Islam Teach How to Make-UP


mudah dan simple!
tak perlu pergi mac ke, shishedo ke, za ke, sendayu tinggi ke, maybeline ke, kose ke, etude house ke, de wajah ke, apa ke... dan boleh mekap di mana2 sahaja, bila2 masa:)
Siapa kata kita perlu menghabiskan ribu-riban untuk menjadikan wajah malah keseluruhan tubuh begitu cantik… bukan setakat cantik pada pandangan mata kasar namun sehingga ke dalam diri.
Banyak masa dan wang ringgit dapat dijimatkan, dan hasil dari penjimatan berkenaan boleh disumbangkan sebagai sedekah dan beramal sebagai bekalan dunia akhirat.



| | Read More »

Sunnah dan Syiah

Raja Iran telah memanggil kesemua Ulama' Sunnah dan Syiah, bertujuan untuk mengetahui perbezaan diantara mereka.
Kesemua Ulama' Syiah menghadirkan diri, tetapi seorang Ulama' Sunnah tiba sedikit lewat bebanding Ulama' Sunnah yang lain2.
Ulama' Sunnah tersebut berjalan sambil mengepitkan kasutnya di celah lengannya.
Ulama' Syiah memandang kehairanan sambil berkata, "Kenapa kamu mengepitkan kasut kamu begitu?"
Ulama' Sunnah itu menjawab,"Saya terdengar bahawa semasa zaman Rasulullah s.a.w, Syiah gemar mencuri kasut!"
Ulama' Syiah menjawab, "Mana ada Syiah semasa zaman Rasulullah s.a.w."
Ulama' Sunnah seraya berkata,"Jadi perdebatan kita telah tamat. Kesimpulannya, dari mana datangnya agama kamu?"
-Sheikh Ahmed Deedat-

| | Read More »

CUEPACS Bincang Duit Raya Isnin

Tuntutan bonus Aidilfitri untuk 1.4 juta penjawat awam di negara ini adalah antara isu yang akan dibincang pada mesyuarat Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Isnin ini.
Presidennya Datuk Omar Osman berkata permintaan bonus itu akan dibincang dari pelbagai sudut termasuk jumlah bayaran.
Cuepacs juga akan membincangkan dasar baharu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang membenarkan pemegang ijazah sarjana muda memohon jawatan peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), katanya kepada Bernama, di sini hari ini.
Omar mengulangi pendirian Cuepacs yang tidak bersetuju dengan dasar itu kerana dianggap menutup peluang kerjaya untuk lepasan SPM, selain boleh membawa masalah kepada SPA pada masa depan.
"Selain itu, Cuepacs juga membantah dasar SPA yang membenarkan calon mengemukakan permohonan sehingga 15 jawatan pilihan berbanding lima sebelum ini," katanya.
Katanya keputusan Cuepacs berhubung kedua-dua dasar itu akan dikemukakan kepada Pengerusi SPA Tan Sri Mahmood Adam pada 19 Julai ini.
Selain itu, Omar berkata Cuepacs juga akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa di sini pada 16 Julai.
Selain beramah mesra, beliau berkata Cuepacs berharap Ali dapat memberikan pendapat dan komitmennya dalam memperjuangkan kebajikan penjawat awam.-bernama

| | Read More »

