Cukupkah Harta yang dikumpul

at Isnin, 18 Februari 2013 [ 8:36 PTG ]


Kos Perbelanjaan Untuk Urus Jenazah 

Kita tak tahu bila kita akan mati. Masa kita hidup, kita dah banyak menyusahkan keluarga kita dan orang lain.

Jadi, mulai dari hari ini, saya syorkan anda dan saya cari duit halal dari sumber yang halal hasil titik peluh kamu
sendiri, lebih kurang RM1000-1500.

Memang tabung khairat kematian tu ada di setiap negeri, tapi cuba kita sediakan awal-awal duit kita sendiri.

Takkan sampai mati pun nak guna duit orang.
Senarai semak kos mati kita (anggaran):-
Harga kain kapan = RM60-65
Upah gali kubur = RM200-300
Urusan mandi dan mengkafan mayat = RM100-200
Kenderaan jenazah (jika perlu)= RM150-RM200
Urusan kubur dan sewa tempat mandi jenazah (jika perlu) = RM100
Sedekah pada yang hadir solat jenazah termasuk imam (jika berkemampuan) = RM10 x 50 = Rm500

Ini juga adalah persiapan awal kita menghadapi mati kita sendiri.
Bersediakah kita untuk mati? Ini persiapan teknikal je baru. Bukan bekalan amalan lagi. Amalan adalah

MANDATORI atas kita untuk bawa bekal amal pahala banyak-banyak bersama ke dalam kubur.

WALLAHUALAM

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
Komen
Kongsi
Recomendations

Dikuasakan oleh Blogger.

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.