Lelaki itu seksi.... * tutup mata cepat

at Jumaat, 21 Jun 2013 [ 1:07 PG ]

Assalamualaikum...
Lelaki seksi ?? Adeke lelaki yang seksi ?? Haa jangan ingat perempuan je yang seksi taw. Lelaki pun boleh seksi jugak. Weehuuu  yeke ? Korang percaya tak lelaki pun boleh kelihatan seksi ? Haa macam mana seksinya tuh eh ? ada antara kita yang merasakan seksi itu boleh diukur melalui raut wajah seseorang, fizikal yang mantap macam six pax haha, and ada jugak dari karakter seseorang lelaki itu. Nak tahu tak seseorang lelaki tuh boleh kelihatan seksi dengan banyak benda. Antaranya :

1. Bila dia cekap memandu
Yupp, yang nihh putry sokong. Bila seseorang lelaki tu cekap memandu, kita akan rasa lelaki tuh seksi. Ada kajian dalam laman internet cakap, perempuan akan nampak lelaki tuh seksi bila memandu manual. Manual ?? kenapa manual ?? Mungkin cabaran sikit kot bila memandu manual nihh and bila si gadis duduk kat sebelah, si lelaki nihh cekap gila memandu and buat si gadis rasa selamat. HEHE

2. Melipat baju ke lengan
Bila seseorang lelaki tuh melipat lengan bajunya terutama baju kemeja sampai ke lengan, itu menggambarkan diri dia yang sangat kuat bekerja. Selain menampakkan ketulan muscledi lengan si lelaki. HAHA Bila diorang lipat tangan camtuh, boleh terserlah ke 'macho' an mereka.

3. Sering berpeluh
Peluh juga sering menjadi perhatian si gadis dan dianggap cukup seksiapabila peluh mengalir dari tubuh jejaka. Peluh yang dimaksudkan di sini ialah peluh yang mengalir setelah penat melakukan sesuatu pekerjaan demi dirinya atau keluarganya. Kebanyakan gadis meminati lelaki yang suka berkeras kerjademi masa depan mereka bersama. [ sumber : remaja ]

4. Rajin mengemas rumah
Hari ini ramai lelaki yang suka membuat dekorasi kediaman mereka sendiri. Untuk pengetahuan korang, perwatakan ini juga dianggap seksi di mata para gadis. Gadis sangat memandang tinggi pada lelaki seperti ini kerana mereka dikatakan cukup bijak dan telitidalam mengatur kehidupan mereka.Tambahan pula ia melambangkan lelaki ini sebagai seorangbakal suami yang mempunyai ciri-ciri  tanggungjawab yang tinggi kelak.

5. Tahu berterima kasih
Seperti yang kita tahu, lelaki tidak lari dari sifat ego mereka. Disebabkan ego mereka nihla yang membuatkan diorang nih susah nak ucapkan terima kasih apabila diberikan sesuatu ataupun dapat surprise dari orang tersayang and what so everla kan. So, bila setiap kali lelaki tuh mengucapkan terima kasih, si gadis ini akan rasa sangat dihargai dan akan dipandang tinggi oleh si gadis.   Itu juga akan dipandang seksi oleh si gadis.

So, buat lelaki-lelaki di luar sana. Korang nak nampak seksi ? Haaa pastikan korang ada semua nihh ye. muehehe :)

http://lovelytasya32.blogspot.com/2013/06/lelaki-itu-seksi-tutup-mata-cepat.html

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
Komen
Kongsi
Recomendations

Dikuasakan oleh Blogger.

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.