Layanlah Isteri Anda Begini…

Setiap pasangan yang menjalinkan hubungan inginkan perhubungan yang berkekalan. Namun adakah semua sedar atau buat-buat tak sedar sebuah perhubungan yang baik terjamin berkekalan didasarkan dengan adab-adab yang perlu diikuti, diamalkan, dipraktikkan dalam kehidupan. Mungkin ada yang menganggap bahawa taraf pendidikan formal yang tinggi seperti PhD, Masters dan sebagainya akan menjamin kesinambungan sebuah perhubungan. Sebenarnya adab-adab ini perlu dijaga dan disemai dalam sebuah perhubungan tidak kira betapapun siapa kita, pangkat, darjat dan keturunan tidak menjamin kesinambungan sebuah perhubungan..
Anda sebagai ketua keluarga, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memperbaiki setiap kesilapan, kesalahan lalu, menjernihkan kekeruhan yang timbul dan menentukan halatuju rumahtangga yang dibina agar mencapai matlamat sepertimana yang diharapkan.
Bersama-sama ini dikongsikan adab-adab yang perlu dipraktikkan dalam sebuah perhubungan, itupun sekiranya anda mengharapkan sebuah perhubungan yang berkekalan hingga ke akhir hayat anda… sudilahh untuk membacanya dan kongsikan bersama rakan, teman, sahabat, taulan, saudara serta pasangan yang baru membina hubungan ikatan perkahwinan. Tidak kira berapa lama tempoh perkahwinan anda sekiranya adab-adab ini tidak dijaga dan diamalkan hubungan anda pasti akan goyah bagaikan retak menanti belah.
1. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati dan jangan sesekali bermain kayu tiga dengan perempuan lain. Selalulah ingat segala kebaikan yang telah isteri anda lakukan. Anda juga pasti inginkan isteri yang setia, bukan???
2. Ringankan beban isteri anda dan sesekali memasaklah bersama. Ataupun si suami bolehlah memasak untuk isteri pula. Kalau pasangan sudah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Jangan lepas tangan dan suami duduk bersandar di depan TV. Tidak salah jika suami turut membasuh pinggan dan menyapu sampah.
3. Pujilah isteri anda dengan ikhlas. Kerana pujian, kata2 yang baik, dan layanan yang mesra lebih bermakna daripada memberi hadiah.
4. Sebelum tidur, peluk dan cium isteri. Ciuman di dahi, di pipi atau mana2 bahagian yang biasa dicium lebih bermakna dari ciuman di bibir. Tidurlah dalam keadan berpelukan. Biarlah dia berbantalkan dada atau bahu anda kerana isteri sangat suka dimanja, cuma kadang dia malu untuk menyatakan. Dan ingatlah, sebelum tidur muhasabah hubungan anda. Kalau di siangnya si suami ada memarahi isteri, jelaskan kenapa dan minta maaf, jika perlu.
5. Jangan menengking isteri semata2 kesalahan isteri yang remeh dan tidak disengajakan. Jangan sesekali menengking isteri di hadapan orang lain, tetamu, atau temannya. Kerana dia akan berasa sangat malu dan terhina.
6. Jangan buat tidak peduli ketika isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaflah dengan ikhlas. Kalau perlu pujuk, pujuklah dengan mesra. Ini kerana hati perempuan agak sensitif dan sesetengahnya mahu dipujuk, tetapi mereka ego. Jadi berusahalah sehingga isteri tidak merajuk lagi!
7. Kalau isteri nampak tidak sihat, cepat-cepatlah merawatnya dan jika serius bawa berjumpa doktor. Tunjukkanlah anda mengambil berat dan selalu menyayangi dirinya.
8. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menjaga anak-anak dengan emak anda kecuali isteri anda lebih bagus daripada emak anda.
9. Jangan kedekut dengan isteri dan jangan kedekut belanja untuk keperluan rumah tangga, dan sesekali berilah hadiah tanda anda menghargainya kehadirannya dalam hidup anda.
10. Jangan melayan isteri seperti hamba. Bak kata sedutan dalam filem cinta, isteri bukan hak milik, isteri adalah anugerah.

| | Read More »

