Jumaat

https://encrypted-tbn3.google.com/images?q=tbn:ANd9GcR7htUPbxnfHc8ZXrREgmf5DWcXy1J-RG4LdAcaJMHh5vDb8QQW
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam, kerana dengan limpah kurniaannya kita dapat lagi bersama pada hari ini Hari Jumaat penghulu segala hari, hari yang penuh dengan keberkatan, hari dimana alam ini akan musnah dengan berlakunya kiamat. Bersamalah kita menyiapkan diri bermuhasabah menilai apa yang telah kita lakukan sepanjang minggu. Apakah perkara yang telah kita lakukan itu menambahkan keimanan kita atau pun mengurangkan keimanan kita kepadaNya.

Alhamdulillah syukur diucapkan kerana sekali lagi diberikan kesempatan untuk menunaikan Solat Jumaat. Yang mana Solat Jumaat mengandungi 2 khutbah dan 2 rakaat. 2 Khutbah diadakan bagi menggantikan 2 rakaat untuk kita sama-sama mengingatkan dan berpesan-pesan kearah kebaikan yang diredhai Allah swt. 

Tahniah kepada semua kerana berjaya melalui hari-hari selama seminggu semenjak Jumaat yang lepas. Semoga Jumaat ini akan menambahkan keyakinan dan ketaqwaan kita kepadanya. Tahniah juga diucapkan kepada pemerintah 3 negeri kerana masih mengekalkan Jumaat sebagai cuti minggu mereka. Agak-agak bilakah cuti minggu di Malaysia akan ditukarkan kepada hari Jumaat supaya tiada lagi alasan boleh diberikan kepada mereka yang liat untuk mengerjakan Solat Jumaat.

Kenapa saya membicarakan hal ini? Saya membicarakan hal atau perkara ini kerana ianya melibatkan Khusyu’ dalam melaksanakan solat Jumaat. Adakah kaitannya? Apakah kaitannya? Ya sememangnya ia mempunyai kaitan yang amat besar kepada ummat Islam.

Hari Jumaat merupakan penghulu segala hari dan sebagai seorang Islam kita seharusnya memuliakan hari Jumaat. Untuk menunaikan solat Jumaat dengan Khusyu’ kita mesti menunaikan solat Jumaat dalam keadaan yang tenang dan bukannya tergopoh gapah mengejar masa untuk meneruskan aktiviti harian yang lain.

Bayangkanlah apa akan berlaku, adakah kita mampu untuk fokus sewaktu menunaikan Solat Jumaat sekiranya kita dalam keadaan tergopoh gapah mengejar masa untuk meneruskan aktiviti harian yang lain.

Kebanyakkan kita berkerja makan gaji ataupun bekerja dengan majikan untuk menyara kehidupan diri, pasangan mahupun keluarga dan begitu kurang diantara kita yang berkerja sendiri yang memiliki perniagaan sendiri kalau adapun tidaklah ramai berbanding makan gaji.

Setiap kali menunaikan Solat Jumaat kita pasti akan terfikir macam-macam sekiranya Khatib membaca Khutbah yang panjang, Imam membaca surah yang panjang dan sebagainya yang mengambil masa yang lama dan semua tahu, ada diantara kita yang belumpun menikmati makanan tengahari mereka, mengambil dan menghantar anak kesekolah dan sebagainya. Bila masa yang panjang diambil untuk khutbah dan surah-2 yang panjang dibaca semakin kita hilang tumpuan, macam-macam persoalan berlegar dalam minda kita. Bagaimana pula dengan tanggungjawab untuk mencaji pekerja yang bertanggungjawab terhadap majikan.

| | Read More »

