kepada 1 skim perkhidmatan yang melaksanakan tugas dan fungsi yang hampir sama dan memerlukan kemahiran sama). Seperti Pembantu Operasi, Pembantu Awam dan sebagainya.
Di Malaysia, ianya menjadi isu kerana kita telah lama mengikut dan cuma menambahbaik apa yang telah ditinggalkan oleh penjajah dalam pentadbiran negara bukannya satu sistem yang dibangunkan dari lakaran mengikut keperluan dan kesesuaian negara. Sepatutnya telah lama kita sedari akan hakikat ini dan membangunkan sebuah sistem saraan yang sesuai dengan rakyat dan keperluan negara.
Disesetengah negara, percayakah anda ada anggota perkhidmatan yang secara jelas dan nyata berbeza fungsinya menjalankan fungsi dan skop tugas yang berbeza seperti bomba yang membantu kastam dan imigresen menjalankan tugas jabatan berkenaan. Ini bukan kerana perkhidmatan bomba tidak diperlukan, tetapi jumlah kakitangan melebihi dari yang diperlukan dan lebihan anggota akan menjalankan tugas dimana agensi yang kekurangan anggota. Inilah multitasking yang sebenarnya yang boleh dilaksanakan dinegara kita. Apa yang diceritakan hanya sebagai contoh. Tetapi di Malaysia kita boleh memulakan dengan kajian keperluan anggota di setiap jabatan. Mereka ini tidak perlu ditukar lantik ke perkhidmatan berkenaan tetapi masih kekal dalam perkhidmatan sedia ada tetapi menjalankan tugas dan skop fungsi tugas di jabatan yang lebih memerlukan.
Ini adalah nilai tambah kepada penjawat awam berkenaan yang sepatutnya diakui dan diterima. Apalah gunanya berkhidmat selama 10 ke 30 tahun tetapi tiada nilai tambah kepada penjawat awam berkenaan.
CUEPACS juga seharusnya, memperjuangkan laluan kemajuan kerjaya yang lebih baik seperti peluang kenaikan pangkat tanpa kekosongan jawatan yang lebih baik berbanding KUP 15 tahun tahun 2009 (berdasarkan merit dan penilaian) kerana nilai tambah yang ada pada penjawat awam disamping itu akan menjamin penjawat awam untuk menerima pencen yang lebih baik apabila menamatkan perkhidmatannya. Mungkinkah seorang penjawat awam yang telah berkhidmat begitu lama tidak memiliki nilai tambah? atau sememangnya ianya adalah satu penganiayaan kepada penjawat awam yang berada dalam kumpulan perkhidmatan Sokongan. Selalu kita dengar seorang penjawat awam bersara pada gred yang sama sepertimana dilantik.
Rate for the job, ungkapan yang selalu didengari apabila tuntutan kenaikan gaji dibuat. Mari kita bincangkan dengan lebih lanjut. Memang wajar rate for the job dipraktikkan, namun beberapa penambahbaikan perlu sejajar dengan Knowledge Worker. Kenapa? Pada hari ini kebanyakan penjawat awam yang berada di dalam kumpulan sokongan memiliki kelayakan yang lebih tinggi daripada perbekalan syarat lantikan dalam skim perkhidmatan berkenaan. Ini sejajar dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan pekerja yang berpengetahuan dan berilmu. Cuma yang ada adalah mereka yang telah lama berkhidmat sahaja yang memiliki kelayakan sepertimana perbekalan. Cuba bandingkan kuantiti, mutu, komitmen dan hasil yang ditunjukkan oleh mereka yang memiliki kelayakan yang lebih tinggi daripada perbekalan. Sesetengah mereka yang berada di dalam kumpulan sokongan ini menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding penyelia mereka.
Apakah penjelasan CUEPACS dalam permasalahan yang timbul daripada Pembatalan SBPA, sepertimana yang dijanjikan bahawa penjawat awam akan menerima sesuatu yang tidak kurang baik berbanding SBPA… ini termasuklah gaji dan sebagainya.
Walaubagaimanapun, terima kasih kepada Perdana Menteri kerana berjaya menyelamatkan Malaysia daripada bankrupt akibat pembayaran gaji yang terlalu tinggi kepada pengurusan tertinggi. Syabas kepada PM…

| | Read More »

