Bahtera Merdeka

CONTOHI RASULULLAH DALAM MELAYARI BAHTERA RUMAHTANGGA...
suami isteri adalah 2 insan yg berlainan karektor dan pemahaman..pepatah bijakn pandai pernah mengatakan di sebalik kejayaan seorang lelaki,ada insan yang bernama wanita di belakangnya.kemesraan adalah antara cara mengekalkan keharmonian rumahtangga dan rasulullah telah mencontohkan kemesaan tersebut dengan isteri-isteri baginda....
1).TIDUR DALAM SATU SELIMUT BERSAMA ISTERI
(dari atha' bin yasar)
"Sesungguhnya Rasulullah dan Aishah biasa mandi bersama dalam satu bejana.ketika bahginda sedang dalam satu selimut dgn Aishah,tiba2 Aishah bangkit.Baginda kemudian bertanya,"mengapa engkau bangkit?"jawab Aishah,"Kerana saya haid,wahai rasulullah."sabda rasulullah ,"kalau begitu,pergilah,lalu berkainlah dan dekatlah kembali padaku."Aku pun masuk,lalu berselimut bersama baginda." (hadis riwayat sa'id bin manshur)
2).MEMBERI WANGI-WANGIAN PADA AURAT
Aishah berkata,"sesungguhnya Nabi s.a.w apabila meminyaki badannya,bahginda akan memulai daripada auratnya menggunakan nurah(sejenis serbuk pewangi)dan isteri bahginda meminyaki bahgian lain tubuh Rasulullah s.a.w. (hadis riwayat Ibnu majah)
3).MEMBELAI ISTERI"Adalah Rasulullah s.a.w tidaklah setiap hari melainkan beliau mesti mengelilingi kami semua(isterinya)seorang demi seorang.baginda menghampiri dan membelai kami tetapi tidak bersama,sehinga baginda singgah ke tempat isteri yg menjadi giliran baginda,lalu baginda bermalam di tempatnya". (hadis riwayat Ahmad)
4).MANDI BERSAMA ISTERIDari Aishah r.a,beliau berkata,"Aku biasa mandi bersama Nabi s.a.w.mengunakan 1 bejana.Kami biasa bersama-sama memasukkan tangan kami(ke dalam bejana tersebut)." hadis riwayat abdurrazaq)
5).DISIKATKAN OLEH ISTERIDari Aishah r.a,beliau berkata,"Saya biasa menyikat rambut Rasulullah s.a.w,ketika itu saya haid." (hadis riwayat ahmad)
6).MEMINTA ISTERI MEMINYAKI BADANdari Aishah r.a,beliau berkata "saya meminyaki badan Rasulullah s.a.w pd raya 'aidil adha' setelah beliau melakukan jumrah aqabah." (hadis riwayat ibnu 'Asakir)
7).MINUM BERGANTIAN PADA TEMPAT YANG SAMAdrpd Aishah r.a,dia bekata "saya biasa minum dari cawan yg sama walaupun ketika haid.Nabi mengambil cawan tersebut dan meletakkan mulutnya di tempat saya meletakkan mulut,lalu baginda minum,kemudian saya mengambil cawan tersebut dan lalu menghirup isinya.kemudian baginda mengambilnya dari saya,lalu baginda meletakkan mulutnya pada tempat saya letakkan mulut saya,lalu baginda pun menghirupnya". (hadis riwayat abdurrazaq dan said mansur)
8).MENCIUM ISTERIdari Aishah r.a,bahawa Nabi s.a.w biasa mencium isterinya setelah mengambil wuduk,kemudian baginda bersembahyang dan tidak mengulangi wuduknya." (hadis riwayat abdurrazaq)
dari Hafshah,putri umar r.a,"sesungguhnya Rasulullah s.a.w biasa mencium isterinya sekalipun sedang berpuasa," (hadis riwayat ahmad).
9).BERBARING DI PANGKUAN ISTERIdari Aishah r.a,beliau berkata ."Nabi s.a.w biasa meletakkan kepalanya di pangkuanku walaupun aku sedang haid,kemudian beliau membaca Al-quraan." (hadis riwayat abdurrazaq)
10).MEMANGGIL DENGAN PANGGILAN MESRARasulullah s.a.w biasa memanggil Aishah dgn beberapa nama panggilan yg disukainya seperti Aish dan Humaira(pipi merah delima)
