Auto Review & Tips

Buy A Car

08 Jul 2013 / / Read More»

The Subaru XV

20 Jun 2013 / / Read More»

Pendedahan Bekas Ketua Polis Negara

at Selasa, 11 Disember 2012 [ 6:41 PTG ]

Malaysian Crime Watch Group (MyWatch) yang diketuai oleh pemimpin-pemimpin PKR iaitu R Sri Sanjeevan (mantan Pengerusi KITA Negeri Sembilan dan Naib Presiden Aastivaram Foundation) dan penasihat S Gobi Krishnan (Setiausaha Biro Strategi dan Polisi PKR), kedua-dua pemimpin PR. Musa Hassan yang menerima perlantikan sebasgai Penaung Mywatch mendesak Tan Sri Robert Phang memohon maaf berikutan kenyataan beliau sebelum ini yang mengaitkan NGO My Watch tersebut dengan sindiket kongsi gelap.

Tan Sri Musa Hassan memberikan tempoh selama tiga hari untuk Robert Phang melakukan hal demikian sebelum tindakan undang-undang diambil ke atas beliau.

"Ianya merupakan kenyataan yang jahat... MyWatch dikaitkan dengan kongsi gelap kerana hanya saya berada di sini (dalam MyWatch).

"Jika dia berdendam dengan saya, dengan saya sahajalah... Jangan babitkan NGO.

"Saya beri masa tiga hari untuk beliau meminta maaf sebelum kami berunding dengan peguam dan memulakan saman undang-undang terhadap beliau," kata beliau pada sidang di Hotel Hilton semalam.

Phang sebelum ini telah menakut-nakutkan PKR kerana didakwa telah tidur dengan bekas musuh mereka, bekas IGP, TS Musa Hassan.

Musa turut mendakwa ketika beliau memegang jawatan Ketua Polis Negara dari tahun 2006 hingga 2010, Phang selalu berjumpa dengan beliau menawarkan diri sebagai penasihat.

Phang mempersoalkan kenapa beliau tidak dilantik sebagai penasihat sedangkan sebelum itu beliau merupakan penasihat kepada bekas IGP, Tun Hanif Omar.

"Saya cakap saya tidak perlukan penasihat, saya boleh fikir sendiri... Sebab itu saya tidak berapa rapat dengan dia," katanya.

Phang ketika dihubungi tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara itu kerana khuatir media akan salah ertikan maksud Musa.

Sebaliknya beliau meminta Musa mengeluarkan kenyataan media secara bertulis dan beliau akan menjawab apa yang dibangkitkan oleh Musa.

Dalam perkembangan lain, Musa enggan memberi sebarang komen berhubung kenyataan bekas pengarah JSJ (Komersial), Datuk Ramli Yusuff yang mendakwa Musa telah menyalahgunakan kuasa ketika menjadi Ketua Polis Negara.

Malah beliau mempersoal bagaimana Ramli mendapat kemewahan dan siapa yang mengarahkan beliau menggunakan platform polis untuk memburuk-burukkan Musa.

"Saya pun hendak komen juga, saya hendak tahu siapa di belakang dia sehingga dia diberikan platform di dalam polis untuk menghentam saya?

"Saya rasa dia (Ramli) patut jawab pada umum bagaimana dia dapat kemewahan atau kekayaan yang begitu banyak semasa masih lagi berada di dalam pasukan (polis)," soal beliau lagi.

Sebelum ini, pendedahan Musa berkaitan campur tangan KDN dalam penyiasatan polis telah disalah anggap oleh pihak tertentu bahawa beliau mempunyai hubungan politik dengan Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, Musa turut mengakui Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri, turut cuba mengarahkan Musa untuk mendedahkan laporan penyiasatan mengenai '50 Dalil Kenapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Menjadi Perdana Menteri'.

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
Komen
Kongsi
Recomendations

Dikuasakan oleh Blogger.
Dunia

Berhenti jadi tali barut CIA

Caracas: Seorang menteri kerajaan Venezuela semalam menggesa rakyat negara itu menutup akaun Facebook bagi mengelak secara tidak langsung m...

11 Jul 2013 / 0 Comments
Perniagaan

PROTON Peraduan Nama Siapa Hebat?

"PROTON Peraduan Nama Siapa Hebat?" contest is organized by Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (PROTON), and is open ...

25 Jun 2013 / 0 Comments
Teknologi

Zones Blog 5 benefits of Dell VRTX converged infrastructure

The Dell PowerEdge VRTX is a revolutionary new-generation platform for small and midsize businesses and organizations, as well as remote ...

11 Jul 2013 / 0 Comments
Personaliti

Tegar–Pengamen Jalanan

TEGAR PENYANYI JALANAN YANG KINI POPULAR "Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah juala...

10 Jul 2013 / 0 Comments
Kerjaya

SAPURAKENCANA PETROLEUM BERHAD

SapuraKencana Petroleum Berhad has dominated the business relating to the management and distribution of oil, this company has become one o...

11 Jul 2013 / 0 Comments
Acara & Promosi

Jom Berbuka Puasa di Pearl International Hotel

Selamat Bulan Ramadhan kepada semua rakan-rakan Muslim dan juga rakan-rakan yang ingin berpuasa bersama-sama di Bulan Ramadhan ini. Set...

10 Jul 2013 / 0 Comments

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.