Adab Bersama Suami

Setiap wanita memang mengharapkan hubungan perkahwinan yang dibina berkekalan hingga keakhir hayat. Tidak sanggup sekalipun untuk berkongsi kasih dan sayang seorang lelaki bersama perempuan lain selain dari keturunannya. Namun adakah semua sedar atau buat-buat tak sedar sebuah perhubungan yang baik terjamin berkekalan didasarkan dengan adab-adab yang perlu diikuti, diamalkan, dipraktikkan dalam kehidupan. Mungkin ada yang menganggap bahawa taraf pendidikan formal yang tinggi seperti PhD, Masters dan sebagainya akan menjamin kesinambungan sebuah perhubungan. Sebenarnya adab-adab ini perlu dijaga dan disemai dalam sebuah perhubungan tidak kira betapapun siapa kita, pangkat, darjat dan keturunan tidak menjamin kesinambungan sebuah perhubungan..
Bersama-sama ini dikongsikan adab-adab yang perlu dipraktikkan dalam sebuah perhubungan, itupun sekiranya anda mengharapkan sebuah perhubungan yang berkekalan hingga ke akhir hayat anda… sudilahh untuk membacanya dan kongsikan bersama rakan, teman, sahabat, taulan, saudara serta pasangan yang baru membina hubungan ikatan perkahwinan. Tidak kira berapa lama tempoh perkahwinan anda sekiranya adab-adab ini tidak dijaga dan diamalkan hubungan anda pasti akan goyah bagaikan retak menanti belah.
1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.
2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri, jangan suka Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.
3. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau boleh sediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur,apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.
4. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya. Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.
5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung dihatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.
6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.
7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.
8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.
9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak,dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap isteri kecualilah jika suami kita meredhainya.
10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa. Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.

| | Read More »

