UMNO sebuah parti JUMUD

Kenapa saya melabelkan UMNO sebagai parti JUMUD.. Ikutilah rentetan penubuhan UMNO oleh Dato’ Onn Jaafar
Pada 1 hingga 4 Mac 1946, 41 persatuan Melayu menghadiri Kongres Melayu pertama yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman. Hasil daripada mesyuarat, sebuah badan yang mewakili orang Melayu menentang Malayan Union akan ditubuhkan. Kongres Melayu Ketiga kemudiannya diadakan di Istana Besar Johor Bahru pada bulan Mei, 1946. Kongres inilah yang melahirkan UMNO dengan Datuk Onn sebagai president yang pertama.
Pada 1 Oktober 1946, Dato' Onn Datuk Jaafar dilantik menjadi Menteri Besar Johor. Tiga tahun kemudian, Dato' Onn meletakkan jawatan Menteri Besar Johor dan menumpukan kepada UMNO. Di bawah kepimpinan Dato' Onn, UMNO telah berjaya memaksa kerajaan British membubarkan Malayan Union dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu. Persekutuan Tanah Melayu 1948 mengekalkan kedudukan Raja-raja Melayu, memperketatkan syarat-syarat kerakyatan dan memberi hak istimewa Melayu.
Dato' Onn bercadang untuk membuka keahlian UMNO kepada semua orang tanpa mengira kaum. Cadangan tersebut ditentangan. Oleh yang demikian, Dato' Onn meletakkan jawatan sebagai president UMNO apabila persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam diadakan pada 25 dan 26 Ogos 1951.
Natijahnya, Dato' Onn mempunyai pandangan yang berbeza dengan ahli-ahli UMNO yang lain. Beliau ingin membuka pintu UMNO kepada kaum-kaum lain menyertainya tetapi ahli-ahli UMNO menggangap tindakan ini sebagai satu ancaman. Walau bagaimanapun, Dato' Onn tetap merupakan seorang yang berani dan berusaha dengan bersungguh-sungguh demi negara dan bangsa.
Namun begitu, UMNO telah menggabungkan parti-parti yang dianggotai oleh kaum lain iaitu MCA dan MIC menjadi parti Perikatan pada tahun 1955. Tidakkah usaha isi adalah sama seperti yang dicadangkan oleh Dato’ Onn cuma caranya berbeza.
Sejak dari 1955 hingga sekarang, UMNO tidak pernah bertanding di atas tiket UMNO, UMNO hanya bertanding dan memenangi kerusi yang dipertandingkan melalui pakatan Barisan Nasional. Oleh itu mwmang wajar UMNO dilabelkan sebagai sebuah parti politik JUMUD… Tidak diperlukan dalam politik negara.

| | Read More »

Fast Food Restaurant

Fast Food Restaurant (Restoren Makanan Segera) - satu penjajahan dimensi baru. Ketika zaman kolonial, 3G adalah satu motto yang membawa kepada kedatangan kuasa asing ke Tanah Melayu (Gugusan Kepulauan Melayu). Gold, Gospel, Glory (Emas, Agama dan Kehebatan) menjadi faktor yang mendorong kepada usaha perluasan kuasa dari barat terutama dari Eropah untuk menjelajah dan seterusnya menjajah Tanah Melayu.

Tanah Melayu yang kaya dengan hasil buminya seperti rempah-ratus, bijih, petroleum dan tanahnya yang subur dan  sesuai untuk penanaman komoditi utama dagangan pada masa itu. Atas faktor inilah mendorong kuasa asing mengerah usaha untuk mendapatkan keuntungan. Oleh kerana kemajuan sosio peradaban yang dialami oleh mereka pada masa itu membolehkan mereka memperkotak-katikkan pentadbiran kesultanan melayu yang wujud pada masa itu.