DAYUS

Pesanan khusus buat teman-temanku:
Lelaki – janganlah nakal-nakal, ingatkan Allah yg menjadikan kita dan bersyukurlah. Bagi mereka yg bergelar suami dan bapa, awaslah, jangan anda menjadi DAYUS kerana kedayusan itu bakal menafikan ruang untuk anda di syurga Allah… Nauzubillah. ..
Perempuan – janagnlah anda mengheret suami/bapa anda menjadi DAYUS akibat tingkah laku anda. Kasihanilah mereka. Jangan nafikan syurga Allah bagi mereka akibat perbuatan-perbuatan kita. Mahukah anda melihat suami/bapa anda merengkuk dalam neraka?? Nauzubillah.
Marilah kita sama-sama renungi nashkah berikut…
‘Ringan-ringan’ Sebelum Kahwin
Jika seorang bapa mengetahui ‘ringan-ringan’ anak dan membiarkannya, ia dayus. Ingin saya tegaskan, seorang wanita dan lelaki yang telah ‘ringan-ringan’ atau ‘terlanjur’ sebelum kahwin di ketika bercinta, tanpa taubat yang sangat serius, rumah tangga mereka pasti goyah. Kemungkinan besar apabila telah berumahtangga, si suami atau isteri ini akan terjebak juga dengan ‘ringan-ringan’ dengan orang lain pula.
Hanya dengan taubat nasuha dapat menghalangkan aktiviti mungkar itu dari melepasi alam rumah tangga mereka. Seterusnya, ia akan merebak pula kepada anak-anak mereka, ini kerana benih ‘ringan-ringan’ dan ‘terlanjur’ ini akan terus merebak kepada zuriat mereka. Awas..!!
Dalam hal ini, semua suami dan ayah perlu bertindak bagi mengelakkan diri mereka jatuh dalam dayus. Jagalah zuriat anda.
Suami juga patut sekali sekala menyemak handphone isteri, beg isteri dan lain -lain untuk memastikan tiada yang diragui. Mungkin ada isteri yang curang ini dapat menyembunyikan dosanya, tetapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan tertangkap jua. Saya tahu, pasti akan ada
wanita yang kata.
“Habis, kami ini tak payah check suami kami ke ustaz?”
Jawabnya, perlu juga, cuma topik saya sekarang ni sedang menceritakan tanggungjawab suami. Maka perlulah saya fokus kepada tugas suami dulu ya.
Cemburu seorang suami dan ayah adalah wajib bagi mereka demi menjaga maruah dan kehormatan isteri dan anak-anaknya.
Diriwayatkan bagaimana satu peristiwa di zaman Nabi
قَالَ سَعْدُ بْنُ عُبَادَةَ : لَوْ رَأَيْتُ رَجُلاً مَعَ امْرَأَتِي لَضَرَبْتُهُ بِالسّيْفِ غَيْرُ مُصْفِحٍ عَنْهُ ، فَبَلَغَ ذَلِكَ رَسُولَ اللّهِ صلى الله عليه على آله وسلم فَقَالَ : أَتَعْجَبُونَ مِنْ غَيْرَةِ سَعْدٍ ؟ فَوَ الله لأَنَا أَغْيَرُ مِنْهُ ، وَالله أَغْيَرُ مِنّي ، مِنْ أَجْلِ غَيْرَةِ الله حَرّمَ الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَن.
Ertinya : Berkata Ubadah bin Somit r.a : “Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku”, maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa’ad tadi, lalu nabi memberi respond : “Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa’ad ? , Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah Allah lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji yang ternyata dan tersembunyi.
( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )
Lihat betapa Allah dan RasulNya inginkan para suami dan ayah mempunyai sifat protective kepada ahli keluarga dari melakukan sebarang perkara keji dan mungkar, khasnya zina.

| | Read More »

Budu Makanan Kesihatan

Misteri yang baru terungkap. Khazanah yang belum dikenali ramai tapi sudah lama diamalkan di Kelate. Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika, Australia, New Zealand dan Jerman.
Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki Gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan “kuno”. Budu berpotensi untuk melawan
radikal bebas sehingga dapat menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, diabetes, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal.
Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab diare, penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi. Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna,diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diare kronis akibat kurang zat pada tubuh.
Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diare kronis ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat. Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya, kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron2 yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa.
2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B Kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K). Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 thiamin), vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin 12 (sianokobalamin).
Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin – yang mana Vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. Ianya perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.
Kadar Vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12
di dalam badan. Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup.
Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2,87 dan 8.05mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon. Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan
reaksi pembentukan radikal bebas.
Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel.
Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut. Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon (unsur antioksidan) iaitu daidzein,glisitein dan genistien.
Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi soflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.
Penelitian yang dilakukan di University North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan kanser payudara.  Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner
akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis.
Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein,serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium.
Satu ujikaji rambang yang dijalankan mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan. Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi,budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik.
Kandungan serat didalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari jumlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Reserach.
Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada tempe (Farmasi Anis: tempe atau budu?) lebih mudah untuk dicernakan. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan.
Budu umpama seteguk air multivitamin yang menyumbang kepada pelbagai keperluan untuk tubuh badan.









| | Read More »

Kakitangan Awam Dapat Duit Raya

Kerajaan telah bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran inimum  RM500 kepada kakitangan penjawat awam bulan ini. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan juga.
“Bonus dan bayaran khas raya ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini,” jelas Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.
menurutnya bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara kini.
Perdana Menteri juga berkata kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan sekaligus membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.- dipetik dari arkib pada 8 ogos 2011


