Sejarah Pilihanraya

Seremban: Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan bubar secara automatik sejurus selepas tengah malam tadi dan kini ditadbir kerajaan negeri sementara yang diterajui Datuk Seri Mohamad Hasan.
Semalam, Menteri Besar mengadakan mesyuarat EXCO terakhir di Wisma Negeri di sini.

“Pentadbiran negeri akan diteruskan seperti biasa untuk kesejahteraan rakyat,” kata Mohamad pada sidang media selepas mesyuarat itu.

Mengenai tempoh lima tahun pentadbiran kerajaan negeri, beliau berpuas hati dengan prestasi EXCO yang bertanggungjawab memastikan dasar dilaksanakan dengan baik.

| | Read More »

'Ter' atau 'Di' BUBAR

Terbubar: mansuh dengan sendirinya.
Dibubar: dimansuhkan oleh individu yang diberi tanggungjawab untuk memansuhkan.
Rakyat Malaysia terus diajak bermain teka-teki ibarat ala-ala Nujum Pak Belalang. Walaubagaimanapun, sinar penantian rakyat Malaysia yang tidak sabar-sabar untuk memilih kerajaan bagi 5 tahun seterusnya samada Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat sudah mula kelihatan…..
Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara.
Salah satu syarat sistem Kerajaan Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa tadbir urus kepada tiga bahagian iaitu Kuasa Eksekutif, Kuasa Kehakiman dan Kuasa Perundangan. Pembahagian kuasa ini dilaksanakan di peringkat Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
Parlimen, iaitu Kuasa Perundangan bagi Malaysia, berperanan menggubal undang-undang untuk dikuatkuasakan di negara ini.

Parlimen berkuasa meluluskan undang-undang di peringkat Persekutuan, membuat pindaan kepada undang-undang persekutuan yang sedia ada, menyemak dasar-dasar Kerajaan, meluluskan perbelanjaan kerajaan dan meluluskan cukai-cukai baru.
Parlimen juga adalah wadah untuk perbahasan dan perbincangan; dan merupakan saluran bagi mengutarakan suara orang ramai dalam hal-ehwal negara.
Parlimen Malaysia terdiri daripada tiga komponen iaitu:
  • Yang di-Pertuan Agong
  • Dewan Negara
  • Dewan Rakyat
Yang di-Pertuan Agong (YDPA) adalah Ketua Negara yang telah diperuntukkan oleh Perlembagaan. Gelaran rasmi yang penuh bagi baginda adalah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Baginda menjalankan tugas-tugas seperti diperuntukkan di bawah Perlembagaan, atas nasihat Perdana Menteri atau Jemaah Menteri.
Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah, Sarawak dan Wilayah-wilayah Persekutuan. Sebagai Ketua Tertinggi Negara, baginda juga adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia.
Yang di-Pertuan Agong dilantik setiap lima tahun mengikut giliran yang telah ditetapkan oleh Majlis Raja-Raja.
Dewan Negara terdiri daripada 70 orang ahli – 44 orang ahli dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong termasuk dua ahli dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan satu ahli masing-masing dari Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya. 26 ahli yang selebihnya dipilih oleh 13 Dewan Undangan Negeri, di mana setiap negeri diwakili oleh dua orang ahli.
Dewan Rakyat mempunyai seramai 219 orang ahli yang dipilih melalui pilihan raya, dan setiap ahli mewakili satu kawasan pilihan raya. Setiap ahli Dewan Rakyat memegang jawatan selama lima tahun, dan selepas itu pilihan raya yang baru akan diadakan.

Yang Di-Pertua Dewan Rakyat sekarang ialah Tan Sri Datuk Pandikar Amin Bin Haji Mulia.
Tarikh Pembubaran Automatik (Dun dan Parlimen)
Parlimen perlu dibubarkan terlebih dahulu sebelum pemilihan dapat dijalankan untuk memilih kepimpinan baru dalam kerajaan untuk memerintah dalam satu jangkamasa yang telah ditetapkan. Kuasa untuk membubarkan Parlimen Malaysia terletak di bawah tanggungjawab Perdana Menteri dengan persetujuan YDPA.

Seorang pemimpin yang bermaruah dan berani akan membubarkan parlimen terlebih dahulu sebelum tempoh mandat terbubar dengan sendirinya. Kepercayaan rakyat terhadap seorang pemimpin menjadi lebih dan ini akan meningkatkan kredibiliti pemimpin berkenaan.

| | Read More »

Anwar Tak Perlu Nasihat Daim

Anwar Tak Perlu Nasihat Daim Untuk Urus Kewangan Negara

SIAPA tidak kenal dengan Tun Daim Zainuddin, antara hartawan dan bilionwan Melayu yang lebih gemar hidup dibawah radar keglamoran dan populariti.  Tak seperti orang kaya lain seperti dia, Daim kurang memperkatakan mengenai kekayaannya melainkan cerita mulut ke mulut tentang bagaimana dia membelanjakan kekayaannya itu.