Blogger Popular - Bagaimana Menjadi Popular

Bagaimana untuk menjadi seorang blogger popular, apakah jenis blog yang mendapat hit/ kunjungan/ ikutan ramai pembaca atau pengunjung?
Antara blogger yang popular di Malaysia seperti Hanis Zalikha, Ben Ashaari, Fatin Liyana dan ramai lagi merupakan blogger yang popular di Malaysia. Rata-rata bila kita melihat blog-blog popular ataupun blogger-blogger yang popular di Malaysia adalah blog bersifatkan peribadi/ pengalaman dan perkongsian resepi serta tutorial. Blog-blog ini menjadi kegemaran para surfer yang suka blogwalking kerana mereka sukakan sesuatu yang boleh dijadikan panduan atau rujukan dalam melakukan sesuatu.
Jarang sekali kita lihat blog-blog yang bersifat ilmiah atau perkongsian ilmu kehidupan. Blog-blog ini kurang mendapat sambutan kerana ramai diantara surfer pada hari ini masih belum sedar akan kepentingan blog-blog yang mengajarkan sesuatu tentang kehidupan, falsafah kehidupan, perbincangan mengenai idealogi dan kepentingan dalam menentukan keputusan yang akan dibuat untuk kesinambungan masa hadapan.
Blog-blog mengenai kehidupan amat jarang dikunjungi oleh surfer kerana tahap kesedaran dikalangan surfer tentang kewujudan dan kepentingan blog-blog ini masih rendah. Blog-blog ini kebanyakan berkisar tentang kehidupan, nasihat, panduan, agama, nilai-nilai kehidupan, adab, kemasyarakatan, politik, ekonomi dan sebagainya asalkan ianya sebahagian daripada aspek kehidupan.
Semoga suatu masa nanti tahap kesedaran dikalangan surfer ini meningkat dan menjadi trend dalam kehidupan atau life of a blog walker. Mereka ini sedar bahawa setiap sesuatu yang berkaitan dengan diri mereka adalah kehidupan, dan dalam kehidupan ini bukannya lakonan. Setiap keputusan yang dibuat, diambil pada hari ini akan menentukan apakah yang akan berlaku pada hari esok, pada generasi akan datang dan juga hukuman dan balasan yang bakal diterima pada kehidupan yang akan datang.
Pada kehidupan ini (dunia) setiap apa yang kita lakukan, putuskan, ambil dan fikirkan merupakan permulaan kepada kehidupan akan datang.
Masih belum terlambat untuk kita melakukan perubahan untuk generasi akan datang, hari-hari yang mendatang dan kehidupan akan datang. Tidak ada istilah terlambat, sudah terlambat, terlewat ataupun tidak sempat, bermulalah sekarang untuk mengubah masa hadapan anda. Permulaan masa hadapan anda dimulakan oleh anda. Ketahuilah bahawa sekiranya anda tidak memulakan perubahan, anda akan kekal ditahap lama (statik). “Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan mereka menrubahnya sendiri.”
Sekiranya hari ini sama seperti hari semalam, anda tergolong dalam kumpulan yang rugi, sekiranya hari ini lebih buruk dari hari semalam ada adalah termasuk kedalam golongan celaka. Hari ini mesti lebih baik dari hari semalam untuk menjadikan anda tergolong kedalam golongan mereka yang beruntung dan untuk menjadikan hari ini lebih baik dari hari semalam anda perlu berubah kepada yang lebih baik, perubahan tidak akan berlaku dengan sendirinya anda mesti berubah. Dan untuk berubah anda mesti memulakan langkah pertama dalam perubahan yang anda inginkan. Perubahan bermula dengan langkah pertama, usah gentar dengan pandangan, kritikan dan cemuhan orang lain terhadap apa yang kita lakukan kerana kerana perubahan kepada sesuatu yang lebih baik selalunya mendapat tentangan daripada mereka yang sukakan dan selesa dengan kehidupan yang ada.
Ramai pemimpin-pemimpin dunia yang unggul juga berubah, mereka tidak takut untuk berubah dan perubahan bukan lagi satu kemestian tetapi adalah satu perkara wajib bagi mereka untuk mencapai kejayaan dalam apa yang mereka impikan. Bacalah kisah dan coretan sejarah mengenai pemimpin-pemimpin dunia yang berjaya dan salah seorang daripada mereka ini adalah Nabi Muhammad SAW yang merupakan pemimpin terunggul didunia.
Ingatkah lagi kita terhadap perjuangan Rasulullah SAW sewaktu mula-mula menyebarkan Islam kepada sekalian alam. Seperti yang diketahui sebelum diangkat menjadi nabi dan rasul, Baginda merupakan seorang yang disegani oleh masyarakat Quraisy pada ketika itu, Baginda digelar sebgai Al-Amin kerana berjaya menyelesaikan pertelingkahan mengenai siapakah yang berhak meletakkan Hajar Aswad ditempat asalnya sewaktu Kaabah dibina semula akibat runtuh dalam banjir besar yang melanda pada ketika itu. Baginda aamat disegani dan dihormati oleh Arab Quraisy pada ketika itu.
Tetapi sewaktu kedatangan Islam dan sewaktu menyebarkan Islam baginda ditentang oleh Arab Quraisy yang merupakan bangsa/ kabilah Baginda sendiri, bukan kerana siapa Baginda tetapi perubahan yang dibawa oleh Baginda kerana menyebarkan agama Islam yang merupakan agama wahyu daripada Allah SWT. Mereka ini tidak sukakan perubahan yang berlaku dan selesa dengan keadaan dan kehidupan sedia ada. Tetapi Baginda tetap melakukan perubahan dalam masyarakat Quraisy pada ketika itu, walaupun Baginda diancam bunuh oleh Kaum Quraisy kerana menyebarkan Islam dan dituntut agar kembali kepada asal. Kerana keberanian untuk berubah itulah, yang menjadikan Baginda sebagai seorang yang paling unggul dalam dunia ini. Ini diakui oleh masyarakat moden pada hari ini.
Oleh itu, disimpulkan untuk berubah memang sukar dan akan mendapat tentangan. Berubah mesti dilakukan dan diteruskan untuk menjadikan anda seorang yang unggul, dikagumi, disegani dan diingati sepanjang zaman. Untuk berubah kita bukannya Dare To Fail (Berani Untuk Gagal) tetapi kita adalah Success To Fail (Berjaya Untuk Gagal)... mesti semua tertanya-tanya kenapa saya mengatakan perubahan sebagai berjaya untuk gagal kerana kita tidak tahu apakah yang bakal berlaku dengan perubahan yang kita ambil tetapi kita sebenarnya berjaya melakukan sesuatu yang tidak kita ketahui hasilnya.

