Auto Review & Tips

Buy A Car

08 Jul 2013 / / Read More»

The Subaru XV

20 Jun 2013 / / Read More»

"NAFSU" - Sharifah Amani

at Sabtu, 23 Mac 2013 [ 1:33 PG ]

Sebelum ini, karyanya sering menerima kritikan hebat oleh peminat industri seni tanah air kerana mengetengahkan isu-isu sensitif dalam masyarakat. Namun, bagi pelakon yang kini mula mengorak langkah sebagai pengarah, Sharifah Amani atau lebih selesa dipanggil Nani, 27, dia hanya ingin berkarya.


“Saya ingin menjadi sutradara dan menghidupkan watak-watak yang saya tulis. Saya tak mahu perhatian yang lebih daripada masyarakat dan tak kisah orang boleh terima atau tidak dengan hasil penulisan saya. Paling penting saya dapat berkarya,” ujar Nani ketika ditemui di majlis pra tonton filem-filem pendek, Ikal Mayang.

Tambah Nani lagi, dia pernah menerima nasihat daripada pengarah tersohor, Allahyarham Yasmin Ahmad, bahawa untuk membuat filem yang baik, haruslah dengan niat yang baik.

“Arwah Yasmin kata, apabila niat kita untuk menghasilkan sesuatu filem itu baik, maka cerita yang ingin disampaikan pun jelas,” ujar Nani.

Terlibat dengan projek filem-filem pendek Ikal Mayang yang mengisahkan tentang kehidupan wanita, Nani menjelaskan, dia selalu ingin menghasilkan filem yang menunjukkan wanita sebenarnya kuat, berdikari dan mampu berpijak di atas kakinya sendiri.

“Dalam filem dan drama sering menunjukkan bahawa wanita seorang yang lemah, dan terlalu bergantung hidup dengan lelaki. Saya sering tertanya , kenapa kita tidak tunjuk hakikat sebenar yang wanita tidak selemah yang disangka? Untuk projek Ikal Mayang ini, saya tampil dengan karya berjudul ‘Hawa’ yang memaparkan beberapa isu yang mungkin tidak boleh diterima oleh sesetengah pihak,” ujar Nani lagi.

Oleh kerana cerita yang disampaikan Nani agak sensitif, jadi karyanya itu tidak akan ditayangkan di kaca televisyen. Biarpun begitu, pelakon ini tidak terkilan kerana faham dengan situasi.

“Saya lebih selesa ‘Hawa’ tidak ditayangkan di kaca televisyen. Saya bercerita tentang seorang gadis yang cuba melawan nafsu dengan imannya. Namun, saya faham sekiranya penonton tidak dapat menerima isu yang saya ketengahkan inI. Saya lebih selesa filem pendek ini tidak ditayangkan di TV”, ujar Nani.

‘Hawa’ berkisar tentang seorang gadis yang tahu bahawa keinginannya tidak akan mengubah takdir Tuhan. Walaupun hatinya terlalu ingin menuruti nafsunya, namun Hawa cuba melawan keinginannya itu dengan solat dan berdoa kepada Allah.

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
Komen
Kongsi
Recomendations

Dikuasakan oleh Blogger.
Dunia

Berhenti jadi tali barut CIA

Caracas: Seorang menteri kerajaan Venezuela semalam menggesa rakyat negara itu menutup akaun Facebook bagi mengelak secara tidak langsung m...

11 Jul 2013 / 0 Comments
Perniagaan

PROTON Peraduan Nama Siapa Hebat?

"PROTON Peraduan Nama Siapa Hebat?" contest is organized by Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (PROTON), and is open ...

25 Jun 2013 / 0 Comments
Teknologi

Zones Blog 5 benefits of Dell VRTX converged infrastructure

The Dell PowerEdge VRTX is a revolutionary new-generation platform for small and midsize businesses and organizations, as well as remote ...

11 Jul 2013 / 0 Comments
Personaliti

Tegar–Pengamen Jalanan

TEGAR PENYANYI JALANAN YANG KINI POPULAR "Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah juala...

10 Jul 2013 / 0 Comments
Kerjaya

SAPURAKENCANA PETROLEUM BERHAD

SapuraKencana Petroleum Berhad has dominated the business relating to the management and distribution of oil, this company has become one o...

11 Jul 2013 / 0 Comments
Acara & Promosi

Jom Berbuka Puasa di Pearl International Hotel

Selamat Bulan Ramadhan kepada semua rakan-rakan Muslim dan juga rakan-rakan yang ingin berpuasa bersama-sama di Bulan Ramadhan ini. Set...

10 Jul 2013 / 0 Comments

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.