Disamping untuk mendapatkan hasil bumi, mereka juga menyebarkan ajaran kristian kepada penduduk tempatan. Sambil menyelam sambil minum air. Oleh kerana itu juga membuatkan mereka hebat dimata pesaing mereka dari Eropah.

Malangnya sejarah yang telah dialami oleh Tanah Melayu tidak dijadikan iktibar oleh pemimpin yang ada pada masa ini, membuatkan mereka sekali lagi menjajah kita tanpa kita sedari. Tidak ingatkah lagi kita akan kesengsaraan yang dihadapi oleh nenek moyang kita era kolonial dahulu. Nenek moyang kita telah bertungkus-lumus berjuang membebaskan negara dari belengu penjajah.

Sudah lupakah kita, berapa banyakkah hasil bumi yang telah dibawa keluar dari Tanah Melayu pada waktu itu. Sanggupkah kita melihat dan mengalaminya kembali. Tentunya kita tidak sanggup untuk mengalaminya kembali.

Tetapi tanpa kita sedari, kita merelakannya berlaku kembali. Kita menyokongnya, kita yang membuka peluang itu kepada mereka sepertimana yang berlaku kepada nenek moyang kita dahulu. Bezanya nenek moyang kita dahulu mengalaminya kerana kejahilan mereka ditipu oleh mereka yang berkuasa yang mempunyai niat tersembunyi disebalik apa yang mereka rancangkan. Usaha mereka untuk menipu masyarakat dan rakyat demi mendapatkan apa yang mereka impikan dan kerana perbalahan dan sengketa sesama sendiri berebutkan kuasa, telah mendorong kedatangan penjajah ke Tanah Melayu. Penjajah bagaikan sudah mengantuk disorongkan bantal mengambil segala kesempatan yang ada. Disebalik itu tanpa disedari oleh mereka yang tamakkan kuasa untuk menipu telah ditipu oleh bangsa penjajah.

Kembali kepada hari ini, zaman ini.. Ingin dinyatakan dan ditegaskan bahawa anda semua bodoh.. Tentunya anda semua marahkan saya.. tetapi itulah hakikatnya yang berlaku. Kita bukannya bodoh; sekiranya kita bodoh kita tidak akan mampu mendirikan pusat pentadbiran kerajaan yang gah. Masih lagi berada dalam zaman penjajahan. Kita mampu mentadbir urus satu sistem perladangan yang berjaya yang diakui oleh dunia melalui FELDA. Korporat mencemburui pentadbiran FELDA.. Tentulah kita tidak bodoh.. Tapi kita alpha.. Kita Lalai.. dan kita sentiasa mengambil mudah atau “take it for granted”.

Kita alpha.. Kita Lalai.. dan kita sentiasa mengambil mudah atau “take it for granted”. Kita tidak pernah belajar dari kesilapan, kita tidak pernah cuba memperbaiki kesilapan masa lalu yang dilakukan oleh mereka yang terdahulu, kita melakukan kesilapan yang sama sepertimana yang pernah dilakukan oleh mereka yang terdahulu.. akhirnya kita gagal, kita gagal mempertahankan maruah bangsa, agama dan negara. Kita gagal mempertahankan ekonomi malahan kita yang menghancurkannya.

Berbalik kepada tajuk kita, mari kita fikirkan dan rumuskan.. Tidakkah kita sedar akan semua yang dilakukan oleh restoren makanan segera itu terhadap kita adalah satu bentuk penjajahan ekonomi yang baru (GOLD) cuma caranya berbeza.. tetapi matlamatnya sama…

| | Read More »

Al-Quran

Al-Quran, Kitab suci yang diturunkan sebagai panduan untuk ummat Islam seluruh alam. Al-Quran adalah satu panduan, petunjuk dan pedoman. Didalm Al-Quran dinyatakan pelbagai ilmu tentang kehidupan duniawi dan ukhrawi bagi mereka yang ingin memahami dan mengkajinya. Dewasan ini, Al-Quran cuma dijadikan perhiasan; dibeli dan disusun teratur di rak-rak masjid, surau-surau dan rumah-rumah. Tersusun rapi disebalik lapisan kaca lusinar.