Antara petikan dari akhbar pada tahun lepas. Adakah perkara yang sama akan berlakulagi pada tahun ini. Tunggu dan nantikan pengumuman daripada Perdana Menteri Kita. Apakah rasionalnya pemberian duit raya kepada kakitangan awam seluruh negara? Mungkin masih ramai yang terpingga-pingga memikirkannya. Untuk makluman semua, duit merupakan satu jenis aset yang cair. Untuk meningkatkan ekonomi negara kecairan tunai adalah perlu bagi menstabilkan ekonomi. Dengan pemberian duit raya.. maka ekonomi negara berkembang. Sekiranya berlaku aliran tunai yang banyak maka ekonomi akan berkembang.. itulah tafsirannya kepada mereka yang tidak tahu apa itu kaitannya dengan ekonomi atau tidak pernah belajar ekonomi…
Apa-apa pun, sempena Ramadhan yang mulia ini, doakan agar penjawat awam diberikan bonus bukan setakat sebulan gaji namun 2 bulan gaji sebagai satu komitmen keprihatinan kerajaan di ambang PRU13 ini. Apalah sangat 2 bulan gaji bonus kepada penjawat awam jika dibandingkan dengan perbelanjaan-perbelanjaan mengarut untuk tender no pendaftaran kenderaan, majlis keraian pertunangan anak, bunga api yang dibazirkan dan sebagainya yang langsung tidak masuk di akal.. (kecuali bagi mereka yang kurang akalnya). Adakah kita termsuk dalam golongan itu, tepuk dada tanya hati… timbangkan… renungkan… adakah apa yang telah dilakukan itu cukup bagi kesinambungan pemerintahan… yang ditafsirkan sebagai kuasa, harta dan sebagainya.
Adakah mampu bagi kita untuk memberikan alasa-alasan kepada yang Maha Esa, sewaktu kita mengadapnya kembali di suatu hari nanti. Mungkin pada hari ini kita dianugerahkan dengan pangkat Tun, Tan Sri, Dato Sri, Datuk, Dato’ dan sebagainya… percayalah suatu masa nanti akan tinggal cuma Al-Marhum,  Allahyarhan, Arwah, Mendiang sahaja. Adakah itu semua cukup bagi kita.
Sekiranya wang yang dibazirkan itu di sedekahkan banyak manfaatnya kepada yang lebih memerlukan. Bukan kita tidak tahu bahawa masih ramai dikalangan rakyat Malaysia ini hidu[p dalam kemiskinan walaupun berlagak dan bergaya. Jika tidak mana mungkin ceti-2 haram itu mampu berdiri dan hidup dengan gah menawarkan bermacam-macam janji pinjaman.
Tidak terfikirkah kita dengan pemberian duit raya kita telah mengurangkan penglibatan mereka dengan along semata-mata untuk melihat kegembiraan dan keriangan anak-anak menyambut aidilfitri bakal menjelma. Kadang-kadang ada diantara anak-anak ini tidak pernah berganti baju mereka melainkan dihari raya sahaja, sedangkan ada diantara kita yang menempah baju dari luar dengan designer diterbangkan khas ke kediaman sendiri.
Betulah kata orang tua, berbudi kepada tanah akan mendatangkan hasilnya. Usah kita ragui bahawa kuasa dan mandat kepemimpinan yang rakyat berikan itu bukan selamanya milik kita, kadang-kadang angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa boleh menjatuhkan kita yang melayan kenyamanan angin yang bertiup melekakan kita dan membuatkan kita terlupa bahawa yang jatuh tetap ketanah jua… dan yang mati kekubur jua. Angin sepoi-sepoi bahasa bisa merebahkan kita kerana kelalaian dan kealphaan kita, namun sekiranya angin itu umpama ribut taufan sudah tentunya kita berpaut mungkin ada yang memiliki basement sebagai tempat berlindung.
Apa yang tertulis disini bukan untuk dibaca, tetapi difahami.. kerana yang menulis bukan bercerita tetapi menasihati, mengingatkan supaya tidak terus leka dan alpa dengan nikmat dunia sementara.






| | Read More »