Antaranya, memandu kereta mewah Porsche miliknya sepanjang lebuhraya Utara Selatan dengan kelajuan tinggi dan kemudian membayar penuh semua saman yang diperolehinya sepanjang perjalanan tersebut.

Malah ada yang kata, dialah sebenarnya orang terkaya di negara ini, mengatasi semua billionaire dalam negara kita, termasuk Robert Kuok yang nilai kekayaannya sebanyak berpuluh billion dollar.

Semua ini bukan cerita baru, ia telah didendang di halwa telinga kita zaman berzaman terutama sejak kemunculan Daim dalam bidang politik, tapi bukan itu yang menjadi perhatian suarapakatanrakyat.com hari ini.

Perhatian kami lebih terarah kepada isi kandungan temuramahnya dengan akhbar NST yang disiarkan selama 2 hari berturut-turut sejak Ahad lepas hingga Isnin  mengenai pilihanraya, ekonomi, politik, Anwar dan Najib.

Seperti dijangka, sesi temubual itu penuh dengan kritikan dan kecaman terhadap peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak dulu hinggalah sekarang.  Dari bagaimana Anwar naik mendadak dalam politik dan kerajaan, tersungkur jatuh akibat fitnah dan dendam, sehinggalah naik semula di atas platform Pakatan Rakyat.

Tidak ada apa yang terlepas.

Kebanyakan yang dibincangkan itu bukan perkara baru dan kami tidak berminat nak mengulas, cuma yang agak menarik ialah,  dakwaan lisan kononnya, Daimlah sebenarnya yang memujuk bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohammad supaya melantik Anwar sebagai Menteri Kewangan pada 1991.

Kononnya ada 3 calon pilihan untuk dilantik menjadi Menteri Kewangan pada ketika itu, dengan Anwar di pilihan terakhir kerana kelulusannya (Ijazah dalam Pengajuan Melayu).  Tapi kerana Daim berbisik ke telinga Mahathir, Anwar tetap dilantik sebagai Menteri Kewangan mengganti dia sendiri yang pada wakitu mahu bersara.

Kami dah nak gelak, tapi boleh tahan lagi.

Bagaimanapun, sebaik membaca dakwaan Daim bahawa Anwar selalu berkunjung ke rumahnnya untuk mendapatkan khidmat nasihat mengenai ekonomi negara, maka ketawa itu tidak boleh ditahan sama sekali, terlepas juga.

Rasa mual nak mengulas panjang tapi rakyat boleh membuat perbandingan sendiri antara kejayaan Anwar menguruskan ekonomi negara sepanjang menjadi Menteri Kewangan, berbanding dengan Daim.  Anwar bijak menguruskan ekonomi sehingga negara mencapai KDNK sebanyak 8% hampir 5 tahun berturut-turut.

Walaupun ia seiring dengan kebangkitan ekonomi Asia pada waktu itu, yang penting negara tidak bankrap dibawah pengurusan kewangan Anwar.  Kalau tidak kerana masalah krisis kewangan serantau pada 1997, rekod Anwar dalam mencapai pencapaian KDNK 8% secara berturut-turut, akan menjadi terlalu sukar untuk diatasi sesiapa.

Kejayaan itu disambung sehingga sekarang, apabila beliau dilantik menjadi Penasihat Ekonomi Selangor pada 2008.  Banyak kejayaan yang telah dicapai di negeri tersebut, kemiskinan hampir dihapuskan, taraf hidup meningkat dan rakyat semakin makmur.

Rekod kewangan negeri juga bertambah baik dengan rizab tunai kerajaan negeri mencecah RM 2 billion, berbanding semasa mengambil alih, iaitu sekitar RM 500 juta sahaja.

Ingat, semua ini berlaku hanya dalam penggal pertama pemerintahan Pakatan Rakyat!!

Kesimpulannya, Anwar tidak perlukan Daim mengajarnya bagaimana untuk menguruskan ekonomi negara dengan baik, semua itu bohong.  Anwar ternyata mampu menguruskan perkara tersebut sendiri.

Lagipun, kelebihan Daim adalah lebih kepada memulihkan semula ekonomi yang rosak, sementara kemahiran Anwar ialah menguruskan ekonomi supaya kekal baik sepanjang masa.

