Dividen KWSP 6.15%, naik banding 2011

at Isnin, 18 Februari 2013 [ 6:57 PTG ]

SHAH ALAM - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengisytiharkan kadar dividen 6.15 peratus untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012.

Kadar dividen ini adalah 15 mata asas lebih tinggi berbanding dengan kadar enam peratus yang dibayar pada 2011, mencatatkan rekod baru berjumlah RM27.45 bilion yang diagihkan kepada ahli-ahli KWSP, meningkat 12.20 peratus daripada RM24.47 bilion yang dibayar pada tahun sebelumnya.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Pengerusi KWSP Tan Sri Samsudin Osman berkata, “walaupun persekitaran pelaburan yang semakin kompleks, KWSP mengekalkan momentum kenaikan yang stabil untuk merekodkan keputusan yang paling kukuh sejak awal milenium, disokong oleh keberkesanan strategi pelaburan jangka panjang serta pendekatan berdisiplin dan berhemah.”

Pada 2012 juga KWSP mencatatkan pendapatan pelaburan kasar tertinggi sebanyak RM31.02 bilion meningkat 13.91 peratus berbanding 2011.

Menurut beliau, pembayaran dividen tertinggi ini diperoleh setelah ditolak perbelanjaan pelaburan operasi, caj berkanun serta peruntukan rugi terjejas bersih ke atas aset kewangan.

Katanya, walaupun persekitaran pelaburan semakin kompleks, KWSP mengekalkan momentum kenaikan yang stabil untuk merekodkan keputusan paling kukuh sejak awal milenium, disokong keberkesanan strategi pelaburan jangka panjang serta pendekatan berdisiplin dan berhemah.

Selain itu, beliau berkata, selaras dengan Alokasi Aset Strategik (AAA) yang diamalkan KWSP, sebahagian besar aset pelaburan KWSP terus dilaburkan dalam instrumen berpendapatan tetap berisiko rendah dan stabil.

Pelaburan ekuiti adalah 38.77 peratus daripada jumlah aset pelaburan pada 2012, manakala baki 3.59 peratus dan 2.42 peratus masing-masing diperuntukkan untuk instrumen pasaran wang dan hartanah dan infrastruktur, tambahnya.

"Walaupun KWSP melabur dalam pelbagai pelaburan, sebahagian besarnya dilaburkan dalam instrumen berpendapatan tetap berisiko rendah, kadar pulangan pelaburan tahunan (ROI) KWSP melebihi enam peratus bagi tiga tahun berturut-turut.

"Ekuiti menjana ROI dua digit sebanyak 10.06 peratus manakala pulangan daripada instrumen berpendapatan tetap melebihi 5.50 peratus di sebalik suasana kadar faedah rendah semasa," katanya.[SH]

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
Komen
Kongsi
Recomendations

Dikuasakan oleh Blogger.

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.