Dera: Bayi 4 bulan

at Isnin, 18 Februari 2013 [ 8:11 PTG ]


Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda :
“Janganlah kamu pukul anak-anak kamu di sebabkan mereka menangis dalam masa setahun. Kerana pada empat bulan pertama kelahirannya Ia bersyahadat LAA ILAAHA ILLALLAH. Pada empat bulan kedua pula ia berselawat ke atas Nabi s.a.w. Dan pada empat bulan seterusnya pula ia mendoakan kedua ayah bonda nya.” ( H.R. Abdullah Ibnu Umar r.a. ) 
Jelas apa yang disebut oleh RASULLAH S.A.W dimana diawal kelahiran bayi
  1. 4 bulan yang pertama      : anak kecil bertauhid kepada ALLAH s.w.t
  2. 4 bulan kemudian             : anak kecil berselawat kepada Nabi nya.
  3. 4 bulan seterusnya           : anak kecil pohon istighfar untuk kedua-dua ibu bapanya.
Sabda bginda RASULLAH S.A.W :
“Anak – anak yang belum baligh apa-apa kebaikan yang dilakukan maka dituliskan untuknya dan kedua-dua ibu bapanya. Juga apa-apa kejahatan yang dilakukan tiada tertulis untuknya mahupun kedua-dua ibu bapanya. Apabila ia telah baligh maka berlakulah yang di tulis itu atasnya ia itu segala amal baik atau buruknya”. ~* ( H.R.Imam Anas bin Malik r.a.)

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
Komen
Kongsi
Recomendations

Dikuasakan oleh Blogger.

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.