Bagaimana Matahari Terbit dari Barat - Penjelasan Al-Quran

Sehingga ke hari ini maseh belum ada manusia yang dapat menjelaskan teori atau fenomena “Bagaimana Matahari Terbit dari Barat”. Fenomena ini diterima oleh saintis Barat dan mereka telah mengeluarkan pelbagai teori. Malah tidak kurang juga dengan saintis-saintis, ilmuan dan pemikir Islam yang memberi pandangan dan komen. Tidak semua teori dari Barat adalah betul, maka marilah kita sama-sama kembali kepada Al-Quran dan mengkaji bagaimana agaknya penjelasan Al-Quran.
Untuk kebaikan bersama, baik kita “melihat” sepintas lalu akan teori-teori Barat ini sebelum kita mengkaji Fakta Al-Quran agar kita dapat membuat penelitian dan perbandingan.
Barat mengemukakan 3 teori iaitu:
1) Teori-1: “retrograde motion” iaitu relatif peredaran bumi dengan planet lain seperti planet Marikh.
2) Teori-2: perlanggaran bumi dengan komet atau planet lain yang amat dahsyat sehingga menyebabkan bumi bertukar pusingan, dan
3) Teori-3: sebab keadaan bumi yang semakin hampir dengan matahari!
Ke tiga-tiga teori ini boleh dimuat turun dari kebanyakkan sesawang Internet (seperti www.Islamhadhari.net “Saintis Barat akui matahari akan terbit dari barat” pada Ogos 18, 2008). Di bawah ini adalah sedikit ringkasan dari petikan artikel di atas.
Fenomena ini terdapat di dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a, katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda (yang bermaksud).
“Tiga perkara, apabila zahir kesemuanya, tidak akan memberi manfaat iman seseorang itu. Sama ada yang tidak pernah beriman sebelum itu atau imannya tidak memberi kebaikan terhadap dirinya. (Iaitu) ketika matahari terbit dari arah barat, Dajjal dan Daabatul Ardh (sejenis makhluk dari dalam bumi).” (Riwayat Muslim)
Fakta Al-Quran
Sekarang mari kita mengkaji Fakta Al-Quran “bagaimana matahari terbit dari barat”. Saya memilih dan mengkaji 7 ayat (mungkin ada banyak lagi ayat-ayat lain) yang saya fikirkan bagaimana Al-Quran menjelaskan tentang fenomena ini iaitu satu ayat pada surah Al-Qamar (54:1) (bermaksud) “Saat (hari Kiamat) semakin dekat, bulan pun merekah/terbelah” dan 6 ayat pada surah Al-Hijr (15:72-77) (bermaksud) (15:72) “Demi umur engkau, sesungguhnya mereka dalam keadaan mabuk dan kebingungan. (73) Lalu mereka disambar bunyi teriakan yang keras ketika matahari terbit. (74) Lalu Kami jadikan (negeri) mereka yang diatas jadi ke bawah (tertonggeng), dan Kami turunkan ke atas mereka hujan batu dari tanah yang keras. (75) Sesungguhnya pada yang demikian itu menjadi tanda-tanda agi orang-orang yang memerhati (mengkaji). (76) Dan sesungguhnya (negeri) itu maseh benar-benar terletak pada jalan yang maseh tetap (tidak musnah dan maseh dilalui orang. (77) Sesungguhnya pada yang demikian itu menjadi tanda bagi orang-orang yang beriman )” .
Mengikut kajian saya, Al-Quran menjelaskan matahari akan terbit dari barat apabila bumi sudah “tertonggeng” iaitu kutub utara menjadi kutub selatan dan kutub selatan menjadi kutub utara. “Proses tertonggeng” ini berlaku apabila bulan merekah dan memancarkan tenaga elektrik ke arah bumi, menyebabkan daya magnet bumi bertindakbalas dan berpusing secara perlahan-lahan. Tenaga elektro-magnet ini juga akan menyebabkan otak manusia menjadi bingung dan keliru. Selain dari tenaga elektro-magnet, rekahan bulan juga akan memuntahkan batu-batu keras serta mengeluarkan tenaga bunyi, yang kemudian sampai kebumi. Sebab itu manusia di bumi akan mendengar bunyi yang kuat, dan kemudian manusia akan dihujani oleh batu-batan.
