'Kami boleh kejar pendahulu'

at Ahad, 24 Februari 2013 [ 6:41 PTG ]

Mandjou (kiri) bersaing dengan pertahanan Pahang, Razman Roslan pada  aksi Liga Super di Stadium Darulmakmur, kelmarin.

Kedudukan tidak terlalu jauh, saingan masih terbuka: Hodak
Kota Bharu: Peningkatan permainan dipamerkan skuad Kelantan ketika seri 2-2 menentang Pahang, malam kelmarin memberi harapan betapa The Red Warriors (TRW) kini sudah bangkit menemui rentak yang membawa mereka menjulang tiga piala musim lalu.

Perlawanan di Stadium Darulmakmur itu hampir dimenangi skuad bimbingan Bojan Hodak, tetapi dihampakan pada saat-saat akhir selepas Pahang dihadiahkan penalti untuk mengikat kedudukan menjadi 2-2.

Ketua jurulatih TRW itu berkata, dua jaringan Mohd Norfarhan Muhammad dan penyerang import, Keita Mandjou membuktikan jentera serangan skuad kendaliannya sudah berjaya mengatasi ketumpulan penyudah yang menjadi masalah sebelum ini.

“Pemain sudah memberi yang terbaik di sebalik cabaran sengit yang dijelmakan Pahang,” kata Hodak.

Saingan masih terbuka

“Kami masih ada banyak perlawanan dan saya yakin masih ada peluang mengejar pasukan teratas. Bagi saya saingan masih terbuka dan mana-mana pasukan mampu mengejar pendahulu liga,” katanya.

Kelantan yang berada di kedudukan pertengahan carta liga dilihat masih mempunyai peluang untuk mengejar pasukan teratas – Tentera dan Selangor – berikutan saingan kembali terbuka dan jarak mata antara pasukan tidak terlalu jauh.

Dalam perlawanan kelmarin, Mandjou sekali lagi menghadiahkan jaringan bagi TRW sekali gus mengumpul tiga jaringan peribadi termasuk dua gol ketika menewaskan Terengganu di Kota Bharu, 19 Februari lalu.

“Selepas menjaringkan gol, dia (Mandjou) beraksi lebih yakin dan ini memberi semangat kepada pasukan untuk mengatasi masalah ketumpulan jentera serangan,” katanya.

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
Komen
Kongsi
Recomendations

Dikuasakan oleh Blogger.

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.