BR1M dilanjut

IPOH: Tempoh mengemukakan rayuan permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang sepatutnya tamat Khamis lalu, dilanjutkan sehingga satu tarikh yang belum ditentukan bagi memberi peluang kepada mereka yang layak mendapatkan bantuan RM500 bagi setiap isu rumah itu membuat permohonan.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata walaupun demikian, mereka dinasihatkan segera mengemukakan rayuan bagi mempercepatkan proses kelulusan. “Kita tidak tetapkan tarikh sampai bila, tetapi kita mengharapkan sehingga akhir Mac ini majoritinya sudah membuat rayuan. Ini disebabkan pada April ini, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) agensi yang dipertanggungjawabkan permohonan BR1M akan terbabit dalam proses kutipan hasil cukai.
“Agensi itu sudah diberi mandat lebih luas untuk menambah hasil kutipan cukai, jadi mereka (pemohon BR1M) tidak sepatutnya berlengah untuk mengisi borang rayuan,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan majlis pecah tanah tapak Perpustakaan Desa Pekan Chemor, dekat sini, semalam.
Beliau berkata, keputusan itu selaras dengan saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini kerana kerajaan mahu memastikan setiap rakyat yang layak, menerima bantuan itu. Pertengahan bulan lalu, Najib mengumumkan kerajaan bersedia melanjutkan tempoh rayuan permohonan BR1M selepas 15 Mac bagi memastikan rakyat dengan pendapatan isu rumah kurang RM3,000 sebulan menikmati faedah daripada program berkenaan.
Ahmad Husni yang juga Ahli Parlimen Tambun berkata, agensi berkaitan juga menumpukan kepada senarai penerima program eKasih dan senarai individu yang direkodkan di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), termasuk di kawasan terpencil di Sabah dan Sarawak bagi mengelak bantuan bertindih.
“Jumlah keseluruhan pemohon BR1M yang tersenarai dalam eKasih dan JKM berjumlah 750,000. Jadi, kita sedang membuat pemeriksaan bagi memastikan mereka yang sudah menerima bantuan dikeluarkan daripada senarai pemohon menunggu,” katanya.
Sebelum ini, kerajaan mengumumkan peruntukan RM1.92 bilion untuk program BR1M sehingga 1 Mac lalu, yang memberi manfaat kepada 3.8 juta atau 59 peratus daripada jumlah keseluruhan isi rumah. Sehingga tarikh berkenaan, 4.78 juta permohonan diterima dan 3.74 juta atau hampir 80 peratus permohonan berjaya, manakala 972,000 atau 20 peratus lagi gagal.
Antara alasan bagi yang tidak berjaya adalah permohonan bertindih, maklumat pemohon serta pasangan dan tanggungan tidak lengkap, pendapatan isi rumah melebihi RM3,000 dan pemohon atau pasangan termasuk dalam kategori pembayar cukai pendapatan. Bagaimanapun, daripada lebih 200,000 rayuan diterima setakat ini, hampir 92 peratus diluluskan kerana pemohon mengemukakan maklumat lengkap

| | Read More »

Pulangkan Duit Kami

Ya…mereka (Kumpulan Premier SBPA) dah dapat “merasa” dulu duit gaji SBPA sejak daripada 1 Januari 20112 yang lalu. Masing-masing sudah menerima gaji SBPA terlebih dahulu berbanding kakitangan awam lain yang ketika itu masih lagi bergelut dengan isu penangguhan & semakan semula SBPA.
Dan ada sumber yang mengatakan, ada jabatan yang telah memberikan awal gaji SBPA untuk bulan 1,2. Itu semua dibuat berdasarkan budi bicara jabatan tersebut. Ini kerana ada jabatan yang berpendapat dan mengambil keputusan tersebut atas beberapa pertimbangan dan alasan:

  • Tidak kira ada semakan semula atau rombakan sekalipun, mereka merasakan mesti perubahan yang bakal dilakukan pada masa itu, hasilnya samada lebih tinggi atau paling tidak pun sama dengan SBPA
  • Itu jangkaan mereka. Tetapi….
  • Akhirnya, selepas batal SBPA, kumpulan Premier termasuklah JUSA ini tidak naik sebanyak SBPA seperti yang disangka-sangkakan. Begitu juga gred-gred bawah jabatan tersebut pun ada yang sudah menerima terlebih dahulu.
  • Itu sebablah mereka mahu pulangkan semula gaji SBPA tersebut

Dan, sumber itu juga yang mengatakan sebahagian daripada 36 pegawai tinggi kerajaan dari Kumpulan Premier itu telah menulis surat kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah untuk memulangkan semula semua gaji SBPA kepada kerajaan.

Ada kalangan daripada kumpulan premier yang sudah menerima 2 kali gaji SBPA sejak mereka bersetuju dan menurunkan tandangan pada Disember 2011.

Walaubagaimanapun, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dijangka akan membuat keputusan dalam mesyuarat minggu hadapan yang bakal dihadiri wakil-wakil dari kementerian, jabatan dan agensi kerajaanterhadap terdapat persoalan melibatkan kumpulan ini :

  • penjawat awam dan pesara yang sudah memperolehi bayaran gaji dan pencen mengikut skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)
  • mencari mekanisme yang bersesuaian untuk menyelesaikannya

Tuntutan Terbaru Cuepacs

  1. CUEPACS berharap kerajaan dapat mempercepatkan penubuhan suruhanjaya khas bagi melaksanakan penambahbaikkan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang digunakan kakitangan awam sekarang
  2. Penambahbaikan termasuk hal berkaitan isu gaji maksimum kakitangan yang lama berkhidmat. Ini kerana, selepas menerima kenaikan 13 peratus, gaji mereka akan menjadi maksimum semula
  3. CUEPACS juga memohon Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memberi kelonggaran kepada kakitangan yang tidak memilih opsyen saraan 60 tahun, supaya berpeluang menandatanganinya semula.
P/S : Sama-sama kita nantikan pendirian dan keputusan yang bakal diambil JPA pada minggu hadapan. Apa respon anda pula?

| | Read More »

Konspirasi REDHA.

Pasaran Hartanah Malaysia Harga Rumah Naik Ekonomi Malaysia Bertambah Baik? REDHA, Sila Jangan Contohi Sepanyol!!

Segalanya tipu belaka apabila helah pihak REDHA kerapkali mencanang & menghidangkan data & berita kepada orang ramai dengan harapan sektor hartanah yang dikuasai mereka akan terus akan menerima lonjakan seperti apa yang mereka rancangkan. Kononnya :

hartanah mahal = ekonomi mantap

Harga Rumah Naik : Antara Propaganda REDHA Yang Kerapkali Dimainkan :

  1. Pinjaman rumah sepatutnya dilanjutkan lagi. Sepatutnya diperbanyakkan lagi hutang melibatkan hartanah
  2. Hutang-hutang yang melibatkan hartanah perlu digalakkan lagi ( ersungguh-sungguh mereka marah kepada media yang highlight tahap hutang isi rumah di Malaysia sebelum ini)
  3. Harga rumah di Malaysia masih lagi murah jika dibandingkan dengan Vietnam
  4. Kerajaan dinasihati jangan buat capital gains (5% itu pun dah melatah kelompok pemaju hartanah)
  5. Mereka akan terus-menerus memuji, memuja dan hanya bercerita yang elok sahaja tentang projek terbaru mereka. Kemudian letak nama projek hartanah mereka yang mempunyai yang dirasakan mempunyai nilai komersial seperti Serene, Santuary, Nature, Relaxing, KL View dan lain-lain lagi. Kemudian jual harga juta-juta.
  6. Dan…..kata mereka lagi harga hartanah naik sebenarnya melambangkan ekonomi Malysia makin kukuh.