Apabila bumi sudah tertonggeng, maka manusia dibumi akan dapat melihat matahari terbit dari barat.
Teori Quran Vs Teori Barat
Kalau di kaji dengan teliti, Fakta yang dijelaskan Al-Quran ini agak berbeza dari teori-teori barat. Yang pertama, Al-Quran menjelaskan bulan yang menyebabkan bumi bertukar arah. Al-Quran menunjukkan perkaitan yang erat dan rapat antara bumi dan bulan. Tetapi teori barat tidak ‘nampak’ pun peranan bulan dalam proses kejadian ini.
Yang ke-duanya, Fakta Al-Quran nampak lebih jelas dan mudah difahami, malah boleh dibuktikan melalui ujikaji makmal. Sedangkan teori barat tidak dapat diuji dalam makmal dan tidak menunjukkan keadaan matahari akan naik dari barat! Kalau berlaku perlanggaran yang teramat dahsyat (dengan komet yang besar), maka bumi akan hancur! Perlanggaran ‘kecil’ (seperti yang berlaku di Mexico) tidak akan dapat menukar putaran bumi. Lagi pun sekiranya komet melanggar bumi dari “arah yang salah” ianya mungkin akan menambah kelajuan pusingan yang ada sekarang misalkan dari 24 jam kepada 10 jam sahaja/hari. Sekiranya bumi berputar pada kelajuan ini, maka kelajuan objek yang berada pada permukaan equator (atau khatulistiwa) ialah kira-kira 4,000 km/sejam yang akan memusnahkan segala-galanya yang ada dipermukaan bumi seperti rumah, bangunan, tumbuhan, pohon kayu, dan manusia serta binatang-binatang akan berterbangan.
Lagi pun untuk membolehkan bumi perputar pada arah bertentangan, komet yang melanggar bumi mesti pergerak pada kelajuan lebih dari 2 kali kelajuan putaran bumi iaitu 3,300 km/jam (sekiranya saiz komet sama besar dengan saiz bumi), dan mesti melanggar bumi pada sudut dan lokasi yang tepat. Kalau ianya melanggar pada kutub utara, maka matahari tidak akan ‘terbit dari barat’.
Yang ke-tiga, Fakta Al-Quran adalah lebih tepat sebab tidak berlaku kerosakkan yang besar kepada makhluk di bumi. Sekiranya berlaku kemusnahan yang besar (misalnya bumi hancur), maka ini bermakna sudah “betul-betul kiamat” dan bukannya lagi “hampir kiamat”. Di dalam hadith di atas menjelaskan selepas matahari naik dari barat maka segala amalan dan taubat tidak diterima lagi, dan dajal akan turun ke bumi (ini menunjukkan manusia maseh lagi hidup di bumi, dan berjalan seperti biasa).
Tambahan pula Al-Quran menyatakan (15:76) manusia akan melihat jalan-jalan tetap tegak, nampak seperti biasa tanpa sebarang kerosakan, dan maseh boleh dilalui.
Ke-empat, penjelasan Al-Quran lebih menyeluruh dan dari teori barat. Ahli sains telah mendapati bahawa terdapat ‘2’ jenis permukaan bulan iaitu permukaan yang cerah (yang sentiasa mengadap bumi), dan permukaan gelap (yang sentiasa membelakangi bumi). Ke dua-dua permukaan ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza yang amat ketara seperti warna, daya graviti, kandungan bahan-bahan, ketumpatan dan kemampatan, keradioaktifan, dan sebagainya. Oleh itu apabila bulan merekah ia akan merubah polar graviti, mengeluarkan tenaga elektromagnetik yang boleh menyebabkan daya graviti dan magnet bumi bertindak balas.
Kesimpulan
Al-Quran adalah kalam Allah dan kitab yang mengandungi pelbagai ilmu yang maha hebat dan menjelaskan segala-galanya. Fenomena matahari terbit dari barat dijelaskan Al-Quran dengan terperinci, jelas, dan saintifik. Penjelasan Al-Quran nampak lebih logik dan mudah difahami berbanding dengan teori-teori lain seperti dari Barat.

