Ramadhan Tiba Lagi…
Rasa seperti hanya semalam sahaja kita menyambut Aidilfitri,
kini Ramadhan menjelma kembali. Sudahkah kita bersedia untuk melaksanakan ibadah Puasa yang merupakan rukun Islam yang ke3. Atau mungkin kita patut ditanyakan dengan dengan soalan ini, “Adakah kita telah meneyempurnakan puasa ganti yang tidak dapat kita tunaikan pada Ramadhan yang lalu?” Hari ini adalah hari-hari terakhir dibulan Syaaban sebelum menjengah ke bulan Ramadhan, bulan yang mulia. Ramadhan ialah bulan yang penuh keberkatan. Di awalnya rahmah, di tengah-tengahnya maghfirah dan dihujungnya kebebasan dari api neraka.
“Sesungguhnya telah hadir bulan Ramadhan, bulan berkat, Allah telah mewajibkan ke atas kamu berpuasa, dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup rapat pintu neraka dan ditambat para syaitan, Di bulan ini terdapat satu malam yang terbaik dari seribu bulan. Sesiapa yang tidak berusaha mendapatkan kebaikan-kebaikannya sesungguhnya dia rugi.”(Hadis riwayat Ahmad dan An-nisai)
"(Masa yang diwajibkan berpuasa ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadikan pertunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan pertunjuk serta menjadi pembeza (antara yang benar dengan yang salah). (Oleh itu), sesiapa di antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu".
Al-Baqarah: 185
"Apabila tiba Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka dan diikat syaitan-syaitan"(riwayat al- Bukhari dan Muslim)
"Pahala anak adam dilipatgandakan 700 kali ganda.Allah berfirman 'kecuali puasa. Sesungguhnya puasa itu milik-KU, dan aku memberikan ganjarannya kerana dia meninggalkan syahwat dan makan minum kerana-AKU"
(hadis riwayat Muslim)
"Siapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuni dosa-dosa yang lalu"( hadis riwayat an-Nasaie)
"Puasa itu perisai bagi seseorang hamba untuk membentengi dirinya dari api neraka ( sejauh perjalanan 70 tahun"(hadis riwayat al- Bukhari)
" ....dan bagi orang yang berpuasa baginya dua kegembiraan; iaitu apabila berbuka, dia gembira dengan berbukanya dan apabila bertemu tuhannya, dia gembira dengan puasanya"(hadis riwayat al- Bukahari dan Muslim)
"Tiga doa yang sangat mustajab, doa orang yang berpuasa, doa orang yang dizalimi, dan doa orang yang musafir"( hadis riwayat al Bukahri Ahmad dan Tarmizi)
"Di dalam syurga terdapat satu pintu yg di sebut ar Rayyan: pada hari Kiamat, orang-orang yang berpuasa masuk daripadanya dan tidak seorangpun melainkan akan memasukinya"( hadis riwayat al Bukhari)
Bulan keampunan yang penuh berkat untuk hamba-hambaNya yang tidak pernah lari dari kesilapan dan dosa.Diturunkan satu malam yang istimewa iaitu Lailatul Qadar dimana malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Digandakan pahala amalam pada malam tersebut.Diturunkan petunjuk bagi manusia iaitu Al-Quran pada bulan Ramadhan.Oleh itu kita digalakkan untuk memperbanyakkan serta menggandakan bacaan Al-Quran beserta maksudnya di bulan Ramadhan nanti.Ditutup pintu neraka dan dibukakan seluasnya pintu syurga.Syaitan tidak dapat menghasut manusia pada bulan Ramadhan.Namun jika masih ada kejahatan yang dilakukan ia berpunca dari nafsu diri sendiri.Mohonlah keampunan Ilahi di bulan Ramadhan yang mulia itu.Kegembiraaan orang yang berpuasa dengan ikhlas ketika Ramadhan ialah bila tiba waktu berbuka puasa kerana dia dapat menghalang dirinya daripada melakukan kejahatan.
- Muntah dengan sengaja
- Mengeluarkan air mani
- Melakukan jimak (hubungan seks) pada siang hari
- Kedatangan haidh, nifas atau kelahiran bagi wanita
- Menjadi gila
- Pitam sepanjang hari
- Mabuk (yang menghilangkan daya pemikiran waras) sepanjang hari
- Murtad, iaitu keluar dari agama Islam