Berapa ramaikah yang membaca Al-Quran pada hari ini. Itupun sekadar untuk khatam sahaja bukannya memahami isi kandungannya. Didalam Al-Quran terdapat petunjuk tentang ilmu sains, kesihatan dan sebagainya. Al-Quran merupakan kitab suci yang perlu difahami, dihayati dan dikaji dengan logik akal. Dengan itu kita akan menemui petunjuk yang terdapat didalamnya.

Sebagai contoh… Kita ambil surah Ya-Siin (Surah 36).. Ayat 2; Demi Al-Quran yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh, fahamilah terjemahan ayat berkenaan… Setiap apa yang dinyatakan di dalam kitab ini adalah benar dan setiap ayat-ayatnya tidak akan bertentangan dengan ayat-ayat yang lain dan saling membenarkan. Didalamnya dinyatakan kelebihan-kelebihan dan diajarkan ilmu-ilmu tentang kehidupan… manakala pada ayat 68; Dan (hendaklah diingat bahawa) sesiapa yang Kami panjangkan umurnya, Kami balikkan kembali kejadiannya (kepada keadaan serba lemah; hakikat ini memang jelas) maka mengapa mereka tidak mahu memikirkannya? Jelas disini dinyatakan bahawan sekiranya seseorang itu panjang usianya akan kembali kepada keadaan asal kejadiannya iaitu sepertimana seorang bayi yang baru lahir kedunia.

Oleh itu sekiranya ingin berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat, jadikanlah Al-Quran sebagai panduan dan pedoman hidup… Banyak yang diperolehi dengan mengkajinya..

| | Read More »

Anda Islamkah? Islamkah Anda?

Mafkan aku kiranya apa yang ingin aku coretkan ini membuatkan anda marah, geram, benci, meluat ataupun fikirkan ingat bagus sangatlah tu dan sebagainya… Apa yang aku coretkan ini bukannya rekaan ataupun fiksyen tetapi inilah realiti dalam kehidupan ini. Kehidupan manusia lebih-lebih lagi ummat di akhir zaman.

Apa yang aku coretkan ini, apa yang berlaku sebenarnya berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini.. mungkin anda sendiri pernah mengalaminya, menghadapinya ataupun berlaku kepada diri anda sendiri. Mungkin telah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku. Sesungguhnya ummat akhir zaman ini begitu lemah dengan godaan…

Islamkah kita? Adakah kita ini Islam sekiranya apa yang kita lakukan dan kerjakan pada hari ini bukannya apa yang sepatutnya dilakukan oleh seorang ummat islam…

Islamkah kita? sekiranya pemakaian kita pada hari ini mendedahkan aurat… Kita sekadar menutup tubuh daripada pandangan mata sedangkan syariat menyuruh kita menutup aurat. Bezakah tubuh dan aurat… Ya memang berbeza dan amat besar perbezaannya… Tubuh adalah apa yang dizahirkan pandangan, yang boleh dilihat, nampak.. Tetapi aurat adalah sesuatu yang tersirat yang perlu difahami dengan persoalan-persoalan biasa.

Islamkah kita? sekiranya kita lebih rela menghadiri perlawanan bola, konsert, pertunjukan dan lain-lain aktiviti kesihatan dan hiburan yang mana kita merasakan terpaksa dan dipaksa untuk menjejakkan kaki ke rumah-rumah Allah yang bertaburan di atas muka bumi ini dan menghadiri majlis-majlis ilmu Allah.

Islamkah kita? sekiranya kita lebih suka mendampingi artis-artis dan bintang-bintang popular, mengikuti segala cara pemakaian dan aktiviti mereka. lebih mengatahui perkembangan mereka dari mendampingi alim-ulama dan para cendikiawan yang menyampaikan ilmu-ilmu Allah.