| | Read More »

Salman al-Farisi

Salman al-Farisi pada awal hidupnya adalah seorang bangsawan dari Persia yang menganut agama Majusi. Namun dia tidak merasa nyaman dengan agamanya. detail beritaPergolakan batin itulah yang mendorongnya untuk mencari agama yang dapat mententeramkan hatinya. Kisah Salman diceritakan langsung kepada seorang sahabat dan keluarga dekat Nabi Muhammad bernama Abdullah bin Abbas:
Salman dilahirkan dengan nama Persia, Rouzbeh, di kota Kazerun, Fars, Iran. Ayahnya adalah seorang Dihqan (kepala) desa. Dia adalah orang terkaya di sana dan memiliki rumah terbesar. Ayahnya menyayangi dia, melebihi siapa pun. Seiring waktu berlalu, cintanya kepada Salman semakin kuat dan membuatnya semakin takut kehilangan Salman. Ayahnya menjaga dia di rumah, dan terlalu mengawalnya seperti penjara. Ayah Salman memiliki sebuah kebun yang luas, yang menghasilkan pasokan hasil panen berlimpah. Suatu ketika ayahnya meminta dia mengerjakan sejumlah tugas di tanahnya. Tugas dari ayahnya itulah yang menjadi awal pencarian kebenaran.
"Ayahku memiliki areal tanah subur yang luas. Suatu hari, ketika dia sibuk dengan pekerjaannya, dia menyuruhku untuk pergi ke tanah itu dan memenuhi beberapa tugas yang dia inginkan. Dalam perjalanan ke tanah tersebut, saya melewati gereja Nasrani. Saya mendengarkan suara orang-orang shalat di dalamnya. Saya tidak mengetahui bagaimana orang-orang di luar hidup, karena ayahku membatasiku di dalam rumahnya! Maka ketika saya melewati orang-orang itu (di gereja) dan mendengarkan suara mereka, saya masuk ke dalam untuk melihat apa yang mereka lakukan."
"Ketika saya melihat mereka, saya menyukai salat mereka dan menjadi tertarik terhadapnya (yakni agama). Saya berkata (kepada diriku), 'Sungguh, agama ini lebih baik daripada agama kami'".
Salman memiliki pemikiran yang terbuka, bebas dari taklid buta.
"Saya tidak meninggalkan mereka sampai matahari terbenam. Saya tidak pergi ke tanah ayahku."
Dan ketika pulang, ayahnya bertanya. Salman pun menceritakan bertemu dengan orang-orang Nasrani dan mengaku tertarik. Ayahnya terkejut dan berkata: "Anakku, tidak ada kebaikan dalam agama itu. Agamamu dan agama nenek moyangmu lebih baik."
"Tidak, agama itu lebih baik dari milik kita," tegas Salman.
Ayah Salman pun bersedih dan takut Salman akan meninggalkan agamanya. Jadi dia mengunci Salman di rumah dan merantai kakinya. Salman tak kehabisan akan dan mengirimkan sebuah pesan kepada penganut Nasrani, meminta mereka mengabarkan jika ada kafilah pedagang yang pergi ke Suriah. Setelah informasi didapat, Salman pun membuka rantai dan kabur untuk bergabung dengan rombongan kafilah. Ketika tiba di Suriah, dia meminta dikenalkan dengan seorang pendeta di gereja. Dia berkata: "Saya ingin menjadi seorang Nasrani dan memberikan diri saya untuk melayani, belajar dari anda, dan salat dengan anda."
Pendeta menyetujui dan Salman pun masuk ke dalam gereja. Namun tak lama kemudian, Salman menemukan kenyataan bahwa sang pendeta adalah seorang yang korup. Dia memerintahkan para jemaah untuk bersedekah, namun ternyata hasil sedekah itu ditimbunnya untuk memperkaya diri sendiri. Ketika pendeta itu meninggal dunia dan umat Nasrani berkumpul untuk menguburkannya, Salman mengatakan bahwa pendeta itu korup dan menunjukkan bukti-bukti timbunan emas dan perak pada tujuh guci yang dikumpulkan dari sedekah para jemaah.
Setelah pendeta itu wafat, Salman pun pergi untuk mencari orang saleh lainnya, di Mosul, Nisibis, dan tempat lainnya.
Pendeta yang terakhir berkata kepadanya bahwa telah datang seorang nabi di tanah Arab, yang memiliki kejujuran, yang tidak memakan sedekah untuk dirinya sendiri. Salman pun pergi ke Arab mengikuti para pedagang dari Bani Kalb, dengan memberikan uang yang dimilikinya. Para pedagang itu setuju untuk membawa Salman. Namun ketika mereka tiba di Wadi al-Qura (tempat antara Suriah dan Madinah), para pedagang itu mengingkari janji dan menjadikan Salman seorang seorang hamba, lalu menjual dia kepada seorang Yahudi.
Dipendekkan cerita, akhirnya Salman dapat sampai ke Yatsrib (Madinah) dan bertemu dengan rombongan yang baru hijrah dari Makkah. Salman dibebaskan dengan uang tebusan yang dikumpulkan oleh Rasulullah SAW dan selanjutnya mendapat bimbingan langsung dari beliau. Betapa gembira hatinya, kenyataan yang diterimanya jauh melebihi apa yang dicita-citakannya, dari sekadar ingin bertemu dan berguru menjadi anugerah pengakuan sebagai muslimin di tengah-tengah kaum Muhajirin dan kaum Anshar yang disatukan sebagai saudara.
Kisah kepahlawanan Salman yang terkenal adalah karena idenya membuat parit dalam upaya melindungi kota Madinah dalam Perang Khandaq. Ketika itu Madinah akan diserang pasukan Quraisy yang mendapat dukungan dari suku-suku Arab lainnya yang berjumlah 10.000 personel. Pemimpin pasukan itu adalah Abu Sufyan. Ancaman juga datang dari dalam Madinah, di mana penganut Yahudi dari Bani Quradhzah akan mengacau dari dalam kota.
Rasulullah SAW pun meminta pendapat dari sahabat-sahabatnya bagaimana strategi menghadapi mereka. Setelah bermusyawarah akhirnya saran Salman Al Farisi atau yang biasa dipanggil Abu Abdillah diterima. Strategi Salman memang belum pernah dikenal oleh bangsa Arab pada waktu itu. Namun atas ketajaman pertimbangan Rasulullah SAW, saran tersebut diterima. Atas saran Salman itulah perang dengan jumlah pasukan yang tak seimbang dimenangkan kaum Muslimin. Setelah meninggalnya Nabi Muhammad, Salman dikirim untuk menjadi Gabenor di daerah kelahirannya, hingga dia wafat.
Apa yang dapat kita pelajari disini, bahawa Salman Al-Farisi adalah salah seorang rakan Rasulullah yang paling banyak ilmu dan pengetahuan agama kerana beliau pernah menjadi anak didik beberapa pendeta dan menganuti berbagai agama sebelum bertemu dengan Islam. Beliau seorang ahli pemikir yang suka mencari kebenaran. Diketahui bahawa kisah tentang Rasulullah dan Islam sememangnya telah lama diketahui oleh pendeta yang merupakan Ahli Kitab tetapi disembunyikan daripada pengetahuan pengikut-pengikut mereka kerana kekayaan dan ketamakan kepada dunia.
Kisah Rasulullah sememangnya telah dikhabarkan dalam kitab-kitab lama yang mana mereka ini tahu dengan tepat dan jelas akan kedatangan (kelahiran) Rasul yang terakhir iaitu Nabi Muhammad SAW. Dalam kitab-kitab mereka telah dijelaskan akan sifat-sifat fizikal, keperibadian dan akhlak Baginda. Mereka ini tahu bilakah tarikh dan detik kelahiran dan segalanya mengenai baginda.
Diolah dari: Wikipedia, The Search for The Truth -by a Man Known as Salman the Persian karangan Dr Saleh as-Saleh, dan sumber-sumber lainnya. (jri)

