Auto Review & Tips

Buy A Car

08 Jul 2013 / / Read More»

The Subaru XV

20 Jun 2013 / / Read More»

BL1M - Satu lagi penipuan kepada rakyat.

at Rabu, 20 Februari 2013 [ 5:38 PTG ]

KUALA LUMPUR - Kira-kira 147,000 permohanan bagi program Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) diterima setakat 19 Februari, kata Pengerusi Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) Pemuda Umno, Tengku Azman Tengku Zainol Abidin.

Beliau berkata Selangor mencatat pendaftaran paling ramai iaitu 18,802 permohonan diikuti Johor dan Sabah masing-masing 16,965 dan 16,647.

"Ini membuktikan bahawa program BL1M yang bertujuan meningkatkan taraf pengetahuan undang-undang jalan raya dan etika pemanduan bagi para belia mendapat sambutan yang amat menggalakkan oleh masyarakat pelbagai bangsa di negara ini," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Pada 31 Jan lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan program BL1M anjuran SHEB bagi memudahkan golongan belia mendapat lesen motosikal B2 pada harga lebih murah, iaitu RM199 berbanding harga asal RM350.

Program BL1M itu terbuka kepada warganegara berusia 17 hingga 40 tahun dan yuran dikenakan meliputi permohonan lesen, gambar, kelas latihan amali, ujian teori undang-undang berkomputer dan praktikal di institut memandu.

Tengku Azman berkata pihak sekretariat akan bekerjasama dengan Majlis Belia Felda, Gerakan Belia 4B dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) untuk menambah pusat pendaftaran BL1M di kawasan Felda, Kolej Komuniti serta institusi pengajian tinggi awam dan swasta.

"Dengan kerjasama ini menjadikan sebanyak 737 pusat pendaftaran BL1M di seluruh negara," katanya.

Beliau turut menasihati pemohon BL1M agar berwaspada dengan individu yang mengaku sebagai ejen BL1M kerana SHEB dan Pemuda Barisan Nasional (BN) tidak pernah melantik mana-mana ejen bagi menguruskan permohonan itu.

Sementara itu, satu memorandum persefahaman (MoU) antara BL1M dan Persatuan Sekolah Institut Memandu Malaysia (Perpisma) diadakan bertujuan melancarkan proses pembelajaran di institut memandu.

MoU itu ditandatangani Tengku Azman mewakili BL1M dan Presiden Perpisma Harun Shafiee.
Perpisma akan menjadi penasihat kepada BL1M dalam membantu peserta-peserta mengikut panduan dan undang-undang yang dibenarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Tengku Azman berkata BL1M dan Perpisma akan mengadakan sesi kelas latihan amali yang pertama di daerah Jempol, Negeri Sembilan bermula 2 Mac. – Bernama

Berikut adalah maklumat daripada laman web Jabatan Pengangkuatan dan Jalan

Adalah dimaklumkan kadar bayaran latihan, kad penetapan ujian dan lesen memandu bagi motosikal kelas B2 telah dikurangkan kepada RM 211 berkuat kuasa mulai 1 September 2009. Dalam hubungan ini, komponen kadar fi yang boleh dikenakan oleh Institut Memandu bagi maksud mengadakan latihan dan ujian memandu motosikal kelas B2 sahaja adalah sebagaimana jadual berikut:

JADUAL FI LATIHAN, UJIAN DAN LESEN MOTOSIKAL KELAS B2 SAHAJA

AKTIVITI

FI (RM)

LATIHAN MEMANDU (INSTITUT MEMANDU)

Kelas KPP

RM 166.00

Latihan Asas PRA-L(6 Jam)

Latihan Kemahiran(8 Jam)

Pra-Ujian (2 Jam)

UJIAN KEKOMPETENAN

Kad Ujian (JPJL3)

PERCUMA

Ujian Bahagian I

RM 17.00

Ujian Bahagian II

RM 20.00 (Sewaan motosikal dan Litar Institut Memandu)

Ujian Bahagian III

Jumlah

RM 203

Untuk tujuan lesen pula..

Lesen Belajar Memandu (LDL) RM2.00 +  Pengeluaran LDL melalui Kiosk/Pos RM2.00

Lesen Memandu Percubaan RM2.00 + Pengeluaran LDL melalui Kiosk/Pos RM2.00

Total RM8.00

Jumlah keseluruhan proses pengeluaran lesen adalah RM211.00 bagi setiap pemohon.

 

JADUAL FI ULANGAN BAGI UJIAN KEKOMPETANAN

ELEMEN

KALI PERTAMA DAN ULANGAN

Ujian Bahagian 1 Berkomputer

RM 17.00

Kadar sewa motosikal dan litar bagi Ujian Bahagian II dan III

RM 20.00

Lesen LDL

RM 2.00

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
Komen
Kongsi
Recomendations

Dikuasakan oleh Blogger.
Dunia

Berhenti jadi tali barut CIA

Caracas: Seorang menteri kerajaan Venezuela semalam menggesa rakyat negara itu menutup akaun Facebook bagi mengelak secara tidak langsung m...

11 Jul 2013 / 0 Comments
Perniagaan

PROTON Peraduan Nama Siapa Hebat?

"PROTON Peraduan Nama Siapa Hebat?" contest is organized by Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (PROTON), and is open ...

25 Jun 2013 / 0 Comments
Teknologi

Zones Blog 5 benefits of Dell VRTX converged infrastructure

The Dell PowerEdge VRTX is a revolutionary new-generation platform for small and midsize businesses and organizations, as well as remote ...

11 Jul 2013 / 0 Comments
Personaliti

Tegar–Pengamen Jalanan

TEGAR PENYANYI JALANAN YANG KINI POPULAR "Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah juala...

10 Jul 2013 / 0 Comments
Kerjaya

SAPURAKENCANA PETROLEUM BERHAD

SapuraKencana Petroleum Berhad has dominated the business relating to the management and distribution of oil, this company has become one o...

11 Jul 2013 / 0 Comments
Acara & Promosi

Jom Berbuka Puasa di Pearl International Hotel

Selamat Bulan Ramadhan kepada semua rakan-rakan Muslim dan juga rakan-rakan yang ingin berpuasa bersama-sama di Bulan Ramadhan ini. Set...

10 Jul 2013 / 0 Comments

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.