11).MENYEJUKKAN KEMARAHAN ISTERI DENGAN MESRANabi s.a.w biasa memicit hidung Aiahah jika dia marah dan baginda berkata,"wahai Tuhanku,Tuhan Muhammad,ampunilah dosa dosaku,hilangkanlah kekerasan hatiku dan lindungilah diriku dari fitnah yang menyesatkan." (hadis riwayat ibnu sunni)
12).MEMBERSIHKAN TITISAN DARAH HAID ISTERIdari Aishah r.a dia berkata,"Aku pernah tidur bersama rasulullah s.a.w di atas satu tikar ketika aku sedang haid,apabila darahku menitis di atas tikar itu,baginda mencucinya pada bahagian yg terkena titisan darah dan baginda tidak berpindah dari tempat itu,kemudian beliau sembahyang di tempat itu pula,lalu baginda bebaring kembali di sisiku.apabila darahku menitis lagi di atas tikar itu,baginda mencuci pada bahagian yg terkena titisan darah itu saja dan tidak berpindah dari tempat itu,kemudian baginda pun sembahyang di atas tikar itu.." (hadis riwayat nasai)
13).SEGERA MENEMUI ISTERI APABILA TERGODAdari jabir,sesungguhnya Nabi s.a.w pernah melihat wanita,lalu bahginda masuk ke tempat kediaman Zainab,untuk melepasakan keinginan baginda kepadanya,lalu keluar dan bersabda,"wanita kalau menghadap dalam rupa syaitan...apabila seseorang di antara kamu melihat wanita menarik,hendaklah ia mendatangi isterinya kerana pada diri isterinya ada hal yg sama dgn yg ada pada wanita itu..
(hadis riwayat tarmizi)
KEWAJIBAN SEORANG SUAMI
1).Pertama ialah membayar mahar dengan sempurna.
2).memberi nafkah zahir dan batin,rasulullah bersabda:
"takutlah kepada Allah dalam memperlakukan wanita,kerana kamu mengambil mereka dengan amanat Allah dan kamu halalkan kemaluan mereka dengan kalimat Allah dan kewajiban kamu adalah memberi nafkah dan pakaian kepada mereka dengan baik."
3).suami wajib memberi pelindungan kepada isterinya.bermaksud dia haruslah memberi tempat berlindung yg selesa mengikut kemampuan diri.
4).mempergauli isteri dengan baik.
Allah berfirman,"dan pergaulilah mereka dengan cara yang baik".(an-nisa:19)
Rasulullah s.a.w bersabda,"orang mukmin yg paling sempurna imannya adalah yg paling baik akhlaknya:dan sebaik-baik kalian adalah yg paling baik terhadap isterinya."Riwayat (tarmizai).
KEWAJIBAN SEORANG ISTERI
1).mentaati suami.namun dalam mentaati suami dan juga batasannya.batasan itu adalah seperti yg disabdakan Rasulullah s.a.w,."Tidak ada ketaatan terhadap makhluk yg melakukan maksiat kepada Allah dan melakukan apa yg dilarangnya".
2).seorang isteri harus menjaga kehormatan diri,suami,dan harta keluarga.(contoh:meminta keizinan suami ketika keluar dari rumah dan memberitahu arah dan tujuan anda keluar.jangan sesekali anggap perkara ini remeh kerana ia merupakan tanggungjawab seorang isteri).
3).mengatur dan menguruskan hal berkaitan rumah tangga seperti memasak untuk suami dan anak-anak kerana air tangan seorang isteri adalah pengubat segala kepenatan suami dan dapat mengelak dari suami keluar berpoya-poya diluar.
4).melahirkan dan mendidik anak-anak.dalam hadis yg diriwayatkan oleh Bukhari dan meslim.Rasulullah bersabda,"wanita adalah pengasuh dan pendidik di rumah dan bertanggungjawab atas asuhannya."
5).isteri harus berbuat baik dan melayani keluarga suaminya dengan penuh rasa kasih dan ikhlas.Tip ambil hati mentua dan ipar duai seperti memberi hadiah,memasak ketika sesekali pulang ke kampung,dan bercakap dengan sopan.

