KUNCI KEJAYAAN !!!!!!!!!!!

at Rabu, 20 Februari 2013 [ 11:32 PTG ]

Lima kunci kejayaan merancang bajet yang bagus.
Bajet atau belanjawan adalah satu komponen yang penting dalam usaha anda untuk mengurus wang.Tanpa bajet, pengurusan wang akan jadi kacau bilau. Bajet yang bagus adalah bajet yang merangkumi semua perbelanjaan yang wujud dalam kehidupan anda.Dari barang wajib seperti makanan sehinggalah hiburan seperti menonton wayang, semuanya perlu ada bajet, barulah bajet anda sempurna.
Kadangkala, kita seperti kehilangan arah ketika membuat bajet kerana kita tidak tahu dengan jelas ke mana wang kita pergi. Jadi, dalam artikel ini anda akan di berikan lima kunci kejayaan yang boleh membantu anda merancang bajet yang bagus.
Kunci pertama : Tahu jumlah tepat wang masuk.
Anda siasat jumlah tepat wang yang masuk pada setiap bulan. Jika anda ada buat kerja atau berniaga part time, masukkan juga income tersebut dalam bajet anda. Mengetahui jumlah wang yang tepat membolehkan anda tahu kemampuan sebenar anda untuk berbelanja.
Kunci kedua : Tahu jumlah wang yang wajib keluar setiap bulan.
Anda senaraikan perkara yang anda wajib bayar pada setiap bulan seperti bil – bil utiliti dan hutang – hutang. Mengetahui jumlah sebenar wang yang wajib anda keluarkan pada setiap bulan membolehkan anda tahu jumlah sebenar wang yang anda ada untuk belanja harian.
Kunci ketiga : Tahu ke mana anda ingin pergi atau perancangan masa hadapan.
Bajet membolehkan anda bersedia untuk masa hadapan. Contohnya pada hari raya, anda pasti perlu guna wang yang lebih untuk sambutan. Jadi, anda bajet sebulan RM 70 contohnya untuk perayaan dan simpan ia di dalam bank. Jika anda ingin melancong atau membeli handphone baru atau sebagainya, anda rancang lebih awal supaya bajet anda tidak lari apabila tiba masanya.
Kunci keempat : Jangan terlalu skema.
Anda perlu fleksibel apabila meletakkan bajet. Jangan terlalu kedekut dan skema. Bajet anda perlu merangkumi perkara – perkara yang tidak di jangka. Contohnya kereta rosak, lampu terbakar , sakit dan sebagainya. Walaupun anda sudah sediakan dana untuk kecemasan, selagi anda boleh kawal, anda jangan keluarkan dana tersebut.  Anda boleh kurangkan dana dari bahagian hiburan atau makanan untuk menampung hal kecemasan. Setiap bulan, anda tingkatkan pengurusan bajet anda berdasarkan prestasi bulan sebelumnya.
Kunci kelima : Dapatkan pandangan dari orang lain.
Anda boleh dapatkan pandangan dan tip – tip dari rakan – rakan, ibu bapa atau sesiapa sahaja untuk meningkatkan lagi pengurusan wang melalui rancangan bajet. Jangan berhenti mencari ilmu baru. Sentiasa kembangkan ilmu dengan bertanya dan membaca.
Lima kunci di atas boleh membantu anda menyediakan bajet yang cemerlang untuk diri anda. Bajet yang paling bagus adalah bajet yang boleh anda ikut dan praktikkan, bukannya hanya teori semata –mata.

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
Komen
Kongsi
Recomendations

Dikuasakan oleh Blogger.

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.