Auto Review & Tips

Buy A Car

08 Jul 2013 / / Read More»

The Subaru XV

20 Jun 2013 / / Read More»

Rencana Pengundi baru beri impak besar keputusan PRU-13

at Ahad, 24 Februari 2013 [ 6:09 PTG ]

Jentera BN perlu kerja keras, atur strategi pikat golongan muda

Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) bakal menjadi pilihan raya penting yang pastinya ditunggu-tunggu banyak pihak. Sejak 2008, kempen oleh kedua-dua kubu politik – kerajaan dan pembangkang semakin hari semakin rancak dan sengit. Pelbagai taktik digunakan menambat hati dan membina keyakinan pengundi.

Hakikatnya trend sokongan 2.5 juta pengundi baru pasti memberi pengaruh besar terhadap keputusan pilihan raya, apatah lagi sukar dijangka golongan itu memihak kepada siapa”

Apa yang menarik kali ini ialah jumlah pengundi baru. Data menunjukkan sejak pilihan raya pertama pada 1955, jumlah pengundi bertambah dengan pesat. Pada 1955, jumlah pengundi ialah 1.3 juta dan pada 2008 sudah hampir 11 juta pengundi di Malaysia. Dalam tempoh 53 tahun, peningkatan jumlah pengundi mencecah 10 kali ganda. Jumlah kenaikan tertinggi ialah pada 1959 yang mana ketika itu ada pemberian kerakyatan secara berperingkat melalui prinsip jus soli. Taraf kerakyatan itu memberi kelayakan mengundi secara sah kepada golongan tertentu yang akhirnya membentuk 62.69 peratus pengundi baru berjumlah 891,097 orang. Jumlah terendah pula dicatatkan antara 1995 dan 1998 yang mana hanya 551,898 pengundi baru yang mendaftar atau 6.12 peratus daripada jumlah pengundi. Peristiwa ini dikaitkan dengan kegagalan mewartakan nama pengundi baru dalam daftar pemilih induk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

2.5 juta pengundi baru

Namun, sejak 2008 hingga 2013, ada sekitar 2.5 juta pengundi baru, mencakupi peningkatan hampir 25 peratus daripada jumlah pengundi Malaysia yang didaftarkan oleh SPR. Kehangatan pilihan raya lalu dan lumba politik antara 2008 hingga 2013 dikira menjadi pendorong utama bagi ramai orang yang layak mengundi untuk keluar mendaftar dan kelak membabitkan diri mereka dalam proses pemilihan pemimpin. Parti politik yang bertanding pada pilihan raya perlu berwaspada terhadap fakta nombor ini. Hakikatnya trend sokongan 2.5 juta pengundi baru sudah pasti memberi pengaruh besar terhadap keputusan pilihan raya, apatah lagi sukar dijangka golongan itu bakal lebih memihak kepada siapa.

Daripada jumlah 2.5 juta ini, 80 peratus daripadanya iaitu sekitar dua juta pengundi terdiri daripada mereka yang berusia 40 tahun ke bawah. Mood golongan belia mengenai kecenderungan politik sebenarnya agak susah dibaca. Bagi mereka yang tidak teliti, hakikat mengenai sokongan politik belia mungkin disalah tafsir. Dari satu segi melalui media internet yang didominasi golongan ini, berdasarkan laman sosial Facebook, Twitter, komen berita, serta tulisan blog, sebahagian besar anak muda nampaknya cenderung kepada pembangkang.

Bagaimanapun, trend itu dilihat berpunca kerana sokongan propembangkang ini diperoleh daripada mereka yang lantang berbanding anak muda penyokong kerajaan yang biasanya tidak begitu peduli menyuarakan pendapat politik mereka di laman sosial.

Tarik nafas lega

Jika pemberat bagi mengukur sokongan anak muda berpandukan keputusan pilihan raya kampus, kerajaan boleh menarik nafas lega berikutan kemenangan besar pimpinan pelajar prokerajaan pada pilihan raya kampus lalu. Daripada keseluruhan 20 universiti yang mengambil bahagian, 17 daripadanya dimenangi oleh Proaspirasi. Hakikatnya, keputusan ini tidaklah begitu signifikan kerana menjelang Pilihan Raya Umum 2008, keputusan pilihan raya kampus 2007 ketika itu turut memihak kepada Proaspirasi dengan kemenangan di semua universiti kecuali Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Namun, tsunami politik pada PRU 2008 tetap tidak memihak kepada BN.

Menjelang PRU-13, kerja keras Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Pengerusi BN nampaknya berbaloi apabila populariti beliau kini berada pada paras baik. Segala bentuk bantuan disalurkan kepada rakyat melalui jenama 1Malaysia disambut positif oleh sebahagian besar rakyat. Bagaimanapun, kedua-dua kubu politik tidak boleh terlalu selesa dengan keadaan semasa. Kehadiran 2.5 juta pengundi baru pada PRU13 bakal memberi impak besar dan pastinya mempengaruhi keputusan. Jentera pilihan raya kerusi Parlimen dan DUN semestinya tidak boleh terlepas pandang terhadap jumlah besar pengundi kali pertama dan mesti mengatur strategi memenangi hati mereka pada saat akhir.

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
Komen
Kongsi
Recomendations

Dikuasakan oleh Blogger.
Dunia

Berhenti jadi tali barut CIA

Caracas: Seorang menteri kerajaan Venezuela semalam menggesa rakyat negara itu menutup akaun Facebook bagi mengelak secara tidak langsung m...

11 Jul 2013 / 0 Comments
Perniagaan

PROTON Peraduan Nama Siapa Hebat?

"PROTON Peraduan Nama Siapa Hebat?" contest is organized by Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (PROTON), and is open ...

25 Jun 2013 / 0 Comments
Teknologi

Zones Blog 5 benefits of Dell VRTX converged infrastructure

The Dell PowerEdge VRTX is a revolutionary new-generation platform for small and midsize businesses and organizations, as well as remote ...

11 Jul 2013 / 0 Comments
Personaliti

Tegar–Pengamen Jalanan

TEGAR PENYANYI JALANAN YANG KINI POPULAR "Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah juala...

10 Jul 2013 / 0 Comments
Kerjaya

SAPURAKENCANA PETROLEUM BERHAD

SapuraKencana Petroleum Berhad has dominated the business relating to the management and distribution of oil, this company has become one o...

11 Jul 2013 / 0 Comments
Acara & Promosi

Jom Berbuka Puasa di Pearl International Hotel

Selamat Bulan Ramadhan kepada semua rakan-rakan Muslim dan juga rakan-rakan yang ingin berpuasa bersama-sama di Bulan Ramadhan ini. Set...

10 Jul 2013 / 0 Comments

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.