| | Read More »

Penyesalan Tidak Berkesudahan… mahukah anda?


“SAYA mahu berkongsi peristiwa yang masih mencengkam hidup walaupun ia sudah lama berlaku. Memang sukar untuk saya maafkan diri ini dan rasa bersalah sentiasa bermain difikiran apabila mengingatkan saat-saat itu. Saya dan suami adalah pasangan yang romantis malah menjadi perbualan rakan-rakan di pejabat. Walaupun sibuk dengan tugas harian, tanggungjawab melayan suami dan menguruskan anak-anak, saya lakukan dengan sempurna.

Suami memahami tannggungjawab di rumah dan sentiasa membantu menguruskan rumah tangga. Kami sering mengerjakan solat berjemaah dan saya gembira melihat hubungan dalamkeluarga saya.

Walaupun sesibuk mana tugas di pejabat, tanggungjawab melayan suami dan anak-anak tidak pernah diabaikan. Saya bersyukur suami memahami saya dan sentiasa bertolak ansur. Ini menjadikan saya semakin sayang kepadanya.

Memang dalam kehidupan, kita tak dapat melawan takdir dan ketentuan Ilahi. Sebagai manusia, kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan.

Hari itu, Isnin. Saya masih ingat, saya ke pejabat awal pagi kerana banyak urusan yang perlu diselesaikan selain temu janji dengan beberapa pelanggan yang perlu dibereskan.

Hari itu, saya pulang lewat ke rumah, biasanya jam 6 petang, saya sudah ada di rumah. Ketika saya sampai ke rumah, azan dari masjid berhampiran berkumandang. Saya lihat suami sudah bersiap-siap untuk pergi menunaikan solat Magrib. Begitu juga anak-anak saya sudah mandi dan riang bersama bapa mereka. saya lihat suami saya amat gembira petang itu.

Saya begitu terhibur melihat telatah mereka kerana suasana seperti itu jarang berlaku pada hari bekerja. Maklumlah masing-masing penat. Suami sedar saya amat penat hari itu. Oleh itu, dia meminta agar saya tidak memasak, sebaliknya mencadangkan makan di luar. Saya dengan senang hati bersetuju.

Selepas menunaikan solat Magrib, kami keluar ke sebuah restoren kira-kira lima kilometer dari rumah. Di restoren, kami sekeluarga berbual panjang, bergurau senda dan usik-mengusik, memang seronok bersama. Macam-macam yang dibualkan malah saya lihat suami begitu ceria melayan tiga anak kami yang berusia tujuh hingga 12 tahun.

Saya dapat rasakan kemesraan suami luar biasa, cara dia melayan dan ketawa memang bukan seperti hari biasa. Dalam hati terpancar rasa bangga kerana mampu membahagiakan suami tersayang. Saya melihat jam tangan.

“Sudah jam 12.30 tengah malam, bang. Dah lewat ni, ayuh kita pulang,” kata saya.
Suami tanpa banyak soal memanggil pelayan dan membayar bil makanan dan minuman. Kami tiba di rumah jan 12.50 tengah malam. Anak-anak yang keletihan terus masuk tidur.

Saya memang terlalu mengantuk apatah lagi selepas menikmati hidangan lazat di restoren. Mata pun seperti berat dibuka lagi. Ketika saya hampir melelapkan mata, suami membelai lembut rambut dan mencium pipi saya. Saya membuka mata dan hanya tersenyum.

Dalam hati, saya memang mahu melayan kehendak suami tetapi hati saya berkata, esoklah, mata terlalu mengantuk, esok masih ada. Saya memberitahu suami terlalu mengantuk dan tidak boleh melayan kehendaknya. Saya mencium suami dan mahu melelapkan mata.

Bagaimanapun, saya pelik kerana suami masih merangkul tubuh saya, seolah-olah terlalu berat untuk melepaskan. Saya membuka mata dan melihat wajah suami yang berseri-seri. Hairan saya kerana suami belum mengantuk, sedangkan dia juga keletihan.
Dia menarik saya lebih dekat dan membisikkan di telinga bahawa itu permintaan terakhirnya. Namun, dek terlalu letih dan tidak memikirkan perkara itu terlalu penting ketika itu, saya seolah-olah terus melelapkan mata tanpa sepatah bicara. Perlahan-lahan, suami melepaskan tangan yang merangkul saya.

Esoknya, perasaan saya agak tidak menentu. Seperti ada pekara yang tidak kena.Saya menelefon suami, tetapi tidak berjawab. Sehinggalah saya dapat panggilan yang tidak dijangka daripada pihak polis yang mengatakan suami saya terbabit dalam kemalangan dan meminta saya datang segera ke hospital.

