Sirih junjung pembuka kata

at Selasa, 25 Jun 2013 [ 6:48 PTG ]

FotoBiarpun gaya hidup semakin moden,­ sirih junjung masih tidak dilupakan sebagai gubahan hantaran pelengkap bagi majlis pertunangan mahupun perkahwinan.

Konsep ketinggian gubahan sirih junjung tidak lagi diambil kira, namun kehadirannya masih diutamakan sebagai simbol dan adat pada majlis meraikan bakal mempelai.

Ini turut dipersetujui penggubah bunga dan hantaran perkahwinan June Florist, Roshafizah Shalan. Baginya, kebanyakan bakal pengantin hari ini tidak lagi mementingkan aspek tinggi atau rendah gubahan sirih junjung.

“Asalkan ia tetap segar apabila sampai ke rumah pasa­ngan mereka, itu sudah mencukupi. Justeru, jika mereka ingin menempah gubahan sirih junjung yang menggunakan bunga hidup, faktor jarak memang penting. Ini bagi memastikan sirih junjung kekal segar dan menarik apabila tiba di rumah keluarga pihak lelaki mahupun perempuan. Bagi memastikan bunga atau daun sirih tidak layu, curahkan air di bahagian atas daun atau pada span bagi mengekalkan kelembapan­nya,” katanya.

Jika mahukan bunga segar dalam tempoh lebih lama, gunakan lidi sebagai pengganti bahagian batang bunga kerana ia mudah rosak apabila terlalu lama terdedah dalam air.

Bukan itu saja, pemilihan warna bunga juga tidak boleh melebihi daripada tiga warna (tidak termasuk putih) bagi memberi keseimbangan kepada gubahan dan mengelakkan gubahan tampak sarat.

Roshafizah yang menerima tempahan gubahan bunga dan hantaran perkahwinan mula membuka perniagaan sejak akhir 2011.

Minatnya dalam gubahan dipupuk sejak kecil apabila dia selalu menghabiskan masa menolong kakaknya yang juga menjalankan perniagaan membabitkan bunga selepas habis waktu sekolah.

Menerusi kemahiran dipelajari daripada penggubah berpengalaman, akhirnya dia mampu membuka perniagaan sendiri. Bagi mereka yang ingin menghasilkan gubahan sirih junjung yang ringkas dan kemas, ikuti langkah mudah ditunjukkan Roshafizah.

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
Komen
Kongsi
Recomendations

Dikuasakan oleh Blogger.

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.