| | Read More »

Adab Bertamu

Selama 22 tahun, Kerajaan Kelantan ditadbir Pas, hanya dua menteri yang tahu adab apabila ke Kelantan, Mohamed Nazri Aziz dan Abdul Aziz Shamsuddin.
Menteri besar, Datuk Nik Aziz terkilan kerana menteri-menteri dan timbalan menteri Kerajaan Pusat yang datang ke negeri itu tidak pernah mengunjungi pejabat beliau.
Sedangkan adab bertamu kenalah bertemu tuan rumah.
“Dia nak datang tu, datanglah, (Kelantan) tetapi kalau boleh datanglah ke pejabat menteri besar, sebab dia ada kerajaan dan ada ketuanya sendiri.
“Sejak saya menjadi menteri besar hampir 22 tahun ini, hanya ada dua orang menteri sahaja yang bersedia datang bertemu saya, baik dia iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Mohamed Nazri Aziz.
“Seorang lagi yang sempat bertemu saya bekas Menteri Pertanian, kalau tak silap saya bekas Menteri Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin, orang lain tak datang,” kata Tok Guru dipetik Harakah Daily.
Terkini kedatangan TPM Muhyiddin Yassin yang tak tahu adab dan awal Mei ini PM Najib Tun Razak akan ke Kelantan. Kita lihatlah Najib tahu adab atau tidak.
Sebenarnya mereka perlu ditazkirah tentang adab. Semasa sekolah dulu mereka tak sempat belajar!!






| | Read More »

Mudahnya untuk menjadi wanita SOLEHAH

Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t.
Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu :

1. Taat kepada Allah dan Rasul-Nya
2. Taat kepada suamiPerincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut :

1. Taat kepada Allah dan Rasul-Nya
Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?
- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
- Berbuat baik kepada ibu & bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga

2. Taat kepada suami
- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
- Tidak bermasam muka di hadapan suami
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga

Faktor Yang Merendahkan Martabat Wanita

Sebenarnya puncak rendahnya martabat wanita adalah dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.
Faktor-faktor tersebut ialah:

1) Lupa mengingat Allah.

Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairanlah jika banyak wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingat Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: ertinya:
" Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya."
Sabda Rasulullah s.a.w.: ertinya:
"Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan." (Riwayat Tarmizi)
Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu.

2) Mudah tertipu dengan keindahan dunia.

Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan itu saja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Tidak sedikit yang sanggup durhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit.
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An'am: ertinya:
" Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir."
3) Mudah terpedaya dengan syahwat.

4) Lemah iman.

5) Bersikap suka menunjuk-nunjuk.