Hati saya seperti mahu meletup ketika itu. Saya bergegas ke hospital tetapi segala-galanya sudah terlambat. Allah lebih menyayangi suami dan saya tidak sempat betemunya. Meskipun reda dengan pemergian suami tetapi perasaan terkilan dan bersalah tidak dapat dikikis daripada hati saya kerana tidak melayaninya pada malam terakhir hidupnya di dunia ini.
Hakikatnya itulah pahala terakhir saya sebagai seorang isteri. dan yang lebih saya takuti jika suami tidak reda terhadap saya pada malam itu, maka saya tidak berpeluang lagi untuk meminta maaf daripadanya.

Teringat Sabda Rasulullah s.a.w. yang saya baca dalam buku agama, ‘Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya, tiada seorang suami yang mengajak isteri tidur bersama di tempat tidur, tiba-tiba ditolak isterinya, maka malaikat yang di langit akan murka kepada isterinya itu hingga dimaafkan suaminya’.

Sehingga kini, setiap kali saya terkenangkan suami, air mata akan mengalir ke pipi. saya sentiasa memohon keampunan daripada Allah supaya diampunkan kesalahan saya.”
Sehingga kini, setiap kali saya terkenangkan suami, air mata akan mengalir ke pipi. saya sentiasa memohon keampunan daripada Allah supaya diampunkan kesalahan saya." Sesgguhnya solatku,ibdahku,idupku,mtiku hnyalah utk ALLAH Doakn aku jd UMAT yg taat, bkal ISTERI & UMI yg diredhai amin.
Nukilan..

Seorang Insan Yang Menyesal..

| | Read More »

Malam Pernikahanku…

Memang benar kata pujangga, Jangan biarkan nafsu beraja di hati,nanti hancurlah segalaya. Selepas menamatkan alam persekolahan, aku mula menjadi liar.
Aku mula berkawan dengan teman-teman yang sosial. Dengan memiliki wajah yang anggun, dengan mudah aku menjalinkan hubungan dengan beberapa orang kekasih dalam satu masa.
Aku terbuai dengan alam ciptaanku. Sehinggalah aku melangkaui batas-batas pergaulan seorang muslimah.
Aku membiarkan mereka yang durjana itu menikmati tubuhku.
Aku jatuh dari satu pangkuan lelaki ke pangkuan lelaki lain. Sehinggalah suatu hari aku mengenali seorang lelaki yang bernama Adam.
Aku benar-benar menyintai dia walaupun kutahu dia suami orang. Seperti lelaki lain, aku juga sanggup menyerahkan diriku padanya.
Hubungan kami berlanjutan beberapa bulan tanpa diketahui isterinya. Hasil hubungan terlarang itu, aku mengandung. Kukhabarkan berita ini padanya.
Tanpa kuduga,dia memintaku menggugurkan kandungan itu. Demi cintaku padanya, aku sanggup menggugurkan janin itu.
Setelah itu, aku begitu menderita. Sakit hasil pengguguran haram itu benar-benar menguji kesetiaanku padanya. Dia semakin menjauhkan diri. Puas aku menghubunginya, tapi akhirnya aku hampa.
Kemudian aku bertemu dengan Azlan. Setelah menceritakan apa yang terjadi padanya, rupa-rupanya dia sanggup mengahwiniku.
Katanya dia menyintaiku dan mahu membimbing aku ke jalan yang benar. Aku amat terharu. Seminggu aku ingin bernikah, Adam menghubungiku.
Dia ingin bertemu denganku. Katanya dia ingin meminta maaf dariku dan ingin menikahiku juga. Katanya lagi, dia sanggup tinggalkan isterinya. Aku menangis. Adakah aku perlu kembali padanya?
Akhirnya aku memutuskan untuk meneruskan perkahwinanku dengan Azlan.
Pada malam aku bernikah, tiba-tiba telefon berdering.
Rupanya itu panggilan dari Adam. Katanya dia ingin bertemu denganku sebentar. Untuk apa bertemu denganku lagi. Semuanya sudah berakhir.
Katanya dia ingin menikmati tubuhku buat kali terakhir. Aku terus mnghempaskan telefon itu. Jantan Sial. Aku menangis semahu-mahunya. Sejurus, ibu memanggilku. Katanya, aku perlu bersiap-siap kerana sebentar lagi aku akan dinikahkan. Aku memandang wajah Azlan. Terima kasih suamiku.