Mana lebih baik?  Sudah tentu kebolehan yang dimiliki Anwar. – SuaraPakatanRakyat

| | Read More »

“Menutup VS Membalut” AURAT

Gambar: Yusuf Mansur Network · 

( RENUNGAN ) TEGURAN BAGI KAUM WANITA DAN TEGURAN KITA BERSAMA -

Maafkan bukan bermaksud kasar apalagi kepada saudari yang berhati sensitif, Rasulullah SAW adalah manusia penyayang nomor satu, kalo ada yang klaim bukan beliau, mendingan gak usah didengarkan. Diantaranya sifat penyayangnya, beliau pun mengabarkan kepada kita sekalian, bahwa Nabi hanyalah pemberi peringatan kepada umatnya, kenapa ? agar kita selamat dari derita abadi dan azab yg pedih, kalo disimpen dalilnya karena enggak enak, ntar malah berabe ketemu Rosulullah SAW diakhirat, salah-salah kita ikutan dosa karena gak bilangin sesama sodara seiman. Na'udzubillah. Marilah kita simak pemaparannya sbb :

Wahai para wanita...tahukah anda bahwa:

(1) Semakin banyak pandangan lelaki yang tergiur denganmu semakin bertumpuk pula dosa-dosamu

2) Semakin sang lelaki menghayalkanmu...semakin berhasrat denganmu maka semakin bertumpuk pula dosa-dosamu

(3) Janganlah anda menyangka senyumanmu yang kau tebarkan secara sembarangan tidak akan ada pertanggungjawabannya kelak..!. Bisa jadi senyumanmu sekejap menjadi bahan lamunan seorang lelaki yang tidak halal bagimu selama berhari-hari.. 

(4) Bayangkanlah... betapa bertumpuk dosa-dosa para artis dan penyanyi yang aurotnya diumbar di hadapan ribuan...bahkan jutaan para lelaki??

(5) Jika anda menjaga kecantikanmu dan kemolekan tubuhmu hanya untuk suamimu...maka anda kelak akan semakin cantik dan semakin molek di surga Allah...

(6) Akan tetapi jika anda umbar kecantikanmu dan kemolekanmu maka ingatlah itu semua akan sirna dan akan lebur di dalam liang lahad menjadi santapan cacing dan ulat...dan di akhirat kelak...bisa jadi berubah menjadi bahan bakar neraka ! Naudzubillah

Allah Subhannahu wa Ta'ala Berfirman, Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya, maka sungguh dia telah sesat, sesat yang nyata. (Al-Ahzab :36).

Nabi Shallallaahu alaihi wa Salam bersabda, Setiap umatku yang bersalah akan dimaafkan, kecuali orang yang secara terang-terangan berbuat maksiat ( HR-Bukhari Dan Muslim )

Dari Abu Musa al-Asyari berkata: Rasulullah Saw bersabda: Siapa saja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian keluar rumah dan berjalan melewati satu kaum sehingga mereka dapat mencium baunya, maka ia adalah wanita PEZINA. (H.R. an-NasaI)

Rasulullah Saw bersabda: Perempuan yang berpakaian tetapi TELANJANG, berlenggang-lenggok waktu berjalan. Menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka bagaikan bonggol unta yang senget. Golongan ini TIDAK AKAN masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah dapat dicium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya. (HR-Muslim)

Semoga mereka saudari kita yang belum berjilbab, dibukain pintu hatinya dan mau kejalan yang benar dengan berjilbab, sama-sama kita doain dengan kesungguhan hati. 

Dunia mah gak sampe 100th, sedangkan diakhirat saja bediri dipengadilan Allah bisa sampe 50.000 tahun. Mari kita upayakan kesungguhan kita dan terus berdoa memohon pertolongan-Nya.

- Tim Ustadz -

Maafkan bukan bermaksud kasar apalagi kepada saudari yang berhati sensitif, Rasulullah SAW adalah manusia penyayang nomor satu, kalo ada yang klaim bukan beliau, mendingan gak usah didengarkan. Diantaranya sifat penyayangnya, beliau pun mengabarkan kepada kita sekalian, bahwa Nabi hanyalah pemberi peringatan kepada umatnya, kenapa ? agar kita selamat dari derita abadi dan azab yg pedih, kalo disimpen dalilnya karena enggak enak, ntar malah berabe ketemu Rosulullah SAW diakhirat, salah-salah kita ikutan dosa karena gak bilangin sesama sodara seiman. Na'udzubillah. Marilah kita simak pemaparannya sbb:

Wahai para wanita...tahukah anda bahwa:

  1. Semakin banyak pandangan lelaki yang tergiur denganmu semakin bertumpuk pula dosa-dosamu.
  2. Semakin sang lelaki menghayalkanmu...semakin berhasrat denganmu maka semakin bertumpuk pula dosa-dosamu
  3. Janganlah anda menyangka senyumanmu yang kau tebarkan secara sembarangan tidak akan ada pertanggungjawabannya kelak..!. Bisa jadi senyumanmu sekejap menjadi bahan lamunan seorang lelaki yang tidak halal bagimu selama berhari-hari..
  4. Bayangkanlah... betapa bertumpuk dosa-dosa para artis dan penyanyi yang aurotnya diumbar di hadapan ribuan...bahkan jutaan para lelaki??
  5. Jika anda menjaga kecantikanmu dan kemolekan tubuhmu hanya untuk suamimu...maka anda kelak akan semakin cantik dan semakin molek di surga Allah...
  6. Akan tetapi jika anda umbar kecantikanmu dan kemolekanmu maka ingatlah itu semua akan sirna dan akan lebur di dalam liang lahad menjadi santapan cacing dan ulat...dan di akhirat kelak...bisa jadi berubah menjadi bahan bakar neraka ! Naudzubillah

Allah Subhannahu wa Ta'ala Berfirman, Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya, maka sungguh dia telah sesat, sesat yang nyata. (Al-Ahzab :36).

Nabi Shallallaahu alaihi wa Salam bersabda, Setiap umatku yang bersalah akan dimaafkan, kecuali orang yang secara terang-terangan berbuat maksiat ( HR-Bukhari Dan Muslim )

Dari Abu Musa al-Asyari berkata: Rasulullah Saw bersabda: Siapa saja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian keluar rumah dan berjalan melewati satu kaum sehingga mereka dapat mencium baunya, maka ia adalah wanita PEZINA. (H.R. an-NasaI)

Rasulullah Saw bersabda:

Perempuan yang berpakaian tetapi TELANJANG, berlenggang-lenggok waktu berjalan. Menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka bagaikan bonggol unta yang senget. Golongan ini TIDAK AKAN masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah dapat dicium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya. (HR-Muslim)

Semoga mereka saudari kita yang belum berjilbab, dibukain pintu hatinya dan mau kejalan yang benar dengan berjilbab, sama-sama kita doain dengan kesungguhan hati. Dunia mah gak sampe 100th, sedangkan diakhirat saja bediri dipengadilan Allah bisa sampe 50.000 tahun. Mari kita upayakan kesungguhan kita dan terus berdoa memohon pertolongan-Nya.

| | Read More »

Perjalanan Terakhir

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata:

"Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut".

Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu:

"Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku Terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu:

"Demi Allah, wahai orang Yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh".

Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri,anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan:

"Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi janda. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya".

Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya Kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir. Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah,roh Pula berpesan:

"Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku,Jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah Kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku".

"Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku".

"Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".

| | Read More »

Risiko Perokok

Merokok meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda, mendapat lebih daripada 40 jenis penyakit serius seperti kanser paru-paru, emfisima, penyakit jantung dan angina ahmar. Merokok boleh menjejaskan hampir semua organ dan tisu di dalam badan. Asap rokok mengandungi 4,000 bahan kimia iaitu 200 beracun dan 63 boleh menyebabkan kanser (karsinogenik).

| | Read More »

Keluarga Wira Negara di’HINA’

Orang kuat Mustapa Mohamed aka Tok Pa telah menghina keluarga arwah wira negara dengan menyatakan “baso bodo ore Pas ni” kerana sebuah bendera PAS tergantung di situ.
Mengapa perlu mengeluarkan kata-kata sedemikian rupa sedangkan keluarga si arwah sedang bersedih. Dan apakah salahnya bendera tersebut. Difahamkan ayah kepada arwah memang orang Pas dan memang kampung tersebut adalah kampung Pas. Maka kenapa orang kuat Tok Pa ini mengeluarkan komen yang sedemikian ketika keluarga sedang bersedih.
Jika tidak boleh tengok bendera, tidak boleh bergaul dengan orang PAS, usah duduk dalam masyarakat. Duduk seorang diri dalam hutan. Setiap orang ada kepercayaan dan parti yang mereka sokong. Sekarang sudah masuk 5 tahun dan memang mood sekarang mood pilihanraya. Maka apabila masuk ke kampung kuat PAS, perkara itu adalah biasa. Kenapa nak diperbesar dan mengeluarkan kata-kata kesat.
Sebelum ini kecoh kononnya Yb Tian Chua menghina keluarga arwah polis yang telah meninggal dunia di Lahad Datu Tempoh hari. Pelbagai tuduhan yang mereka lempar. Ini apabila orang kuat Tok Pa mengeluarkan kenyataan yang jelas menghina keluarga ini kenapa dibisukan. Di mana Perkasa?
Aku berharap Tok Pa dapat menasihati anak buahnya yang kini giat melancarkan gerakan TUKAR Kerajaan Islam Pas di Kelantan ini berbudi bahasa dan menghormati keluarga arwah.
Sama-samalah kita sedekahkan Al Fatihah moga-moga arwah ditempatkan dikalangan orang yang syahid.

| | Read More »

Dikuasakan oleh Blogger.

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.