Property Bubble Malaysia Harga Rumah Naik Ekonomi Malaysia Bertambah Baik? REDHA, Sila Jangan Contohi Sepanyol!!Itu kata MDC & REDHA. Tetapi laporan berita yang dikeluarkan oleh Bloomberg baru-baru menarik perhatian kami. (States Hardest Hit by Housing Collapse Lead U.S. Jobs Recovery). Diberitakann pada 5 tahun lepas, Arizona, California, Florida dan Nevada merupakan antara negeri yang mengalami kecederaan dan kerosakan teruk dalam sektor hartanah di Amerika. Itu dahulu…..Sekarang? Mereka pula yang sedang mengetuai dengan cepat pasaran tenaga buruh di Amerika.

Lihat satu lagi contoh sekarang ini, Sepanyol. Adakah kenaikan harga hartanah di sana membawa kemakmuran ekonomi Sepanyol? Selepas dalam tempoh 10 tahun, kenaikan hartanah secara keterlaluan akhirnya hari ini memakan diri sendiri. Hari ini Sepanyol “boleh berbangga” dengan  menghasilkan data seperti di bawah:

“pengangguran 21%; kadar pengangguran golongan muda 50%” (Sumber : Bloomberg)

Kalau di Malaysia, REDHA terus lepas tangan dengan masalah rumah terbengkalai yang menunjukkan lebih 50% projek yang dilancarkannya dikategorikan sebagai “bermasalah”. Rumah terbengkalai berpuluh tahun pembel masih lagi kena bayar faedah, adakah mereka ambil peduli?

“Yang kenyang kelompok pemaju hartanah, yang sengsara rakyat”

Realitinya sekarang ini, kebanyakan pemaju sedang memusnahkan landskap semulajadi Malaysia. Mereka tidak kisah samada rumah tersebut berpenghuni atau tidak. Asalkan jualan rumah 100% berjaya terjual. Itu sebablah sekarang ini kawasan yang sudah sedia maklum kepadatannya pun, pemaju hartanah masih lagi mahu “menyelit” dengan membangunkan lagi kawasan baru semata-mata mahu mengambil jalan mudah untuk mendapatkan keuntungan yang berlipat kali ganda dengan segera.

Dan…tidak hairanlah sekarang kita kurang melihat rumah-rumah teres dibangunkan. Sebab kurang untung.  Sedangkan begitu banyak kawasan tanah yang boleh dibangunkan untuk membangunkan rumah-rumah seperti ini.

  • Dalam pada masa yang sama kelompok pemaju hartanah terus memerhatikan kebanjiran orang ramai berpindah ke Kuala Lumpur
  • DBKL pula “galak” dan dilihat menjadi “lemah” apabila berhadapan dengan pemaju hartanah sehingga terus meluluskan projek-projek yang diusulkan oleh pemaju tanpa memerhati & menilai dengan lebih terperinci kesembangan pembangunan di sesuatu kawasan, sehinggalah tidak berlaku pengeluaran melebihi daripada permintaan. Mereka ada kuasa. Mereka boleh meluluskan, dan meraka juga boleh menolak permohonan projek. tetapi apa yang berlaku sekarang ini?

Apa jadi kepada pemaju jika segala “perancangan mereka telah selesai di Malaysia”? Mereka senang-senang sahaja berhijrah ke tempat lain.

REDHA Property Harga Rumah Naik Ekonomi Malaysia Bertambah Baik? REDHA, Sila Jangan Contohi Sepanyol!!Semakin ramai terbeban dengan hutang pinjaman rumah, akhirnya “pendapatan boleh guna” selepas bayar pinjaman menjadi semakin rendah. Ekonomi domestik jugak akan menerima bencana besar apabila ramai kekurangan tunai untuk berbelanja.

Dan bagi kami selagi masih ada “kelompok yang cukup berpengaruh” terus memberikan sokongan secara tersembunyi dibelakang REDHA sehingga dilihat segala perancangan REDHA “dihalalkan”, harapan untuk kita melihat sektor hartanah kembali kepada paras normal hanya impian semata-mata dan ia sukar menjadi realiti.

P/S : Apa respon anda pula dengan isu ini?

http://beritasemasa.com

| | Read More »

Dikuasakan oleh Blogger.

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.