'Ter' atau 'Di' BUBAR
Parlimen, iaitu Kuasa Perundangan bagi Malaysia, berperanan menggubal undang-undang untuk dikuatkuasakan di negara ini.
Parlimen berkuasa meluluskan undang-undang di peringkat Persekutuan, membuat pindaan kepada undang-undang persekutuan yang sedia ada, menyemak dasar-dasar Kerajaan, meluluskan perbelanjaan kerajaan dan meluluskan cukai-cukai baru.
Parlimen juga adalah wadah untuk perbahasan dan perbincangan; dan merupakan saluran bagi mengutarakan suara orang ramai dalam hal-ehwal negara.
Parlimen Malaysia terdiri daripada tiga komponen iaitu:
- Yang di-Pertuan Agong
- Dewan Negara
- Dewan Rakyat
Yang di-Pertuan Agong (YDPA) adalah Ketua Negara yang telah diperuntukkan oleh Perlembagaan. Gelaran rasmi yang penuh bagi baginda adalah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Baginda menjalankan tugas-tugas seperti diperuntukkan di bawah Perlembagaan, atas nasihat Perdana Menteri atau Jemaah Menteri.
Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah, Sarawak dan Wilayah-wilayah Persekutuan. Sebagai Ketua Tertinggi Negara, baginda juga adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia.
Yang di-Pertuan Agong dilantik setiap lima tahun mengikut giliran yang telah ditetapkan oleh Majlis Raja-Raja.
Dewan Negara terdiri daripada 70 orang ahli – 44 orang ahli dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong termasuk dua ahli dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan satu ahli masing-masing dari Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya. 26 ahli yang selebihnya dipilih oleh 13 Dewan Undangan Negeri, di mana setiap negeri diwakili oleh dua orang ahli.
Dewan Rakyat mempunyai seramai 219 orang ahli yang dipilih melalui pilihan raya, dan setiap ahli mewakili satu kawasan pilihan raya. Setiap ahli Dewan Rakyat memegang jawatan selama lima tahun, dan selepas itu pilihan raya yang baru akan diadakan.
Yang Di-Pertua Dewan Rakyat sekarang ialah Tan Sri Datuk Pandikar Amin Bin Haji Mulia.
Tarikh Pembubaran Automatik (Dun dan Parlimen) | |
Seorang pemimpin yang bermaruah dan berani akan membubarkan parlimen terlebih dahulu sebelum tempoh mandat terbubar dengan sendirinya. Kepercayaan rakyat terhadap seorang pemimpin menjadi lebih dan ini akan meningkatkan kredibiliti pemimpin berkenaan.