Islamkah kita? sekiranya kita mengkaji sesuatu ciptaan Allah sedangkan kita tidak mengambil iktibar dari CiptaanNya.

Islamkah kita? sekiranya kita lebih mempercayai kajian saintifik oleh para ilmuan barat dari mengkaji sumber ilmu itu sendiri sedangkan sumber ilmu itu dari Allah.

Islamkah kita? sekiranya kita menuntut ilmu adalah demi kemewahan hidup, pangkat darjat dan harta serta bermegah denagan ilmu yang Allah berikan kepada kita. Yang sepatutnya dijadikat manfaat untuk kemajuan manusia melalui kita yang memahaminya.

Dia tidak pernah meminta dari kita bahkan Dialah yang memberikan rezeki kepada kita, kenapa perlu kita takut untuk mengeluarkan sebahagian daripada apa yang kita perolehi itu sebagai zakat untuk dibahagikan kepada mereka yang berhak. Sebahagian daripada apa yang kita miliki, perolehi adalah milik individu lain, cuma diberikan oleh Allah melalui kita.

Islamkah kita? sekiranya kita memiliki perkataan ISLAM dalam kad pengenalan kita sedangkan kita tidak mengamalkan cara hidup sebagaimana yang disyariatkan oleh Islam. Islam itu adalah cara hidup yang sempurna mengikut fitrah kejadian manusia sebagaimana yang dikehendaki oleh yang Maha Esa, yang menciptakan kita menghidupkan kita, mematikan kita.

Untuk menjadi seorang Islam tidak cukup dengan hanya menunaikan rukun Islam yang lima iaitu, mengucap 2 kalimah syahadah, mendirikan solat 5 waktu, berpuasa dibulan Ramadhan, menunaikan zakat dan mengerjakan Ibadah Haji bagi yang berkemampuan. Islam adalh lebih daripada itu. Islam itu perlu difahami dengan persoalan untuk menyempurnakan kehidupan kita sebagai hambaNya. Hamba yang Maha Esa.

Apa? Bila? Siapa? Dimana? Kenapa? Bagaimana? Berapa? Mengapa?. Tanyakan diri kita dengan soalan-soalan demikian, maka kita akan dapat menjawabnya apakah pengertian aurat itu. Selami dengan akal berpandukan hadis, sunnah dan al-quran. Semoaga kehidupan kita akan bertambah baik dan dipermudahkan segala urusan kita…

| | Read More »

Melakar Sejarah

Aku bukan pemimpin, bukan cendikiawan, bukan berkuasa, bukan berharta, bukan dermawan, bukan budiman. Aku adalah aku, insan yang lemah lagi hina di sisinya. Aku tidak punya apa, tanpa apa-apa yang ingin aku banggakan.
Namunpun begitu setiap hari aku melakar sejarah, mencipta sejarah cuma bukannya sejara yang dipelajari, diajarkan disekolah-sekolah dan juga dalam mana-mana buku sejarah yang ada dan pernah ada.
Ya.. setiap dari kita berupaya dan berhak untuk melakar sejarah dan mencipta sejarah. Kita juga mempunyai sejarah sendiri.. sejarah silam yang mungkin diketahui dan tidak diketahui. Ada yang menganggapnya sebagai satu pelajaran dan ilmu, ada yang hanya membiarkan ia berlalu, dan ada juga yang menjadikan ia sebuah tragedi dan rahsia yang perlu dilupakan.
Tahukah anda sejarah memang berulang kerana kehidupan ini ibarat roda cuma pelakonnya sahaja yang bersilih ganti, yang lama akan pergi tinggalah kita untuk meneruskan kehidupan yang hakiki. Kita tidak dapat menghalang apa yang akan terjadi, kita tidak mungkin mengubah apa yang telah terjadi. Terpulang kepada diri dan kemahuan hati untuk mengolah setiap sejarah yang telah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku dari sudut mana yang ingin kita lihat. Sekiranya kita melihat setiap apa yang berlaku dari sudut yang satu, banyak yang tidak kita ketahui. Pandanglah, lihatlah dan fikirkanlah menggunakan ilmu. Setiap yang berlaku merupakan rentetan kepada apa yang akan berlaku. Sekiranya kita mampu dan berdaya untuk melaluinya laluinya mengikut kehendak fitrah merujuk kepada kejadian kita, maka kita akan terlepas dari segala sengsara.
Anggap sebagai setiap yang berlaku itu anugerah dari yang Maha Kuasa, Maha Esa untuk mengajar manusia cuma kita lebih bertuah kerana dapat melaluinya sendiri…

