Anak Terlibat Gejala Sosial

at Selasa, 5 Februari 2013 [ 12:16 PG ]

Salam sejahtera kepada semua. kali ini entry untuk ibu-bapa yang sangat merungsingkan kepala mereka kerana anak-anak agak kureng dengar cakap. bukan apa, ade orang cakap.
"abah! dunia dah moden, zaman dah maju. ape barang lepak umah...booosaaaaannlaa!!! "
mungkin itu yang keluar dari bibit-bibit mulut mereka. tapi usah risau. di bawah saya sertakan sedikit tips kowt mungkin berguna untuk anda semua...
bacalah.... jangam segan-segan...hehe gurau

JEMPUT MEREKA KE RUMAH
JANGAN terlalu rungsing dengan gelagat rakan-rakan anak anda. Sesekali jemput mereka ke rumah agar anda berkesempatan mengenali mereka lebih dekat. Ketika itulah anda memerhatikan serta mendekati perlakuan rakan-rakan anak anda itu. Cari kesempatan yang sesuai untuk memberikan nasihat secara tidak langsung. Jangan sekali-kali membuat mereka bosan. Teguran harus dilakukan secara bersahaja.

ELAK MEMBUAT TANGGAPAN NEGATIF
RAIKAN kedatangan rakan-rakan anak anda itu dengan sempurna. Sekiranya perwatakan atau cara pakaian mereka tidak anda gemari, elak meluahkan rasa itu secara terang-terang. Cukuplah sekadar menyatakan anda suka yang cantik-cantik dan cukup mengambil berat perihal anak anda. Tidak perlu segan menyatakan mana yang baik dan tidak. Tetapi awas, jangan sesekali menonjolkan kebaikan anak anda sahaja.

BATASAN YANG ANDA TETAPKAN
ANDA tentu kerap berdepan dengan anak-anak yang menjawab jika ditegur. Ini harus dianggap sebagai perkara biasa. Biarkan mereka meluahkan rasa, tetapi anda tidak harus berhenti menegur, bukan dalam bentuk leteran. Dalam masa yang sama budaya menghormati pandangan yang tua perlu disemai. Tekankan betapa mereka perlu mematuhi batas-batas pergaulan yang ditetapkan.

PERCAYAKAN DIRI SENDIRI
ADALAH biasa anak-anak yang meningkat remaja kurang berkeyakinan dengan perasaan dam pertimbangan sendiri. Mereka selalu merasa rendah diri atau malu dengan rakan sebaya. Contohnya, seseorang kerap merasa malu jika dia kurang dalam banyak hal berbanding rakannya. Oleh itu mereka perlu dididik supaya percaya pada diri sendiri dan sedar tentang siapa diri mereka sebenarnya. Jangan lokek memberi pujian setiap kali anak-ana anda dapat membuat pertimbangan yang betul.

KENAL PASTI KEGEMARAN ANAK
KADANGKALA remaja buntu memikirkan apakah yang perlu mereka lakukan. Justeru ramai antara mereka silap memilih kegiatan. Sedangkan setiap orang mempunyai potensi diri serta kebolehan tertentu. Kenal pastilah kegemaran anak anda. Jika dia berminat bola sepak, berikan galakan. Jangan sekali-kali dihalang minat mereka dan jauhkan sifat memperkecilkan minat mereka itu. Ada remaja lemah akademik tetapi minat aspek kemahiran seperti jurusn elektrik, elektronik atau mekanikal. Ibu bapa perlu memberi dorongan ke arah itu dan janganlah merendah-rendahkan kebolehan atau kenahiran yang mereka miliki.

BERINGAT SEBELUM KENA
TIDAK kira sama ada anda suka atau tidak dengan kelompok rakan sebaya anak gadis anda, persediaan menghadapi sebarang kemungkinan perlu ada. Mereka perlu diajar apakah tindakan dakan pantas sekiranya berada dalam bahaya seperti penculikan, cuba dicabul atau sebagainya. Amalkan menelefon anda atau jiran memaklumkan di mana dia berada. Kenal pasti tempat yang selalu mereka kunjungi, Jika ada sesuatu yang luar biasa, seperti lambat pulang, tidak menghubungi seperti yang selalu, anda perlu bertindak cepat. Jika anak-anak menelefon anda dengan pertanyaan dia berada dalam kesusahan, anda perlu cepat menemuinya dan elakkan terlalu banyak bertanyakan soalan.

WAKTU SESUAI BERBINCANG
RAMAI ibu bapa cenderung memendam rasa melihat perangai anak-anak, tanpa berbincang secara hati ke hati. Sikap begini akan mendorong anda berleter. Hinggakan sesetengah ibu bapa mencari pelbagai alasan termasuk perkara remeh untuk memulakan leteran. Oleh itu cubalah cari waktu yang sesuai untuk berbincang. Dapatkan suasana yang tenang. Tidak kiralah di tepi laut, sungai, taman bunga atau tempat makan yang tidak terlalu ramai pengunjung. Kadang-kadang anak-anak lebih senang bercakap ketika dibawa berjalan ke luar rumah. Bincang dari hati ke hati, supaya semuanya dapat diselesaikan. Berikan layanan sewajarnya, sesuai dengan perwatakan yan memang anda ketahui.

PELUANG MENGUBAH SIKAP
SEBAHAGIAN besar ibu bapa cepat mersa putus asa dengan kedegilan anak-anak. Katakan dia kandas dalam peperiksaan, jangan terus menyerangnya dengan sumpah seranah. Berilah masa dia menginsagi kesilapan dan yang wajib anda lakukan ialah memberikannya perangsang untuk dia memperbaiki diri. Suatu hari sikap ingkarnya berubah. Dia mungkin bertemu dengan kawan yang baik dan menghadapi kehidupan yang lebih mencabar. Yang penting anda terus mendampinginya agar kerunsinggan yang dialami kerana kegagalan merasa terubat.

SAMPAI KETIKANYA ANDA PERLU TEGAS!
YANG utama, ibu bapa mesti tegas. Tapi ingat, tegas bukan melalui sikap marah-marah, maki hamun, jauh sekali leteran. Jangan biarkan dia terus terjebak dengan pergaulan bebas. Anda patut melihat perubahan tingkah laku dan fizikal anak-anak. Kenal pasti jika anak terlibat dengan dadah atau ketagihan arak. Sekiranya masalah kian serius beberapa langkah segera perlu diambil. Misalnya :

* Membuat teguran tegas dan jangan lagi melayan sifat keremajaannya. Ketika itu masa untuk berlembut sudah tamat dan tegaskan pandangan anda secara dewasa.
* Jangan teragak lagi menyatakan perbuatannya menghisap dadah satu kesalahan. Kaitkan gejala itu dengan dosa dan jika perlu serahkan pada pihak berkuasa.
* Dapatkan kerjasama keluarga rakan anak anda. Kemudian tetapkan peraturan tertentu untuk mengubah sikapnya seperti mengurangkan duit poketnya.
* Kalau keadaan terlampau membimbangkan mintalah bantuan ahli keluarga terdekat atau orang yang diseganinya.

P;S : Tapi ingatlah! Langkah pertama dan terbaik ialah memberikan layanan mesra dari awal, agar anak-anak remaja anda tidak mudah terpengaruh. Jika mereka merasakan segalanya cukup, tentulah mereka tidak akan mencari sesuatu di luar.

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
Komen
Kongsi
Recomendations

Dikuasakan oleh Blogger.

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.