Telefon Pintar dari Lenovo

at Isnin, 4 Februari 2013 [ 8:09 PTG ]

sYARIKat pengeluar komputer kedua terbesar dunia, Lenovo mengumumkan kemunculan beberapa telefon pintar terkini. Telefon pintar ini direka khusus bagi kesesuaian pelanggan bermula daripada mereka yang baru menggunakan telefon, profesional muda sehingga pengguna akhir.

Lima model telefon pintar ini akan berada di pasaran China dan tempat terpilih dunia bermula bulan ini.

Setiap produk menawarkan konfigurasi khusus bagi setiap kumpulan pengguna dalam kelasnya selain harganya yang kompetitif.

Bermula dengan dua telefon pintar S Series dilengkapi dengan ciri multimedia dan hiburan.

Model ini direka khusus bagi profesional muda bandar dengan penekanan khusus kepada rekaan dan aplikasi yang sesuai.

Terdapat juga model baru daripada P Series bagi profesional dengan hayat bateri lebih panjang, ciri keselamatan khusus dan ciri antivirus.

Canggih

Ini termasuk dua model bagi A Series dengan fungsi telefon pintar canggih pada harga yang mampu milik bagi pengguna baru dengan bajet terhad.

Antara ciri yang menarik slot dua kad SIM, paparan lebih besar dengan resolusi tinggi dan spesifikasi yang dipertingkatkan.

Presiden MIDH dan Naib Pesiden Kanan Kumpulan Lenovo, Liu Jun berkata, bagi pengguna telefon pintar, satu saiz tidak sesuai untuk semua.

“Kami belajar daripada pelanggan dan kami tahu mereka mempunyai pelbagai alasan yang unik memilih telefon pintar Lenovo.

“Portfolio baru kami menampilkan reka bentuk yang memikat hati pelanggan di seluruh dunia dengan telefon bagi semua pengguna," katanya dalam satu kenyataan.

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
Komen
Kongsi
Recomendations

Dikuasakan oleh Blogger.

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.