Dunia Akhir Zaman, Hukuman Bertentangan dengan Hukum ALLAH

"Kalau kau nak rogol akupun rogollah, aku tak kisah!!" gambar diatas ialah S. Kalaichelvi... mula-mula dirogol, kini dia dipenjara....Kalau korang seorang wanita dan rumah korang dicereboh, lalu muncul seorang lelaki mahu merogol korang, apa korang akan buat? Adakah korang akan mempertahankan diri atau membiarkan saja si-lelaki jahanam itu meratah diri korang sesuka hatinya? Kebanyakan wanita pasti akan melawan, biarpun nyawa menjadi taruhan tapi menyerah mahkota kesucian mereka tidak sekali!!
Dan di Ipoh semalam kes seorang isteri yang cuba dirogol oleh seorang lelaki yang tak dikenalinya berakhir dengan kisah menyayat hati apabila wanita yang menjadi mangsa rogol itu telah dihukum penjara kerana tindakannya melawan perogol tersebut telah menyebabkan kematian perogol berkenaan. Dan kerana perbuatan mempertahankan dirinya itu, Mahkamah Tinggi Ipoh semalam telah menjatuhkan hukuman penjara dua tahun ke atas S. Kalaichelvi, 24 tahun, seorang suri rumah selepas dia mengaku bersalah menyebabkan kematian seorang lelaki yang cuba memperkosanya pada tahun lepas.
Hakim Datuk Zainal Adzam Abid. Ghani memerintahkan S. Kalaichelvi menjalani hukuman tersebut selepas mengaku bersalah menyebabkan kematian M. Kumaran, 29, di dalam rumahnya di Taman Bistari, Ayer Tawar, Manjung di antara pukul 3 hingga 3.30 pagi pada 7 Januari 2010.
Mengikut fakta kes, perogol itu menceroboh rumahnya ketika suami wanita itu tiada di rumah. Wanita itu walaupun cuba dikasari oleh lelaki jahanam itu tapi dia dapat melarikan dirinya ke dapur dan sempat mencurahkan serbuk cili ke mata perogol itu. Dalam keadaan matanya yang pedih, perogol itu masih cuba untuk mendapatkan Kalaichelvi, tapi wanita tersebut dengan pantas mencapai sebatang besi dan memukul kepala lelaki yang cuba merogolnya. Pukulan itu menyebabkan si-perogol itu mati di dalam rumahnya.
Hakim Zainal Adzam dalam penghakiman bertulisnya berkata, Kalaichelvi sepatutnya dihukum lebih berat kerana melakukan pembunuhan kejam terhadap perogol tersebut.
Hakim kata Kalaichelvi telah melakukan "pembunuhan kejam", tapi pada pandangan korang perbuatan merogol orang itu tak kejamkah? Jika korang menjadi wanita itu, adakah korang akan menyerah diri kepada perogol itu tanpa melawan atau bertindak berani untuk mempertahankan diri seperti yang dilakukan oleh Kalaichelvi?
Jika Kalaichelvi hanya membiarkan dirinya diperkosa dan lepas itu pergi ke balai polis membuat laporan, dia pasti tak akan dihukum penjara dua tahun. Perogol itu mungkin akan dipenjara dan lepas keluar penjara dia akan mencari Kalaichelvi untuk merogolnya sekali lagi atau mungkin akan pergi mencari wanita lain, termasuk kakitangan Mahkamah untuk merogol mereka pula. Atau jika tak bernasib baik mungkin selepas merogolnya, perogol itu akan membunuh Kalaichelvi untuk menghapuskan bukti!!
Jika JR adalah wanita itu, JR juga akan bertindak sepertinya. JR lebih rela mempertaruhkan nyawa dari menggadai maruah!! JR sekali-sekali tak akan meminta belas kasihan perogol itu sambil berkata, "Kalau kau nak rogol akupun rogollah, aku tak kisah!!"
Apa komen anda?… Inilah yang berlaku apabila undang-undang sekular dilaksanakan.. sekiranya undang-undang yang dilaksanakan adalah mengikut undang-undang yang ditetapkan oleh Maha Pencipta, maka ini tidak akan berlaku. Sedarlah semua, kembalilah kejalan kebenaran. Hanya undang Allah sahaja yang adil kerana Dialah Penciptanya, Maha mengetahui apa yang tersembunyi dan setiap sesuatu itu tidakakan berlaku tanpa sebab dan akibatyang hanya Allah mengetahuinya.
Adakah kita masih mahu menolak undang-undang Allah, yang cuba dilaksanakan oleh kumpulan tertentu di Malaysia ini. Adakah undang-undang sedia ada mampu bisa berlaku adil kepada semua. Berubahlah, hanya mereka yang berani berubah dan melakukan sesuatu yang berlainan dari kebiasaan akan berjaya. Mereka yang masih kekal dan setia dengan cara kerja dan pemikiran lama akan ketinggalan dan terus mengikut apa sahaja yang dilakukan oleh mereka yang melakukannya dengan cara luar biasa.
Sudah tiba masanya, kerana mandat pemerintahan sedia ada akan berakhir tidak lama lagi. Tekadkan semangat untuk menyediakan dunia yang lebih adil dan setara untuk semua… keadilan untuk semua.

| | Read More »

Dikuasakan oleh Blogger.

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.