| | Read More »

Jumaat

https://encrypted-tbn3.google.com/images?q=tbn:ANd9GcR7htUPbxnfHc8ZXrREgmf5DWcXy1J-RG4LdAcaJMHh5vDb8QQW
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam, kerana dengan limpah kurniaannya kita dapat lagi bersama pada hari ini Hari Jumaat penghulu segala hari, hari yang penuh dengan keberkatan, hari dimana alam ini akan musnah dengan berlakunya kiamat. Bersamalah kita menyiapkan diri bermuhasabah menilai apa yang telah kita lakukan sepanjang minggu. Apakah perkara yang telah kita lakukan itu menambahkan keimanan kita atau pun mengurangkan keimanan kita kepadaNya.

Alhamdulillah syukur diucapkan kerana sekali lagi diberikan kesempatan untuk menunaikan Solat Jumaat. Yang mana Solat Jumaat mengandungi 2 khutbah dan 2 rakaat. 2 Khutbah diadakan bagi menggantikan 2 rakaat untuk kita sama-sama mengingatkan dan berpesan-pesan kearah kebaikan yang diredhai Allah swt. 

Tahniah kepada semua kerana berjaya melalui hari-hari selama seminggu semenjak Jumaat yang lepas. Semoga Jumaat ini akan menambahkan keyakinan dan ketaqwaan kita kepadanya. Tahniah juga diucapkan kepada pemerintah 3 negeri kerana masih mengekalkan Jumaat sebagai cuti minggu mereka. Agak-agak bilakah cuti minggu di Malaysia akan ditukarkan kepada hari Jumaat supaya tiada lagi alasan boleh diberikan kepada mereka yang liat untuk mengerjakan Solat Jumaat.

Kenapa saya membicarakan hal ini? Saya membicarakan hal atau perkara ini kerana ianya melibatkan Khusyu’ dalam melaksanakan solat Jumaat. Adakah kaitannya? Apakah kaitannya? Ya sememangnya ia mempunyai kaitan yang amat besar kepada ummat Islam.

Hari Jumaat merupakan penghulu segala hari dan sebagai seorang Islam kita seharusnya memuliakan hari Jumaat. Untuk menunaikan solat Jumaat dengan Khusyu’ kita mesti menunaikan solat Jumaat dalam keadaan yang tenang dan bukannya tergopoh gapah mengejar masa untuk meneruskan aktiviti harian yang lain.

Bayangkanlah apa akan berlaku, adakah kita mampu untuk fokus sewaktu menunaikan Solat Jumaat sekiranya kita dalam keadaan tergopoh gapah mengejar masa untuk meneruskan aktiviti harian yang lain.

Kebanyakkan kita berkerja makan gaji ataupun bekerja dengan majikan untuk menyara kehidupan diri, pasangan mahupun keluarga dan begitu kurang diantara kita yang berkerja sendiri yang memiliki perniagaan sendiri kalau adapun tidaklah ramai berbanding makan gaji.