Sesungguhnya dunia ini adalah perhiasan; sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah.

| | Read More »

Anak Syaitan…

Anak Syaitan, adakah anda mengenali mereka ini… Bacalah untuk keterangan lanjut:-
Umar al-Khattab r.a pernah berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan yg suka menghasut manusia melakukan kejahatan :
1. Zalituun -
Suka Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.
Kerjanya Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.
2. Wathiin -
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.
3. A'awan -
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat.
Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
4. Haffaf -
Berkawan baik dengan kaki botol.
Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab malam & tempat yg ada minuman keras).
5. Murrah -
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah.
Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.
6. Masuud -
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.
7. Daasim -
Duduk di pintu rumah kita. (Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah),
Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga
(suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).
8. Walahaan -
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.
9. Lakhuus -
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.
Ya Allah, kami berlindung dengan Mu dari syaitan yang di rejam

























| | Read More »

Guru perlu jujur didik anak bangsa cintai tanah air

KUALA LUMPUR, 16 Mei: Guru selaku pendidik bertanggungjawab mengajar anak bangsa agar mencintai tanah air dan memperjuangkan hak mereka dengan jujur, kata Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said.
A. Samad atau lebih mesra dengan panggilan Pak Samad berkata, beliau sangat berharap agar guru bersikap jujur dalam menyampaikan apa juga ilmu kepada para pelajar.
"Saya harap guru adalah asas kejujuran. Guru adalah orang yang mendidik, jadi saya harap sangat mereka jujur untuk mendidik anak-anaknya supaya mencintai tanah airnya dan memperjuangkan hak mereka," kata beliau ketika ditemui di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor, dekat sini, hari ini.
Pak Samad juga mengingatkan guru-guru agar tidak melupakan budaya santun dalam mendidik pelajar-pelajar pada zaman serba mencabar ini.
"Guru dahulu barangkali pembacaannya, pergaulannya terhad...tidak seperti sekarang, pembacaan guru-guru agak melimpah dan pergaulannya juga luas. Tapi biar apa pun, yang penting guru adalah orang yang mengajar anaknya untuk santun, berpengetahuan dan bertindak adil," katanya lagi.
Tambahnya juga, guru-guru seharusnya mempunyai minat membaca yang tinggi dan tidak terikat kepada bidang yang diajarnya sahaja.
"Semestinya guru-guru harus rajin membaca, kalau guru tidak membaca susahlah," katanya sambil ketawa.
Guru jangan asyik mengejar keuntungan dunia sahaja, kejujuran, kesungguhan dan keikhlsan anda adalah matlamat dan objektif dasar pendidikan negara bukannya nak kaut untung dengan Tuition jer. Semua tip-tip untuk berjaya dalam peperiksaan cuma dikongsikan dengan mereka (murid-murid) yang mengikuti kelas tuition berbayar sahaja. Dimanakah kesungguhan, keikhlasan dan tanggungjawab yang dipikul untuk mendidik dan memimpin anak bangsa.
Sanggupkah mereka melihat anak bangsa sendiri terus mundur dan ketinggalan berbeza langsung dengan bekas guru-guru terdahulu.
Mereka juga tidak seharusnya mengenakan sebarang bayaran untuk tuition yang diadakan demi mendidik anak bangsa, walaupun semuanya tahu profesion perguruan membebankan dibandingkan dengan profesion lain kerana terpaksa berhadapan dengan kerenah anak-anak bangsa yang semakin kurang ajar, tidak sopan dan biadap. Disamping itu juga para guru juga berhadapan dengan tindakan undang-undang sekiranya melaksanakan hukuman tidak seperti dahulu para guru lebih dihormati oleh ibu bapa murid-murid dan status mereka dalam masyarakat adalah tinggi berbanding masa kini.
Dahulu, menjadi guru atau pendidik adalah impian dan cita-cita mulia untuk memimpin dan mendidik anak bangsa supaya berjaya dan tidak diperlekehkan, tetapi sekarang ini berlainan pula hakikatnya profesion perguruan menjadi pilihan setelah tiada peluang kerjaya dalam bidang yang diceburi contohnya mereka yang menamatkan Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan ada juga yang memiliki PhD dalam bidang Kejuruteraan, Pembangunan Sumber Manusia, Pembangunan Wilayah, Perhubungan Antarabangsa, Politik Dunia dan bermacam lagi bidang yang sememangnya tidak berkaitan dengan silibus pendidikan dalam negara.