| | Read More »

Perempuan patut tahu…

macam mana awek2 gedik? sihat?
yang jejaka2 kacak tu aku rasa mesti sihat.
tadi saja usha website2 yang menarik and blogwalking sikit2.
so, jumpa macam2 soalan perempuan yang inginkan jawapan dari lelaki.
meh la sini aku rasa tertarik untuk memberi jawapan.
mungkin soalan2 kat bawah ni pun bermain dalam kepala korang kan?
S : lelaki susah nak bagi pujian.kenapa?
J : orang kata memuji tu tandanya menghargai sesuatu perkara tu. tapi kalau nak puji perempuan tu, pihak lelaki taknak tunjuk sangat.bukan tak hargai.tapi cara kami, menghargai dan memuji2 didalam hati.
S : kenapa lelaki mudah lupa awek bila busy?
J : well~lelaki sangat komited dalam melakukan sesuatu perkara tu. bukan lupa tapi lelaki tak suka campur adukkan sesuatu perkara tu dengan perkara yang lain. come on la. sepanjang masa nak ingat lama2 jemu pula kang.
S : kenapa lelaki suka perempuan freehair?
J : ni mesti gadis bertudung yang tanya ni.hahaha. urmm, sebab perempuan freehair ni tak nampak hipokrit (bagi sesetengah lelaki). macam aku pernah cakap dulu, kalau pakai tudung tapi perangai tak serupa penampilan tak guna juga. tapi ingat! sesetengah lelaki je yang berfikir macam tu. pakai tudung pun not bad ada. macam my Hana Tajima. tapi bila dah pakai tudung tu tolong la jaga tatatertib sikit ye.
S : kenapa lelaki suka menggatal?
J : ramai tanya soalan ni. aku tak gatal pun. hahaha. eh, perempuan kadang2 lagi gatal dari lelaki tau. cuma cara je lain. kalau lelaki gatal semua orang nampak dia menggatal. baru kenyit mata, baru peewit2 dah kata lelaki gatal. tapi macam mana kalau perempuan yang kena kacau dengan lelaki yang dikatakan gatal tu? kalau dia tak layan takpela. tapi kalau lelaki kacau dia menggedik, badan tiba2 meliuk2 macam sotong tak ke gatal juga namanya tu? atau ada juga situasi macam perempuan tu duduk dalam bilik then borak2 dengan roomate cerita pasal laki tu handsome la, lelaki tu macho la.
tak ke gatal namanya tu?cuma orang tak nampak je.
S : kenapa lelaki suka naik motor daripada kereta?
J : sebab lelaki ni pandai berjimat. macam perempuan dah sengkek pun tapi sebab nak jaga status punya pasal naik juga kereta. bila tengah2 bulan dah takde gaji mulalah merungut. tapi takpela perempuan selamat kalau naik motor. macam2 kes kang sekarang ni (lari soalan pula aku ni)hahaha
S : kenapa badan lelaki berbau busuk?
J : amboi~lelaki ni aktif, cepat berpeluh. sebab tu la berbau. itu tandanya sihat. tapi aku rasa badan aku tak la bau busuk bila time tak peluh. alaaaa. perempuan tu pun busuk sebenarnya. tapi sebab korang dah sembur sebotol perfume macam mana tak wangi kan.
banyak lagi sebenarnya soalan2 yang aku jumpa tapi kadang2 ada juga yang mengarut.
tapi tolonglaa. kadang2 soalan tu macam saja je nak salahkan pihak lelaki semata2.
rupanya kat mata perempuan ni banyak juga keburukan lelaki yang diorang lihat.
ishhh3. apa la korang ni.
macam bagus sangat!
korang kena ingat, lelaki makin kurang atas muka bumi ni.
nak taknak korang kena terima juga.
nanti kami jual mahal baru korang tahu.
hahaha.








| | Read More »