Setiap kali menunaikan Solat Jumaat kita pasti akan terfikir macam-macam sekiranya Khatib membaca Khutbah yang panjang, Imam membaca surah yang panjang dan sebagainya yang mengambil masa yang lama dan semua tahu, ada diantara kita yang belumpun menikmati makanan tengahari mereka, mengambil dan menghantar anak kesekolah dan sebagainya. Bila masa yang panjang diambil untuk khutbah dan surah-2 yang panjang dibaca semakin kita hilang tumpuan, macam-macam persoalan berlegar dalam minda kita. Bagaimana pula dengan tanggungjawab untuk mencaji pekerja yang bertanggungjawab terhadap majikan.

| | Read More »

Blogger Popular - Bagaimana Menjadi Popular

Bagaimana untuk menjadi seorang blogger popular, apakah jenis blog yang mendapat hit/ kunjungan/ ikutan ramai pembaca atau pengunjung?
Antara blogger yang popular di Malaysia seperti Hanis Zalikha, Ben Ashaari, Fatin Liyana dan ramai lagi merupakan blogger yang popular di Malaysia. Rata-rata bila kita melihat blog-blog popular ataupun blogger-blogger yang popular di Malaysia adalah blog bersifatkan peribadi/ pengalaman dan perkongsian resepi serta tutorial. Blog-blog ini menjadi kegemaran para surfer yang suka blogwalking kerana mereka sukakan sesuatu yang boleh dijadikan panduan atau rujukan dalam melakukan sesuatu.
Jarang sekali kita lihat blog-blog yang bersifat ilmiah atau perkongsian ilmu kehidupan. Blog-blog ini kurang mendapat sambutan kerana ramai diantara surfer pada hari ini masih belum sedar akan kepentingan blog-blog yang mengajarkan sesuatu tentang kehidupan, falsafah kehidupan, perbincangan mengenai idealogi dan kepentingan dalam menentukan keputusan yang akan dibuat untuk kesinambungan masa hadapan.
Blog-blog mengenai kehidupan amat jarang dikunjungi oleh surfer kerana tahap kesedaran dikalangan surfer tentang kewujudan dan kepentingan blog-blog ini masih rendah. Blog-blog ini kebanyakan berkisar tentang kehidupan, nasihat, panduan, agama, nilai-nilai kehidupan, adab, kemasyarakatan, politik, ekonomi dan sebagainya asalkan ianya sebahagian daripada aspek kehidupan.
Semoga suatu masa nanti tahap kesedaran dikalangan surfer ini meningkat dan menjadi trend dalam kehidupan atau life of a blog walker. Mereka ini sedar bahawa setiap sesuatu yang berkaitan dengan diri mereka adalah kehidupan, dan dalam kehidupan ini bukannya lakonan. Setiap keputusan yang dibuat, diambil pada hari ini akan menentukan apakah yang akan berlaku pada hari esok, pada generasi akan datang dan juga hukuman dan balasan yang bakal diterima pada kehidupan yang akan datang.
Pada kehidupan ini (dunia) setiap apa yang kita lakukan, putuskan, ambil dan fikirkan merupakan permulaan kepada kehidupan akan datang.
Masih belum terlambat untuk kita melakukan perubahan untuk generasi akan datang, hari-hari yang mendatang dan kehidupan akan datang. Tidak ada istilah terlambat, sudah terlambat, terlewat ataupun tidak sempat, bermulalah sekarang untuk mengubah masa hadapan anda. Permulaan masa hadapan anda dimulakan oleh anda. Ketahuilah bahawa sekiranya anda tidak memulakan perubahan, anda akan kekal ditahap lama (statik). “Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan mereka menrubahnya sendiri.
Sekiranya hari ini sama seperti hari semalam, anda tergolong dalam kumpulan yang rugi, sekiranya hari ini lebih buruk dari hari semalam ada adalah termasuk kedalam golongan celaka. Hari ini mesti lebih baik dari hari semalam untuk menjadikan anda tergolong kedalam golongan mereka yang beruntung dan untuk menjadikan hari ini lebih baik dari hari semalam anda perlu berubah kepada yang lebih baik, perubahan tidak akan berlaku dengan sendirinya anda mesti berubah. Dan untuk berubah anda mesti memulakan langkah pertama dalam perubahan yang anda inginkan. Perubahan bermula dengan langkah pertama, usah gentar dengan pandangan, kritikan dan cemuhan orang lain terhadap apa yang kita lakukan kerana kerana perubahan kepada sesuatu yang lebih baik selalunya mendapat tentangan daripada mereka yang sukakan dan selesa dengan kehidupan yang ada.
Ramai pemimpin-pemimpin dunia yang unggul juga berubah, mereka tidak takut untuk berubah dan perubahan bukan lagi satu kemestian tetapi adalah satu perkara wajib bagi mereka untuk mencapai kejayaan dalam apa yang mereka impikan. Bacalah kisah dan coretan sejarah mengenai pemimpin-pemimpin dunia yang berjaya dan salah seorang daripada mereka ini adalah Nabi Muhammad SAW yang merupakan pemimpin terunggul didunia.
Ingatkah lagi kita terhadap perjuangan Rasulullah SAW sewaktu mula-mula menyebarkan Islam kepada sekalian alam. Seperti yang diketahui sebelum diangkat menjadi nabi dan rasul, Baginda merupakan seorang yang disegani oleh masyarakat Quraisy pada ketika itu, Baginda digelar sebgai Al-Amin kerana berjaya menyelesaikan pertelingkahan mengenai siapakah yang berhak meletakkan Hajar Aswad ditempat asalnya sewaktu Kaabah dibina semula akibat runtuh dalam banjir besar yang melanda pada ketika itu. Baginda aamat disegani dan dihormati oleh Arab Quraisy pada ketika itu.
Tetapi sewaktu kedatangan Islam dan sewaktu menyebarkan Islam baginda ditentang oleh Arab Quraisy yang merupakan bangsa/ kabilah Baginda sendiri, bukan kerana siapa Baginda tetapi perubahan yang dibawa oleh Baginda kerana menyebarkan agama Islam yang merupakan agama wahyu daripada Allah SWT. Mereka ini tidak sukakan perubahan yang berlaku dan selesa dengan keadaan dan kehidupan sedia ada. Tetapi Baginda tetap melakukan perubahan dalam masyarakat Quraisy pada ketika itu, walaupun Baginda diancam bunuh oleh Kaum Quraisy kerana menyebarkan Islam dan dituntut agar kembali kepada asal. Kerana keberanian untuk berubah itulah, yang menjadikan Baginda sebagai seorang yang paling unggul dalam dunia ini. Ini diakui oleh masyarakat moden pada hari ini.
Oleh itu, disimpulkan untuk berubah memang sukar dan akan mendapat tentangan. Berubah mesti dilakukan dan diteruskan untuk menjadikan anda seorang yang unggul, dikagumi, disegani dan diingati sepanjang zaman. Untuk berubah kita bukannya Dare To Fail (Berani Untuk Gagal) tetapi kita adalah Success To Fail (Berjaya Untuk Gagal)... mesti semua tertanya-tanya kenapa saya mengatakan perubahan sebagai berjaya untuk gagal kerana kita tidak tahu apakah yang bakal berlaku dengan perubahan yang kita ambil tetapi kita sebenarnya berjaya melakukan sesuatu yang tidak kita ketahui hasilnya.