| | Read More »

Kembar Ghaib.

Setiap manusia dilahirkan secara kembar, tidak kiralah sememangnya kembar ataupun tidak. Kita sememangnya kembar, Untuk mengetahui selanjutnya sila baca seterusnya:

Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping atau kembar kepada setiap insan yang dilahirkan (manusia). Dia dikatakan sebagai “syaitan” kepada manusia itu. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarin nya sendiri. Rasulullah s.a.w. tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lain-lainnya adalah kafir.

Pada umumnya qarin kafir ini mendorong “dampingan”nya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan ibadah seperti solat, membaca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang manusia dampingannya melakukan ibadah dan kebaikan.

Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat (Maha Adil Allah). Malaikat ini akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan.

Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya.

Caranya ialah dengan membaca “Bismillahir Rahmanir Rahim” (basmalah) sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran, melakukan kebaikan dan taat melaksanakan perintah Allah. Secara tidak langsung manusia itu akan meninggalkan nafsu syahwat dan sifat-sifat tercela. Membersihkan dirinya bersesuaian dengan martabat malaikat tersebut.

Pernah satu ketika dulu para ‘ustaz” pendakwah menceritakan bahawa apabila kita makan berserta Bismillah, syaitan akan kelaparan dan kurus tetapi jika sebaliknya ia semakin gemuk. Pada awalnya memang mengelirukan dan sukar difahami bagaimana syaitan itu boleh kurus kerana bukan kita seorang sahaja manusia di muka bumi ini. Bukan semuanya baca basmalah bila hendak makan dan minum. Setelah dibangkitkan soal qarin ini baharulah kita faham kedudukan sebenarnya. Syaitan yang dimaksudkan ialah jin qarin ini (sifatnya berlawanan dengan sifat malaikat – sebab itu disebut syaitan) dan ia khusus untuk setiap individu.

Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas’ud r.a. maksudnya: “Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: “Engkau juga ya Rasulullah.” Sabdanya: “Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja.” (Riwayat Ahmad dan Muslim)

Kewujudan qarin ialah untuk menggoda manusia, menampakkan hal-hal yang buruk dan hal-hal yang jahat-jahat seolah-olah baik pada anggapan manusia, lalu akhirnya manusia terpengaruh atau terpesong.

Dalam surah al-An’am: 112 terdapat firman Allah: “Dan demikianlah kami jadikan bagi setiap nabi itu musuh dari jenis manusia dan jin, sebahagian daripada mereka membisikkan kepada yang lain perkataan yang indah-indah untuk menipu”.

Ath-Thabarani mengisahkan riwayat dari Syuraik bin Thariq. Ia berkata, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda, yang ertinya: “Tidak ada seseorang di antara kalian melainkan ada baginya seorang syaitan.” Mereka bertanya, “Juga bagimu, ya Rasulullah?” “Ya, juga bagiku, tetapi Allah melindungiku sehingga aku selamat .”(HR. Ibnu Hibban)

Jin ini, menurut para alim ulama’, bukanlah dari kalangan jin yang biasa. Jin ini tugasnya hanya untuk menyesatkan ‘tuan’nya, yang didampingi dari awal kelahiran hingga kematian manusia tersebut. Ada juga qaul yang menyatakan bahawa jin ini dilahirkan bersama-sama kita, akan tetapi ianya tidak mati apabila kita meninggal dunia kerana hayat mereka dipanjangkan Allah, dan mereka hanya dimatikan menjelang hari Qiamat.