Para guru juga dinasihatkan agar tidak mementingkan kewangan semata-mata kerana kerajaan sentiasa prihatin terhadap situasi yang mereka hadapi. Mereka sentiasa diutamakan dalam setiap dasar yang digubal oleh kerajaan. Dan sebagai Hadiah sempena Hari Guru pada tahun ini, seramai 24,053 guru dinaikkan pangkat. Tidakkah itu mencukupi untuk memotivasikan mereka untuk membinmbing dan mendidik anak bangsa.
KUALA KANGSAR: Sempena sambutan Hari Guru tahun ini, kerajaan memberi hadiah istimewa kepada 24,053 guru lagi apabila mereka dinaikkan pangkat selepas memenuhi syarat tempoh perkhidmatan mulai Jun ini. Kenaikan pangkat bagi mengiktiraf sumbangan mereka mendidik anak bangsa itu, membabitkan 8,222 guru lepasan siswazah dan 15,831 lepasan diploma.
Guru siswazah menikmati kenaikan ke gred DG44 hingga DG54, manakala guru bukan siswazah dari GDA32 hingga DGA38.
Selain itu, 3,085 pengetua dan penolong kanan yang memenuhi syarat, menikmati kenaikan pangkat secara berperingkat berkuat kuasa tarikh yang sama. Mereka terdiri daripada 430 Pengetua yang akan dinaikkan dari gred DG48 kepada DG52 dan 2,655 Penolong Kanan dari DG44 kepada DG48. Berita gembira itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sempena sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-41 bertemakan Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara, di Dewan Jubli Perak, di sini semalam. Mereka boleh membuat semakan di laman web Kementerian Pelajaran mulai semalam. Berucap di hadapan lebih 3,000 pendidik dari seluruh negara, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, berkata kerajaan memperuntukkan RM934 juta untuk melaksanakan semua urusan kenaikan pangkat berkenaan.
“Ini satu jumlah besar yang membuktikan kesungguhan kerajaan Barisan Nasional (BN) memberi pengiktirafan kepada usaha guru membentuk modal insan yang berpersonaliti unggul. Justeru, saya berharap kenaikan pangkat ini akan memberi semangat dan dorongan kepada guru untuk meningkatkan prestasi,” katanya.
Muhyiddin berkata, kenaikan pangkat itu selaras usaha kerajaan menambah baik Skim Perkhidmatan Pendidikan yang bertujuan meningkatkan kecemerlangan pendidikan dan memartabatkan profesion keguruan. Beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 8 Mac lalu mengumumkan perkhidmatan tempoh minimum kenaikan pangkat secara 'time-based' atau tempoh perkhidmatan berasaskan kecemerlangan, dikekalkan.
Berdasarkan skim itu, guru siswazah gred DG41 hanya memerlukan lapan tahun untuk naik ke gred DG44, lapan tahun dari DG44 kepada DG48, enam tahun dari DG48 kepada DG52 dan tiga tahun dari DG52 kepada DG54.
Bagi lepasan diploma pula, memerlukan lapan tahun untuk naik dari DGA29 kepada DGA32, lapan tahun dari DGA32 kepada DGA34 dan lima tahun dari DGA34 kepada DGA38.
Sejak pengumuman itu, seramai 390 guru siswazah dinaikkan ke gred DG54, 676 gred DG52, 3,938 gred DG48 dan 19,805 gred DG44. Guru bukan siswazah pula seramai 399 dinaikkan kepada DGA38, 2,639 gred DGA34 dan 9,519 gred DGA32.
Muhyiddin berkata, proses kenaikan pangkat Pengetua dari gred DG48 kepada DG52 dan Penolong Kanan dari DG44 kepada DG48 juga telah dilaksanakan dan setakat ini, seramai 854 pengetua dinaikkan pangkat dari DG48 kepada DG52 dan 4,270 Penolong Kanan dari DG44 kepada DG48.
Katanya, kenaikan pangkat Pengetua dan Penolong Kanan itu membabitkan penyandang sedia ada sebelum atau pada 31 Disember 2011 dan yang memangku jawatan sebelum atau 31 Disember 2010. Tarikh kuat kuasa kenaikan pangkat adalah 1 Januari 2012

| | Read More »

Rumah Oh Rumah

Gambar kat atas nih ialah rumah Menteri Di JPM, Jamil Khir Baharom, punyalah besar rumah siap ada kubah dan ada rumah pengawal. Inilah menteri United Malays National Organisation (Umno).. baru jadi menteri beberapa penggal rumah bagai istana.
Manakala gambar kat bawah nih adalah rumah kediaman yang menjadi lambang kemewahan pimpinan PAS ketika menyandang jawatan Menteri Besar .
Tuan Guru Nik Aziz - Menteri Besar Kelantan, 1990 - Hingga Kini
Tuan Guru Haji Hadi Awang, Menteri Besar Terengganu 1999- 2004
Ust. Azizan Razak, Menteri Besar Kedah, 2008 - Hingga Kini.
Dikala pemimpin PAS sibuk membangunkan Ummah,pemimpin United Malays National Organisation (Umno) membangunkan Rumah.
Apa-apapun janji bunyinya mah…







| | Read More »

Dikuasakan oleh Blogger.

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.