| | Read More »

Adab Bertamu

Selama 22 tahun, Kerajaan Kelantan ditadbir Pas, hanya dua menteri yang tahu adab apabila ke Kelantan, Mohamed Nazri Aziz dan Abdul Aziz Shamsuddin.
Menteri besar, Datuk Nik Aziz terkilan kerana menteri-menteri dan timbalan menteri Kerajaan Pusat yang datang ke negeri itu tidak pernah mengunjungi pejabat beliau.
Sedangkan adab bertamu kenalah bertemu tuan rumah.
“Dia nak datang tu, datanglah, (Kelantan) tetapi kalau boleh datanglah ke pejabat menteri besar, sebab dia ada kerajaan dan ada ketuanya sendiri.
“Sejak saya menjadi menteri besar hampir 22 tahun ini, hanya ada dua orang menteri sahaja yang bersedia datang bertemu saya, baik dia iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Mohamed Nazri Aziz.
“Seorang lagi yang sempat bertemu saya bekas Menteri Pertanian, kalau tak silap saya bekas Menteri Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin, orang lain tak datang,” kata Tok Guru dipetik Harakah Daily.
Terkini kedatangan TPM Muhyiddin Yassin yang tak tahu adab dan awal Mei ini PM Najib Tun Razak akan ke Kelantan. Kita lihatlah Najib tahu adab atau tidak.
Sebenarnya mereka perlu ditazkirah tentang adab. Semasa sekolah dulu mereka tak sempat belajar!!






| | Read More »

Dikuasakan oleh Blogger.

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.