Perbelanjaan Tidak Perlu

at Selasa, 12 Februari 2013 [ 4:32 PTG ]

Bagi mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu, elakkan membawa keluarga bersiar-siar dalam pasaraya pada hujung minggu. Cari alternatif tempat yang tidak membuatkan kita terbelanja perkara yang tidak perlu.

Contohnya perut kita lapar. Apa yang sebenarnya perut kita perlukan adalah makanan. Ianya tetap kenyang dengan izin Allah, walaupun kita makan nasi lemak telur goreng yang berharga kurang RM 2 sebungkus.
Ianya tetap kenyang dengan izin Allah, walaupun kita makan Burger King yang berharga RM 17 set dengan air.
Di sini kita dapat lihat, terdapat jurang yang besar antara makan untuk menyelesaikan masalah lapar dengan makan yang menyelesaikan masalah lapar dan pada masa yang sama membuatkan kita lebih miskin.
Pilihan di tangan kita, pilih apa yang kita suka, kerana yang hendak menanggung kos yang tinggi itu adalah kita.
Kata budak hingusan 'Sendiri buat sendiri tanggung'
Shamsuddin Kadir

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
Komen
Kongsi
Recomendations

Dikuasakan oleh Blogger.

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.