Auto Review & Tips

Buy A Car

08 Jul 2013 / / Read More»

The Subaru XV

20 Jun 2013 / / Read More»

Asmara di Bawah Mentari

at Selasa, 14 Mei 2013 [ 2:20 PG ]

BANGI : Dalam kereta yang kecil serta panas terik matahari, tidak menghalang pasangan kekasih asyik bercumbuan di kawasan parkir di Taman Tasik Cempaka, di sini.

Itu antara situasi pasangan kekasih yang dikuasai nafsu di kawasan riadah berkenaan. Dengan sebahagiannya lengkap berpakaian seolah-olah bekerja, beberapa pasangan terbabit bercumbuan dalam kenderaan tanpa menghiraukan orang sekeliling yang berada di situ.

Ani Saad, 53, berkata beberapa kenderaan berada di kawasan parkir seawal jam 11 pagi sehingga jam 5 petang memandangkan kawasan itu lengang dan sunyi.

“Dulu pernah pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) melakukan tangkapan. Oleh itu, tiada lagi pasangan kekasih berani datang ke sini untuk memadu asmara. Namun, sejak kebelakangan ini, mereka mula datang, berkelakuan tidak senonoh seperti berpelukan dan bercumbuan, malah ada yang melakukannya di pondok rehat pada siang hari,” katanya.

Menurut Ani, lebih memalukan apabila hampir semua pasangan itu terdiri daripada Melayu dan wanitanya pula lengkap bertudung.

“Saya pernah melihat lelaki yang dengan selamba memasukkan tangan atau kepala mereka di dalam tudung wanita terbabit. Malah, ada antara mereka bersikap kurang ajar dengan mengherdik pekerja pembersihan yang menegur perbuatan tidak bermoral mereka,” katanya.

Tinjauan Metroplus selama dua hari di kawasan itu bermula jam 12 tengah hari hingga 4 petang baru-baru ini, mendapati lebih kurang 15 kenderaan diletakkan di situ pada waktu berlainan sebelum beredar keluar selepas 30 minit.

Pekerja pembersihan yang mahu dikenali sebagai Samad berkata, dia dan rakan sekerja pernah menemui seluar dalam dan kondom yang sudah digunakan ketika membersihkan kawasan.

“Kami percaya mereka melakukan perbuatan itu pada waktu malam terutama pada hujung minggu,” katanya.

Bagi pengunjung, Samsiah Ali, 36, berharap pihak berkuasa melakukan rondaan di situ bagi mencegah perbuatan tidak bermoral itu. Ia satu perkara yang tidak baik. Di sini kawasan riadah umum, sudah tentu semua orang yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur termasuk kanak-kanak berada di sini. Perbuatan mereka yang melakukan maksiat sesuka hati boleh dilihat kanak-kanak dan ini contoh buruk kepada mereka,” katanya.

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
Komen
Kongsi
Recomendations

Dikuasakan oleh Blogger.
Dunia

Berhenti jadi tali barut CIA

Caracas: Seorang menteri kerajaan Venezuela semalam menggesa rakyat negara itu menutup akaun Facebook bagi mengelak secara tidak langsung m...

11 Jul 2013 / 0 Comments
Perniagaan

PROTON Peraduan Nama Siapa Hebat?

"PROTON Peraduan Nama Siapa Hebat?" contest is organized by Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (PROTON), and is open ...

25 Jun 2013 / 0 Comments
Teknologi

Zones Blog 5 benefits of Dell VRTX converged infrastructure

The Dell PowerEdge VRTX is a revolutionary new-generation platform for small and midsize businesses and organizations, as well as remote ...

11 Jul 2013 / 0 Comments
Personaliti

Tegar–Pengamen Jalanan

TEGAR PENYANYI JALANAN YANG KINI POPULAR "Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah juala...

10 Jul 2013 / 0 Comments
Kerjaya

SAPURAKENCANA PETROLEUM BERHAD

SapuraKencana Petroleum Berhad has dominated the business relating to the management and distribution of oil, this company has become one o...

11 Jul 2013 / 0 Comments
Acara & Promosi

Jom Berbuka Puasa di Pearl International Hotel

Selamat Bulan Ramadhan kepada semua rakan-rakan Muslim dan juga rakan-rakan yang ingin berpuasa bersama-sama di Bulan Ramadhan ini. Set...

10 Jul 2013 / 0 Comments

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.