Lebih ramai artis menyertai PAS

at Isnin, 4 Februari 2013 [ 11:42 PTG ]

SHAH ALAM: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini berkata sokongan ramai ulama dan guru agama terhadap Umno berbanding tarikan penghibur untuk menyertai PAS menimbulkan tanda tanya di dalam parti pembangkang itu.
"Malam tadi seorang artis bercakap, saya tidak hairan kalau artis sokong PAS, yang saya hairan kalau ustaz dan mufti sokong Umno,” kata Hadi.
“Ustaz dan Mufti sokong Umno, artis sokong PAS...mengapa selalu jadi macam ini, itu saya tidak faham,” kata Hadi memetik rintihan artis itu ketika menyampaikan ucaptama Konvensyen Antarabangsa Pendidikan (KAP) 2013 di Universiti Selangor (Unisel) cawangan Shah Alam.
Sejak beberapa bulan lalu, PAS mencanang kemasukan beberapa penghibur dalam parti itu, termasuk penyanyi Aishah dan Bob Lokman menjelang Pilihan Raya Umum ke-1 (PRU13).
Pada masa sama, pemimpin-pemimpin parti itu turut menggesa golongan ulama untuk menolak Umno dan memberi sokongan kepada PAS.
Dalam sidang media kemudian, Hadi menyelar sistem pendidikan negara yang didakwanya melahirkan pemimpin tidak bermoral.
“Kita perlu terima hakikat betapa kelemahan sistem pendidikan kita yang ada selama ini melahirkan pemimpin yang rasuah, pemimpin yang menipu, tidak bertanggungjawab, melahirkan penjenayah dan macam-macam,” ujar beliau.
“Ini adalah kerana sistem pendidikan yang salah," katanya pada sidang akhbar selepas majlis itu.
Hadi mahu kerajaan negeri diberi kuasa untuk membuat pindaan kepada akta-akta pendidikan yang menurutnya, akan membantu memperbetulkan kepincangan itu.
"Kalau akta pendidikan diubah (dan) negeri-negeri ada hak dan diamalkan federalisme dalam erti kata sebenar, saya yakin dan percaya agenda pendidikan yang hendak direalisasikan kepada rakyat secara holistik, dengan padu dan menyeluruh dapat dilaksanakan sepenuhnya,’ kata beliau.
Ketika ini, kerajaan persekutuan menetapkan sepenuhnya dasar-dasar pendidikan manakala kerajaan negeri membantu dalam menyediakan prasarana, contohnya kelulusan tanah untuk pembinaan sekolah.

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
Komen
Kongsi
Recomendations

Dikuasakan oleh Blogger.

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.