Ketika manusia mati sama ada dalam keadaan beriman kepada Allah atau mati dalam keadaan murtad, syirik atau kufur hasil daripada tipu helah iblis dan syaitan yang sentiasa berada di samping manusia, menemani manusia ke mana dia pergi, ataupun mati dalam Islam tetapi bergelumang dalam maksiat.

Qarin akan berpisah dengan “kembar”nya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili.

Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.

Oleh itu, ingin saya berpesan kepada semua yang sudi singgah dan membaca coretan ini agar berusaha untuk mengawal Qarin ini. Kerana itulah apabila seorang bayi menangis kita digalakkan untuk melaungkan azan. Ini adalah kerana, bagi seorang bayi tidak ada hijab bagi mereka, manakala kita sebagai seorang manusia dewasa ada hijab diantara kita dengan alam lain. Sehinggalah kita meningkat ke usia tua (nyayuk) kita akan dapat melihat kembali apa yang berada di luar alam manusia. Kerana itulah kita sentiasa mendengar seorang yang sudah berusia (nyanyuk) sering memanggil individu yang telah lama meninggal dunia. Bukannya mereka nyanyuk tetapi mereka telah dibukakan kembali hijab dan berupaya untuk melihat kembar kepada individu yang telah meninggal dunia. Dan ada juga yang mengatakan bahawa apabila ajal kita semakin hampir, kita akan dibukakan hijab untuk melihat Qarin yang dimaksudkan….

| | Read More »

Mahar dan Hantaran

Bila tiba je hujung tahun aka musim cuti sekolah, undangan majlis perkahwinan semakin banyak sehinggakan perancangan yang terapi perlu untuk mengelakkan termiss. Bukannya pa sampai 10 majlis perkahwinan yang perlu dihadiri dalam satu hari. Kalau dihitung satu rumah RM10… 10 buah rumah, agak2 terbang RM100. Itu tidak menjadi masalah dalam kehidupan bermasyarakat. Bukannya wang ringgit yang menjadi masalah.
Tapi kebelakangan ini, mas kahwin @ mahar dan wang hantaran begitu tinggi. Mana pihak lelaki nak cari duit yang banyak tu.. Depa tu bukannya born rich ataupun kerja yang hebat dengan pendapatan ribu-riban, sama macam kita juga dalam lingkungan sederhana rendah.
Jadi untuk mengatasi masalah kewangan tentulah finance dicari. Dan tentunya bank akan menjadi tempat mereka untuk mengadu nasib (nak pinjam duit ler tue). Setelah majlis berlangsung dengan agak grand ala gitu… masalah lain pula yang timbul… Nak bayar hutang ler jawabnya…
Bab nak bayar balik nie memang satu masalah besar, tak bayar nanti black list dan susahkan urusan diri sendiri. Nak dibayar, nak makan pun kadang-kadang termiss. Akhirnya masalah ini berlanjutan dan berterusan. Daripada masalah kewangan yang dihadapi ini akan mengundang kepada keruntuha rumahtangga. Itulah sebabnya mengikut statistik kebanyakan pasangan yang bercerai adalah pasangan yang berusia kurang dari 10 tahun. Ini berlaku kerana masalah kewangan yang dihadapi.
Untuk itu, saya ingin berpesan kepada ibu-bapa yang memiliki anak gadis/ dara tue, janganlah letakkan hantaran tinggi-tinggi semakin tinggi hantarannya semakin cepat nanti anak kita tue bertukar statusnya. Cuma sekadar mengingatkan, nak menghalang tak boleh. Tepuk dada tanya iman…

| | Read More »

Dikuasakan oleh Blogger.

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.