Doa Tolak Musibah

Suatu ketika putera sahabat Utsman bin Affan radhiyallahu ’anhu bernama Aban bin Ustman rahimahullah meriwayatkan sebuah hadits Nabi Muhammad shollallahu ’alaih wa sallam yang di dalamnya terdapat doa untuk memohon perlindungan Allah Ta’ala agar tidak tertimpa musibah yang datang secara mengejutkan. Doa tersebut berbunyi sebagai berikut:
بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ
فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
'BISMILLAAHIL LADZII LAA YADLURRU MA'AS MIHI SYAI'UN FIL ARDLI WALA FIS SAMAA'WAHUWAS SAMII'UL 'ALIIM' (dengan nama Allah, dengan nama-Nya tidak akan berbahaya sesuatu yang ada di bumi maupun yang ada di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui)
Nabi shollallahu ’alaih wa sallam menganjurkan agar doa tersebut dibaca sebanyak tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu sore. Barangsiapa membacanya dengan rajin seperti itu, Nabi shollallahu ’alaih wa sallam menjanjikan bahwa orang itu tidak akan terkena musibah yang datang secara tiba-tiba. Bacaan di waktu pagi akan melindunginya hingga sore tiba, sedangkan bacaan di waktu sore akan melindunginya hingga pagi tiba. Lengkap haditsnya berbunyi sebagai berikut:
عَنْ أَبَانَ بْنِ عُثْمَانَ عَنْ عُثْمَانَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ
مَنْ قَالَ بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ
وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لَمْ تَفْجَأْهُ
فَاجِئَةُ بَلَاءٍ حَتَّى اللَّيْلِ وَمَنْ قَالَهَا حِينَ يُمْسِي
لَمْ تَفْجَأْهُ فَاجِئَةُ بَلَاءٍ حَتَّى يُصْبِحَ إِنْ شَاءَ اللَّهُ
(AHMAD - 497) : Dari Aban Bin Utsman dari Utsman bahwa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Barangsiapa membaca 'BISMILLAAHIL LADZII LAA YADLURRU MA'AS MIHI SYAI'UN FIL ARDLI WALA FIS SAMAA'WAHUWAS SAMII'UL 'ALIIM' (dengan nama Allah, dengan nama-Nya tidak akan berbahaya sesuatu yang ada di bumi maupun yang ada di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui) sebanyak tiga kali, maka tidak akan ditimpa musibah mengejutkan hingga malam hari, dan barangsiapa membacanya di waktu sore maka tidak akan ditimpa musibah mengejutkan hingga pagi hari jika Allah menghendaki."
Tentunya tidak seorangpun ingin dirinya tertimpa musibah. Dan umumnya musibah datang secara tiba-tiba. Oleh karenanya doa ini menjadi sangat relevan dan penting bagi kehidupan kita. Maka sudah sepatutnya kita menjalankan nasihat mulia Nabi Muhammad shollallahu ’alaih wa sallam ini. Karena ia tidak saja kita butuhkan, tetapi dengan mengamalkannya berarti kita turut menegakkan salah satu sunnah Nabi shollallahu ’alaih wa sallam yang banyak ditinggalkan kaum muslimin dewasa ini.
Uniknya hadits ini dikuatkan oleh hadits lainnya yang menjelaskan bahwa suatu ketika Aban bin Ustman sendiri pernah terkena suatu musibah mendadak dalam perjalanan hidupnya. Sehingga ketika ia dikunjungi oleh muslim lainnya mereka terheran—heran mengapa ia sampai bisa mengalami musibah mendadak padahal ia pula yang meriwayatkan hadits tentang doa menolak musibah mendadak. Maka Aban bin Ustman dengan jujur mengakui bahwa pada hari itu ia terlupa membaca doa tersebut. Subhanallah.
أَبَانَ بْنَ عُثْمَانَ يَقُولُ سَمِعْتُ عُثْمَانَ يَعْنِي ابْنَ عَفَّانَ يَقُولُ
سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ قَالَ
بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ
وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لَمْ تُصِبْهُ
فَجْأَةُ بَلَاءٍ حَتَّى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حِينَ يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ
لَمْ تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حَتَّى يُمْسِيَ و قَالَ فَأَصَابَ أَبَانَ بْنَ عُثْمَانَ
الْفَالِجُ فَجَعَلَ الرَّجُلُ الَّذِي سَمِعَ مِنْهُ الْحَدِيثَ يَنْظُرُ إِلَيْهِ
فَقَالَ لَهُ مَا لَكَ تَنْظُرُ إِلَيَّ فَوَاللَّهِ مَا كَذَبْتُ عَلَى عُثْمَانَ
وَلَا كَذَبَ عُثْمَانُ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَلَكِنَّ
الْيَوْمَ الَّذِي أَصَابَنِي فِيهِ مَا أَصَابَنِي غَضِبْتُ فَنَسِيتُ أَنْ أَقُولَهَا
(ABUDAUD - 4425) : Aban bin Utsman berkata: Aku mendengar Utsman -maksudnya Utsman bin Affan- berkata, "Aku mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Barangsiapa mengucapkan: BISMILLAHILLADZI LAA YADLURRU MA'ASMIHI SYAI`UN FIL ARDLI WA LAA FIS SAMAA`I WA HUWAS SAMII'UL 'ALIIMU (dengan nama Allah yang tidak ada sesuatu pun di bumi dan di langit yang bisa memberikan bahaya. Dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui) sebanyak tiga kali, maka ia tidak akan tertimpa musibah yang datang dengan tiba-tiba hingga pagi hari. Dan barangsiapa membacanya pada pagi hari sebanyak tiga kali, maka ia tidak akan tertimpa musibah yang datang dengan tiba-tiba hingga sore hari." Perawi berkata, "Lalu Aban tertimpa penyakit lumpuh, hingga orang yang mendengar hadits darinya melihat kepadanya (Aban), maka Aban pun berkata, "Kenapa kamu melihat aku? Demi Allah, aku tidak berbohong atas nama Utsman, dan Utsman tidak berbohong atas nama Nabi shallallahu 'alaihi wasallam. Tetapi pada hari ketika aku tertimpa penyakit ini, aku sedang marah hingga aku lupa membacanya."

| | Read More »

13 Perkara yang perlu dijaga oleh wanita

1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.
(Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)
2. Kaki dan semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….
3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong.
(Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)
4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka. (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31)
5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani)
Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
7. Pakaian yang nipis (jarang) – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari)
8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)
9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram. (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)
10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32)
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi. (Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah)
11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.)
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar)
Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah)
12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti. (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah)
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang. Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya.
(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Riwayat Imran bin Hushain ra.:
Bahawa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)

| | Read More »

Adakah mereka sukakan anda?

Wanita sukar difahami. Itulah yang sering kita dengar dan baca. Sikapnya yang ego, malu-malu, malu tapi mahu membuatkan kita kurang yakin apakah dia benar-benar mahukan kita atau hanya sekadar bergurau sahaja. Hendak ditanya, pasti dia tidak akan mengaku begitu sahaja.
Namun, karekter wanita terhadap insan yang dia suka akan tampak berbeza. Cara layanan dia terhadap ibu bapa, kawan-kawan dan insan istimewa adalah berbeza sekali. Ingin tahu bagaimana cara dia melayan orang yang dia suka? Jom teruskan membaca artikel ini


Apabila anda berada dekat dengan dia, dia selalu bermain dengan rambutnya atau jika dia bertudung, dia akan membetul-betulkan tudungnya
Dia sentiasa memandang anda dan anda juga selalu bertentang mata dengan dia secara sengaja atau tidak. Kadangkala wanita memang suka melihat lelaki yang selalu melihatnya. Jadi, anda ambil masa beberapa hari untuk tidak melihatnya. Disamping itu, anda intai samada dia memandang anda atau tidak. Jika ya, dia pasti minat pada anda.
Apabila anda bertentang mata dengan dia, dia tiba – tiba memandang tempat lain tetapi riak mukanya seperti gementar atau malu – malu. Dia gementar kerana dia suka pada anda.
Dia selalu ketawa apabila anda menceritakan perkara lawak.
Dia selalu mengetapkan bibirnya ketika bersembang dengan anda.
Apabila ada orang cuba menjodohkan anda berdua, dia akan menentang habis–habisan. Dia sebenarnya suka pada anda tetapi dia malu. Jika dia tidak suka, dia akan relaks sahaja kerana dia tahu lambat laun, gosip tersebut akan hilang.
Dia cuba menunjukkan pada anda bahawa dia sangat bertanggungjawab dan boleh diharapkan.
Dia tanya pada anda sama ada anda sudah ada teman atau tidak.
Dia mula membawa anda dalam dunianya seperti mengenalkan anda pada kawan–kawannya dan dia mula mengajak anda keluar.
Dia sentiasa mendengar nasihat yang anda beri dan tidak malu untuk mengadu pada anda.
Tidak perlu berasa ragu-ragu. Sekiranya ada wanita yang menunjukkan sikap begini terhadap anda, dia sebenarnya meminati anda. Seberapa ramai? Anda sahaja yang tahu.

| | Read More »

Dikuasakan oleh Blogger.

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.